m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Tuesday, June 1, 2021

Reunion Alumni NUMSA: Group photo sebelum datang pandemik

Bahagian 7 (Akhir)

23 Februari 2019 - Akhirnya sesi cabutan bertuah dan memberi hadiah pun selesailah. Masing-masing puas hati dan berasa gembira dengan apa yang diperolehi. Mahzan, sebagai pengerusi majlis pun menutuplah acara dengan kata-kata semangat dan pesanan, serta mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir menjayakan pertemuan para alumni ini.

Sebelum berpisah, kami bergambar beramai-ramai dalam dewan. Tak cukup di dalam dewan, kami bergambar pula di luar dewan. Tak cukup di luar dewan, kami teruskan bergambar di atas tangga lobi. Tak sudah dengan bergambar di tangga lobi, bergambarlah pulak lagi di luar hotel. Belum habis setakat kat luar hotel, kami teruskan bergambar di parking lot. Tak berhenti setakat di parking lot, kami bergambar di dalam kereta pula. Tak puas bergambar di dalam kereta, bergambar pula kat dalam rumah. Tak sudah bergambar dalam rumah, bergambar kat ofis pulak lagi. Dan seterusnya.....

Sorry. Merapu kejap.

Aku bersyukur kepada Allah kerana diizinkan dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama yang belajar bersama di Universiy of Nebraska, Lincoln, terutamanya yang pernah duduk sekelas dan serumah dengan aku. Terima kasih tak terhingga kepada penganjur dan mereka yang telah bertungkus lumus menjadikan perancangan ini satu realiti. Insya Allah kalau ada rezeki, dan sekiranya pandemik covid-19 ini telah reda, mungkin kita boleh berkumpul dan berinteraksi lagi. Kepada semua alumni Numsa, aku ucapkan selamat maju jaya, dan sentiasa jagi diri dan keluarga. Wassalam.

T A M A T

Standing ovation.

Malek, Mail Haron dan Ustaz Mahmud juga memberi standing ovation.

Shai, Abang Shahrir dan Nazar.

Mizi dan Raja memberi reaksi tersendiri terhadap ucapan pengerusi majlis.

Said, Poi dan Haji Firdaus.

Fadzli, Mael dan Osman (front elevation).

Turut kelihatan Haji Nordin, Razif dan Che Mansor.

Tan Sri Lan tak melepaskan hadiah yang telah diperolehi tadi.

Mizi dan Rahim.

Nasar, Ahmad dan Baka.

Menumpu ke hadapan.

Mizi, Rahim dan Nasar.

Osman, Mael dan Fadzli (rear elevation).

Said dan Poi - peminat-peminat kacang Ngan Yin.

Bergambar beramai-ramai di dalam dewan.

Dekat sejuta orang kat dalam dewan ni.

Tangga ini asalnya tak popular, tak meriah dan terpinggir.

Tetapi secara perlahan-lahan ia mula diminati, dan dikerumuni.

Kakak-kakak alumni Numsa mula berkumpul.

Semakin lama semakin ramai.

Semakin meriah.

Semakin ceria.

Malek bergambar dengan bunting.

Bunting ini pun menjadi perhatian.

Namat dan Jamil pun ingin bergambar dengan bunting.

Hero-hero Malaya bersama bunting Huskers.

Tampan dan perkasa.

Macho dan hensem.

Tangga juga menjadi pilihan.

Bergambar puas-puas sebelum musim PKP bermula.

Aku pun nak bergambar dengan bunting Huskers jugak.

Wow! Sekarang tangga dah penuh!

Dalam sekelip mata.

Sekarang bergambar bawah tangga pulak.

Ini macam bergambar farewell lah.

Last snap before leaving the venue. Bye-bye!


Monday, May 31, 2021

Reunion Alumni NUMSA: Saya bagi, awak ambil

Bahagian 6

23 Februari 2019 - Puas kami mendengar nasihat dan bermain game yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Yang penting, setiap alumni NUMSA berasa puas, gembira, terhibur dan bersyukur dengan kesempatan yang diperolehi dengan dapat belajar di Universiy of Nebraska, Lincoln. Cabutan nombor bertuah masih lagi diteruskan. Boleh dikatakan setiap hadirin hadirat mendapat sesuatu cenderahati untuk dibawa pulang. Hadiahnya juga pelbagai. Dari semurah-murah pensel 2B terpakai, hinggalah ke semahal-mahal kapal selam Rusia yang ditambat di tiang lampu di luar hotel. Seperti yang telah aku kisahkan sebelum ini, aku telah mendapat sebotol besar air zamzam yang sangat lazat dan enak. Syukur. Seterusnya, saksikanlah sendiri habuan yang diperolehi oleh individu-individu yang bertuah ini.

Bersambung...

Mizi dan Rahim. Sorry Mizi, masa kat sana hari tu aku tak dapat nak cam.

Rahim mendapat hadiah angpau duit raya sempena PKP 3.0.

Mizi pula mendapat duit angpau sempena PKP 2.0.

Sis Che Nun juga mendapat hadiah duit raya.

Lagi duit raya diagih-agihkan.

Hadiah buat kakak senior.

Orang memberi, kita merasa.

Ustaz Mahmud pula mendapat rempah nasi Arab Badwi Nusantara.

Halim mendapat sesuatu yang kelihatan seperti album gambar daripada Kak Raihan.

Beg besar ni mungkin berisi kuih raya gamaknya.

Zaan dapat teddy bear kot.

Atau mungkin jugak gummy bear.

Sis Wan dapat hadiah kotak kecil. Mungkin barang mahal kot?

Datuk Azizi dapat hadiah cokelat KitKat.

Bro Marzuki mendapat hadiah misteri yang sampai sekarang tak seorang pun tahu apa isinya.

Haji Nordin pun dapat hadiah misteri juga. Hanya boleh dibuka pada tahun 2022.

Said memperolehi hadiah yang diidam-idamkan sejak di bangku sekolah lagi.

Mahzan dapat hadiah kain sarung ke tu?

Raja dapat air zamzam yang enak.

Sis Zalina mendapat sebuah kereta nasional yang disimpan di dalam kotak.

Tak pasti siapa yang dapat hadiah air zamzam botol besar ni - Nasa atau Mahzan?

Majlis hampir tamat. Ambil gambar dalam kelompok kecil dulu.

Stanby untuk bergambar beramai-ramai selepas ini.