m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label barbeque. Show all posts
Showing posts with label barbeque. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

24 Syawal 2015: Beraya dengan barbeque di rumah Pakcik Tahar

9 Ogos 2015 - Semalamnya, setelah kami beraya di rumah Pakcik Rizali, kami telah menuju terus ke rumah Pakcik Tahar. Sesampainya kami di sana, kami nengok suasana sangat lengang. Tiada tetamu, tiada hidangan, tiada api dan asap barbeque. Kami bagi salam beberapa kali. Akhirnya Pakcik Tahar keluar dari rumah menjemput kami masuk. Kami pun masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu. Pakcik Tahar kata, jemputan makannya ialah pada esok hari. Dah tukar. Hasyimi tak sempat nak bagi tahu agaknya. Ooooohhh... begitu rupanya. Setelah bersembang ringkas, kami pun pulanglah ke rumah.

Sepupuku Hasyimi sedang membungkuskan kami makanan untuk dibawa pulang.
Pakcik Tahar menmbelek telefon sejenak.
"Mi kari satu siap!!"
Pada tarikh yang sepatutnya, aku dah terlupa sebenarnya pasal jemputan makan hari raya ni. Sehinggalah Pakcik Tahar menelefon kami. Mengingatkan kami untuk datang ke rumahnya. Masa tu dah agak lewat malam jugak. Tapi kami datang jugak untuk memenuhi jemputan. Di rumah Pakcik Tahar, kami nengok masih ramai tetamu yang ada. Malah Pakcik Rizali dan Azfar pun ada jugak. Kawan-kawan Hasyimi sedang sibuk membakar ayam. Pakcik Tahar pulak sedang berehat di ruang tamu.

Setelah makan. Berasa sangat happy.
Kejap lagi nak balik rumah.
Anak-anak bersama mama.
Amier dan Sabriena pun dah kenyang makan nasi ayam.
Setelah dijemput, kami terus memulakan makan. Aku terus pergi mendapatkan nasi ayam. Ambil seketul ayam barbeque dan dimakan bersama nasi ayam. Bukan main terbuka selera aku pada malam tu. Aku tambah lagi nasi ayam. Ambil lagi seketul ayam. Bagi aku barbeque ayam tu memang sangat hebat. Ada menu lain seperti mi kari dan sebagainya. Tapi aku lebih cenderung kepada memakan nasi ayam berlaukkan ayam barbeque. Sebelum pulang, kami telah dibekalkan dengan nasi ayam, mi kari, dan ayam barbeque yang berketul-ketul banyaknya. Happy bukan main aku, pasal aku memang sangat suka ayam barbeque tu. Kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah menjemput kami untuk makan-makan sempena syawal ini.

Bersama Pakcik Tahar.
Pakcik Tahar berambut putih, tetapi lebat. Aku berjanggut putih, kepala botak.

Monday, February 23, 2015

Beraya dengan kura-kura

15 Julai 2014 - Kalau tak silap aku, masa ni tengah raya puasa kot. Kami beraya di rumah Kak Timah. Menu dia aku tak berapa ingat. Yang aku ingat, Abang Haji Khalid ada bawak kambing chop untuk dimasak barbeque. Ini adalah sempena Tahun Kambing mengikut kalendar Cina. Kambing yang Abang Haji Khalid beli telah dipilih dari jenis kambing gunung tanduk besar yang beratnya dekat 1 tan seekor. Diimport dari pergunungan Himalaya.

Tiga sepupu dan sahabat karib sedang menyaksikan game Minecraft di i-phone.
Sabriena nak tumpang sekaki.
Bermain kejar-kejar di porch.
Bergurau di tepi buah nanas.
"Bang! Bang!" kata Saleh kepada Amier.
Sejurus kambing tiba, terus aje Abang Haji Khalid pasang api kat luar rumah untuk memanggang kambing tersebut ala barbeque. Tanpa sebarang perencah dan perasa, daging kambing tadi telah dipanggang dengan menggunakan api yang kecil agar tidak hangus. Sejurus daging kambing itu masak, aku terus aje mengambil secebis dan memamahnya secara perlahan-lahan. Mmmmm... teramatlah sedapnya. Sedap jugak makan kambing barbeque yang tak di-marinate. Rasanya lebih original. Bau kambing gunung tu telah meresap ke segenap tubuh aku. Dan aku berasa sangat teruja dan puas.

Abang Haji Khalid sedang memanggang daging kambing gunung Banjaran Himalaya.
Nampak begitu hebat dan enak sekali.
Siti diamanahkan untuk memastikan kambing yang dipanggang itu tidak akan lepas lari.
Sambil jaga, sambil makan.
Hidayat pun tolong tengokkan kambing barbeque jugak.
Saleh sedang asyik memerhatikan kura-kura Galapagos belaannya dengan penuh berselera sekali.
"Pak Andak! Lepas ni barbeque kura-kura ni pulak ya!?"
Pada suatu ketika yang lain, Saleh telah mengeluarkan kura-kura gergasi Galapagos-nya dari dalam besen tepi rumah. Sabriena yang ternampak kelibat kura-kura itu, telah menjerit ketakutan. Lantas Saleh dengan segera telah mengangkat kura-kura tadi dan dijauhkan dari Sabriena. Sewaktu diangkat, kura-kura tadi telah terlihat api barbeque. Dia berasa sangat ngeri dan takut. Khuatir tubuhnya pula yang akan dijadikan lauk barbeque. Dalam keadaan menggeletar dan berpeluh kuyup, kura-kura itu telah berjaya meloloskan diri dari dakapan Saleh, dan terus berlari deras meninggalkan perkarangan rumah Kak Timah tanpa sempat menjamah juadah raya walau sedikit pun.

