m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kelabau. Show all posts
Showing posts with label kelabau. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Kelabau goreng vs. tengalan goreng

27 Oktober 2013 - Ingat tak dulu aku pernah kisahkan pasal ikan-ikan sungai dari spesis kelabau dan tengalan? (Tengalan dan kelabau). Hari tu ikan-ikan ni telah digoreng oleh orang gaji aku. Aku pun sangat excited-lah nak merasa keenakan ikan-ikan sungai yang sangat eksklusif ni. Walaupun telah dipotong-potong dan digoreng sampai melecur kulit ikan tu, aku masih dapat mencam jenis-jenis ikan tu. Bila aku cuil dan makan aje ikan ni, rasa dia........ mmmmmmm..... mmmmalaslah aku nak cerita. Nanti korang terliur pulak. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada biras aku Abang Zahid yang telah membagi ikan-ikan ni kepada kami, special dari Sungai Perak. Cuma satu aje pesanan aku, lidah aku ni macam terasa-rasa nak makan ikan temoleh pulak. He he he...

Yang kat kiri tu ikan kelabau. Yang kat kanan tu ikan tengalan. Yang kat tengah tu pun ikan tengalan jugak.

Sunday, November 3, 2013

Ikan-ikan sungai yang hebat

Selang beberapa hari setelah kami pulang dari Kampung Bekor, Parit, Perak menziarahi Allahyarhamah bonda kepada Abang Zahid, kami telah dihadiahi dengan dua ekor ikan Sungai Perak yang sangat sukar dijumpai. Kedua-dua ikan ni sangat mahal di pasaran Malaysia, malah mahal juga di pasaran antarabangsa. Bursa Saham Wall Street New York juga mencatatkan harga yang tinggi untuk kedua-dua jenis ikan ini. Ikan yang dimaksudkan ialah ikan 'kelabau' (osteochilus melautanopleura) dan ikan 'tengalan' (puntius bulu). Aku memang biasa dengar nama-nama ikan ni kat majalah pancing, tapi menengoknya secara live dan menyentuhnya memang tak pernah langsung. Bila dapat ikan ni dari Abang Zahid, aku sangatlah berasa teruja dan gembira. Bagai mendapat habuan yang sangat istimewa. Apatah lagi aku ini memang penggemar ikan yang tegar. "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu dulu dulu dulu...." Eh! Bukan Tegar penyanyi cilik dari Indon tulah.

Oleh kerana terlalu teruja, sampai sekarang ikan-ikan tu masih bersemadi kat dalam peti sejuk rumah aku. Tak tau nak masak apa. Masak lemak cili padi? Letak tempoyak? Atau sekadar goreng aje? Aku konfius!!! Bagi pemancing-pemancing pulak, ikan ni boleh diperolehi di Sungai Perak dan Sungai Pahang. Aku rasa Sungai Perak lagi banyak ikan ni kot. Umpan pancing ikan tengalan ialah buah kelapa sawit yang dihiris. Ikan kelabau pulak boleh dipancing pakai roti Gardenia. Lagi bagus kalau roti Gardenia perasa vanila, yang dicecah pulak denan kopi-o, pada waktu pagi yang dingin, sambil membaca surat khabar. Itu kata orang internet lah. Entah ya entah tidak, aku pun tak tau. Apa-apa pun terima kasih banyak kepada Abang Zahid pasal hadiahkan kami ikan-ikan exclusive tu!

Ikan kelabau (osteochilus melautanopleura).
Ikan tengalan (puntius bulu - tapi tak ada bulu pun!).