m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label games. Show all posts
Showing posts with label games. Show all posts

Sunday, February 13, 2022

Malam Gala INAS Global: Masih berkaraoke

Bahagian 5

30 Disember 2021Acara memecahkan belon bagi kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya. Hooreeyyy!!! Semua belon di atas muka bumi ini telah berjaya dipecahkan oleh sekumpulan kanak-kanak hebat yang aktif dan berwawasan jauh. Pemenangnya juga telah diketahui. Dan kanak-kanak yang terlibat juga kelihatannya sangat berpuas hati dengan acara yang telah dianjurkan tadi. Kini kembali ke acara orang dewasa semula. Acara pertandingan karaoke.

Dua orang Abam DJ dan Abam Pengacara yang sedang bertugas dengan penuh dedikasi.

Memastikan program pada malam itu berjalan dengan lancar.

Abam Rocker sudah mari!

Rock you!!!

Sedang menyedut suara dari perut untuk dilontarkan nanti.

Tuan Jumaidi menjadi teman duet.

Mendendangkan lagu rock kapak siam.

Bagaikan Awie Wings.

Bagaikan Amy Search.

Bagaikan Iron Maiden.

Majlis menjemput penyanyi duet - Tuan Jumaidi dan Abam Rocker untuk ke atas pentas, mempersembahkan nyanyian lagu rock kapak. Aku tak berapa ingat lagu apa. Tapi memang rock tahap gaban lah. Ketika kedua-dua penyanyi ini tampil ke hadapan, para peminat di seluruh tanah air bersorak-sorak dan memanggil-manggil nama penyanyi yang menjadi pojaan hati mereka. Sampai ada yang pitam kerana terlalu teruja dapat bersua muka. Ketika muzik dimainkan, Abam Rocker mula mengeluarkan suara nyaringnya secara halus. Menusuk ke dalam jiwa. Berselang-seli dengan nyanyian dari Tuan Jumaidi. Bila sampai note tinggi, Abam Rocker mula menarik nafas panjang dan melontarkan suara rock-nya yang tinggi, hingga mencapai planet Musytari. Dan pada kala itu para penonton sudah tidak dapat menbendung lagi ketaksuban mereka terhadap kelunakan dan kesyikan suara Abam Rocker. Dewan jadi gamat. Tepu dengan bauran suara sorak-sorai dan kelantangan suara Abam Rocker. Hebat! Memang sungguh hebat!!!

Isteriku adalah peserta pertandingan karaoke yang terakhir pada malam itu.

Menyanyikan lagu Hetty Koes Endang - Kasih.

Lagu irama keroncong.

Bermula dengan santun.

Kak Timah dan Kak Ogie menjadi penari pengiring.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan persembahan.

Menyanyi dengan tenang.

Anak ini sangat teruja, naik ke pentas dan turut menari-nari.

Isteriku yang pada asalnya tidak mahu menyertai pertandingan karaoke ini akhirnya naik juga ke atas pentas setelah didesak oleh kedua orang kakaknya - Kak Timah dan Kak Ogie. Isteriku bertanya kepadaku, nak menyanyi lagu apa? Jawabku, nyanyilah lagu Hetty Koes Endang - "Kasih". Suara isteriku serasi bila menyanyikan lagu ini. Cadangan ku diterima. Dan isteiku naik ke atas pentas dengan diiringi penari latar yang terdiri dari Kak Timah dan Kak Ogie. Ketika sedang menyanyi, beberapa orang kanak-kanak telah naik ke atas pentas dan turut menari-nari di bahagian hadapan, menjadikan persembahan ini lebih meriah. Terima kasih kepada semua yang telah menjadi penari iringan ketika isteriku membuat persembahan tadi. Aku rasa selepas itu sudah tak ada sesiapa lagi yang tampil untuk berkaraoke.

Bersambung...

Pentas semakin meriah.

Kini ada tiga orang penari iringan.

Menari mengikut rentak.

Persembahan adik-beradik.

Dengan back drop yang bertukar-tukar warna.