Ali selaku tuan rumah baru berkesempatan untuk menjamu selera.
Sabriena selesa bertilamkan Dunlop pillow.
Tiga sepupu sedang memikirkan hari muka.
"Eh! Siapa yang datang tu?"

Sunday, January 5, 2014

Barbeque di Kidz Cabin

11 Oktober 2013 - Kami telah dijemput oleh kakak iparku yang juga merupakan salah sorang partner tadika Kidz Cabin, untuk datang ke sekolah tadikanya pasal ada jamuan makan-makan barbeque serba ringkas. Apa occasion sebenarnya aku pun tak tau. Yang penting ada food dan boleh makan-makan.

Wanie dan Amier cuma makan dan tengok komputer laptop.
Berbual-baul dengan kakak dan tetamu lain.
Kami sampai Kidz Cabin agak lewat jugak sebenarnya. Ramai tetamu yang lain dah pun pulang ke rumah masing-masing. Tapi kakak ipar aku kata masih ada makanan. So kira on ajelah. Masa kami sampai, ada lebih kurang sepuluh orang masih bersantai sambil bakar ayam, sambil berborak-borak. Aku terus makan apa-apa saja yang boleh dimakan. Salad, buah-buahan, telur rebus, dan kemudian ayam masak barbeque. Aku memang tak tau nak buat benda lain. Geng borak pun tak ada. So, selain menengokkan budak-budak, aku juga ambillah gambar serba sedikit. Setelah agak kenyang, kami pun balik. Dan terima kasih kepada semua yang menaja makanan pada malam itu. Sampai sekarang aku masih tak tau majlis itu sempena apa. Mungkin bukan sempena apa-apa kot.

Ika tergamam kerana ada orang yang menuntut ayam dalam pinggan Ika.
Bakar ayam sampai hitam. Baru nampak menyelerakan.
Ika: "Inilah ayam paling liat I pernah makan. Rasanya macam getah tayar lori kontena".
Bersembang sesama guru Kidz Cabin.
Saleh dan laptop-nya.
Sama-sama main game dalam internet.
Sangat peramah.
Bergilir-gilir membakar ayam.
Asap ayam menyelubungi malam.
Setelah kenyang melanda perut.

Tuesday, November 13, 2012

Raya Haji di rumah Kak Long

Pada Hari Raya Haji baru lalu, setelah solat Jumaat dan berkunjung ke rumah seorang teman di Cheras, kami semua berkumpul di rumah Kak Long di Kepong. Masa kami sampai, kaum keluarga dah agak ramai memenuhi rumah. Sedang aku duduk melepak di ruang makan, tiba-tiba datang sekumpulan imam muda dari Al-Azhar Mesir bertandang ke rumah Kak Long. Mereka datang untuk memberikan tazkirah serta mendendangkan nasyid lagu-lagu keagamaan. Kemudian ada pulak sessi latihan akad nikah bagi calon-calon yang bakal menjejak pelamin pada tahun hadapan. Rumah Kak Long jadi bersinar-sinar dengan nur keimanan ketika kehadiran mereka.

Imam-imam muda kelulusan Al-Azhar, Mesir - Sheikh Faisal Al-Yamani, Sheikh Taufiq At-Tabroni, Sheikh Faridzun Al-Zainuri, dan Sheikh Asyraf Al-Fansuri.
Kini dipersembahkan kumpulan nasyid, Al-Hijrah untuk mendendangkan lagu bertajuk Selamat Berkorban.
Juru andam, Ali sedang membetulkan serban pada kepala juru nikah, Sheikh Al-Faridzun Al-Zainuri.
"Mana pengantinnya?" tanya juru nikah kepada sanak keluarga.
Khutbah nikah dibacakan oleh jurunikah.
Sheikh Asyraf terharu sejurus mendengar khutbah nikah dibacakan.
Sementara di luar, sekumpulan anak muda yang mempunyai wajah seiras dengan wajah imam-imam muda tadi sedang sibuk membakar barbeque untuk dijamu kepada tetamu yang datang. Antara yang dibakar di atas grille adalah ayam, udang, kentang, sosej dan favourite aku sotong. Penuh tekun anak-anak muda ini membakar. Dan dengan tekun pulak aku menjamah dan memamah makanan yang telah masak dibakar. Banyak sotong yang aku makan. Kerana itulah makanan kegemaranku. Dan sotong-sotong itu jugak gembira bila dimakan oleh aku. Sesudah makan, berbual, menonton tv, bersalaman dengan saudara mara, kami pun mintak diri untuk pulang. Ada satu rumah lagi yang kami kena pergi. Kali ni kat bahagian Keramat pulak.

Faiisal, Taufiq dan Akid at work.
Asyraf membetulkan kedudukan kentang supaya masaknya lebih sekata. Taufiq pula menunjukkan rupa ayam yang telah masak.
Waaahhh!!! Enaknya!
Asyraf, pakar masak sotong bakar.
Akid membakar barbeque dengan penuh emosi.
Kois dan Toqif. See, one hand only!
Amin dan Ali turut terlibat membakar makanan sampai rentung.
Faridz meletakkan perisa istimewa ciptaannya sendiri ke atas barbeque tadi. Ika tak tahan dengan bau perisa ciptaan Faridz.
Menggunakan kipas elektrik bagi menggantikan kipas manual.
Faiisal memberi isyarat - makanan akan siap dalam masa dua hari lagi. Lama lagi tu!!!