m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label timing belt. Show all posts
Showing posts with label timing belt. Show all posts

Thursday, January 16, 2020

Tali pinggang masa putus lagi

12 Jun 2019 - Tengah tahun lepas, ketika aku dalam perjalanan merentas lebuhraya untuk melaksanakan satu tugasan pejabat, tiba-tiba keretaku mengalunkan satu lagu yang sangat sumbang bunyinya. Aku jadi cemas dan rimas. Cemas kerana tidak tahu apakah maknanya alunan itu. Rimas kerana alunan itu tidak mengikut nota muzik yang harmoni. Aku mula memperlahankan kenderaanku. Mula beralih ke lorong paling kiri. Dan tak lama setelah itu, terus seluruh sistem perenjinan keretaku terhenti. Kaku. Mati. Tak beralun lagi. Aku pula yang mengalunkan nada syahdu mengenangkan nasib telah terbengkalai di tengah-tengah lebuhraya yang sangat sibuk.

Aku buka hood depan. Tengok bahagian enjin. Hmmmm.... Nampak semua macam okay. Oops! Nanti dulu. Sepertinya keretaku ini dalam kehausan. Lalu kusuakan segelas air limau ais kurang manis ke enjin keretaku, buat penghilang dahaga. Enjin masih tetap tak dapat dihidupkan. Aduh! Mungkinkah tali pinggang masa putus lagi? Maksud aku 'timing belt' lah. Tapi belum cukup tempoh untuk ia putus sebenarnya. Aku tak ada pilihan. Terrpaksa menelefon insuran untuk menunda keretaku ke bengkel. Lama juga aku menunggu dalam cemas. Seorang peronda lebuhraya turut berhenti bagi memastikan segalanya terurus. Aku maklumkan kepada beliau, aku telah pun menghubungi lori tunda.

Tak lama setelah itu, tibalah lori tunda. Pemandunya memasangkan segala gadget  sebelum membuat tundaan. Pemandu berketurunan India itu sangat peramah. Aku pun berborak-boraklah dengan beliau mengenai pengalaman beliau bertugas sebagai penunda kenderaan. Macam-macam pengalaman dikisahkan kepadaku.

Di bengkel, memang sah timing belt putus lagi. Aduh! Faham-faham ajelah. Kalau piston bengkok memang sakit jugak nak membayar untuk menggantikannya. Nasib baik aku memandu perlahan ketika itu. Kalau tidak, sudah pasti kerosakan yang lebih besar akan menimpa kereta Exoraku.

Lori tunda dah sampai.
Jom kita tunda!


Monday, June 20, 2016

Exora mati di tengah jalan

9 Jun 2016 - Hari tu memang aku apply cuti pasal nak bawak wife aku jumpa doktor kat Hospital Ampang Puteri dan klinik di KL Sentral. Memang ada follow up appointment. Tetapi pada pagi tu kami dapat panggilan telefon dari salah seorang sepupuku, menyatakan salah seorang pakcik kami, Wak Ros sedang tenat di ICU Hospital Selayang. Jadi kami anak-beranak termasuk ibu dan anak saudaraku bergegas ingin ke sana untuk menziarahi Wak Ros yang sedang terlantar sakit di hospital. Kami semua berhimpit naik satu kereta, Proton Exora.

Farid sedang menghubungi bomba, polis, ambulan dan JPAM.
Wanie kena ikut lori tunda.
Lori tunda tiba setelah aku call.
Masa tu jalan tak berapa sesak. Kami ikut Jalan Ulu Kelang dan MRR2. Sampai kat kawasan Taman Melati tiba-tiba enjin kereta kami mati. Aku terus bagi signal untuk ke tepi. Nasib baik ada satu kawasan lapang yang membolehkan aku park kereta kat tepi jalan. Memang enjin dah tak boleh dihidupkan lagi. Aku lantas call lori tunda bawah insuran kereta. Anak buahku, Farid call kawan dia suruh jemput kami yang tersadai. Lebih setengah jam kami menunggu sebelum lori tunda dan kawan Farid tiba hampir serentak. Memandangkan kereta tak dapat memuatkan kesemua penumpang, maka aku, Wanie dan Amier terpaksalah ikut lori tunda untuk ke Ampang.

Lori tunda menghala ke bengkel kereta yang dekat dengan rumah kami. Yang lain meneruskan perjalanan ke Hospital Selayang. Di bengkel, foreman check kereta. Memang sah timing belt putus. Habis rosak komponen dalam enjin blok. Bila aku nengok milage, dah melebihi 120,000 kilometer. Dan sekali pun timing belt tak pernah ditukar. Patut dalam sekitar 80,000-90,000 dah kena tukar. Aduh! Lesson learned the hard way. Termenung aku memikirkan belanja nak repair kereta Exora tu. Tak apalah. Hikmahnya pasti ada. Alhamdulillah.

Wanie kena naik atas lori.
First time Wanie naik lori tunda, and she was happy.
Okay, kami on the way to Ampang.