m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pdrm. Show all posts
Showing posts with label pdrm. Show all posts

Friday, May 19, 2017

Tennis TTC vs PDRM: Penguasa undang-undang lawan penjenayah tanpa kolar

Bahagian 2 (Akhir)

Pertembungan TTC menentang PDRM berlangsung dengan sangat sengit, senget, sengat dan sungut. Bagaikan perompak bertempur dengan polis. Bagaikan samseng berperang dengan inspektor sahab. Hayunan reket bertalu-talu menghentam bola yang bulat bak bumi. Wajah-wajah bengis ditampilkan. Gerakan-gerakan kilas disuakan ke batang hidung lawan. Bertali arus. Tanpa ada henti. Kami yang menyaksikan, berasakan degup jantung yang semakin melaju mengikut rentak hayunan reket.

Gandingan Faiz dan Amy diharapkan menyerlah.
Amy selalu in character, fokus yang sangat tinggi.
Fauzi - pemain yang tenang dan sangat bijak.
Pok Amin menyapu losyen pelembut kulit agar kulit sentiasa kelihatan segar.
Lengchai telah berikrar untuk menjulang pingat emas pada kejohanan kali ini.
Menjadi penonton sebelum bertarung.
Gandingan Pok Amin dan Lengchai menentang team senior PDRM.
Plan asal, Pok Amin nak digandingkan dengan aku. Tak taulah macam mana kesudahannya kalau gandingan itu berlaku.
Antara gandingan pemain TTC termasuklah Faiz dan Amy, Pok Amin dan Lengchai, Asyraf dan Fauzi, Halim dan Aril, Sogol dan Faizal, Farid dan Ikrami, Bobby dan Izad, aku dan Husin. Dan ada lagi beberapa gandingan lain yang diformulasikan bagi menentang keutuhan Team PDRM yang ternyata sangat mantap prestasi mereka. Sementara para players dari kedua-dua team bertungkus lumus berjuang di medan laga, Inspektor Azizul Sahab pulak berlagak demam di satu pojok gelanggang. Siap berstokin tebal, berselimut dan tuala lembab di kepala. Azizul sebenarnya dalam situasi dilema. Nak wakil TTC, takut big boss marah. Nak wakil PDRM, takut kengkawan TTC kecil hati. Last-last, Azizul pilih untuk mendemamkan dirinya agak tak terpilih untuk mewakili mana-mana team. Case closed!

Inspektor Azizul Sahab buat-buat demam pulak pada hari yang bersejarah ini...
Bagaikan berjumpa teman sepermainan sejak kecil yang telah terpisah lama.
Seronoknya Aker dan Raja kerana telah memenangi perlawanan ini.
Team PDRM sedikit kecewa pada pusingan ini.
Padanan dua orang pemain taktikal dari TTC - Fauzi dan Asyraf.
Fauzi dengan wajah keceriaan. Bagai sudah menghidu kemenangan.
Aril dipadankan dengan Halim.
Padanan Aril dan Halim ini memang dijangka sangat unik.
Asyraf dan Fauzi mempamerkan kecerian pada wajah setelah memenangi set ini.
"See you later losers"' kata Asyraf????
Dalam banyak-banyak gandingan TTC, nampaknya padanan Faiz dan Amy merupakan yang paling menyerlah sekali. Gandingan yang lain terpaksa bertungkus-lumus sebelum menang ataupun kalah di tangan lawan masing-masing. Setiap pemain PDRM bukan calang-calang kekuatan dan kemahiran yang mereka miliki. Menggugat tahap konfiden Team TTC. Setiap kali Team TTC hampir menang, Team PDRM akan mengeluarkan pistol Beretta, Browning atau Glock yang terselit di seluar mereka. Lantas Team TTC akan mula memperlahankan rentak permainan mereka kerana takut atau gentar. Dan pada kala inilah Team PDRM akan bertindak mengejar mata demi mata hinggalah kemenangan dikecapi. Hanya pemain TTC yang hati kering saja yang mampu melepasi cabaran ini dengan kemenangan sebagai penyudahnya.

