m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kota damansara. Show all posts
Showing posts with label kota damansara. Show all posts

Saturday, September 14, 2019

Mesyuarat Grup Teater Hidayah 2019: Perlantikan baru

Bahagian 2 (Akhir)

Mesyuarat khas telah pun bermula. Agendanya adalah untuk memilih calon-calon bagi jawatan-jawatan penting dalam persatuan. 

Pengerusi:
Ahli mesyuarat telah sebulat suara memilih Abang Kamarul AR sebagai pengerusi. Mengekalkan jawatan yang disandang sebelum ini.

Naib Pengerusi:
Kak Yatie pada awalnya berasa berat untuk menerima pencalonan ini. Setelah dipujuk rayu oleh sebahagian ahli Hidayah senior, akhirnya Kak Yatie bersetuju menggalas tugas ini. Sebagai favour kepada adik-adik yang memerlukan tunjuk ajar dan pimpinannya.

Setiausaha:
Tidak sukar ahli mesyuarat memilih Along Yusry untuk memegang jawatan ini. Pengalaman luas Along dalam urusan kesetiausahaan memberikan rasa konfiden ahli untuk memilih beliau.

Penolong Setiausaha:
Along Yusry diberi pilihan untuk memilih pembantunya sendiri. Yanti Haron telah dipilih. Dan Yanti juga tidak keberatan menyetujuinya.

Bendahari:
Abang Kamarul mencadangkan Nanie, seorang ahli senior yang pernah menggalas tugas ini satu ketika dulu. Tidak ada ahli yang membantah. Dan Nanie sendiri sanggup memikul tugas yang diberikan.

Ahli Jawatankuasa:
Dipilih secara bersama. Mereka yang terpilih termasuklah isteriku, Abang Ibrahim, Nazli Noordin, Nazri Ahmad, Harez, Azeera dan Mummy Sarah.

Pemeriksa kira-kira:
Kak Siti dan Ienah dipilih untuk memegang jawatan ini.

Nazri Ahmad dan Harez. Dari jauh Nazri datang.
Nazri berucap panjang lebar.
Meluahkan apa yang terbuku.
Pemilihan sedang dilakukan.
Mendengar hujah-hujah juri awam.
Juri profesional sedang memberi markah kepada para peserta.
"Tone awak sedap. Projection suara okay. Tapi nyanyian.... pitching ke laut!! Grrr... Grrrrr!!!"
Sebahagian dari ahli mesyuarat yang hadir.
Gaya bebas.
Gaya good.
Gaya wefie - kaum ibu.
Tuan Pengerusi baru nak join.
Lepas tu Nazri Ahmad pulak join.
Diikuti pulak oleh Laksamana Hang Yusry.
Selesai saja mesyuarat, kami bergambar di luar kedai FDK. Macam-macam posing kami gayakan. Gaya formal dan gaya bebas. Setelah puas bergambar, kami kembali ke meja sidang. Acara masih belum habis lagi. 

Sesi seterusnya adalah sesi meluah rasa, meluah perasaan. Bermula dengan aku. Macam biasa, kalau tidak dipaksa, aku akan sekadar berkata, "No comment." Seorang demi seorang melafazkan sepatah dua kata mengenai perlantikan baru itu. Meluahkan isi hati mengenai beberapa hal yang agak sensitif. Mengucapkan tahniah bagi penjawat tugas baru. Memohon sokongan dan tunjuk ajar dari seluruh ahli. Mengungkapkan kata-kata motivasi. Serta tidak kurang juga yang membicarakan tentang kekalahan pasukan bolasepak Malaysia di tangan pasukan UAE baru-baru ini.

Majlis bersurai setelah semua isi hati diluahkan. Yang tinggal hanyalah isi perut, yang hanya akan dikeluarkan pada keesokan harinya.

T A M A T

Harez dan Syahmie join juga akhirnya.
Bergambar di luar kedai FDK.
Satu lagi posing sebelum kembali ke meja sidang.
Berbicara dari hati ke hati, paru-paru ke paru-paru, limpa ke limpa, ginjal ke ginjal.
Ketua juri profesional masih membuat pengiraan markah.
Tumpuan penuh diberikan.
Pekena bubur kacang hijau yang telah dimasak oleh Abang Kamarul sendiri.
Mimie ajak ngeteh kat kedai sebelah.
Laksamana Hang Yusry berfikir panjang. Sepanjang sedepa.
Catatan rumusan oleh Tuan Pengerusi.
Keputusan mesyuarat dengan ini telah dimuktamadkan.


