m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 1, 2011

Ardy+Zila: Gadis bunga yang berbunga-bunga

Persandingan Ardy & Zila Ahad lalu diceriakan lagi dengan kehadiran gadis-gadis bunga @ flower gilrs yang telah dipilih khas oleh mentornya Mak Uda Normahani. Malah Mak Uda jugaklah yang telah menyiapkan pakaian gadis-gadis bunga. Pemilihan gadis-gadis bunga tidaklah semudah yang disangka. Begitu ramai calon yang memasuki audition tapi hanya segelintir saja yang bernasib baik melepasi ujian-ujian yang diberikan. Aku diberitahu ada beberapa peserta lelaki turut mencuba nasib dalam audition. Antaranya Akid, Faiisal dan Mamat. Akid dan Mamat telah gagal pada peringkat saringan pertama lagi kerana terlalu ganas, sedangkan Faiisal sudah sampai ke saringan terakhir. Wajah ada, rambut ada, lentok ada, cuma terlebih jerawat kat muka jer. Dalam nada emosi Faiisal merungut di depan khalayak, "Kata nak jadi flower girl, bila nengok orang ribu-ribu, malu. Macam ni ke nak jadi flower girl!" Tak siapa faham apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh Faiisal dalam rungutannya itu.

Mereka yang telah terpilih menjadi gadis-gadis bunga perlu mandi air bunga selama 7 hari 7 malam agar aura bunga itu dapat dipancarkan kepada setiap hadirin pada hari persandingan nanti. Takkah anda yang hadir pada hari tersebut dapat rasakan betapa berbunganya gadis-gadis bunga itu? Aku dapat rasakan, dan rahsia aura itu terletak pada adunan ramuan Mak Uda.



No comments:

Post a Comment