m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label singing. Show all posts
Showing posts with label singing. Show all posts

Thursday, May 7, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Jom kita berdendang!

Bahagian 22

Sewaktu semua ahli keluarga sedang enak menjamu selera malam, acara pertandingan karaoke juga telah dilangsungkan secara serentak. Bolehlah mendengar alunan suara merdu sambil menikmati juadah shell-out. Pertandingan karaoke ialah satu lagi acara yang memang ditunggu-tunggu apabila Hari Keluarga diadakan. Hampir separuh ahli keluarga akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dari yang tak pandai menyanyi, sampai pandai menyanyi pasal dah terbiasa. Ini juga merupakan salah satu acara favourite aku sebab aku pun suka juga nak melalak dengan alunan muzik sekali-sekala.

Oleh kerana itu, aku telah menawarkan diri untuk menjadi orang pertama yang akan mendendangkan suara pada pertandingan kali ini. Dan kali ini juga aku plan nak buat kelainan. Selalu sangat menyanyikan lagu balada. Sesekali nak pekena lagu irama atau genre lain juga. Dalam banyak-banyak genre, aku pilih irama dangdut. Lagu "Yang Sedang-sedang" nyanyian Iwan. Tak pernah dibuat aku sebelum ini. Jadi aku pun ambillah mikrofon untuk memulakan nyanyian, menanti lirik keluar di monitor. Sekali kata penyelia acara, yang juga merupakan tuan tanah, Abang Hasni, pertandingan kali ini tak boleh tengok monitor. Kena hafal lagu, atau tengok lirik kat kertas atau hand phone. Aduh! Terjerat aku dengan pilihan lagu tadi. Ahhh! Bedal ajelah. Saja suka-suka. Bila muzik masuk aje, aku pun mulalah buka mulut dan berdendang. Hancurrrr!!!

Memulakan nyanyian dengan merujuk kepada lirik di telefon yang kupinjam dari Ienah.

Aduh! Apa pulak yang ditulisnya. Mataku tak nampak jelas tulisan yang kecil.

Telefon aku pulak dah habis bateri.

Ah! Bedal ajelah, Janji ada bunyi.

Menyanyi tak ada perasaan.

Tiba-tiba aku tarik penuh perasaan macam menyanyi lagu sedih. Padahal menyanyi lagu dangdut, kot?

Terpaksa tengok screen sekejap. Tapi screen pulak kecil daaaa...

Upon request, one more song! Hahaha...

Abang Zai pun dah lama tak menyanyi.

Asyik jadi juri profesional aje.

Kali ni Abang Zai berpeluang untuk menyanyi lagu pilihan.

Suara Abang Zai macam suara Brorey Marantika sikit.

Amier pun mendaftar untuk masuk pertandingan menyanyi.

Lagu yang Abang Zai nyanyikan ini agak panjang juga.

Lagu pilihan dari era 70an.

Abang Zai yang dah lama tak menyanyi pun turut menyanyi pada kali ini. Selalu Abang Zai jadi juri. Kali ni tuan tanah kata biar dia yang jadi juri. So, yang lain-lain semua boleh menyanyi. Tak kira tua atau muda. Dewasa atau kanak-kanak. Siapa berani, sila tampil ke hadapan. "Sumbangkan" lagu. Penyertaan kali ini kalau tak silap aku hampir dua puluh orang. Zaman dulu-dulu, masa kami buat Family Day, aku rasa lagi ramai yang masuk pertandingan menyanyi. Sekarang dah kurang sikit nampak gayanya.

Giliran Kak Timah pula untuk memegang mikrofon.

Syafiq juga ingin mendendangkan sebuah lagu.

Syafiq menyanyikan lagu berjudul "Di Mana Kan Kucari Minyak Di Laut Dalam".

Nyanyian yang memukau semua penonton di stadium.

Nadia pula menyanyikan lagu "Henfonku Berbunyi".

Asyraf dengan lagunya "Kau Si Paparazzi". 

Lagu itu ditujukan khas untuk aku.

Syafiyah dengan lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Kalau tak silap aku, Fai menyanyikan lagu berjudul "Batu" kot. Atau pun "Pasir" nyanyian Sweet Charity.

Kali ni menyaksikan beberapa ahli keluarga yang selalulnya menjadi penonton, tetapi kini ingin mencuba nasib dalam bidang seni suara. Antaranya termasuklah Fai, Syafiq, Salina dan Hairi. Zila yang dah lama tak menyanyi pun menyanyi semula. Kebanyakan mereka mempunyai bakat terpendam yang disimpan dari pengetahuan umum sejak berzaman lamanya. Wajah-wajah kaki karaoke pada Hari Keluarga pula termasuklah aku, wife aku, Kak Timah, Kak Ogie, Syafiyah, Allahyarham Abang Leman dan Abang Karim. Oleh kerana aku tak tangkap video nyanyian peserta pada kali ini, kalian lihat sendirilah gaya-gaya profesional kami semua. Dan bayangkanlah betapa sedap, lunak, enak, lemak, merdu, syahdu nyanyian kami ini. 

Pada kali ini, penyanyi yang outstanding adalah Hafez. Hafez menyanyi memang selalunya sedap didengar. Cuma kali ini rempah ratusnya lebih sempurna dan nyanyiannya lebih menyerlah. Kejuaranan karaoke yang dimenangi Hafez pada kali ini tidak siapa mempertikaikannya, kerana bagai telah diduga. Tahniah buat Hafez dan semua yang bertanding.

