m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label alumni. Show all posts
Showing posts with label alumni. Show all posts

Wednesday, February 27, 2019

Reunion Alumni NUMSA: Setelah kira-kira 30 tahun

Bahagian 1

23 Februari 2019 - Cadangan untuk mengadakan reunion kawan-kawan bekas pelajar / alumni NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association) telah wujud sejak awal tahun lagi. Katanya ini perjumpaan kali ketiga. Kali pertama dan kedua aku tak hadir. Kali ini jemputannya dibuat melalui grup whatsapp. Maka sambutannya lebih menggalakkan. Kempennya pun dibuat besar-besaran. Semua bekas pelajar University of Nebraska, USA dikesan menggunakan anjing pengesan. Nombor telefon masing-masing dimasukkan ke dalam grup whatsapp ini. Dari yang super senior, sampailah yang super junior - semua ada dalam grup ini. Matlamatnya ialah untuk menyatukan kembali kami yang telah terpisah lama. Ala-ala jejak kasihlah gamaknya. 

Sejak tersebarnya kempen reunion ini, aku memang dah berazam untuk hadir memeriahkan majlis. Cuma aku masih tak dapat memastikan kehadiran aku kerana mungkin terpaksa ke Raub, ke sekolah anak, yang memang telah menjadi rutin mingguanku sejak sebulah dua ini. Namun aku bernasib baik. Pada malam acara, aku dapat juga menjengah ke Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi untuk bersama teman-teman lamaku. Isteriku turut kubawa bersama pada malam itu.

Reunion NUMSA kali ke-3.
Semeja dengan kami - Pi'ee dan Atong.
Semua dah selesai makan.
Sedang dengar taklimat dari AJK.
Sesiapa yang lapar boleh terus makan. Poi dan Nordin senior aku kat MRSM Pengkalan Chepa.
Che Mansor pun senior kat MRSM PC juga. Partner Razif (Suhaimi) tak dapat hadir.
Yang aku cam cuma Hissan, Halim dan TSD Azlan aje.
Semua kelihatan tenang.
Nasar Othman school mate aku kat MRSM PC.
Raja dan Yus. Kalau jumpa kat mana-mana memang aku tak kenal rasanya.
Datuk Azizi pun ada sama.
Kami sampai ke lokasi agak lewat. Kira-kira jam 9.30 malam. Yang lain semua telah selesai makan. Tapi kat meja hidang, aku tengok makanan masih berlambak lagi. Kalau aku tahu macam ni punya banyak makanan yang dihidangkan, sudah tentu aku akan bawak mangkuk tingkat, bekas tupperware, plastik dan periuk untuk kubawa pulang makanan yang banyak itu. Setelah mendaftar, aku dan isteri terus duduk di sebuah meja yang hampir dengan pintu masuk. Semeja denganku ialah Pi'ee, Atong dan Sis Haslina serta suaminya. Aku dan isteri ambil makanan ala kadar aje dulu. Bagi enjin panas dulu. Bila dah cukup panas barulah kami akan makan macam ikan piranha!

Firdaus - kali terakhir aku nampak dia keluar kat tv.
Mizi - kami sempat main tenis sekali di Kompleks Jalan Duta. Bila nak repeat?
Aku sangat teruja bila dapat berjumpa dengan teman-teman yang pernah duduk serumah dengan ku dulu. Antaranya ialah Malek, Che Mansor (tumpang rumah) dan Azlan (Tan Sri Datuk), serta geng-geng keluar jemaah seperti Abang Shahrir, Firdaus, Razif, Mahmud (Ustaz), Azman Hargus, Badri, Naza, Said, Halim, Nasar Othman, dan ramai lagi sebenarnya. Serta tak ketinggalan geng-geng buat Architecture seperti Mahzan, Rahim, Raja, Mael, Zaan, Masrina dan ramai lagi. Tapi sebenarnya, majoriti aku dah tak cam wajah mereka. Ada yang aku memang tak kenal langsung. Aku terpaksa baca nama kat name tag yang diberi kepada kami. Faktor usia pun ya juga. Aku rasa ramai jugak yang tak kenal atau cam aku. Tapi inilah tujuan reunion pun sebenarnya.