Para penonton nampaknya sangat puas hati.

Antara piala rebutan pada malam ini.

Ini pula piala untuk pakaian terbaik lelaki dan wanita.


Wednesday, August 11, 2021

Lexis Hibiscus ke-2: Riadah santai

Bahagian 4 (Akhir)

7 Mei 2017 - Semalamnya perut kami sudah tersangat kenyang kerana terlalu banyak makan ketika di kafeteria sambil meraikan hari jadi ibuku. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Setelah solat subuh, aku terus ke luar kamar menjenguk joran-joran yang telah aku pasang sepanjang malam. Air laut pada waktu pagi nampaknya lebih tenang. Tetapi ikan juga seperti sudah tidak mahu menjamah umpan yang aku hulur. Tak apalah, semalam dah dapat sepuluh ekor. Itu pun dah cukup bagus.

Kami bersiap-siap untuk bersarapan pagi. Antara aktiviti yang menyeronokkan sudah tentulah bangun pagi dan bersarapan bersama ahli keluarga. Tak sabar-sabar kami nak tahu apakah menu yang akan disajikan kepada kami. Makanan ala-ala western nampaknya lebih menarik perhatian kami pada pagi itu.

Pagi-pagi lagi Sabriena dah melepak kat tepi swimming pool.

Melihat langit cerah memang seronok.


Kami dah mula bersarapan sambil melihat laut.

Sabriena memilih hush potato.

Amier juga memilih makanan yang sama.

Mama memberi Sabriena sepotong makanan spesel untuk dijamah.

Sabriena dah puas makan, nak main telefon pulak.

Amier juga tengah mencuba-cuba untuk mendapatkan telefon itu dari adiknya.

Syahmie masih meneruskan bersarapan.

Nampaknya Amier, Sabriena dan Mama dah selesai bersarapan.

Jom kita tengok laut pulak.

Kami berada di koridor di luar kafeteria.

Banyak unit penginapan di atas air di sini.

Setelah bersarapan, kami berjalan menuju ke satu tempat permainan kanak-kanak yang kelihatannya agak menarik. Di situ ada permainan gelongsor, bola getah besar, dan lain-lain lagi. Tetapi aku memilih untuk menemani Amier melakukan aktiviti kesenian seperti melukis dan menyusun blok permainan. Aku ada melukis grafik ringkas ke atas sebiji mug dan menghadiahkannya kepada Ibuk (kalau tak silap akulah). Amier pula bertungkus-lumus menyusun blok kayu untuk melihat efek domino bila blok itu ditolak.

Percutian kali ini sangatlah menyeronokkan. Dapat pancing ikan. Dapat banyak ikan. Dapat makan sedap. Dapat main game. Dan dapat kenangan indah untuk disimpan. Semoga ada rezeki kami untuk ke sini lagi. Insya Allah.

T A M A T

Kami di ruang permainan kanak-kanak pula.

Syahmie dengan pet leopard nya.

Sabriena menuruni gelongsor.

Sabriena bermain dengan bola getah besar pula.

Aku menemani Amier melukis gambar.

Amier sedang melukis gambar something yang spesel.

Aku pula sedang melukis grafik di atas mug.

Amier lukis kartun ke tu?

Syahmie dan Mama melayan Sabriena main blok kayu.

Seronok Sabriena menyusun blok.

Lebih-lebih lagi yang colourful.

Amier masih belum habis melukis.

Isteriku juga menyusun blok kayu. Kalau tak silap aku nama game ini Jenga.

Game ini agak fun juga sebenarnya.

Dan tak mudah juga.

Siapa yang meruntuhkan binaan blok ini, dialah yang kalah.

Syahmie sedang mencuba menarik sebiji bungkah.

Amier pula lebih interested nak main domino.

Satu-satu bungkah di susun dengan tertib.

Dah banyak yang disusun.

Nak tolak bungkah ni rasa sayang pulak.

Lama Amier berfikir.

Nak tolak atau tidak.

Ahhhh.... tolak ajelah. Bruuuuum!

Sekarang buat susunan lain pulak.