m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, July 22, 2017

Pelancaran Bangsawan Dewa Kencana: Pesanan Tuan Pengarah

Bahagian 2

Setelah majlis pelancaran Bangsawan Dewa Kencana disempurnakan oleh YB ADUN Kota Damansara - Dato' Hajjah Halimaton Saadiah, kami semua ke ruang makan untuk menjamu selera. Macam-macam juadah yang terhidang di atas meja untuk dijamah. Ada bihun goreng. Ada nasi himpit. Ada puding kastard. Ada teh tarik. Ada air sirap. Ada karipap. Dan macam-macam lagilah. Kalau aku senaraikan kesemua makanan yang ada, memang sampai besok pun belum tentu habis catatan aku pasal menu pada hari itu. Semua orang makan dengan sangat berselera. Nyomp nyomp nyomp. Burrrrpppp. Alhamdulillah.

Abang Mubarak Majid makan dulu sebelum ke tempat shooting sebentar lagi.
Saudara Marup dan pendekar-pendekar sekelian.
Dua orang power - Pak Malit dan Nazri Ahmad.
Giliran Tuan Direktor untuk menjamu selera.
Baru selesai makan - isteriku bersama Watie dan Yanti.
Abang Kamarul AR ingin memberikan sedikit pesanan dan taklimat.
Setelah kira-kira selesai makan, Tuan Direktor - Abang Kamarul AR memanggil kesemua team produksi Bangsawan Dewa Kencana untuk berkumpul seketika. Ada sesuatu yang perlu disampaikan kepada sekelian warga kampung sebelum beliau berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Dan kami pun bergegas ke ruang taklimat sekali lagi. Menanti dengan tekun dan penuh tumpuan, apakah yang bakal disampaikan Tuan Pengarah sebentar nanti.

Pendekar Faisal dan Pendekar Pangiran Dewa sedang mengkaji langkah-langkah paglima dari internet.
Pembesar-pembesar negeri sudah berkumpul di balai rong.
Abang Kamarul AR memulakan bicaranya.
Pesanan mengenai produksi.
Mementingkan komitmen dan kerjasama.
Azlansham mencatit segala maklumat yang disampaikan menggunakan handphone-nya.
Seperti biasa - bicara yang lembut tetapi tegas.
Asasnya satu - Abang Kamarul AR hendak menunaikan fardhu haji dengan tenang dan penuh menumpu kepada ibadah itu tanpa perlu terfikir-fikir mengenai produksi Bangsawan Dewa Kencana. Maka segala pesanan tentang apa yang perlu dilaksanakan sepanjang pemergiannya itu perlu disampaikan buat yang masih berada di tanah Semenanjung Malaysia ini. Tugas dan tangggungjawab yang besar dan berat jatuh kepada sekelian warga Bangsawan Dewa Kencana, baik yang akan berada di hadapan pentas, mahu pun yang akan duduk di belakang tabir.

Pesanan Abang Kamarul AR sangat jelas dibutirkan agar semua yang hadir memahami hasrat dan wawasan beliau mengenai produksi ini. Dan nampak gayanya masing-masing memang sangat bersemangat untuk bekerjasama dalam menjayakan persembahan ini dengan peruntukan kewangan yang sangat terhad.

Tugas pengarahan bakal diterajui oleh Nazri Ahmad. Dan tugas ini memang diakui tidak mudah untuk digalas, apa tah lagi jika perlu menggunakan acuan yang sama dengan Tuan Pengarah Abang Kamarul AR. Yang sangat-sangat diharapkan dari seluruh team produksi adalah komitmen yang tinggi. Kerja berpasukan sudah pasti akan menghasilkan produk yang berkualiti. Itulah harapan Tuan Pengarah. Dan itu jugalah harapan kami semua.

Sekali lagi, jangan lupa untuk menonton Bangsawan Dewa Kencana di Auditorium DBKL pada 15, 16 & 17 September 2017!

T A M A T

Stage Manager Nohman agak nervous memikirkan tanggungjawab yang perlu digalas.
Pak Malit jugak sedang memikirkan cara bagaimana untuk merealisasikan kehebatan Bangsawan ini.
Turut mengharapkan sekelian hadirin dan hadirat mendoakan agar segala urusan di Makkah dipermudahkan oleh Allah.
Panglima Faisal dan Panglima Pangiran sedang berdiskusi ,mengenai jurus kepahlawanan.
Sambil mendengar, sambil mencatat, sambil makan.
Para pendekar memberikan tumpuan.
Pengarah muzik - Rosman tersenyum kerana telah mendapat ilham mencipta lagu tema Dewa Kencana.
Beratnya tugasan yang diberi.
Mr Marup turut memberikan tumpuan.
Nasihat yang diberi perlu diambil serius.
Antara yang hadir.
Isteri Pak Malit  turut mendengar.
Duduk di barisan belakang.
Lighting master akan memberikan effect yang WOW kepada persembahan ini.
Membuat konklusi.
Semoga semuanya berjalan lancar.
Nazri Ahmad mengambil alih teraju pengarahan.
Mengharapkan team produksi turut memberikan kerjasama kepada beliau.


