m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label bird. Show all posts
Showing posts with label bird. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Burung kecil di telapak tangan

17 November 2013 - Orang gaji kami sangat rapat dengan orang gaji jiran kami. Nama mereka pun dahlah sama. Pada suatu hari, orang gaji jiran kami telah menangkap sekor burung pipit dan mengikat kakinya dengan tali. Burung itu diberikan kepada orang gaji kami. Tujuannya ialah nak bagi Sabriena main dengan burung tu. Memang Sabriena sangat suka bermain dengan haiwan-haiwan kecil seperti kucing, arnab, tikus, cicak, serangga dan jugak burung. Tapi kami kesian menengokkan burung tu terikat dan tak boleh terbang bebas seperti kengkawannya yang lain. Wife aku kata dia nak bebaskan aje burung tu. Aku pulak baru nak bercadang nak sembelih burung tu buat masak barbeque. Akhirnya kami lepaskan burung tu pada malam tu jugak. Semoga ia berasa lebih lapang selepas ini. Dan masih mahu menjenguk kami untuk bermain-main dengan Sabriena.

Burung pipit yang tersepit.
Menenangkan burung yang ketakutan.
Lepas ni kau akan terbang bebas ke dalam kuali. Eh, silap. Sorry! Bebas di angkasa raya.



Friday, February 1, 2013

Banyaknya burung kat taman ni: Puas melayan burung

Bahagian 2

Pengembaraan menengok burung pada musim cuti sekolah bulan Disember 2012 diteruskan lagi. Semua pelusuk taman kami lalui bagi memastikan semua spesis burung yang dipelihara dapat kami lihat dan kaji. Amier bukan saja tertarik pada burung yang terbang hinggap, tetapi juga Amier sangat tertarik pada papan tanda yang menceritakan secara ringkas mengenai burung-burung yang dipamerkan.

Amier tunjuk gambar burung scarlet ibis yang sangat hebat.
Laluan pejalan kaki dia pun sangat nyaman dan menarik.
Di anak sungai ini ada banyak bangau mencari ikan.
Tinggi jugak ramp yang kami kena daki.
Burung yang paling besar ada kat situ ialah burung unta a.k.a. burung ostrich. Dulu-dulu dengar khabarnya dia ada bela burung garuda. Tapi sejak burung garuda dah pupus, tempat garuda tu dah diganti dengan burung ostrich pulak. Sebelah sangkar ostrich tu ada pulak burung emu, yang kecil sedikit dari ostrich. Aku dah pernah rasa makan daging ostrich. Bilalah pulak nak merasa makan daging emu?

Bersama burung emu.
Burung emu ni kecil sedikit dari burung ostrich.
Emu tak agresif macam ostrich.
Kami sedang melihat burung paling besar di dunia.
Bangau ni mintak aku ambil gambar dia dan masukkan dalam Facebook. Okaylah, okaylah...
Jambatan merentas sungai.
Keletihan. Duduk berehat sebentar.
Satu lagi jenis burung yang buat aku sangat teruja ialah burung helang. Aku memang sangat suka nengok burung helang, especially yang tengah terbang. Tapi sangkar burung helang yang agak kecil tu telah menghadkan pergerakan bulung helang tersebut. Kesian jugak. Satu lagi jenis burung yang aku suka nengok ialah burung hantu. Itulah jenis burung yang paling mengerikan. Terdapat berbagai jenis burung hantu yang dibela di taman burung ini. Antaranya ialah burung hantu pocong, burung hantu pontianak, burung hantu toyol dan burung hantu raya. Ada jugak jenis burung hantu dari luar negara seperti burung hantu dracula dan burung hantu werewolf. Semua burung-burung ini sangatlah mengerikan. Nasib baik kami tengok waktu siang yang terang benderang.

Amier gembira dapat nengok burung helang.
Ini burung hantu jembalang.
Burung hantu ni tak suka bila aku bagi flash camera kat dia.
Sedang mengambil gambar burung hantu.
Tangga menuju kedai cenderahati.
Kami jugak berkesempatan membagi ikan dan burung makan. Makanan untuk ikan boleh juga diberi kepada burung. Kena bayar seringgit kot untuk dapatkan secubit pelet ikan. Tapi bukan semua burung makan pelet ikan tu. Burung yang macam merpati atau ayam aje yang berkenan nak makan makanan tu. Lain-lain burung mungkin mempunyai diet-nya yang tersendiri, seperti burung bangau makan ikan, burung kakak tua makan buah dan sebagainya.

