m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label son. Show all posts
Showing posts with label son. Show all posts

Wednesday, August 5, 2020

Memancing setelah tenis

28 Jun 2020 - Setelah selesai bermain tenis di Jalan Duta, aku, Syahmie dan Amier terus bergerak ke Tasik Pandan Perdana. Kami nak repeat memancing di sini, setelah tempoh hari Syahmie berjaya menaikkan tiga ekor ikan puyu bersaiz besar. Cuma kali ini kami tak bawa umpan cacing pasal cacing kat kedai dah tak ada stok. Umpan kami pada hari itu cuma cengkerik dan ulat satu inci. Dan sesekali kami casting pakai soft plastic. 

Kami terlihat beberapa ekor ikan dolphin membuat aksi akrobatik di tengah tasik.

Syahmie mencuba casting menggunakan soft plastik.

Target untuk memperolehi ikan kerapu dan senangin.

Masih belum mendapat hasil.

Seekor ikan barracuda terlepas dari mata kail.

Aku sangat mengharapkan agar Amier mendapat ikan. Biar dia rasa macam mana seronoknya bila sang ikan menyapa di hujung tali. Bila tali mula menegang ditarik ikan. Bila hujung joran melendut disentap ikan. Dan bila ikan di air berjaya dinaikkan ke darat setelah mengarau tali di dalam kekili. Keseronokan itu semua tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perlu dirasai sendiri oleh Amier untuk mengetahui hakikat kepuasan memancing.

Namun hari itu bukanlah hari kami. Bukan hari Amier. Bukan hari aku. Malah bukan hari Syahmie juga. Jangankan menaikkan ikan, umpan yang disua langsung tak diusik sang ikan. Kami sekadar sembang-sembang kosong anak beranak sambil menanti kehadiran ikan. Setelah agak lama memancing tanpa mendatangkan hasil, kami akhirnya memutuskan untuk pulang saja. Mungkin aku boleh bawa Amier memancing di kolam bayar yang ikan-ikannya sangat mudah dipancing - di Kolam Pancing Tepian Rimba di Hulu Langat. Kalau kolam itu dah beroperasi, aku akan membawa Amier ke sana. Tunggu dan lihatlah nanti kesudahannya macam mana.

Menanti kehadiran ikan dengan penuh sabar.

"Oh ikan, oh ikan kenapa tak mau timbul?"

Hasil yang diperolehi Amier hanyalah plastik hanyut.



Tuesday, August 4, 2020

Tenis lagi sewaktu PKPB

28 Jun 2020 - PKPB bermakna Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kami tiga beranak main tenis lagi di Kompleks Tenis Jalan Duta. Kali ni aku tak ajak kawan-kawan yang lain, sebab aku cuma dapat buat booking untuk satu jam saja. Masa inilah aku gunakan untuk train Amier main tenis. Aku ajar Amier pukul bola forehand. Nampak gayannya macam boleh follow. Makumlah, tak payah banyak bergerak dan berlari. Nanti kalau Amier dah serasi dengan teknik pukulan, barulah boleh train dia untuk ambil bola yang melantun top spin atau pukul bola yang berada agak jauh dari badan. Barulah mencabar. Itu belum ambil kira pukulan backhand lagi. Selepas sejam kami main, kami ada aktiviti lain pula. Cuba teka, kami nak ke mana selepas ini?

Dah habis game.

Aku lawan Syahmie. Seri 3-3. Tak sempat nak habiskan set.

Isy isy isy, masa bila pulak si Amier tu berkaki ayam?

Amier baru nak berjinak-jinak dengan sukan tenis.




Saturday, May 12, 2018

Tenis anak-beranak lagi

12 Mei 2018 - Kami main tenis berdua lagi. Minggu lepas tak berkesempatan pasal ada urusan lain. Badminton pun tak main jugak pada hari Rabu lepas pasal ada PRU-14. Sebelum bulan Ramadan ni, aku ingat nak bersenam sikitlah. Club TTC ada buat booking court. Tapi pada petang hari Ahad. Aku tak dapat join. Jadi aku pun call-lah court kat Jalan Duta. Court cuma kosong pada pagi hari Sabtu aje. Pagi hari Ahad penuh. Aku pun confirm-kan kat petugas yang aku nak gunakan court pada hari Sabtu jam 9-11 pagi. Aku kejutkan Syahmie yang sedang berbaring. "Jom siap main tenis". Syahmie terus bergegas bangun.

Court tenis Jalan Duta agak panas. Setelah warming up, kami mulakan permainan satu set. Pertarungan kali ni lebih sengit dari biasa. Aku cepat letih bila bermain di bawah matahari yang agak terik. Syahmie mendahului aku 3-2, bila tiba-tiba perutku berasa tidak dapat membendung isi kandungan yang sepatutnya telah kubebaskan awal pagi tadi. Aku lantas ke tandas menunaikan hajat agar permainanku nanti lebih selesa.

