m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label talisman. Show all posts
Showing posts with label talisman. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Kenduri Herwan di Tanjung Karang

30 Julai 2017 - Lebih empat tahun lalu, kami mendapat undangan untuk hadir ke satu kenduri di sekitar Tanjung Karang (kalau tak silap aku). Aku memang totally tak ingat kenduri apa. Mungkin aqiqah kot. Dan jemputan itu datang dari seorang rakan sekerja, sepejabat isteriku - Herwan namanya. Kalau tak silap aku juga, ini adalah kampung isteri Herwan. Memanglah agak jauh dari rumah kami. Tapi melawat kawasan kampung yang dipenuhi dengan sawah bendang memang suatu pengalaman  yang menyeronokkan. Jadi kami pun memenuhi jemputan itu dengan perasaan yang sangat teruja.

Isteriku bersama rakan sepejabatnya.

Sedang minum-minum setelah selesai makan tengah hari.

Wow! Garangnya muka Wanie... Hehehe...

Wanie pakai baju uniform. Maknanya lepas ni nak balik ke asrama.

Sabriena sedang makan kuih.

Herwan memastikan para tetamu mendapat layanan yang terbaik.

Rakan sepejabat.

Antara yang hadir pada majlis ini.

Amier nak makan kuih karipap.

Karipap sudah di tangan.

Dan Amier pun menggigitnya.

Ada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang telah dijemput oleh Herwan selain daripada kami. Apabila tiba di sana, kami terus saja dijemput untuk makan. Dan kami pun berbuat demikian tanpa menolak. Memang waktu itu kami tengah lapar sebab dah tengah hari. Aku menyegerakan makanku sebab nak  berlegar-legar sambil mengambil gambar di situ. 

Pemandangan sawah yang sedang menghijau pada ketika itu memang sangat cantik dan menarik. Tetapi aku lebih tertarik kepada tali air dan parit-parit kecil yang aku pasti dihuni oleh banyak ikan kampung seperti keli, haruan, sepat dan puyu. Nasib baiklah kami pergi kenduri. Kalau tak, sudah pasti aku akan bawa joranku yang paling panjang, dengan kekili yang berisi tali dengan ketahanan 100 paun serta mata kail sebesar sauh kapal Titanic. Manalah tahu aku berpeluang untuk memancing ikan haruan gadang sebesar paus biru bersalut tepung KFC?

Sesudah makan-makan dan bersembang, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan rumah mentua Herwan. Harapanku, satu hari nanti kami akan dapat datang lagi ke sana. Cuma kali ini untuk beriadah sambil memancing ikan-ikan parit. Terima kasih, Herwan!

Sabriena dah sudah makan. Sekarang masa untuk bersiar-siar.

Jom kita jalan-jalan.

Bersiar-siar di laman rumah.

Posing dulu.

Amier ternampak seekor ikan kerapu bara sebesar ikan lumba-lumba.

Aku pun jengah ke parit air ni juga, mencari ikan.

Air di parit ini mungkin paras betis sahaja.

Sabriena pegang sate buah. Macam terung pipit bentuknya.

Anak-anak turut berkumpul di tempat kami  berdiri.

Mengelilingi pokok kelapa sawit.

Sabriena nak ambil buah sawit ini untuk dibuat umpan memancing ikan kelah.

Amier melihat ada seekor burung di dalam sangkar.

Sedang mengkaji burung spesis apakah ini.

Rasanya macam burung merbuk.

Perut Amier dah semakin bulat sebab dah terlalu kenyang.

Pekarangan rumah yang kami kunjungi.


Friday, August 13, 2021

Kenduri aqiqah anak Azah

8 April 2017 - Time sekarang adalah masa terbaik untuk aku nak post kisah-kisah lama yang dah berkurun aku peram dalam external hard disk ku. Kah kah kah. Oleh kerana musim pandemik ni kami dah tak ke mana-mana sangat, dan majlis segala jenis semua orang dah tak berapa nak buat pasal risaukan wabak yang semakin menular, maka kisah-kisah lamalah yang wajar dipaparkan. Macam kat tv jugak. Kalau korang perasan, sekarang banyak cerita-cerita lama ditayangkan semula. Terutama drama-drama tempatan. Kan?

Melayan Sabriena makan.

Syahmie pula yang makan.

Masing-masing puas hati dapat makan.

Masa ni orang dah tak ramai sangat rasanya.

Sabriena menghirup kuah yang sedap.

Kami ke rumah boss isteri aku, Azah di sekitar Subang Jaya. Ada kenduri aqiqah untuk anak Azah yang baru dilahirkan. Kami datang satu famili, makan-makan, borak-borak, ambil gambar dan pulang. Kalau ada majlis aqiqah, sudah pastilah ada kambing. Dan kalau ada kambing, sudah pastilah ada aku. Okay lah sampai situ saja. Sehingga berjumpa lagi di majlis makan kambing yang lain.

Bergambar dengan kawan-kawan.

Isteriku bersama Siti Hajar, Azah dengan suami dan anak mereka.

Baby comel sedang sedap tidur.


Monday, December 4, 2017

Ke Tasik Ampang Hilir bukan untuk memancing?

