m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label tyre. Show all posts
Showing posts with label tyre. Show all posts

Friday, December 30, 2016

Kerana tenis, dan macam-macam hal lagi!

25 Disember 2016 - Sehari sebelum aku turun ke gelanggang tenis, aku telah membayangkan kehebatan membuat dan mencuba beberapa jurus pukulan baru seperti 'double handed forehand side-mega-spin extravaganza' dan 'single handed backhand flat punch super lightning turbo power' yang baru kepelajari dari You Tube. Aku memang dah plan nak datang awal sebelum matahari mencacak di atas kepala. 

Tiba-tiba aku diberi tahu yang aku kena menjemput makcik urut yang datang dari Hulu Langat untuk mengurut ibu dan isteriku. Okay-lah. Maknanya aku kena keluar rumah lebih awal lagilah. Maka pada keesokan paginya, aku ajak Syahmie menemani aku. Kami terus menghala ke arah Langat untuk menjemput makcik urut. Cari punya cari lokasi makcik urut, masih jugak tak kujumpa. Ke hulu dan ke hilir aku mencari. Call makcik urut tu pun banyak kali. Masih tak jumpa. Setelah sekian lama mencari, akhirnya barulah aku jumpa. Rupanya kami ada miscommunication. Aku ingatkan kat arah selatan. Rupanya kat arah utara. Memanglah tak jumpa. proses mencari ini saja telah memakan masa yang sangat lama. Aku melihat jam. Nampak gayanya macam kena main tenis bawah matahari kalau sebegini caranya.

Mengganti tayar kereta yang telah pecah teruk.
Setelah menghantar makcik urut ke rumahku, aku dan Syahmie terus bergerak ke Titiwangsa. Ketika menuruni ramp AKLEH, tetiba keretaku bagaikan skidding sedikit. Bila turun dari ramp, rasa macam senget sikit pulak keretaku. Nak berhenti tengok tayar, macam tak sesuai tempatnya, pasal kat tengah jalan raya. Aku terus drive. Aku ingat nak check tayar masa kat Titiwangsa aje nanti. Belum pun sampai ke destinasi, setelah melepasi HKL, tetiba tayar keretaku meletup. Bau hangit menusuk hidung. Mau tak mau aku terpaksa jugak memberhentikan kereta. Nasib baik ada lorong untuk kuberhentikan kereta. Bila aku keluar kereta dan nengok, berkecai habis tayar sebelah kiri hadapan keretaku. Adusss!!! Dengan kepayahan, aku ambil spare tayar kat belakang. Bukak tayar yang pecah, dan ganti dengan tayar spare. Tapi tayar spare tak ada anginlah pulak. Aku terpaksa drive super-slow dan pasang hazard light untuk sampai ke Titiwangsa.

Setelah parking kereta, aku dan Syahmie menghala ke Court A. Eh! Tak ada orang langsung! Jadi aku main ajelah berdua dengan Syahmie. Nasib baik jugaklah Court A masih lagi tak berapa panas. Kami main slow-slow aje. Setelah bagi sedikit training, aku terus ajak Syahmie main satu set. Aku kalahkan Syahmie 6-1. Masa tu kaki aku pun tengah sakit, tak boleh berlari sangat. Lepas main, aku isilah tayar kereta yang pancit tadi dengan angin di petrol station yang berhampiran.

Syahmie setelah tamat game yang ringkas.
Aksi single-handed backhand.
Aksi forehand pulak.
Gandingan bapak dan anak.
Kalau Syahmie selalu training dan main tenis, dia pun boleh terer macam bapak dia. Keh keh keh!
Memperagakan gigi yang ganas.
Satu lagi aksi dengan gigi.
Syahmie pakai kasut Wilson lama aku yang dah koyak. Aku pakai kasut Asics baru.
Aku terus ke bengkel kereta kat Ampang. Mujur jugak ada kedai yang bukak pada hari Ahad. Ganti satu tayar dan isi gas aircond sekali. Dalam perjalanan ke bengkel tadi, aku ternampak pasar tani kat Taman Dagang. Tetiba terkenang zaman dulu-dulu, Allahyarham Ayah selalu jugak ajak aku berbelanja di sana. Sementara foreman me-repair kereta, aku ajaklah Syahmie ke pasar tani. Aku beli ikan belut hidup 6 ekor. Wife aku dulu pernah mengidam makan belut masa mengandungkan Syahmie. Kat pasar tani yang inilah aku belikan belut untuk dia. Demi sentimental value, aku pun saja membeli belut untuk kutunjukkan kepada anak-anak kecilku - Amier dan Sabriena. Kami turut breakfast kat kedai mamak, ambil kereta dari bengkel dan pulang ke rumah dengan selamat.