Friday, September 13, 2019

Mesyuarat Grup Teater Hidayah 2019: Selamat datang kembali

Bahagian 1

8 September 2019 - Dah sekian lama, Pertubuhan Teater Hidayah tidak bermesyuarat. Untuk berbincang soal perlantikan baru ahli-ahli jawatankuasanya. Dan jawatan-jawatan penting yang untuk seketika waktu masih samar-samar kedudukannya. Itu saja yang perlu dibincangkan segera. Soal projek baru pada masa hadapan, boleh dibincangkan pada lain masa saja. Maka pada pada malam itu, satu sesi mesyuarat agung khas telah adakan untuk tujuan ini.

Aku, bersama isteri dan anak sulung kami, Syahmie sampai di lokasi, kedai makan FDK, pada kira-kira jam 8.40 malam. Yang ada di kedai cuma Abang Kamarul, Kak Siti dan Along Yusry. Aku dan Syahmie terus saja mendapatkan makanan dan minuman - mi goreng, kek dan bubur kacang, serta teh tarik, teh-o ais dan teh-o suam. Kami makan sampai kenyang. Perut dah penuh, baru lebih fokus dalam berfikir ketika bermesyuarat nanti.

Along Yusry siap bertanjak. Abang Kamarul bertopi beret - dua lapis!
Ahli senior dan ahli junior. Kak Yatie dan Azeera.
Yanti menulis warkah. Mimie menjamu mi goreng.
Kak Siti gigih menyediakan makanan dan minuman untuk kami semua.
Kelihatan orang jauh juga telah sampai - Ienah.
"Jom kita ber-candle light dinner dulu sebelum bermesyuarat."
Ibu dan anak berkecimpung dalam bidang yang sama.
Markas operasi grup teater Hidayah.
Ienah bagi mesej pada sang suami - "Kanda, Dinda balik lambat sikit ya?"
Tuan Pengerusi memulakan bicara.
Sambil membelek-belek skrip.
Ahli junior - Harez dan Azeera.
Laksamana Hang Yusry datang menghadap.
Perbincangan yang santai. Sambil bincang, sambil makan.
Mendengar muqaddimah dari Tuan Pengerusi dengan fokus.
Setiap butir kata Tuan Pengerusi disemat ke dalam benak.
Tak lama kemudian, yang lain-lain mula sampai. Memenuhi ruang FDK yang sederhana luasnya. Abang Kamarul menjemput semua menjamu selera dahulu. "Makan, makan. Makan sampai kenyang. Makan sampai pecah perut. Lepas makan baru kita perah otak, sampai pecah kepala." Hidangan enak yang disajikan semakin berkurang dari bekasnya. Kami semua berasa sangat berselera. Nyomp, nyomp, nyomp. Burrrrppp.... Alhamdulillah... Syukur...

Kali ini menyaksikan beberapa muka baru tampil bermesyuarat. Antaranya, Mummy Sarah, Harez dan Azeera. Setelah semua berasa selesa, Abang Kamarul mengajak semua yang hadir untuk duduk di meja sidang. Mesyuarat akan dimulakan! Jom semua!

Bersambung...

Sementara si isteri duduk dalam mesyuarat, si suami melayan telefon bimbit.
Syahmie pulang ke Malaysia dari Mesir semata-mata untuk menghadirkan diri ke mesyuarat agung khas ini.
Merakamkan detik-detik bersejarah yang indah untuk dijadikan memori.
Teman akrab sejak berzaman lamanya.
Laksamana Hang Yusry tiba-tiba mendapat ilham untuk mengarang sebuah syair inderaloka.
Ilham datang tak mengira tempat dan ketika.
Isteriku bersama Kak Yatie dan Ienah.
Pasangan yang dibawa masuk oleh Kak Yatie ke dalam grup teater Hidayah.
Meneliti agenda mesyuarat kali ini.