m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label mother. Show all posts
Showing posts with label mother. Show all posts

Monday, August 16, 2021

Kerabat 10 TOI bersidang lagi: Hujan mengundang keakraban

Bahagian 2

3 September 2017 - Memohon para pembaca yang budiman untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat saudara-mara kita yang telah pergi meninggalkan kita menuju ke alam abadi. Wajah-wajah mereka ada sebahagiannya terpapar di sini. Mendoakan roh mereka tergolong bersama roh para syuhada, para mukhlisin. Al -Fatihah.

Baik. Kita sambung lagi kisah persidangan Kerabat 10 TOI. Sukaneka kanak-kanak diteruskan lagi. Kali ini untuk kanak-kanak yang lebih berusia. Jadi kami suruh Amier ambil bahagian. Amier menurut tanpa membantah. Tubuh badan Amier memang agak besar sedikit berbanding kanak-kanak yang lain walaupun usia Amier pada hari itu baru 11 tahun. Acara yang dipertandingkan ialah acara meniup belon sehingga pecah. Wow! Agak mencabar juga game ini. Bab-bab tiup belon ni memang bukan kepakaran Amier. Belon kuning yang ditiup Amier memakan masa lebih lama untuk membesar. Apatah lagi untuk meletup dan pecah. Tak apalah. Yang penting participation.

Amier dan anak-anak yang lain sedang beratur menanti arahan.

Masing-masing memegang belon.

Standby untuk memulakan tiupan.

Amier dah masukkan belon ke dalam mulutnya.

Dan mula meniup sekuat hatinya.

Tapi belon kuning seperti tak mahu mengembung dan membesar.

Banyak karbon dioksida telah dimasukkan ke dalam belon.

Dan belon semakin membesar.

Dan terus membesar.

Malah ada belon yang telah ditiup terlalu besar. Menanti masa untuk meletup.

Belon kuning Amier masih maintain comel.

Anak ini telah meniup belon birunya sehingga begitu besar sekali.

Kami kemudiannya pergi ke meja untuk duduk makan nasi dan lauk pauk. Sambil beramah mesra dengan saudara-mara yang turut hadir di majlis ini. Acara selanjutnya ialah acara cabutan nombor/nama bertuah (lucky draw). Banyak nombor/nama yang dipanggil untuk tampil ke pentas hadapan. Tetapi seingat aku tak satu nombor/nama pun yang kena pada kami. Tak apalah. Mungkin bukan rezeki kami pada kali ini. Insya Allah pada perjumpaan  yang lain.

Adikku  bersama Yana.

Isteriku dah selesai makan.

Ibuku bersama ipar dan sepupu-sepupunya.

Menikmati juadah yang disajikan.

Acara cabutan nombor/nama bertuah.

Jip memperolehi hadiah bertuah ini.

Lagi hadiah diagih-agihkan.

Sabriena bersama Mama.

Pakcik Rizali turut hadir.

Tak lama selepas itu hujan pun turun dengan agak lebat juga. Air hujan mula bertakung di sebahagian tapak. Lopak-lopak air mula terbentuk. Mujurlah kami semua pada ketika itu sedang berteduh di dalam khemah yang besar. Setelah seketika kami di situ, kami memutuskan untuk pulang ke rumah. Lagi pun ibuku bukannya boleh tahan lama-lama duduk di atas kerusi roda. Pasti Ibuk nak berbaring dan merehatkan badan secukupnya. Kepada semua yang hadir dan telah menjayakan majlis perjumpaan Kerabat 10 Toi ini, aku ucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya. Semoga diizinkan Allah, kita bersua lagi pada perjumpaan yang akan datang.

T A M A T

Saimo - orang kuat Kampung Assam Jawa.

Wak Yan dan Pakcik Matshah.

Sepupuku, Andi juga hadir.

Wak Bun sibuk melayan tetamu.

Lantas ditemubual.

Wak Bun membantu ibuku untuk minum air.

