Bahagian 5
30 Disember 2021 - Acara memecahkan belon bagi kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya. Hooreeyyy!!! Semua belon di atas muka bumi ini telah berjaya dipecahkan oleh sekumpulan kanak-kanak hebat yang aktif dan berwawasan jauh. Pemenangnya juga telah diketahui. Dan kanak-kanak yang terlibat juga kelihatannya sangat berpuas hati dengan acara yang telah dianjurkan tadi. Kini kembali ke acara orang dewasa semula. Acara pertandingan karaoke.
| Dua orang Abam DJ dan Abam Pengacara yang sedang bertugas dengan penuh dedikasi. |
| Memastikan program pada malam itu berjalan dengan lancar. |
| Abam Rocker sudah mari! |
| Rock you!!! |
| Sedang menyedut suara dari perut untuk dilontarkan nanti. |
| Tuan Jumaidi menjadi teman duet. |
| Mendendangkan lagu rock kapak siam. |
| Bagaikan Awie Wings. |
| Bagaikan Amy Search. |
| Bagaikan Iron Maiden. |
| Isteriku adalah peserta pertandingan karaoke yang terakhir pada malam itu. |
| Menyanyikan lagu Hetty Koes Endang - Kasih. |
| Lagu irama keroncong. |
| Bermula dengan santun. |
| Kak Timah dan Kak Ogie menjadi penari pengiring. |
| Bagi menambahkan lagi kemeriahan persembahan. |
| Menyanyi dengan tenang. |
| Anak ini sangat teruja, naik ke pentas dan turut menari-nari. |
| Pentas semakin meriah. |
| Kini ada tiga orang penari iringan. |
| Menari mengikut rentak. |
| Persembahan adik-beradik. |
| Dengan back drop yang bertukar-tukar warna. |
| Para penonton nampaknya sangat puas hati. |
| Antara piala rebutan pada malam ini. |
| Ini pula piala untuk pakaian terbaik lelaki dan wanita. |