Tayar kereta aku pecah bersepai teruk.
Kami breakfast roti telur dan air kelapa di kedai mamak sementara menanti kereta diperbaiki.
Sedikit kisah pasal belut. Belut-belut ni boleh tahan lama dalam kuantiti air yang sedikit. Beberapa hari kusimpan sebelum aku siang belut-belut tu. Aku penggal kepalanya pakai parang. Satu per satu. Dah tak ada kepala pun belut-belut tu masih bergerak. Itu tak spooky lagi. Kepala yang dah tak ada badan tu pun masih bergerak-gerak jugak. Mulut masih bukak tutup bagai bernafas. Betul-betul scary maze! Kepala belut tu senyap setelah aku rebus untuk kuberikan pada kucingku, Isabel. Nak siat kulit belut tu pun bukan main susah. Siap kena pakai pelayar lagi. Banyak orang pesan belut elok dimasak sup. Tapi aku tak ikut cadangan mereka. Aku kerat belut tu jadi pendek. Campur garam, kunyit, asam jawa dan rempah kari, lalu kugoreng sampai agak garing. Sedap jugak rasanya kalau dimakan panas-panas. Anak-anakku yang empat orang semua tu macam enjoy aje makan belut tu. Termasuklah Sabriena yang baru berumur 4 tahun tu.

Kesemua insiden ini berlaku telah dirancang oleh Allah Taala. Aku bersyukur, kerana tayar kereta tu tak meletup kat tengah highway, di tengah malam, dalam hutan, sorang-sorang. Tentu lagi haru. At least dapat jugaklah kami makan belut yang rare tu. Syukur kepada Allah.

Syahmie memegang belut.
Belut ni sangat licin macam orang minyak.
Enam ekor belut dalam simpanan.

Sunday, April 28, 2013

Siapa yang gam tayar kat kereta ni?

Sabtu dulu lepas, aku anak beranak serta ayah aku telah ke Kampung Baru untuk meraikan perkahwinan kakak sepupu aku. Tak buat majlis besar-besaran. Sekadar baca doa selamat dan ada makan-makan sikitlah. Mak aku tak ikut serta pasal kakinya teralu sakit kena gaut. Selepas makan-makan dan bersalaman, kami mintak diri untuk beredar. Ada satu lagi majlis kahwin kat kawasan Tasik Titiwangsa yang kami kena pergi. Masa kami luangkan kat Kampung Baru tu pun cuma sekejap aje.

Exora yang terpaksa disadaikan di tempat letak kereta Off-Jalan Tun Razak.
Dalam perjalanan ke Titiwangsa, tiba-tiba kereta Exora yang aku pandu tu berbunyi, "Kelentong!" Aku ingat itu sekadar bunyi-bunyian biasa, semacam gimmick, pasal bunyinya pun "kelentong". Tapi aku ambil keputusan untuk pandu kereta ke tepi jalan, dan tengok apa sebenarnya yang telah berlaku. Setelah aku amat-amati dengan sangat teliti (seperti CSI), aku menyedari bahawa rupa-rupanya tayar bahagian belakang kanan telah pancit. Bila dikaji dengan lebih terperinci, rupa-rupanya tayar tu macam pecah merekah. Mungkin sebab dah season kot. Langkah seterusnya yang aku fikirkan wajar untuk dilakukan ialah untuk memandu kereta ke tempat yang lebih  selamat (bahagian parkir) dan tukar tayar kereta dengan tayar spare.

Tayar spare dan tayar pancit.
Aku terus mengeluarkan tayar spare dari bahagian bawah kereta. Longgarkan skru. Jack kereta ke atas. Bukak skru. Dan terus nak keluarkan tayar yang bermasalah tadi dari tempat letak tayar. Tarik-punya tarik, tayar tak nak keluar. Rim tayar tu seolah-olah telah melekat kuat pada badan kereta. Dulu, kejadian seumpama ini dah pernah berlaku sekali. Kat tempat tayar yang sama jugaklah. Aku tak expect dia akan ketat lagi, pasal tayar ni pernah dibuka dulu sekali (walaupun dengan penuh kepayahan). Aku cuba mengingat kembali, macam mana mekanik dulu mengeluarkan tayar yang telah melekat pada badan kereta. Mekanik tu ambil sebatang kayu beluti besar dan menghentak ke rim kereta berkali-kali sehinggalah tayar kereta longgar dan boleh dicabut keluar. Dan aku pun mengikutlah kaedah yang sama.