Selepas selesai qadha' hajat. kami sambung main. Syahmie yang mempunyai stamina dan kepantasan yang lebih mula mengatasiku 4-2. Masa tu aku memang dah lembik. Tapi permainan diteruskan juga sampai point terikat 6-6. Aku menjangkakan kali ini Syahmie akan berjaya mengalahkan aku untuk pertama kalinya. Kami main tie breaker. Dalam keadaan kedua-dua kami penat, akhirnya aku berjaya menundukkan Syahmie 7-6 (8-6). Tapi aku tak kisah kalau kalah kepada Syahmie pun. Performance Syahmie sekarang dah jauh lebih baik dari dulu. Semoga semakin hebat dengan latihan yang berterusan.

Court banyak yang kosong, dan panas sangat terik.
Kedua-dua kami menggunakan reket yang berat - >300 gram.


Monday, April 9, 2018

Tenis tiga beranak

7 April 2018 - Yeah! Aku booking court kat Jalan Duta lagi. Dan ajak teman-teman aku untuk join. Tapi nampaknya kali ni teman-teman aku semua ada hal lain. Malah ada beberapa orang yang berada di luar kawasan. Tak apalah. Sebab tu aku suka kalau Syahmie cuti. Paling tidak boleh sparring dengan Syahmie yang prestasinya telah semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Syahmie memerhatikan handle net yang berkilat keemasan.
Amier siap pakai kasut tenis yang kubeli tapi tak muat dipakai oleh aku mahupun Syahmie.
Kami sampai gelanggang agak lewat sedikit. Mula masuk gelanggang dan menghayun reket kira-kira jam 8.30 pagi. Warm-up dalam lebih kurang setengah jam. Lepas tu aku ajak Syahmie, "Jom main satu set". Syahmie yang memang sangat jarang membantah terus akur. Dicapai reket Wilson BLX Tour Blade seberat lebih 300 gram, yang kubeli dengan harga RM70 di Topper, Ampang Park. Aku pula memilih reket yang lebih ringan - Pro Staff Six.One 100. Dan kami pun mulalah berentap. Permulaan game sangat sengit. Masing-masing mengutip mata demi mata. Seperti aku, Syahmie jugak kalau bersukan memang mudah kepenatan. Jadi kami main dengan pace yang sangat santai. Bola yang jauh-jauh sikit aku dah malas nak kejar. Setelah habis satu set, kami rehat panjang, sebelum memulakan permainan di set yang kedua.

Wefie kejap. Aku pakai baju TTC, bagi semangat sikit.
Amier tak main tenis. Maka Amier jadi ball picker, sambil ambil video dan berlegar-legar di sekitar gelanggang. Aku tak ajak Amier main sebab aku tengah train Amier main badminton dengan betul. Nampak gayanya Amier dah semakin selesa dengan game badminton. Aku tak nak stroke badmintonnya terganggu dengan perubahan jenis game. Biarlah Amier expert main badminton dulu. Nanti-nanti bolehlah main tenis pulak. Jam sepuluh lebih kami mula beredar dari gelanggang. Sempat singgah minum di kafeteria sebelum pulang.

Bergambar di lawn court sebelum beredar pulang.
Bola-bola tenis yang terdampar di atas padang. Dari warna kuning kehijauan, sehinggalah berubah warna menjadi hitam bak manggis.

Wednesday, March 7, 2018

Tenis di Duta dua beranak

4 Mac 2018 - Minggu ini kelab tenis TTC yang aku anggotai tak buat booking court kat Taman Tasik Titiwangsa. Jadi pada hari Sabtu petang, aku call lah pejabat Kompleks Tenis Jalan Duta nak tempah gelanggang. 

"Hello. Hari Ahad ni ada court kosong?" tanya aku santun.

"Inche, esok court sudah punuh. Ada tunamen. Itu ATP, WTA, sumua ada. Grand Slam pun ada juga," balas petugas kaunter yang berketurunan India itu.

"Ok, tak apalah," jawabku hampa.

Aku cuba hubungi Hanafi, kot-kot dia ada main tenis pada hari Ahad nanti. Bolehlah aku tumpang sekaki. Mesejku melalui whatsapp tidak dibalas. Aku berfikir sejenak. Aaaahhhh! Tak kisahlah. Esok nanti aku akan ajak Syahmie ke Titiwangsa dan redah aje mana-mana court yang kosong. Kami akan main di situ sampai penyewa court datang.


Main tenis anak beranak.

