m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label upsr. Show all posts
Showing posts with label upsr. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Debar menanti keputusan UPSR Wanie

14 November 2014 - Ini adalah tarikh penting kepada pelajar-pelajar tahun 6. Pada hari inilah keputusan UPSR keluar. Pada pagi hari, para pelajar darjah 6 dah berkumpul di dewan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan UPSR dari Guru Besar. Anak aku Wanie tak terkecuali. Aku dan isteri datang ke sekolah agak lewat sedikit. Tapi keputusan masih belum keluar lagi. Guru-guru yang pergi mendapatkan slip keputusan UPSR dari Pejabat Pelajaran masih belum sampai lagi. Debaran menanti keputusan bukan saja dirasai oleh pelajar-pelajar calon yang mengambil peperiksaan tersebut. Tapi debaran itu lebih dirasakan oleh para ibubapa yang mengharapkan kecemerlangan dapat ditunjukkan oleh anak-anak masing-masing.

Pelajar tahun 6 berkumpul di dewan.
Guru Besar Cemerlang Hajjah Khadijah berucap panjang.
Membacakan keputusan UPSR para pelajar.
Aku juga berasakan debaran yang sama. Masa time Syahmie dulu, aku tak terlalu suspen. Mungkin aku tersangat konfiden dengan kemampuan Syahmie. Tapi entahlah, terhadap Wanie, memang gemuruhku agak berlebihan sedikit. Jadi aku dan isteri telah menghantar sms kepada pihak Jabatan Pelajaran supaya kami boleh mendapatkan result UPSR melalui sms aje. Kurang sikit rasa debarannya. 

Setelah seketika menanti, telefon bimbit isteriku berbunyi. Ada sms masuk. Dari Jabatan Pelajaran! Dan keputusannya... Yes! Wanie dapat 5A, seperti yang kami dan pihak sekolah harapkan. Wanie memang salah sorang calon 5A yang telah disenarai pendek oleh pihak sekolah, kerana kesemua peperiksaan percubaannya memperlihatkan hasil yang  memberangsangkan. Bila aku membaca sms yang tertulis, aku tak dapat menahan air mata jantanku dari bergenang di mata. Tapi macam biasa, aku berjaya kontrol macho dan mengelakkan air mata dari mengalir ke pipi. Masa time Syahmie dulu aku tak berasakan seperti ini.

Guru-guru juga menanti dengan debar.
Resah menanti saat genting.
Wanie turut berdebar.
Ada pelajar yang melukis bagi menghilangkan gemuruhnya.
Sewaktu pelajar-pelajar dan ibubapa lain masih suspen menantikan guru-guru mengumumkan keputusan peperiksaan UPSR pelajar, satu demi satu, kami dah agak relaks dan tenang, pasal keputusannya telahpun kami tahu. Ibubapa yang anaknya berjaya memperolehi 5A dijemput naik ke pentas dan bergambar bersama Guru Besar dan YDP PIBG. Aku bangga naik ke pentas bersama isteriku. Kembang kempis hidung aku bagaikan badak air yang kepanasan. Kawan baik Wanie, Deana jugak mendapat 5A. Tahniah kepada Deana juga.

Deana mengambil keputusan UPSR.
Kawan baik Wanie - Deana dapat 5A.
Kami dijemput naik ke pentas bergambar dengan Wanie.
Bangganya aku!
Kesemua pelajar 5A.
Bangganya mereka.
Wanie salah sorang dari mereka yang cemerlang.
Give me five!
Semua orang happy.
Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik.
Antara guru-guru Wanie.
Jumlah pelajar 5A di SK Ampang tahun ini adalah seramai 19 orang sahaja. Bilangan ini menurun dari tahun-tahun sebelumnya. Ketika semua pelajar 5A bergembira meraikan pencapaian cemerlang masing-masing, aku nengok Wanie macam selamba aje. Nak mengukir satu senuman kegembiraan pun agak susah. Perlu disuruh baru dia tersenyum. Aku tak pasti kenapa. Tapi mengikut teori kebapaan aku, mungkin Wanie telah mula terbayang kehidupan yang berbeza selepas ini - asrama, berjauhan dari keluarga, independent. Itu cuma teori aku. Apa yang tersurat sebenarnya, hanya Allah yang tahu.