Aku nengok sekeliling aku. Mataku liar mencari sebarang jenis kayu yang boleh digunakan untuk menghentak tayar kereta Exora. Akhirnya aku jumpa sebatang kayu yang sederhana besar dan aku gunakan untuk menanggalkan tayar dari badan kereta. Berkali-kali aku hentak. Cukup seribu kali aku mencuba, sampai tanganku sakit-sakit. Tapi tayar masih melekat kukuh pada badan kereta. Masih enggan keluar. Idea aku tak putus di situ saja. Aku cabut pulak sebatang pokok pinang yang batangnya sebesar peha budak, dan aku gunakan untuk menghentam rim tayar sekuat hati. Usahaku masih gagal. Akhir sekali aku nekad. Aku terpaksa menyewa sebuah lori kren untuk mencabut sebatang pokok angsana yang tumbuh melata di tepi Jalan Tun Razak. Batang pohon angsana ada sebesar dua pemelukku. Batang itu pulak aku gunakan untuk memukul rim tayar agar ia keluar dan boleh diganti dengan tayar spare. Pukul punya pukul, aku tetap gagal. Akhirnya aku terpaksa menyerah kalah.

Melepak dalam kereta sementara menanti bantuan datang.
Exora akan dinaikkan ke atas lori tunda.
Barulah tercetus satu idea baru, untuk menelefon pihak insuran kereta agar membekalkan kami dengan sebuah lori tunda agar kereta itu boleh dibawa ke bengkel untuk diganti tayarnya. Dan sementara tu, kami juga menelefon anak buahku, Farid agar datang menjemput ayah, isteri serta anak-anak kami untuk dibawa pulang ke rumah, sementara aku menanti ketibaan lori tunda. Lori tunda datang setelah kira-kira dalam setengah jam. Kereta Exora terus dibawa ke bengkel. Tayar lama nampaknya telah pecah dan tak boleh digunakan lagi. Terpaksalah pulak aku beli tayar baru yang second hand. Ok. Masalahku telah selesai buat masa ini. Semoga perjalanan selanjutnya menggunakan Proton Exora milik ibuku ini akan berlalu dengan penuh keselesaan tanpa sebarang masalah lagi.

Lori tunda dah get ready.
Ok! Sudah naik. Sekejap lagi akan berangkat.

Monday, March 5, 2012

Alamak! Tayar Exora pulak pancit!

Masa pergi Gemencheh minggu lepas, semua berjalan lancar. Kereta tip top. Boleh pecut sampai 430 km sejam. Boleh buat drift tengah-tengah highway Plus KL-Seremban. Malah buat wheely pun tak jadi masalah. Memang hebat. Tapi selang beberapa hari lepas tu, tetiba tayar sebelah belakang pancit kempis terus. Hilang anginnya. Dalam hati aku berbisik, "Baik jugak dia pancit masa tengah parking kat porch rumah. Kot dibuatnya kempis tengah jalan, kan lagi haru". Inilah peluang aku untuk mencuba mengganti tayar bagi kereta Exora pulak. Macam mana nak keluarkan tayar spare pun aku masih belum belajar. Maka inilah saat aku perlu belajar semuanya agar tidak kelam kabut di kemudian hari.

Tayar yang kempis.
Tanpa berlengah, aku pun cari ikhtiar untuk mengeluarkan tayar spare. Pelik jugak cara dia simpan tayar spare bawah kereta. Susah sikit nak ambil tayar tu. Kalau kereta sedan biasa maca kereta Wira, senang aje. Dengan segala kepayahan, tayar spare pun berjaya dikeluarkan. Lepas tu aku cuba pulak tanggalkan tayar yang pancit dari kereta. Mula-mula jack kereta. Okay. Selesai. Lepas tu bukak nut kereta. Okay. Pun selesai jugak. Lepas tu nak keluarkan tayar kereta pulak. Tang ini yang aku gagal. Tarik punya tarik, pusing punya pusing, tayar masih melekat kuat pada pemegangnya. Aduh! Ada apa-apa skru lagi ke yang aku tertinggal? Setelah dikaji, rasanya semua skru dah dicabut. Sampaikan segala skru kat enjin pun aku dah tanggalkan. Tapi tayar masih tak boleh dikeluarkan. 

