m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label morning. Show all posts
Showing posts with label morning. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Tahun depan berkumpul lagi

Bahagian 29 (Akhir)

Masing-masing telah selesai bersarapan nasi lemak panas yang ohsem. Ada yang dah mula bergerak pulang ke rumah. Dan kami yang masih tinggal, ada lagi aktiviti sampingan yang tak sempat diselesaikan malam semalam. Antaranya ialah acara memberi hadiah kepada sanak-saudara. Tapi aku pun dah tak ingat hadiah apa yang diberikan itu. Dan untuk kategori apa? Yang penting acara Hari Keluarga kali ini memang banyak sungguh hadiah diagih-agihkan kepada peserta yang terdiri dari ahli keluarga. Memberi dan menerima adalah budaya keluarga kami.

Memberikan hadiah kepada Hani.

Hadiah buat Allahyarhamah Kak Long pula.

Masih memberi hadiah.

Hadiah buat Kak Ogie.

Inilah kali terakhir aku dapat bergambar bersama Allahyarhamah kekandaku Kak Long.

Layan karaoke sebentar.

Huda jadi back-up singer.

Hani pun menyanyi bersama ibu.

Qalif pun join in sama.

Suasana pantai Jeram yang cantik.

Banyak tempat teduhan untuk berkelah dan beristirahat.

Siapa berminat boleh datang ke sini.

Gelanggang bola tampar juga ada.

Sebelum berangkat pulang, kami adakan satu lagi sesi karaoke last round bagi peminat-peminat seni suara tanah air. Bergilir-gilirlah kami menyanyi sampai puas. Aku pun turut menyumbangkan suara pada pagi itu. Bukan senang nak dapat peluang menyanyi kuat-kuat penuh perasaan dengan muzik iringan. Dan yang penting siap pakai mikriofon lagi tu. Boleh menyanyi sampai tiga empat lagu sekali jalan. Dan boleh buat tak faham aje. Aku sendiri sound sampai beberapa lagu. Dan lagu yang dinyanyikan itu ialah lagu-lagu yang aku tak pernah terfikir nak menyanyi pun. Itulah yang best-nya. 

Akhirnya sampailah waktu untuk kami semua beredar dari pekarangan ruang Hari Keluarga ini. Kami bersalam-salaman dan mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Abang Hasni dan Kak Ogie yang telah menjadi host yang sangat baik bagi kami semua. Semua kekanda-kekanda dan anak-anak saudara, serta cucu-cucu saudara yang telah bekerja keras memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan pertemuan Hari Keluarga ini berjalan dengan baik. Dan kehadiran anak-anak kecil sudah pasti menambahkan lagi kemeriahan suasana dengan jerit tawa mereka ketika bermain, berkejar-kejar dan bergurau senda. 

Adakah pada tahun 2020 ini akan ada lagi perhimpunan seumpama ini? Mungkin belum sesuai selagi wabak covid-19 ini masih berleluasa. Dan kalau diadakan lagi pun Hari Keluarga pada tahun-tahun akan datang, sudah pasti tidak sama seperti ini lagi. Kita kehilangan sebahagian ahli keluarga yang sangat kita sayangi yang telah memberi impak besar terhadap kehidupan kita sehari-hari. Buat mereka yang  telah pergi, kita hadiahkanlah bacaan doa dan Al-Fatihah secara istiqomah. Al-Fatihah.

T A M A T

Atas permintaan ramai, Hafez menyanyikan semula lagu yang telah menjadikan beliau juara karaoke pada malam semalam.

Qalif juga berbakat besar seperti bapanya.

Menyanyi dengan penuh perasaan.

Abang Zai turut berdendang sebelum pulang.

Peluang menyanyi sebegini tak selalu ada.

Berborak adik beradik.

Faridz dan Azi memilih lagu untuk berduet.

Cari lagu yang romantis sikit.

Azi memulakan nyanyian.

