m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label chicken. Show all posts
Showing posts with label chicken. Show all posts

Monday, August 5, 2019

Patin, kambing dan ayam mengamuk dalam perut

4 Ogos 2019 - Ini kisah baru berlaku semalam. Masih segar lagi. Tengah hari semalam, waktu tengah lapar, aku pekena nasi dengan ikan patin masak tempoyak. Masakan ni didatangkan khas dari Temerloh. Banyak jugaklah aku makan. Penuh nasi dalam pinggan. Sampai membukit. Tiga jam lepas tu, aku pekena pulak nasi mandy al-Arabia. Nasi arab ni dibeli sempena menyambut hari jadi anak saudara aku, Yana. Nasi arab dibedal bersama kambing dan jugak ayam. Round yang ni pun aku makan boleh tahan jugak banyaknya. Tiga jam lepas tu, aku telan pulak mi wantan. Kali ni kami makan kat medan selera di Sungai Ramal, Kajang selepas melawat Amier di asrama. Pekena pulak dengan air lencikang sejuk. Memang sangat mengancam!

Lepas tu kami ke Dengkil hantar Wanie. Dan kemudian ke Cyberjaya hantar sabun ke rumah teman. Lepas tu kami terus balik. Dalam perjalanan balik, tatkala menghampir ke Kuala Lumpur, tiba-tiba perut aku bagai menggelodak. Tali perut ni seolah-olah telah disimpul-simpul. Terpaksa aku menahan senak sambil memandu. Bila kami semakin hampir ke Ampang, aku mula berasa mual. Macam nak muntah. Loya dan lawyer bergabung membuat tekakku tak senang duduk. Bila sampai aje kat depan rumah, aku pun terus keluar dari kereta dan terus muntah. Muntah dan terus muntah. Berpanjangan. Membuak-buak muntahku di laman rumah. Habis keluar semua segala nasi, mi, patin, kambing dan ayam. Berketul-ketul. Memang aku makan pun tak kunyah dengan sempurna.

Bila dah selesai muntah, terus aku baring atas tilam. Pakai selimut dan terus tidur. Tak mampu nak buat apa-apa dah. Syukur, esok paginya bila bangun barulah aku berasa lega. Dan terus aku ke pejabat menyambung kerja.


Wednesday, February 29, 2012

Kisah ayam dan tukang goreng ayam

Ingat tak pada kisah staf KFC bergaduh dengan pelanggan kat cawangan di Shah Alam? Mesti ingat kan? Aku bukan nak hurai panjangkan kisah yang aku pun tak tau duduk perkara sebenarnya. Yang aku tau memang ada banyak version kisah ni. Versi pelanggan yang kena serang lain. Versi staf KFC lain. Versi pelanggan yang nengok kejadian lain. Versi staf yang tengah termenung kat pintu belakang lain. Versi orang yang lalu lalang dan tak ada plan pun nak beli ayam KFC jugak lain. Versi cleaner bangunan pun lain jugak. Banyak versi sebenarnya. Jadi aku malas nak cerita pasal kejadian tu.

Yang aku nak cerita ni ialah implikasi dari kejadian tempoh hari tu. Nampak gayanya macam sambutan terhadap KFC telah menurun sedikit. Itu pemerhatian aku. Tapi pemerhatian orang lain mungkin lain pulak. Mungkin jugak graf pasaran dia meningkat. Cuma aku aje yang tak tau.

Kebetulan masa aku dan isteri pergi ke KFC Ampang Park waktu makan tengah hari, aku nengok keadaan agak lengang. Selalunya kalau lunch time orang bersesak-sesak nak makan ayam. Tak dapat ayam goreng, ayam hidup pun jadilah. Bertolak-tolak, riuh rendah tu perkara biasa berlaku pada peak hours. Tapi tempoh hari aku pergi memang sangat sunyi dan aman. Bunyi cengkerik berbisik pun aku boleh dengar. Para staf KFC pun nampaknya tak kelam-kabut macam selalu. Siap boleh ada orang jaga pintu, cakap "Selamat datang" dan "Terima kasih" lagi. Semua staf tersenyum lebar sampai ke telinga, dan ada yang sampai ke dahi. Kesian jugak melihatkan keadaan yang sedemikian. Tapi untuk aku memanglah lebih santai kalau tak payah beratur panjang untuk makan ayam.

Nampaknya pihak pengurusan KFC kena buat promosi baru untuk menarik balik minat orang awam membeli ayam goreng yang sangat istimewa ini. Mungkin maskot KFC, Kolonel Sanders boleh turun padang buat promosi sekali. Beli seketul ayam, dapat sekor ayam hidup percuma. Apa pun pendirian orang ramai pasal nak makan atau tak nak makan ayam ni, terserahlah kepada kehendak masing-masing. Natijah dari kejadian ni boleh dijadikan pengajaran bukan saja kepada para peniaga, tetapi kepada kehidupan kita sehari-hari.

Sunday, August 28, 2011

Ayam golek bergolek-golek

Sabtu lalu kami berbuka di Gombak, rumah kakak ipar aku. Ayah dan mak mentuaku jugak ada kat situ. Untuk buka aku beli ayam golek. Namanya ayam Masywi. First time aku dengar nama ayam tu. Mula-mula aku ronda tepi-tepi jalan pasal aku tak sure lokasi kedainya kat mana. Bila ditanya rupanya dia jual ayam kat rumah aje, dan lokasinya pun tak jauh dari rumah kakak ipar aku. Jalan kaki pun boleh sampai.

Sesampai di sana aku nengok orang beratur panjang. Mesti ayam ni sedap, pasla tu orang sanggup beratur. Ada tiga buah oven yang besar untuk membakar ayam ini. Memang hebat. Perniagaan ni mesti dah lama dan dah semakin maju. Aku beli beberapa ekor untuk juadah berbuka puasa. Bila azan berkumandang aku capai ayam tu. Dan rasanya memang hebat. Cubalah try beli ayam ni kat kawasan Greenwood. Tapi masa makan kena panas-panas, barulah kaw!

Beratur panjang untuk membeli ayam.

Oven bakar ayam. Sekali bakar 35-40 ekor.