Faizal dan Sogol menentang Big Boss PDRM.
Tak mudah menentang mereka ini.
Back hand Big Boss PDRM ini sangat Power Rangers! Menakjubkan!
Padanan Farid dan Ikrami.
Permainan yang agak seimbang.
Aku dan Husin sedang bersiap-siap untuk berlawan.
Akhirnya tibalah giliran aku pula untuk beraksi mewakili Team TTC. Aku digandingkan dengan Husin. Senior dan junior. Pengalaman dan ketangkasan. Kesabaran dan agresif. Ini adalah padanan yang sempurna. Sepatutnyalah, kan??? Tetapi apa yang berlaku adalah berlainan dari apa yang dijangkakan. Sebenarnya kami bermain dengan agak baik pada permulaannya. Tidak terlalu agresif. Play safe saja. Tetapi itu sudah memadai untuk mengekalkan momentum kami. Pihak lawan pula banyak membuat kesilapan-kesilapan mudah. Kami mendahului dalam pungutan mata awal. Entah di mana silapnya, ketika Husin semakin mantap dalam permainannya, aku pulak yang tiba-tiba choked! Maklumlah, mental pertarungan aku memang tak berapa stabil. Jarang-jarang masuk tournament. Itulah akibatnya. Ketika aku mula membuat error demi error tanpa tekanan, pihak lawan pula semakin memantapkan persembahan mereka. Hinggalah akhirnya kami kalah 5-8. Aku berasa agak bersalah kerana gagal menyelaraskan rentak permainanku dengan Husin yang telah beraksi baik. Tak apalah. Next time cuba lagi.

Cuba korang nengok, tak athletic sungguh penampilan aku, kan?
Masa ni aku tengah gemuruh. Dah nak terkucil dibuatnya.
The big boys - Bobby dan Izad.
Keputusan yang dicatat oleh Asyraf.
Secara menyeluruh, Team TTC tewas kepada Team PDRM. Mata keseluruhan, aku pun tak tahu. Tetapi apa yang tercatat pada board adalah seperti berikut:

1.  Abang Mohd Nor & Cikgu Azhar tewas 4-8.
2.  Aker & Raja menang 8-5.
3.  Faiz & Amy menang 8-1.
4.  Lengchai & Pok Amin kalah 7-8.
5.  Asyraf & Fauzi menang 8-6.
6.  Aril & Halim kalah 1-8.
7.  Ikrami & Farid kalah 3-8.
8.  Faizal & Sogol kalah 4-8.
9.  Adi & Husin kalah 5-8.
10. Bob & Izad kalah ?-?.
11. Aker & Raja kalah 6-8.
12. Fauzi & Faizal (result unknown).
13. Pok Amin & Ikrami (result unknown).

Special mentions:

1.  Most double faults - Ikrami.
2.  Top ace - Sogol.
3.  Best overhead - Bobby.

(Catatan oleh Asyraf a.k.a Ron).

Oleh kerana kami dah kalah, maka kami telah didakwa dan disaman atas kesalahan-kesalahan berikut:

a) Foot fault - denda RM100.
b) Double fault - denda RM150.
c) False call - penjara 2 tahun.
d) Pukul home run - denda RM200.
e) Speeding pukul bola laju sangat - denda RM300.
f) Deceiving shots - lokap 1 bulan.
g) Mengalahkan pegawai PDRM - penjara seumur hidup.

So, begitulah kesudahannya. Aku rasa TTC kena repeat lawan balik Team PDRM ni. Member-member baru TTC nampaknya sangat energetic dan power rangers. Mungkin gandingan baru ini boleh membuahkan hasil yang lebih memberansangkan. Jom kita celen lagi!

T A M A T

Sebahagian dari players - setelah tamat perlawanan persahabatan ini.

Tennis TTC vs PDRM: Jangan tangkap kami!

Bahagian 1

6 Mac 2016 - Entah siapa yang buat report kat Balai Polis, tiba-tiba sekumpulan warga PDRM datang ke gelanggang tenis Titiwangsa lengkap dengan bersenjata dari kepala sampai ke kaki. Kesemua para players Kelab TTC tergamam. Melihat di antara satu sama yang lain. "Kau ada buat salah?" "Aku tak buat salah apa-apa rasanya?" "Entah-entah si anu tu kot yang langgar undang-undang." Persoalan yang sebeginilah yang bermain-main di fikiran ahli Kelab TTC.

