m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label clothes. Show all posts
Showing posts with label clothes. Show all posts

Sunday, February 22, 2015

Belajar mengemas baju di MRSM Gemencheh

12 Januari 2015 - Semalamnya kami hantar Wanie balik ke asrama di Maahad Hamidiah Kajang. Hari ni giliran nak hantar Syahmie pulak kat MRSM Gemencheh. Tapi kali ni aku lebih berminat nak memberi tahu cara-cara nak mengemas pakaian cara Syahmie. Look and learn.

Zip beg dibuka luas untuk mengambil pakaian yang tersimpan di dalamnya.
Syahmie kemas pakaian macam profesional.
"Assalamualaikum!" Bagi salam bila masuk ke dalam bilik asrama. Tak kiralah ada orang ataupun tak ada. Kenalpasti katil dan almari yang telah di-reserve-kan. Buka pintu almari luas-luas. Tengok dari atas sampai ke bawah dan fahamkan sifat dan isipadu ruang almari tersebut. Bila dah puas hati, barulah gunakan imaginasi yang mendalam sebelum menyusun pakaian di dalamnya.

Keluarkan lagi pakaian yang masih banyak di dalam beg.
Banyak lagi rupanya baju dalam beg ni.
Korek lagi isi kandungan beg.
Penuhkan locker dengan pakaian.
Ada lagi tu dalam beg.
Yes! Locker dah nak penuh.
Pintu almari sudah terbuka luas. Kini zip beg pula yang perlu dibuka luas. Keluarkan pakaian satu per satu secara pantas. Dan terus aje masukkan pakaian itu ke dalam almari satu per satu secara pantas juga. Dan kesemuanya boleh selesai dalam masa kurang dari satu minit. Sebijik macam silap mata.

Akhir sekali kemas tilam. Yang ini kami kemas bersama-sama biar tambah berkat sikit. Gotong-royong dengan semangat sepasukan. Lagilah cepat. Kurang 10 saat dah selesai. Nak bagi cadar kemas dan rata, siap pakai timbang air lagi. Bila dah siap kemas seluruhnya, kami bergambar dulu anak-beranak sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Selamat belajar Syahmie!

Dah siap kemas baju dalam almari. Pecah rekod kepantasan.
Mama tolong siapkan katil untuk Syahmie.
Syahmie dah siap nak kunci locker. Maknanya kerja almari sudah beres.
Katil jugak sudah siap dikemas.
Syahmie di samping katil yang akan menemaninya sepanjang tahun.
Bersama mama.
Masih bersama mama.
Bersama papa pulak sebelum kami berangkat pulang ke rumah.

Saturday, January 7, 2012

Ber-Tasbeeh di gedung pakaian

Semalam, setelah selesai urusan di hospital Prince Court, aku dan isteri ke satu kedai butik pakaian muslimah di Taman Permata menghadap Jalan Ulu Kelang. Nama kedai tu ialah Tasbeeh Boutique And Gift. Petang tu ada pelancaran kedai yang baru dibuka di kawasan itu. Kedai Tasbeeh ni milik isteri kawan kami. Intan nama tauke dia. Nama kawan kami tu Muzily. Pelancaran tu dibuat bersama satu lagi kedai butik yang terletak bersebelahan dengan kedai Tasbeeh.

Bergambar di tangga masuk butik Tasbeeh.
Kami sampai lokasi kira-kira jam 4 petang lebih. Ingatkan simple aje upacara perasmian tu. Sekali nengok, agak grand jugak. Ada makan-makan, ada fashion show, ada VVIP dan ada artis hiburan. Tetamu yang datang banyak yang pakai agak glamer. Aku dan isteri pakai kasual aje pasal kami tak nak terlebih glamer pulak nanti.

Signboard butik Tasbeeh.
Dengan Intan, pemilik butik Tasbeeh.
Lepas menikmati juadah yang terhidang - sate, nasi goreng, roti jala, bihun goreng, mi rebus, teh tarik dan sirap, isteri aku memilih-milih baju untuk dicuba dan dibeli. Lalu kami beli sepasang. Design yang cantik dengan harga yang sangat berpatutan.

Sedang memilih pakaian untuk dibeli.
Antara orang-orang kenamaan yang datang termasuklah mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan isteri. Dan antara artis yang menjadi model memperagakan pakaian termasuklah Bienda dan ibunya Sheeda Dangdut. Antara artis jemputan yang memeriahkan suasana termasuklah Datuk AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, serta Dato' Eizlan Yusof. Pengacara majlis pula ialah Pian Cecupak. Selepas seketika di sana, dan selepas membeli baju sehelai, kami pun beredar. Jemputlah datang ke butik Tasbeeh ramai-ramai. Ada designer's jubah dengan rekabentuk yang hebat dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Antara model-model, dan VVIP yang hadir.
Tan Sri Abu Hassan Omar turut hadir.
Dato' Eizlan Yusof pun ada.
Gabungan VVIP dan artis.
Bergambar kenangan.