Wanie bersama mama.
Mama happy Wanie dapat 5A.
Pihak sekolah dan PIBG telah menghadiahkan percutian ke Langkawi serta penginapan percuma kepada kesemua pelajar 5A ini. Wanie dan Deana menulis nama di atas kertas agar nama mereka turut tersenarai dalam rombongan ke Langkawi itu. Mereka direncanakan pergi pada 20 Disember 2013. Tapi perjalanan ini telah ditunda ke tahun 2014. Tak tahulah masih on ke tak trip ini. Apa-apa pun Wanie, terima kasih kerana telah membuat papa dan mama proud of you .

Wanie mengisi borang untuk ke Langkawi.
Hadiah rombongan ke Langkawi.
Bersama Cikgu Isma Hadi - guru kelas Darjah 6.

Monday, September 12, 2011

OMG! Hari UPSR dah tiba!

Hari ini adalah hari penting dan hari besar bagi anak-anak dalam tahun 6 persekolahan. Dan hari mak bapak berisau-risauan bagi mereka yang ada anak darjah 6. Hari ni hari pertama peperiksaan UPSR berlangsung. Mula hari ni dan tamat hari Khamis nanti. Ini adalah pengalaman pertama kami hantar anak ke sekolah ambil periksa UPSR. Yang lebih merunsingkan kami adalah bila ditanya mana jadual periksa, kata Syahmie tak ada. Kami ingatkan hari ni periksa BM aje. Rupanya bila aku tanya kawan aku, Raja Jaafar aka Pau from Wattop, dia kata ada exam Mathematics sekali. Kami yang agak gabra. Syahmie buat muka selamba dia aje.

Pau dan aku datang ke sekolah memberi perangsang kepada anak masing-masing. "Buat yang terbaek".
Kami masuk ke perkarangan sekolah. Murid-murid tengah duduk kat lantai sambil guru-guru memberi taklimat. Ada cikgu BM siap bagi last minute punya tutorial. Lepas tu ada pulak sessi soal jawab antara murid dan guru berkenaan. Memang betul-betul kat penghujung saat sebelum murid diarah masuk ke dewan peperiksaan.   

Syahmie dan kad calon peperiksan UPSR.
Dalam banyak-banyak murid tu ada yang nampak senyap (mungkin nak ambil mood periksa sambil fokus), ada yang masih main-main, ada yang bawak pensel selambak macam nak jual kat kedai, ada yang masih bawak nota dan buku nak buat ulangkaji tahap akhir yang terakhir. Dan Syahmie, macam biasa dia suka yang minimal dan paling simple dan ringan. Kalau boleh bawak pensel kontot, Syahmie akan bawak pensel kontot. Pemadam pun kalau boleh nak bawak setengah aje. Tapi pihak sekolah tetap membekalkan pensel dan pemadam bagi murid yang terlupa atau tak sempat nak bawak perkakas berkenaan. Aku jugak perasan ada sorang classmate Syahmie yang demam. Panas badannya bila aku pegang. Kesian jugak kat dia. Mak dia siap bekalkan air badak buat penyejuk badan. Semoga dia lebih segar ketika menjawab soalan.

Tiga sekawan sedang menumpukan perhatian terhadap nasihat guru.

Murid-murid calon UPSR mendengar taklimat dengan semangat membara.

Cikgu BM, Puan Ayu sedang bagi tuisyen tahap penghujung rindu.
Kami mulanya niat nak hantar Syahmie aje, lepas tu straight pergi ofis. Tapi pasal nak ambil jadual periksa yang dah hilang punya pasal, kenalah turun kereta dan masuk dalam sekolah. Bila kat sekolah kami nengok ada van TV3 pulak. Maka makin kami stay lama sikitlah. Rupanya ada siaran  langsung Malaysia Hari Ini (MHI). Wah! Glamer jugak sekolah anak aku ni ya. Host dia ialah Ally Iskandar. Kami pun bertenggek-tenggeklah dekat-dekat dengan kamera. Manalah atau dapat jadi extra dan dapat masuk tv. Aku siap terlompat terkinja-kinja nak dapat perhatian kamera. Lepas pelajar masuk ke dalam dewan peperiksaan, dan nampak gaya siaran macam dah nak selesai, kami pun beredarlah dari sekolah menghala ke ofis pulak. Semoga Syahmie dan semua calon peperiksaan UPSR dapat jawab dengan cemerlang dan memperolehi 5A.

Van apa ni? Inilah van TV3.

"Who am I? I am Ally. Who is Ally? Ally is Kandar".