Dalam pada NUMSA buat reunion di dewan meriah ini, wife aku pun rupa-rupanya ada buat mini-reunion-nya sendiri dengan teman-teman sepejabat dari Talisman dan Repsol - Nazar dan Malek. Yang paling kami tak sangka sekali ialah Maleklah. Aku tak tau Malek kerja sepejabat dengan isteriku. Dan isteriku pulak tak tau aku dan Malek dah lama berkawan dan saling mengenali. Kah kah kah... Dunia ni kecil, kan?

Bersambung...

Mini-reunion - Talisman-Repsol.
Bersama Nazar dan Malek.
Shy dan Ustaz Mahmud pun ada. Aku selalu juga terserempak dengan Ustaz Mud kadang-kadang.
Wefie sekejap.
Khusyuk mendengar ucapan.
Shy serius membaca mesej.
Ustaz Mahmud pun senior aku kat MRSM PC jugak. Kami mula rapat masa kat Nebraska lah.
Jamil jiran cousin aku rupanya. Ba pulak dah hilang afronya.
Wajah-wajah ceria.
Antara yang ada di meja hadapan.
Ba, Azman Hargus dan Badri Khan.
Satu meja, satu impian.

Saturday, August 26, 2017

Reunion UTMers: Jumpa lagi pada lain masa

Bahagian 3 (Akhir)

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ۞

Petang tadi, sewaktu aku, isteri dan anak-anak menghadiri satu majlis hari jadi teman anakku, aku mendapat berita sedih tentang pemergian seorang insan yang telah banyak memberikan jasa, menaburkan ilmunya kepada kami ketika di universiti dulu - di UTM. Terkesan jugak aku bila membaca mesej whatsapp dari teman sepengajianku. Beliau yang dimaksudkan adalah guru, mentor, teman, dan abang kepadaku, kepada kami semuanya - Allahyarham Saari Omar. Beliau pergi menghadap Ilahi setelah sekian lama bertarung nyawa kerana penyakit barah hatinya. Aku sempat menziarahi Allahyarham dalam masa yang sangat singkat kira-kira dua minggu sebelum pemergiannya. 

Mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Para syuhada, dan para mukhlisin. Semoga ilmu bermanfaat yang beliau curahkan menjadi amal jariah yang berlanjutan sehingga ke hari kiamat. Semoga semua pembaca yang budiman menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarham. Al Fatihah!

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Aku tetap akan menghabiskan tulisan ini - Bahagian 3 dan terakhir dari keseluruhan kisah jamuan makan malam alumni senibina Universiti Teknologi Malaysia, walaupun dalam keadaan sayu. Kerana sudah pasti hidup perlu diteruskan, dan iktibar perlu diambil oleh kita yang masih hidup untuk sentiasa dalam ketaatan kepada kesemua perintah Allah dan sunnah Rasulullah (s.a.w).

Geng-geng junior yang pernah sangat rapat dengan batch kami.
Mintak maaflah, aku tak dapat nak kenal semua. Batch korang ramai sangat.
Tiga hero Malaya - Aziz, Hazmi Cheng, Sezali Retro.
Orang-orang kuat UTM Senibina.
Terima kasih kerana masih mahu bersama kami walaupun masing-masing telah semakin berusia dan uzur.
Memperlihatkan buku kompilasi kartun karya Datuk Lat dan alumni UTM Senibina.
Aku cuma kenal Dr Syed Iskandar dan Azhar DBKL saja.
Batch super senior lagi bersama Prof Parid Wardi dan Tn Hj Ar Nik Malek.
Setelah bergambar secara beramai-ramai, kami berpecah mengikut kelompok pulak. Mengikut batch tahun berapa kami belajar. Yang senior bersama yang senior. Yang junior bersama yang junior. Malah ada kalanya bergambar tanpa mengira di batch mana kami berada. Asalkan dapat bersama teman-teman yang kami pernah rapat ketika di UTM dulu.