Membeli makanan burung dan makanan ikan.
Kami bagi ikan-ikan kat sini makan pelet.
Di suatu sudut laluan yang menarik.
Ikan-ikan ini dah mula jinak dengan kami pasal kami bagi dia makan.
Dan yang paling mengujakan sekali ialah apabila kami berpeluang untuk bergambar dengan burung-burung secara live! Tapi kena bayar sikitlah. Tak kisahlah. Kami dapat bergambar dengan burung macaw yang sangat cantik, dengan burung enggang yang sangat gah, dan burung helang yang sangat perkasa. I like! I like! Tapi mamat yang jaga burung tu pergi letak burung helang tu kat atas bahu aku. Dari tadi aku nengok burung helang tu asyik jeling kat telinga aku aje. Mungkin telinga aku yang agak capang tu ada rupa ala-ala keropok udang kot. Itu yang buat burung helang tu terliur. Kalau dia ngap telinga aku, alamatlah aku jadi Kassim Selamat. (Eh! Silap. Kassim Selamat bukan kena ngap telinga, tapi mata dia yang kena ngap).

Burung-burung ni semua teruja dapat bergambar dengan kami.
Ini gambar burung. Tetapi kenapa Wanie buat gaya kengaroo, ya?
Burung-burung macaw ni sangat colourful.
Menghala ke taman permainan kanak-kanak.
Sebelum beredar pulang, kami singgah kat taman permainan kanak-kanak. Amier jugak sangat teruja bila dapat main kat taman tu. Semua permainan dia main. Sampaikan bila kami ajak balik, dia mula nangis pasal tak puas main. Terpaksalah kami layan dan tunggu dia kejap. Akhirnya bila dah penat, dia sendiri yang membuat keputusan untuk meninggalkan tempat permainan tu.

Amier seronok dapat main permainan ni.
Wah! Habis dia makan buah betik ni. Tak bagi aku sikit pun.
Kami jugak sempat singgah kat galeri dan rumah burung. Ada satu bilik tu mempamerkan telur ayam yang menetas. Wah! Best jugak! Tak pernah pulak aku nengok telur menetas mengeluarkan ayam. Anak ayam yang baru keluar tu lembik aje badannya. Setelah beberapa jam barulah dia kuat berdiri. Di satu bilik yang lain pulak, ada mempamerkan burung-burung mati yang telah diawet dan dikeraskan. Ada jugak tunjuk tulang temulang dan rangka burung. Amier yang nengok pameran tu berasa sangat hiba dan berazam untuk melindungi semua burung-burung tu dari dibunuh dan diburu oleh manusia. Amier memang pencinta haiwan yang tulen. Akhir sekali, kami singgah ke kedai cenderahati dan membeli beberapa barangan sebagai kenangan, seperti mesin basuh, batu giling, peti ais dan kerusi urut elektrik. Keluar aje dari pagar burung, kami terus ke gerai berdekatan dan beli sedikit makanan ringan untuk mengisi perut kami yang sedang kelaparan. Lawatan ini memang merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Jomlah kita ke Taman Burung KL jika ada kelapangan.

Di depan galeri burung.
Ada sekor enggang sesat.
Berbelanja di kedai cenderahati.
Dah keluar dari kawasan sangkar burung.
Amier dan buaian.
Mencari makanan ringan. Perut kami sangat lapar.

Banyaknya burung kat taman ni: Kagum dan teruja

Bahagian 1

Masa cuti sekolah hujung tahun sudah, Disember 2012, aku satu famili (kecuali baby Sabriena) pergi bersiar-siar kat Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak dekat dengan Lake Garden. Last time aku pergi tempat tu masa aku masih bujang lagi. Pergi dengan mak ayah aku. Masa tu Taman Burung tu baru aje dibukak. Burung pun tak ada lagi kat dalam taman tu. Seingat aku cuma ada sekor angsa, tiga ekor itik serati, dan sepuluh ekor ayam injek yang duduk diam aje. Dan dia punya tarikan masa tu ialah sekor ayam serama yang bulunya dah banyak gugur. Tu aje. Yang lain cuma ada telur burung yang masih belum menetas. Dan pokok-pokok pun masih belum besar lagi. Macam nengok burung kat padang pasir aje.

Di sekitaran Taman Burung.
Di bahagian luar taman.
Amier memang sangat teruja dapat masuk ke dalam taman ini.
Tapi masa kami pergi hari tu, suasana dah berbeza. Tempat tu dah semakin happening. Pokok-pokok dah tinggi menggalah. Batang pokok pun dah sebesar pemeluk King-Kong. Populasi burung kat taman tu, jangan cakaplah. Dah padat penuh dengan burung-burung pelbagai spesis berlegar-legar dan berterbangan. Masa kami masuk kat dalam taman tu, kami siap kena berhimpit-himpit dengan puluhan burung ostrich yang sedang lepak kat tengah laluan. Lepas tu kena berasak pulak dengan burung emu. Itu tak termasuk burung undan yang siap boleh marah-marah kami. Wife aku paling teruk kena marah dengan burung undan tu masa dia cuba pegang burung undan tu. Dan sewaktu kami melintasi kawasan berair, kami siap terpijak atas beberapa ekor penguin yang sedag menggelunsur dari atas bukit menuju ke kolam. Punyalah banyak burung kat taman tu sekarang.

Pintu masuk utama ke taman burung. Bermulalah ekspedisi pengembaraan meninjau populasi burung.
Kami disambut oleh seekor burung merak yang bangga dengan kecantikannya.
Wanie mencari arah tujuan menggunakan map.
Di suatu lokasi burung bermastautin.
Burung undan Australia ni marah wife aku ketika dipegang badannya. Tak sempat aku nak try pegang.
Mulut burung ni besar dan mengerikan. Aku rasa kalau dia bukak mulut, mungkin dia boleh telan aku bulat-bulat.
Orang yang paling teruja sekali dalam trip kali ni ialah pastinya Amier. Dia dah biasa nengok burung-burung ni semua dekat gambar. Banyak nama-nama burung dia kenal. Bila dapat tengok secara live, lagilah dia super excited. "Ha! Itu burung Australian gull. Itu burung scarlet ibis. Itu burung mynah. Itu burung green macaw. Dan macam-macam lagi. Aku pun tak pandai nak menyebutnya.

Bersama seekor bangau yang agak jinak.
Bangau putih ni memang sangat banyak berkeliaran.
Merak ni suka main kat semak. Kan bulunya dah tak cantik.
Tengok peta kejap. Tak tau mana lagi nak dituju.
Amier bagi thumb up.
Ini burung bangau ibis. Boleh didekat, tak boleh dipegang.
Bergambar dengan merak dan bangau.
Pokok besar ni menjadi rumah bagi kawanan bangau.
Perjalanan agak memenatkan jugak pasal kawasan yang perlu dijelajah agak luas jugaklah. Tapi dengan pemandangan yang sangat menarik, rasa penat lelah tu sedikit sebanyak dapat dilegakan jugaklah. Cuma sewaktu berjalan tu, kena hati-hati jugak. Kena pastikan kawasan mana yang burung suka bertenggek atas pokok, dan ada kalanya melepaskan tembakan hendap dari atas. Kalau kena kat badan, tak hilang baunya yang semerbak tu.

Kawasan ni banyak sungguh najis burung yang turun dari langit.
Banyak pokok besar sebagai teduhan.
Merak ni kebetulan penyokong kelab EPL Chelsea jugak. Dia yang bagi tau kat aku macam tu.
Bila dah penat tu, mestilah kena beli air untuk minum. Tapi air kat sini agak mahal jugak harga dia. Berganda-ganda mahalnya dari pasaran biasa. Bila ditanya kenapa mahal, pekerja tu dengan selamba menjawab, "Errr... sebab air minuman dalam tin, kotak dan botol ini semuanya telah diterbangkan khas dari jauh dengan menggunakan perkhidmatan burung-burung di taman ni jugak, seperti burung helang dan bangau yang memang suka bermigrasi dari setempat ke setempat". Ohhhh... macam tu ka?

Aku tak tau ini burung apa. Tapi aku nengok rupa dia sebijik macam ikan. Mungkin penguin dah kena mutation kot.
Amier nak bergambar dengan burung ni. Tapi burung tu pemalulah pulak, kan...
Ini kawasan bangau pelbagai spesis.
Aku jugak perasan, populasi beberapa jenis burung kat sini memang agak banyak. Rupanya ada di kalangan burung-burung yang membiakkan warga mereka secara natural. Boleh dilihat telur burung merak, contohnya, yang bergelimpangan di sarangnya. Wah! Aku memang sangat teruja. Next time kalau aku datang lagi, aku nak bawak kuali, minyak masak dan dapur gas. Bolehlah aku merasa makan telur goreng menggunakan telur burung merak, burung enggang, helang dan kakak tua.

Bersambung...

Burung flamingo kat sini tak ada pulak yang warna pink.
Laluan yang sangat menarik.
Kat belakang tu, ada satu burung warna merah. (Nampak tak?) Nama dia scarlet ibis. Sangat cantik!