Selepas game badminton yang agak membosankan pada hari Isnin lalu, kami turun lagi ke gelanggang pada hari Rabunya untuk menduga kadar konsistensi kami sendiri. Awal-awal lagi aku dah beri tahu semua pemain yang aku akan turun lewat setengah jam pasal ada urusan keluarga. Aku sampai dewan jam 10.20 malam dan yang lain menyusul seorang demi seorang selepas itu.
Akid sekali lagi membawa temannya yang bernama Abdul Rahim atau nama glamour-nya Abdul Rahim Kajai ke dewan untuk bermain badminton bersama kami. Isnin lalu aku nengok Rahim main okay je, cuma nasib tak berapa memihak kepadanya pasal partner-nya tak konsisten dalam permainan. Kali ni Rahim main jauh merosot dari dulu. Lalu aku membuat kajian (kerana aku memang suka buat kajian) dan lalu membuat teori-teori berikut:
Dalam apa-apa game pun yang partner berdua, memang sangat penting keserasian dan kerjasama. Lepas tu ada 2 jenis player pulak tu. Satu jenis yang mudah terpengaruh dengan rakan sepasukan. Satu jenis lagi yang dapat mempengaruhi rakan sepasukannya. Dalam permainan kekadang kita kena ada kedua-dua kualiti ni. Kalau partner kita lebih hebat, kita kena ikut rentak kehebatan dia, dan kalau kita lagi hebat dari partner, maknanya tanggungjawab kitalah untuk mempengaruhi partner kita untuk bermain cemerlang. Dalam kes Rahim dan Akid baru ni nampaknya Rahim terikut rentak Akid. Itu yang serba tak menjadi tu. Tak apa, aku pun biasa mengalami masalah macam tu. Bila partner dengan orang hebat, permainan aku jadi santai dan tak berkualiti dan adakalanya terus kalah dalam game. Semua tu bukan fizikal, tapi psikologi dan mental aje. Mungkin boleh difikir-fikirkan teori aku ni.
No comments:
Post a Comment