Bersambung...


Abang Karim membelek-belek monitor sejak seminggu lepas untuk memilih lagu.

Akhirnya memilih lagu irama Malaysia.

Judul lagu "Perjalananku Ke Bangkok".

Hafez sedang menyedut aura bayu laut sebelum memulakan nyanyian.

Allahyarham Abang Leman turut menyanyi.

Antara peserta yang mempunyai suara yang lunak.

Isteriku nak buat pengumuman sebentar. Ada sambutan hari jadi kalau tak silap aku.

Kak Timah berpeluang memegang mikrofon lagi.

Memilih lagu heppi-heppi untuk didendangkan.

Jarang sangat Kak Timah menyanyikan lagu balada.

Wawan yang bersuara sedap juga nak masuk bertanding menyanyi.

Judul lagu ialah "Liverpool atau United?"

Zila juga mempunyai suara yang lunak. Dah lama Zila tak menyanyi.

Kali ni ingin mencuba lagi.

Memberikan penghayatan yang 200 peratus.

Amier sejak kebelakangan ni memang suka benar menyanyi.

Amier memiih lagu Salem berjudul "Tinggal Kenangan".

Isteriku juga salah seorang yang regular dalam berkaraoke.

Lagu favourite ialah "Kasih" nyanyian Hetty Koes Endang. Tapi kali ni menyanyi lagu lain rasanya.

Aku rasa ini first time kot Hairi menyanyi di khalayak ramai.

Aku pun tak pasti. Suara Hairi juga mantap.

Salina, walau malu-malu memiliki suara emas bak bapanya - Abang Hasni.


Thursday, February 28, 2013

Karaoke keluarga di Galaxy Ampang

Ingat tak post aku yang lepas pasal perkahwinan abang ipar aku, Abang Hj Khalid dan Kak Shida? Pada malam tu, kami memberi sedikit ganjaran kepada kami semua setelah berpenat lelah bergotong royong menjayakan majlis pernikahan tersebut. Maka wife aku dan dua orang kakaknya serta sepuluh orang anak saudara telah ke pusat karaoke Music Star di Ampang. Di sinilah tempatnya kami boleh menyumbangkan lagu tanpa dibaling telur busuk oleh penonton yang hadir.

Di luar pusat karaoke.
Sebahagian anak-anak saudara yang memeriahkan majlis karaoke pada malam itu.
Semua orang kat situ happy jer walau lagu yang didendangkan mendayu-dayu sedihnya.
Kami datang agak lambat sikit. Masa kami sampai tu dah ramai yang datang memenuhi ruang karaoke. Tempat tu taklah glamer sangat. Tapi setting tempat tu serta kemudahannya agak baik jugaklah. Sessi menyanyi malam tu telah dibiaya oleh salah sorang anak buah, Syafiq. Masing-masing pun membuatlah pilihan lagu-lagu yang digemari. Ada lagu-lagu terkini dinyanyikan. Dan ada jugak yang lebih cenderung untuk menyanyikan lagu-lagu masa lampau seperti lagu-lagu pada era zaman dinosaur dengan tajuk-tajuk lagu berjudul - "T-rex Ku Sayang", "Hatiku Dihimpit Spinosaurus" dan "Menggapai Apatosaurus". 

Kak Timah sedang menyanyikan lagu nasyid.
Layar memilih lagu dan menonton klip video.
Kakak-kakak iparku dengan akapela lagu nasyid.
Hidayat sedang mendendangkan lagu berentak rancak ceria, tapi menampilkan imej syahdu terluka.
Syauki dan Syafiq berduet lagu Tepuk Amai-amai.
Faiisal dengan lagu Najwa Latif bertajuk Cinta Muka Buku Matematik.
Asyraf pula lebih cenderung menyanyikan lagu-lagu asli seperti Seri Mersing dan Kuala Sedeli.
Tengah menyanyi tetiba Taufiq terpaksa menahan kentut. Takut kamar yang kecil dicemari toksik.
Ali tidak menyanyi, tetapi memberi ucapan yang panjang lebar mengenai sejarah pembentukan Tanah Melayu.
Amin terus-menerus mencuba mikrofon... "Testing, testing, satu dua tiga empat............... lima juta empat ribu dua puluh tiga.
Sedang memilih lagu.
Sempat jugak aku mendendangkan dua buah lagu yang tak berapa lama seperti "Apa Khabar Orang Nigeria" dan "Di Balik Argentina, Bolivia dan Venezuela" yang pernah dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza, tapi tak pernah dimainkan di corong-corong radio. Yang paling hangat sekali ialah apabila semua anak saudara bangun berdiri menyanyikan lagu Khayalan yang pernah dipopularkan oleh Black Dog Bone dan Ruffedge. Tepat jam 12 malam, mesin karaoke ditamatkan, tanda para pengunjung perlu balik pasal kedai dah nak tutup. Tapi kami agak puas jugaklah menyanyi dan melalak sakan sesama saudara mara. Okay! Next time siapa pulak nak belanja karaoke? Calling-calling lah...

Menyanyikan lagu "Khayalan" beramai-ramai.
Masa ni memang sangat happening-pening lalat.
Siap dengan showmanship lagi, especially Faiisal.
Asyraf menunjukkan tanda peace kepada peminat-peminatnya yang menjerit-jerit di stadiuim. (Eh, masa bila pulak ke stadium?)
Majlis karaoke diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku...