m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label guest. Show all posts
Showing posts with label guest. Show all posts

Tuesday, August 14, 2018

1 Syawal 2018: Tetamu pertama sudah sampai

15 Jun 2018 - Masa tu kami seisi rumah sedang bergambar satu keluarga. Tiba-tiba ada orang beri salam dari luar. "Assalamualaikum." Sayup-sayup kedengaran suaranya. Salam diucapkan beberapa kali. Kami jenguk ke luar. Di balik langsir terlihat kelibat jiran akrab kami - Hairi, Azizah dan anak-anak. Alamak! Sesi fotografi kami masih belum selesai lagi ni. "Tunggu sekejap ya?" kata kami kepada tetamu. Kami teruskan mengambil beberapa snap photo lagi sebelum mempersilakan mereka masuk. "Jom. Jemput masuk ke dalam".

Tetamu pertama kami pada Syawal tahun ini ialah jiran rapat kami Hairi-Azizah dan anak-anak.
Makan kuih dulu.
Sabriena menonton video dengan Huda dalam telefon bimbit.
Kesian tetamu kami. Terpaksa duduk transit di luar rumah sementara menanti kami selesai dengan agenda photo shoot kami. Hakimi yang sudah tidak asing lagi dengan rumah kami terus menerpa ke arah pintu. Hakimi, anak nombor dua dari pasangan Hairi-Azizah mengepalai rombongan kecil itu. Kami sambut dengan senyuman di wajah. Mempersilakan mereka menjamah kuih dahulu sementara pembantu rumah kami menyediakan ketupat dan rendang ayam di dapur. Kami berbual-bual ringkas. Kami dapat tahu baju sedondon mereka dijahit sendiri oleh Azizah. Setidak-tidaknya baju kurung. Kami bagai diberi penghormatan kerana rumah kami inilah yang merupakan rumah pertama mereka kunjungi sebelum mereka pulang ke kampung masing-masing.

Hairi sedang menikmati kuih raya sambil bersembang dengan kami.
Hairi dan Azizah.
Sabriena masih dengan Huda.
Anak-beranak berbaju sedondon.
Sama-sama makan kuih raya.
Menunjukkan album gambar Sabriena dan Amier kepada tetamu.
Seronok tengok gambar Sabriena dan Amier masa mereka kecil-kecil dulu.
Haziq pun tengok sama.
Sabriena turut melayan tetamu.
Sebelum bersurai, aku mengambil gambar Hairi-Azizah satu famili. Kebetulan mereka pun belum bergambar bersama pada pagi itu. Tak apalah. Biar aku saja yang menjadi jurufoto mereka. Sesudah itu, barulah isteriku dan Sabriena enter frame. Sesudah mengambil gambar, Hairi dan Azizah memohon diri untuk beredar. Mereka akan memulakan perjalanan jauh menuju ke kampung.

Keluarga Hairi dan Azizah.
Family photo.
Wife aku dan Sabriena tumpang sekaki.

Thursday, July 7, 2016

1 Syawal: Tetamu pertama tahun ini

6 Julai 2016 - Pulang dari beraya di Istana Negara, kami dikunjungi oleh tetamu yang pertama pada Syawal tahun ini. Mereka adalah keluarga jiran depan rumah kami - Hairi, Azizah dan tiga orang anak mereka. Mereka berpakaian sedondon warna peach. Segala makanan memang telah kami hidangkan di atas meja. Memang sedang menanti sebarang tetamu aje yang sudi bertandang dan beraya.

Hakimi, Haziq dan Amier berkongsi melihat telefon pintar.
Sabriena pun nak join the crowd.
Haziq dan Amier berkongsi minat yang sama.
Kawan bermain dan kawan bergaduh.
Sebagai tetamu yang pertama, kami telah memberi hadiah istimewa buat mereka berupa ketupat pulut dan lontong yang dipadankan dengan rendang ayam dan daging serta lodeh. He he he... Tu ajelah hadiah istimewa yang kami ada. Kami berbual-bual sedikit. Aku tumpang makan dan minum sama. Mereka pun nak balik kampung selepas ni. Jadi kunjungan mereka taklah terlalu lama. Okay. Terima kasih kerana sudi beraya dengan kami. Lain waktu kami pergi rumah awak pulak lah ya?

Azizah dan Hairi sedang menikmati juadah yang kami sediakan.
Seronok menengok tetamu makan dengan enjoy.
Sabriena memang teruja dengan kehadiran jiran kami yang ini.
Amier masih dengan Haziq sejak tadi.
Anak-anak jiran yang bertandang.
Mendukung baby yang comel.
Semua anak-anak berkumpul.

Friday, March 14, 2014

Tetamu 11 Syawal

18 Ogos 2013 - Pada 11 Syawal tahun lalu, kami mungkin tak ke mana-mana kot. (Aku pun dah tak ingat). Sementara duduk kat rumah tu, kami menerima tetamu di kalangan keluarga. Anak-anak saudara isteriku datang melawat kami. Antara yang datang termasuklah Zuan sekeluarga, Elin dan Fai, Huda sekeluarga, Nadia sekeluarga dan Koas. Kami jamu tetamu makan nasi ayam yang terhebat di Ampang Jaya. Lepas makan nasi ayam ni, semua tetamu kena berkokok. Kokkkokkokkkoooookkkk...!!! Kisah selanjutnya terpapar dalam gambar-gambar di bawah.

Antara tetamu yang hadir.
Sri dan Nadia dengan anak masing-masing.
Menikmati keenakan nasi ayam Ampang Jaya.
Terus makan nasi ayam sambil sesekali berkokok lantang.
Sabriena macam baru bangun tidur jer.
Hafez nak buat penambahan nasi tahap kedua.
Hani bagi anak patung dia makan nasi ayam.
Qalif sedang cuba untuk menembak ayam kat dalam pinggan.
Hana teringin jugak nak makan nasi ayam. Tapi sampai sudah tak dapat makan.
Lima jam kemudian... Hafez dan Huda masih tak selesai lagi makan nasi ayam.
Fai baru nak memulakan makanan.
Elin mencedok kuah sup dengan berwaspada.
Makan berhadap.
Bersama Elin.
Koas makan nasi ayam secara batin.
Koas bersama ibu saudaranya.

Friday, March 7, 2014

Menerima tetamu, Dino di Aidiladha.

15 Oktober 2013 - Sempena Hari Raya Haji tahun lepas, kami ada masak spesel sikit. Tak lah banyak. Sekadar untuk makan sendiri serta menjamu kot-kot ada tetamu yang nak datang pada hari tu nanti. Kalau tak silap aku, kami ada masak lodeh makan dengan nasi himpit. Ada rendang ayam jugak. Dan ada soto Jawa, resipi maid kami.

Bersama adikku dan Dino.
Dino tak puas hati pasal dia tak dapat makan rendang ayam yang ada di tangan adikku.
Salah sorang tetamu yang datang ialah kawan rapat kami - Dino. Dia datang sorang aje. Dia tak balik kampung. Jadi Dino berayalah di rumah kami. Sambil makan sambil bersembang. Kalau tak silap aku, aku anak-beranak ada jemputan raya kat tempat lain. Jadi kami terpaksa beredar dulu meninggalkan tetamu bersama ahli keluargaku yang lain. Selamat hari raya haji untuk semua.

Bersama Dino yang sangat peramah.
Menjamu selera bersama-sama.
Memperkatakan satu topik yang berat - business menjual besi dan batu.
Masih menjamu selera.

Tuesday, July 17, 2012

Perkahwinan Siti & Anuar: Menjemput kanak-kanak tahfiz

Bahagian 5

Bagi meraikan kedua mempelai Siti dan Anuar, kami turut menjemput kanak-kanak tahfiz dari sebuah pondok tahfiz yang berdekatan. Ia terletak di Sungai Serai dan nama pusat pengajiannya ialah Pusat Pendidikan Taqwa Genius. Pelajar kat situ ada lebih 50 orang. Tapi yang datang ke majlis kami cuma dalam sekitar 20 hingga 30 orang aje. Jadi yang menjemput mereka ialah aku (bawak Exora) dan Akid (bawak Hilux). Pergi ambil pelajar-pelajar ni yang berusia di antara 12 hingga 16 tahun sebanyak dua trip. Nasib baik badan budak-budak tu kecil-kecil. Kalau badan semua semangat, kena ulang sampai tiga empat trip kot.

Pondok tahfiz Pusat Pendidikan Taqwa Genius.
Ceria dapat naik Hilux yang dipandu oleh Akid.
Perjalanan ke pondok tahfiz ni, walaupun dekat tapi agak adventurous. Kena lalu lapan atau tujuh buah kolam ikan (ini yang buat aku geram nak mancing ni) dan kena lalu lorong yang sempit. Suasana kat situ agak nyaman, pasal dia macam belukar sikit. Pusat pendidikan ni ada buat ternak ikan tilapia merah, tilapia hitam, keli dan haruan serta ada jugak ternak ayam itik. Ada sorang pelajar yang senior sikit tu, dia yang mengawasi pelajar-pelajar yang lebih junior. Pelajar senior yang sorang ni bukan main garang betul dengan adik-adik dia. Tapi bila bercakap dengan aku, sangat berbahasa dan santun. Bagus betul. Pelajar tu kata ni bukan pondok tahfiz. Mungkin sekolah agama biasa kot.

Sangat teruja dapat duduk kat bahagian belakang Hilux.
Sangat padat.
Setelah habis kenduri, kami jugaklah yang menghantar mereka pulang ke pondok mereka. Aku pergi satu trip aje. Yang selebihnya, Akid yang hantar. Nampak diorang semua happy masa datang kat majlis kami. Kami pun happy nengok mereka happy.

Laluan yang sempit dan mencabar di sebelah kolam ikan.