Ibuku diminta untuk mencabut nama tetamu yag berutah.

Sehelai kertas bertulis nama dipilih dan dikeluarkan.

Makcik Maznah juga hadir.

Emin mendapat hadiah cabutan bertuah.


Tuesday, August 10, 2021

Lexis Hibiscus ke-2: Happy birthday Ibuk

Bahagian 3

6 Mei 2017 - Pengalaman memancing di Lexis Hibiscus pada sebelah petang sangatlah mengujakan. Sepuluh ekor ikan dan dua ekor ketam adalah habuan yang bagi aku sangat lumayan. Setelah solat maghrib, kami beramai-ramai menaiki buggy untuk ke ruang makan yang terletak di bangunan utama, bersebelahan dengan ruang lobi. Kami akan makan malam di situ serta menyambut hari jadi ibu kami in advance.

Pemandangan pada waktu malam bukan saja cantik, tetapi juga menyamankan.

Kami dah sampai tempat makan.

Amier memenuhkan pinggannya dengan makanan barbeque.

Sabriena makan makanan ringan-ringan sahaja.

Banyak betul daging bakar dalam pinggan Amier.

Daging bakar antara makanan yang enak di sini.

Sabriena pun nak rasa daging bakar juga.

Amier dah bertukar menu.

Seluruh keluarga berkumpul di sini.

Bercuti sambil menyambut hari jadi ibu kami - awal sehari.

Makan malam kami jenis buffet. Boleh ambil sebanyak mana pun makanan yang ada terhidang. Janji tekak dan perut boleh menerimanya. Janji jangan membazir. Amier memenuhkan pinggannya dengan pelbagai jenis makanan. Antara makanan yang memenuhi pinggan Amier termasuklah daging dan ayam barbeque. Aku dah siap-siap warning Amier agar menghabiskan apa yang ada dalam pinggan. Jangan terlalu excited nak ambil makanan tanpa tahu kemampuan sendiri sebanyak mana makanan yang kita boleh makan. Lepas dah kena warning, akhirnya Amier berjaya juga menghabiskan kesemua makanan yang ada dalam pinggan, walaupun nampaknya macam nak termuntah Amier tu. Macam biasa, strategi aku ialah untuk mengambil semua jenis makanan dalam jumlah yang sedikit. Dapatlah merasa semua menu.

Bergambar bersama Ibuk.

"Happy Birthday Ibuk".

Amier sedang membuat rakaman keraian ini.

Amier masih membuat rakaman.

Kami masih bersama Ibuk.

Jadikan malam ini malam yang meriah.

Mata Sabriena tak berkelip melihat kek di pinggan neneknya.

Tiga biji cup cake yang enak.

Sesudah semua selesai makan, kami pun ambillah sapotong kek dan diletakkan ke dalam pinggan. Itulah kek hari jadi ibu kami. Kami nyanyi lagi Happy Birthday dan sama-sama meraikan sambutan majlis hari jadi yang sangat ringkas itu. Kami minta orang resort yang bertugas di situ mengambil gambar kami semua.

Sesudah itu semua selesai, kami bergambar pula di ruang luar, sebelum kembali ke bilik penginapan untuk berehat. Dan aku pula akan meneruskan aktiviti memancingku pada waktu malam pula.

Bersambung...

Ibuk dan birthday cup cake nya.

Isteriku bersama Yana dan adikku.

Syahmie dan Sabriena bergambar di ruang luar pula.

Syahmie masih bersama Sabriena.

Aku bersama Syahmie, Amier dan Sabriena.

Masa ni Wanie kat asrama.

Sekarang Mama pula bersama Syahmie, Amier dan Sabriena.

Sabriena mengekspresi kegembiraannya berada di sini.

Kami semua bergambar di ruang legar.

Plaque yang dimenangi oleh pihak Lexis Hibiscus - resort paling banyak swimming pool.

Ini pula anugerah villa atas air paling banyak.

Sabriena dan Mama.

Mama dan Sabriena.