Raja dan Aker digandingkan bagi menyahut cabaran Team PDRM.
Semoga Raja-Aker akan mencapai kemenangan pertama yang akan membakar semangat pemain-pemain TTC yang lain.
Abang Mohd Nor sedang beraksi.
Segala ilmu di dada sedang diaplikasikan.
Memberikan fokus 200%.
Mengorak langkah dengan kegeraman.
Bola hampir tiba. Reket diangkat.
Bola semakin menghampir. Abang Mohd Nor cover muka dengan reket untuk mengelakkan kecederaan.
Bola dah betul-betul hampir. Abang Mohd semakin gerrrraaaaammmmmm!!!
Dan bola dipukul dengan penuh gaya seorang penunggang Harley Davidson.
Team PDRM tidak mengeluarkan pistol, senapang atau mesingan mereka. Sebaliknya masing-masing mencapai reket tenis dari pelbagai bentuk dan warna, dan jenama. Mereka mengajak kami beradu kehandalan. Perjanjiannya begini: kalau kami menang, kesemua saman kesalahan akan dipadamkan dari sistem. Tapi sekiranya kami kalah, kesemua kesalahan, walaupun yang paling kecil akan dibicara dan diadili di mahkamah secara tegas tanpa tolak ansur. Dan tanpa banyak soal, kami setuju menyambut cabaran ini dengan syarat-syarat yang telah digariskan.

Bersiap-siaga menunggu bola datang, bagaikan mengawal penjenayah di perbatasan.
Raja pun berjaga-jaga jugak. Jaga penampilan diri agar selalu kelihatan menawan.
Raja sedang bersiap-siap untuk mengambil bola forehand.
Reket di-target tepat membuat sudut 75 darjah dari paksi tubuh.
Libasan dilakukan bak menghalau lalat sambil berzumba.
Aaah! Nampak gayanya bola mendatang lagi.
"I believe I can flyyyyyy....."
"Nah! Amekaw!" Pukulan ini menjangkau kelajuan 320 km/j.
Gelanggang pertarungan dimulakan dengan gandingan Abang Mohd Nor dan Cikgu Azhar. Serta satu lagi gandingan Aker dan Raja. Mereka ini membawa panji-panji Kelab TTC menentang PDRM yang kelihatan sangat garang dan berdisiplin. Perlawanan agak sengit. Para pemain berbalas tembakan di celah-celah jaring yang terhampar di tengah gelanggang. Cikgu Azhar nampak gayanya tak dapat memberikan fokus yang mantop kerana fikirannya asyik terbayang-bayang akan hadiah yang bakal diterimanya dari murid-murid sempena sambutan Hari Guru. Malah pada ketika yang lain, Cikgu Azhar akan memberikan tunjuk ajar kepada pihak lawan cara-cara untuk bermain dengan cemerlang ketika di gelanggang. Jiwa seorang pendidik nampaknya sangat kukuh bertaut pada diri Cikgu Azhar. Abang Mohd Nor pulak kerap menderum seperti laungan Harley Davidson yang sedikit sebanyak menggoyahkan pihak lawan. Manakala pasangan Aker dan Raja pulak nampaknya lebih menyerlah menguasai pihak lawan kerana pernah berjinak-jinak dengan padang sasar sebelum ini. Namun keputusan perlawanan masih sukar untuk diramalkan.

Bersambung...

"Cikgu Azhar suka main tenis. Hari-hari Cikgu Azhar main tenis..."
Mencurah-curah keringat terhambur keluar dari tubuh Cikgu Azhar.
Kita minum air mineral dulu.
Abang Mohd Nor meneguk jus power ciptaannya sendiri.
Pok Amin: "Tengok tu! Foot fault!!"
Pok Amin masih tak puas hati melihat foot fault yang dilakukan oleh Team PDRM.
Lengchai dan Ikrami sangat-sangat-sangat-sangat terpegun dengan persaingan ini.
Masih terpegun dan tergamam.
Faiz merenung jauh ke hadapan, memikirkan akaun TTC yang semakin mengecil amaunnya.
Halim dan Aril bakal digandingkan sebentar nanti.
Amy in character walaupun game yang bakal disertainya masih lambat lagi.
Halim - pakar diet dan pemakanan TTC suatu ketika dulu.