Diikuti oleh Faridz.

Para pekerja sedang berehat dan makan siang.

Amier memastikan dia juga berpeluang untuk menyanyi sebelum pulang.

Menyanyikan lagu-lagu kegemaran ramai muda-mudi.

Mengasah bakat seni suaranya.

Semakin lama semakin tajam.

Tajam macam pisau belati.

Giliran Hafez untuk menyanyi.

Menyanyi penuh perasaan sampai peluk tiang bangunan.

Inilah penghayatan tahap dewa.

Dah selesai menyanyi baru boleh lepaskan pelukan pada tiang tadi.



Sunday, May 10, 2020

Family Day 2019 @ Jeram: Mari kita bersarapan

Bahagian 27

Kisah semalam, majlis penutup dan penyampaian hadiah telah berlangsung dengan sempurna. Masing-masing membawa pulang bersama mereka hadiah dalam kuantiti yang banyak. Yang tua dan muda, yang dewasa dan kanak-kanak, semua tidak dilupakan. Ada saja imbuhan buat mereka semua. Malam semalam semua tidur nyenyak, Mimpi pun yang indah-indah belaka. Balik ke Kuala Lumpur nanti, kereta sarat dengan hadiah yang macam-macam.

Pagi keesokan harinya kami bangun dengan badan masih berasa sengal-sengal. Acara semalam sangat padat. Tak ada ruang untuk berehat. Tapi semua seronok. Bangun pagi terhidu bau enak dari dapur. Bau sambal tumis yang semerbak. Dan bau nasi lemak yang menggugah lena kami. Tak sabar-sabar rasanya nak bersarapan pagi.

Syauqi makan nasi lemak dengan penuh berselera.

Abang Karim pagi-pagi lagi dah membuat senaman suara.

Lagi tradisional Melayu menjadi pilihan.

Nana berasa terganggu. Tajam renungannya. Paparazzi pun takut.

Melayan Falique makan nasi lemak.

Adegan yang biasa kita lihat - Kak Uda tengah makan.

Tak fokus pada benda lain - hanya pada nasi lemak panas.

Wawan dan Syafiq nak memulakan hari dengan santapan ala kampung.

Sambal dan bilis biar lebih.

Sabar menanti giliran walau perut tengah lapar.

Giliran Abang Zahid mendapatkan makanan. Semalam terlantar di katil kerana berasa kurang sihat.

Pagi ini nak makan sampai puas.

Nana tambah lagi nampak gayanya. Maknanya nasi lemak ini memang betul-betul kawww!

Sebelum pulang, anak-anak sempat berbuai di hammock. Tak puas rasanya berdodoi di tepi pantai. Sekejap lagi nak balik dah. Buailah dulu puas-puas. Yang belum sarapan, pergi bersarapan dulu. Lepas itu boleh buat apa saja yang dirasakan perlu dibuat. Nak sambung menyanyi pun boleh. Tak siapa menghalang. Tuan tanah, Abang Hasni bagi can kat semua orang. Ruang istirahat ini biar terasa cerianya. Nanti kalau semua dah balik, ia akan kembali sepi. Berhibur dululah semua.

Bersambung...


Sabriena bergayut di hammock.

Seronok nampaknya dia.

Tapi masih tak jumpa posisi yang paling best.

Pusing terlingkup balik.

Amier dan gengnya - Adam dan Thaqif.

Main game macam selalu.

Semua hammock full house.

Hani pun berehat di hammock juga.

Oh! Ada satu hammock kosong di bawah.

Wanie berehat di wakaf dengan Thaqif.

Sabriena bermain di pokok pula.

Main cak-cak katanya.

Kamelia juga selesa berehat di hammock.

Boleh mintak abah pasang macam ni satu kat rumah nanti.

Abang Zai dan Allahyarhamah Kak Long bersarapan bersama-sama.

Zila pun join in.

Memuakan cedokan nasi lemak yang pertama.