25 November 2017 - Wife ajak aku ke Tasik Ampang Hilir. Ada office mate dia kahwinkan anak katanya. Aku terus terimbau kenangan lama di Tasik Ampang Hilir. Inilah tasik tempat kami memancing tilapia berumpankan cacing lebih sepuluh tahun lalu. Inilah tempatnya juga aku menjejak puyu menggunakan cengkerik, dan kemudiannya aku bela dalam bekas-bekas kecil sampai ikan-ikan itu mati dalam cara yang pelbagai. Kalau Bandaraya masih lagi bagi pengunjungnya memancing di situ, sudah pasti aku akan membawa segala macam perkakas memancing yang up-to-date dan tercanggih bagi memburu ikan-ikan yang dah semakin besar dan gadang - toman, patin, kelah temoleh, marlin, dan layaran. Apakan daya, kawasan tu dah jadi kawasan larangan memancing. Tengok sajalah riak dan olak air yang membusar di tengah tasik bila ikan-ikan timbul mendapatkan oksigen.

Sejurus tiba di dewan majlis, isteriku terus menulis di buku catatan tetamu.
Menulis secara kreatif.
Terus mencari ilham.
Sabriena cuba memberikan pandangannya.
Pengantin yang diraikan - Wawa dan Ewan.
Sampai-sampai aje di dewan majlis, wife aku terus menulis di dalam buku catatan tetamu. Kemudian bertemu dengan mak dan bapa pengantin sebelum pergi mencari tempat duduk. Time kami datang tu memang tengah waktu makan tengah hari betul. Pengunjung tengah ramai pada masa tu. Semua tengah lapar. Juadah yang disajikan jugak agak banyak dan pelbagai. Ada nasi minyak dan ada nasi putih. Ada lauk ayam, lauk daging, lauk ikan, lauk sotong kering. Ada ulam-ulaman dan buah-buahan. Ada gerai cendol, gerai laksa, gerai aiskerim, gerai apam balik, dan gerai jajan makanan ringan. Sebab tulah pengunjung duduk lama tak bergerak-gerak, sebab nak menikmati menu hebat yang disajikan.

Sabriena jamah aiskerim dulu.
Dah dapat aiskerim, Sabriena terus senyap
Berbelanja di 'Kedai Runcit'.
Sabriena di hadapan 'Kedai Runcit'.
Ada warung aiskerim. Wan sedang melayan anak-anak.
Kedai runcit yang tak payah bayar kalau ambil barang.
Bergambar di photo booth.
Official cameraman yang tolong ambil gambar kami.
Makan masa agak lama jugak sebelum kami mendapat tempat duduk. Maka berpeluanglah kami menikmati keenakan segala makanan  yang ada dihidangkan. Tapi kami jugak tahu betapa masih ramai lagi tetamu yang tidak mendapat tempat duduk. Jadi, kami tak diam lama di atas kerusi. Setelah selesai makan, kami terus beredar dari meja makan. Pergi ambil gambar di photo booth. Lepas tu pergi ke kedai runcit bagi mendapatkan barangan jajan yang turut disediakan. Setting seluruh kawasan tempat makan ini sangatlah mengujakan dan sangat menarik. Terbuka selera aku untuk mencuba segalanya.

Sabriena dan Mama di Kedai Runcit.
Seronok Sabriena dapat ambil jajan.
Kak Zu sebagai mak pengantin sangatlah sibuk melayan tetamu.
Terima kasih kerana sudi datang.
Setelah selesai makan dan mengambil barangan jajan dari 'Kedai Runcit', kami pun bersalaman dengan ibu dan bapa pengantin untuk beredar pulang. Tapi mak pengantin, Kak Zu telah menghalang kami. Dia suruh tunggu sekejap sehingga pengantin datang. So kami pun tunggu kejaplah kat luar dewan. Masa tu hujan tengah turun dengan agak lebat jugak. Setelah kira-kira setengah jam, pengantin pun tiba. Sempat aku menyibuk dengan mengambil gambar kedua mempelai itu. Lalu pengantin diarak dengan kumpulan kompang, masuk ke dalam dewan majlis. Sesudah itu barulah kami beredar pergi dari pekarangan dewan pengantin. Kepada Kak Zu dan suami, terima kasih kerana menjemput. Tahniah kepada Wawa dan suami. Tahniah jugak kepada Kak Zu dan suami kerana menerima menantu.

Tunggu di luar dewan setelah selesai makan.
Syahmie menanti ketibaan pengantin.
Inilah tasik yang kami selalu pergi memancing kira-kira lebih sepuluh tahun dahulu.
Wanie dan Amier berteduh dari hujan.
Para tetamu yang menanti ketibaan pengantin.
Wawa berpakaian pengantin.
Pasangan pengantin baru - Ewan dan Wawa.
Ewan tertarik dengan Ferrero Rocher di tangan Wawa.
Jom berarak masuk.
Bagai pinang di belah dua.
Sama cantik sama padan.
Berseri-seri wajah pengantin.
Tiba-tiba ada orang nak pecah pintu pakai penukul. Eh! Bukan. Itu geng kompang daaaaa.....