Last-last aku ke workshop kereta dan panggil sorang mekanik tu suruh tolong aku. Lalu sorang mekanik tua terus meluru ke rumah aku dan membawa satu kayu balak sebesar pemeluk King Kong. Isy isy isy... Nak buat apa dengan kayu sebesar tu? Bisik aku dalam hati. Bila sampai kat rumah aku, mekanik tu pun kata, "Dia manyak keras. Nanti mesti taruk minyak." Lantas dia menghayun kayu gadang tadi dan menghentak tayar kereta Exora sekuat hati berkali-kali sampai tercabut tayar dari tubuh kereta. "Hah! Nanti lu ambil ini tayar bawak workshop." Aku pun berbuat demikian. Rupanya ada satu skru besar melekat kuat pada tayar. Inilah penyebabnya. Lepas tayar dipam, aku bayar RM5.00 dan pasang balik tayar tadi kat kereta Exora . Aku terfikir kemudiannya, kalau perkara ni terjadi kat tengah highway, alangkah harunya untuk membukak tayar yang dah macam kena patri kat badan kereta. Tuhan Maha Kaya! Urusanku telah dipermudahkan - seperti biasa...

Monday, January 23, 2012

Kisah tayar

Ini adalah kisah tayar. Ini bukan tayar biasa. Ini tayar secondhand yang menggantikan tayar asal kereta Wira ku. Tayar asal telah pancit secara tiba-tiba pada suatu pagi. Sedikit angin pun tak tinggal dalam tayar. Kempis habis bagai orang tak makan beberapa bulan. Aku hantar tayar tu ke kedai. Ada satu skrew besar terpacak pada tayar. Ohhh... Ini dia pembuat angkara. Lubang skrew tadi pun ditampal. Bila dibuat kajian dengan merendam tayar dalam air, rupa-rupanya ada empat lagi lubang kecil di sekeliling tayar. Tayar tu penuh dengan rekahan-rekahan kecil yang mengeluarkan angin secara senyap-senyap. Bagaikan kentut tak berbunyi, tapi baunya masih terasa. Uwwweeeekkk...

Foreman workshop tu kata tukar ajelah tayar secondhand. Baru bayar RM35. Aku pun setuju setelah berfikir panjang, sepanjang beras Basmathi Faezah. Panjaaaaangggg... Kini kereta Wira ku mempunyai tayar baru yang lama. Tapi memadai untuk membolehkan ia menyusur dengan laju meredah lebuhraya...

Tayar baru yang lama milik Wira ku.

Saturday, April 2, 2011

Tayar keretaku berdiet

Pernah tayar kereta aku menyatakan hasrat hatinya untuk diet kerana dirasakan dirinya telah terlalu gemuk. Dan berkali-kali tu jugak aku mengatakan bahawa bukan tayar kereta yang kena diet, tapi aku yang kena diet pasal doktor suruh aku turun lagi 10 kilo. Banyak tuuuu!!!

Walaupun telah dinasihati banyak kali, tayar keretaku tetap dengan pendiriannya untuk pergi diet. Beberapa hari dia tak makan, sampai satu pagi tu aku nengok perut dia telah kempis terus dan ini menyebabkan kereta aku tak dapat bergerak. Geram jugak aku dengan tayar aku yang satu ni. Cakap orang degil tak nak dengar. Terpaksalah aku bawak masuk tayar spare yang dah lama duduk kat bangku simpanan. Bukan main happy tayar spare aku. Aku bawak tayar yang kurus tu kat kedai dan bagi dia vitamin kasi gemuk balik.

Selain tu, tayar belakang sebelah kanan pulak dah agak nazak sampai dah terkeluar urat-urat dawainya. Kereta aku jadi berlenggang lenggok dan bergetar bila bawak laju sikit. Aku dah suruh dia rehat, bersara, pencen. Tak nak pulak. Akhirnya terpaksa jugak bawak ke workshop dan cari tayar baru menggantikan yang dah telah uzur tu. Sekarang barulah masalah kereta goyang dan bergetar dapat diselesaikan. 

Aku nak pesan kepada semua, kalau mendidik tayar, hendaklah dari pokok getah lagi. Kalau dah jadi tayar, susah nak dengar kata. Sekian.