Di Titiwangsa, kereta penuh parking di mana-mana. Aku kena park jauh sikit dari tempat biasa. Dari jauh aku nampak ada court kosong di sebelah hadapan. Wajahku mula mempamerkan ceria. 

"Jom Amie. Jom kita serang court yang kosong tu," ajak ku.

Tanpa membuat regangan otot, kami terus mencapai reket dan memulakan permainan ringan-ringan. Tak sampai pun sepuluh minit kami bermain, si penyewa gelanggang pun datang masuk menghampiri kami. Alamak! Aku ajak Syahmie beredar. Sempat jugak aku menegur sapa si penyewa tadi dengan senyuman.

Otakku tak putus-putus berfikir. Aku capai telefon bimbit. Aku call lagi Kompleks Tenis Jalan Duta. Tanya soalan yang sama seperti semalam - ada court kosongkah? Kali ini responnya berbeza. Court kosong ada! Apa lagi, aku pun cakaplah aku nak sewa dari jam 9.00 pagi sampai jam 11.00 pagi. Aku cuba juga ajak beberapa teman tenis ku untuk bermain sama. Tapi masing-masing ada urusan lain. Jadi aku bermain berdua ajelah dengan Syahmie. 

Kami main tenis dengan rentak yang sangat perlahan. Tak beria-ia nak mengejar bola. Main sekejap, duduk rehat. Santai-santai. Aku main satu set dengan Syahmie. Aku menang 6-4. Saja nak bagi Syahmie praktis pukulan tenisnya. Kira-kira jam 10.40 pagi, kami mula beredar dari situ. Hatiku puas dapat main tenis. Tapi jauh di lubuk hatiku, aku lebih puas dapat beriadah bersama anakku Syahmie dalam sukan yang sama-sama kami minati. Ini akan menjadi kenangan panjang buat aku dan Syahmie. Sudah tentu!

Syahmie dengan gaya tersendiri.

Saturday, July 18, 2015

1 Syawal 2015 - Ziarah pusara di Taman Kosas

17 Julai 2015 - Selepas selesai solat Aidilfitri, kami terus ke Tanah Perkuburan Islam di Taman Kosas untuk menziarahi pusara ayahanda dan bonda mentuaku, serta menziarahi pusara anak sulung kami, Muhammad. Biasanya kami menziarah pada bulan Ramadhan. Tapi pada Ramadhan yang lepas kami tak sempat ke sini. Maka terpaksalah kami menziarahi pada pagi 1 Syawal.

Di tanah perkuburan ini kami lihat sangat ramai orang berkunjung. Tak sangka kami sebegitu ramai. Ada yang bertahlil anak beranak, membaca Yaasiin beramai-ramai, dan membersih-bersihkan pusara yang tidak kerap diziarahi. Kami menghala ke kubur anak sulung kami dulu. Masih seperti dulu. Tanahnya tak sebegitu kering. Maka rumput-rumput dan tumbuhan-tumbuhan kecil mampu hidup dan berzikir. Kami bertahlil ringkas dan berdoa. Yang ada bersamaku ketika itu hanyalah isteriku dan Syahmie.

Syahmie menjirus air mawar di atas kubur abangnya.
Syahmie masih di pusara abang.
Syahmie bersama mamanya.
Menabur bunga dan daun pandan serta menyiram air mawar.
Selanjutnya kami menziarahi pula pusara Bonda, dan kemudiannya pusara Ayahanda. Kedua-dua pusara ini sangatlah menghijau dengan rumput karpet yang tumbuh subur, serta pokok bunga mawar yang semakin membesar. Kami taburkan daun pandan dan bunga serta menjirus air mawar. Tahlil turut dibacakan dan disudahi dengan doa. Semoga roh-roh keduanya dihimpun bersama roh-roh orang-orang yang mendapat redha dan rahmat Allah subhanahu wataala. Amin.

Di pusara Bonda Rahmah.
Membaca tahlil ringkas dan berdoa.
Di pusara Ayahanda Atan.
Tahlil dan doa.
Syahmie dan mamanya.
Menyiram air mawar sebelum pergi meninggalkan pekarangan perkuburan.

Sunday, August 28, 2011

Ziarah kubur anak sulung

Balik dari Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, aku anak beranak pergi ziarah kubur anak sulung kami kat kawasan perkuburan Islam Ampang Indah. Nasib baik jugak aku dah buat tanda sikit pakai batu bata, kalau tak memang aku tak ingat lokasinya pasal pergi cuma setahun sekali je. Kami tabur bunga rampai, siram air dan buat tahlil ringkas dan baca doa sikit. Semoga kesabaran kami diterima Allah dan dijadikan assebab untuk kami mendapat redha Allah di dunia dan akhirat. Al-Fatehah untuk semua arwah ummat Islam.

Wanie dan Amier first time ziarah kubur.

Al-Fatehah.