Pelancaran Bangsawan Dewa Kencana: Kehadiran ADUN Kota Damansara

Bahagian 1


15 Julai 2017 - Ehem ehem. Bagi yang dah lupa tarikh persembahan Bangsawan Dewa Kencana di Auditorium DBKL, biar aku ingatkan kembali. Tarikhnya adalah pada 15, 16 & 17 September 2017. Catit dalam kalender dan diari. Jangan lupa!

Akhirnya, pelancaran rasmi produksi Bangsawan Dewa Kencana pun diadakanlah di Kota Damansara. Kumpulan teater Hidayah telah menjemput ADUN Kota Damansara - YB Dato' Hajjah Halimaton Saadiah Haji Borhan bagi menyempurnakan majlis yang gemilang ini. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 3.00 petang. Tapi aku dan isteri sampai agak lambat. Ada tetamu kat rumah kami. Pakcik dan makcik sebelah aku. Kenalah buat segala persiapan untuk menjamu mereka. Dan perlu jugak melayani mereka yang datang dari jauh. Tapi syukur, akhirnya kami sampai jugak ketika majlis bersama YB telah hampir selesai.

Backdrop banner pelancaran produksi Bangsawan Dewa Kencana.
YB Dato' ADUN bersama Tuan Direktor Kamarul AR.
Surat kepada Kencana.
Pemenang tempat kesepuluh dalam acara berbalas pantun peringkat negeri Selangor.
Kechik mendapat penghargaan yang besar.
Kami ke sana berpakaian warna merah hati. Memang kami digalakkan memakai baju warna merah-uniform Hidayah. Masa kami sampai kat lokasi, YB Dato' ADUN sedang menyampaikan surat perlantikan/agihan kerja kepada pelakon dan kru produksi. Produksi Bangsawan ini perlu di-official-kan. Menandakan kami memang betul-betul serius dengan persembahan ini. Dan kami nak semua orang tahu pasal ni. Produksi grup teater Hidayah sangat bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan produksi ini. Setidak-tidaknya sehebat Bangsawan Kota Lukut yang telah dipersembahkan oleh kami di pentas yang sama kira-kira dua tahun lalu.

Team produksi bergambar bersama YB Dato'.
Masih bergambar beramai-ramai.
Persoalannya adalah, siapakah yang bersalah? Semua menuding jari ke arah YB Dato'?
Wefie sekejap sementara berpeluang.
Azlansham menandatangani kontrak menjadi ahli grup teater Hidayah sepanjang hayat.
Penyerahan warkah yang telah dijalin kemas.
Watie bersama Yanti.
Seperti biasa, Azlansham akan memperdengarkan sebuah nyanyian dengan lagunya "Kurela Dibenci"
Antara tetamu yang turut hadir pada majlis ini.
Sejurus majlis pelancaran selesai, kami bergambar beramai-ramai buat kenangan bersama YB Dato'. Dan seterusnya pengacara majlis menjemput semua hadirin dan hadirat menjamu selera di ruang makan. Malangnya YB Dato' tak dapat lebih lama bersama kami, kerana beliau ada urusan lain yang perlu dilaksanakan. Setelah mengucapkan terima kasih kerana kesudian YB Dato' meluangkan masa bersama kami, beliau pun beredarlah. Dan kami meneruskan acara - rehat sambil makan-makan dan bersembang.

Bersambung...

Masa untuk menjamu selera.
Para pendekar yang kehausan.
Enak menjamu selera.
Pangiran Dewa turut berasa lapar.
Dua panglima makan berirama.
"Jemput makan. Jangan malu-malu."
Perbincangan serius sedang berlangsung.
Tuan Direktor sedang memastikan segala perancangan tersusun rapi.
Yati sedang makan sambil meng-upload juadah yang dimakannya.
Dean Sitara dan Anisa makan sama-sama.
Duduk bersantai sebelum mendapatkan makanan.
Isteriku bersama Yanti.
Pengarah muzik, Rosman tiba-tiba mendapat ilham mencipta lagu bila melihat bihun goreng.