Geng-geng senior aku.
Mat Jani dan Tuan Hj Shaikh Ahmad Jafni pernah jadi class mate aku.
Bersama Tn Hj Shaikh Ahmad Jafni, Dino, Mat Jani, dan Ridha Lua.
Masih dengan group yang sama.
Ya. Belum berubah kedudukan lagi.
Kapten Din Bakar join sekali.
Ar Chin haw, Hj Noris dan Dr Hamdan turut join.
Aku mencari kelompok aku. Ternyata tidak ramai. Jadi aku join geng senior bersama Kapten Din Bakar, Shaikh Ahmad Jafni, Dino, Ridha Lua, Mat Jani dan lain-lain lagi. Waktu tu aku tak dapat menemukan Ravi, Chot, Hj Ibrahim untuk mengajak mereka bergambar bersama. Kami jalan dulu ajelah. Yang penting ada gambar buat kenangan.

Aku try cover perut sikit menggunakan kedua belah tanganku.
Group photo yang lebih kemas.
Isteriku bergambar dengan Kak Pah - isteri Tn Shaikh Ahmad Jafni.
Masih dengan Kak Pah. Datang jauh dari Penang.
Kapten Din Bakar sedang berdiskusi dengan Dino.
Mat Jani, Dr Hamdan dan Tn Hj Shaikh Ahmad Jafni.
Bersama Ravi, Iskandar dan Aslinda.
Bersama Hj Ibrahim dan Hazmi Cheng.
Bersama Ayof dan Mister Halim.
Isteriku bersama Ar Nurakmal Goh.
Sebelum bersurai, kami berpecah lagi ke kelompok yang lebih  kecil - berempat, bertiga, berdua. Cepat-cepat isteriku mengambil gambar sebelum kami bersurai sepenuhnya. Dapatlah aku bergambar bersama Ar Ravi, Hj Ibrahim, Chot, Ar Ayof, serta teman-teman dari batch-batch lain. Termasuk bekas pensyarah-pensyarahku. Aku perlu meniggalkan majlis ini dengan pelbagai kenangan manis yang dapat dirakamkan di dalam gambar.

Bersama Chot - salah seorang teman tenisku jugak.
Bersama orang-orang kuat UTM Architecture. Allahyarham Saari Omar turut bersama kami pada waktu itu.
Isteriku membeli buku kartun UTM. Limited edition. Collectors' item.
Gambar terakhir sebelum bersurai.
Ketika aku mula melangkah keluar dari dewan majlis, aku terlihat sebuah buku pelawat untuk diisi oleh para hadirin dan hadirat. Terdetik dalam fikiranku untuk menulis sesuatu yang ringkas buat tatapan pemilik buku itu. "All the best wishes". Atau "Good luck to Kalam UTM". Atau "Satu perjumpaan yang hebat. Semoga bersua lagi. 2017". Itu adalah antara kata-kata atau tag line yang ingin aku tulis pada asalnya.

Tapi aku nengok muka surat kosong buku itu masih banyak lagi. Orang lain tak pulak nak menulis di dalamnya. Lalu aku panjangkan tulisanku. Dan waktu itulah pulak idea menulisku datang mencurah-curah bak air terjun The Falling Water House. Maka aku terus berkarya, mencurahkan ilhamku ke atas kertas putih pada halaman buku itu. Sehelai demi sehelai muka surat kuselak dan kutulis. Dah macam tulis cerpen. Dah macam tulis novel. 

Sewaktu aku asyik berkarya, tetiba datang pulak seorang produser drama terlihat  tulisanku. Lalu beliau membaca sebahagian dari hasil karanganku dengan penuh minat. Lantas berbisik kepadaku, "Kalau buat drama tv boleh jual ni. Boleh saya gunakan novel encik untuk jadikan drama slot Akasia TV3?" tanya beliau. Aku membenarkan beliau menggunakan karya aku tanpa ingin ku menuntut sebarang bayaran royalti.

Itu adalah kira-kira lima bulan yang lalu. Dengar ceritanya drama tu telah pun disiapkan. Dan bakal ke udara tak lama lagi. Apa ya agaknya tajuk drama yang diberikan oleh produser tu? Dan siapa ya agaknya yang menjadi heronya? Aku pun tak tahu.

T A M A T

Aku terjumpa buku nota pelawat.
Started off dengan "Good Luck Kalam UTM".
"Tersebutlah al-kisah di padang pasirun, dengan tumfuk-tumfuk taik unta".
Tiba-tiba ilham datang mencurah-curah.
"Dan hero pun pergi selamatkan heroin yang sedang lemas dekat swimming pool".
Dah masuk volume ke-10 dah ni.
Nantikan. Tonton, jangan tak tonton!