m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label music. Show all posts
Showing posts with label music. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Lagu raya 2020: Simfoni Raya

Semalam aku telah memperdengarkan dua buah lagu raya. Pertama, lagu ciptaan Amier berjudul Tibanya Syawal dan kedua lagu ciptaan aku berjudul Insaf Syawal. Kali ini aku nak memperdengarkan lagu ciptaan Syahmie pula. Sebenarnya lagu ni telah dicipta dan telah dirakam pada tahun 2019 yang lalu. Masa tu Syahmie masih di Mesir lagi. Syahmie tak dapat beraya dengan kami pada tahun lepas. Jadi lagu raya inilah yang dikirimkan kepada kami. Tapi aku tak sempat nak meng-upload lagu ini dalam blog. Bagi aku, ini ialah antara lagu yang aku suka untuk mendengar. Rentak irama Malaysia modern. Untuk dipendekkan cerita, jom kita sama-sama mendengar dan terhibur, tanpa perlu membuat apa-apa penilaian mengenainya.

Syahmie ketika di Mesir.



Tajuk lagu: SIMFONI RAYA
Komposer: Syahmie
Lirik: Syahmie
Penyanyi: Syahmie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Syahmie

Sambutlah kasih cinta yang suci
Kasih terjalin di Aidilfitri
Tua dan muda, miskin dan kaya
Sambut bersama hari yang mulia

Di pagi Syawal takbir bergema
Melafaz syukur pada Yang Esa
Segak bergaya, insan beraya
Riang gembira tidak terkata

Korus:
Ayuhlah semua kita raikannya
Hulurkan salam ikatan mesra
Tidak lupa pada yang sudah tiada
Sekudus doa buat mereka

Adat budaya tidak dilupa
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Rancak suasana, bagai berirama
Simfoni raya beralun indah
Simfoni raya beralun indah

Hari raya ini kumemohon restu
Hati terpaut pada kasih ibu bapa
Desa yang tercinta itu yang dituju
Bagi meraikan bersama-sama

Korus:
Ayuhlah semua kita raikannya
Hulurkan salam ikatan mesra
Tidak lupa pada yang sudah tiada
Sekudus doa buat mereka

Adat budaya tidak dilupa
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Rancak suasana, bagai berirama
Simfoni raya beralun indah
Simfoni raya beralun indah



Saturday, May 23, 2020

Lagu raya 2020: Insaf Syawal

Lagu ciptaan anakku, Amier berjudul Tibanya Syawal mencerminkan kecerian serta terselit nasihat dalam melodi rentak baru serta adunan rap yang agak catchy. Tahun 2020 ini aku terfikir untuk mencipta sebuah lagu raya yang mengisahkan keinsafan akibat wabak covid-19 yang sedang melanda dunia dan negara Malaysia khususnya. Lagu ni memang potong stim betul. Lepas kalian dengar, pasti tak berasa nak beraya dah. Sama ada insaf, ataupun terus menyampah dengar lagu ni. Pokok pangkalnya memang mood raya akan terhapus akibat tiadanya unsur-unsur kecerian dalam lagu yang dipersembahkan. Kalau tak percaya, cubalah try dengar lagu ini. Tetapi harus diingatkan, jangan menyesal...





Tajuk lagu : INSAF SYAWAL
Komposer : Adi Matari
Lirik: Adi Matari
Penyanyi: Syahmie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Wanie

Salam diberi, hadirkan jiwa
Dengan sayu hati meluah rasa
Merenung jauh, nasib menimpa
Kerna khilaf sendiri, tanggung akibatnya

Terkadang ku terlena
Dibuai indah mimpi dunia fana
Ku tak berdaya

Korus:
Siapa kiranya diri ini
Pendosa yang sering tak mengerti
Terumbang-ambing di lautan noda tak bertepi

Di pagi syawal yang hening ini
Mengharap ampun dari Ilahi
Agar diri bersih dari nista yang berduri
Kusujud berasa hina menginsafi
Menitis air mataku jatuh di pipi

Terkadang ku terlena
Dibuai indah mimpi dunia fana
Ku tak berdaya

Korus:
Siapa kiranya diri ini
Pendosa yang sering tak mengerti
Terumbang-ambing di lautan noda tak bertepi

Di pagi syawal yang hening ini
Mengharap ampun dari Ilahi
Agar diri bersih dari nista yang berduri
Kusujud berasa hina menginsafi
Menitis air mataku di pipi

Doa kumohon pada Ilahi
Agar segala dosaku diampuni



Lagu raya 2020: Tibanya Syawal

Assalamualaikum muslimin dan muslimat semua. Syawal 2020 telah menjelma. Tahun 2020 ini kita tak dapat beraya seperti biasa. Ada normal baru dalam sambutan kali ini. Ada SOP tertentu yang perlu kita patuhi. Ini semua angkara wabak covid-19 yang sedang melanda negara. Malah melanda dunia sebenarnya. Virus Corona sedang berkeliaran di mana-mana. Zahirnya tak kelihatan. Wujudnya entah di mana? Itu yang menjadikan kita perlu lebih berhati-hati. Tiada rentas negeri. Tiada sentuhan. Jaga jarak selamat. Elakkan budaya kunjung-mengunjung. Setidak-tidaknya untuk tahun ini. Semoga rantaian wabak ini dapat diputuskan secepat mungkin, dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Tiada lagi rasa takut. Boleh bergerak bebas dan masih berasa selamat.

Kali ini aku nak belanja kalian lagu-lagu raya. Pada tahun lepas, kami cuma dapat merakamkan dua buah lagu raya baru sahaja. Tetapi aku tak sempat nak upload untuk pendengaran semua. Tahun ini Amier telah awal-awal lagi menghasilkan sebuah lagu raya baru. Rentak dan naluri orang muda. Dengarkanlah lagu ini:





Tajuk lagu: TIBANYA SYAWAL
Komposer: Amier
Lirik: Amier
Penyanyi: Amier feat Syahmie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Amier

TIBANYA SYAWAL

Korus:
Tibanya syawal kita raikan
Selamat hari raya diucapkan
Hari indah bergaya menawan
Nikmati juadah yang disediakan

Sungguh meriah oh bahagia
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Tidak lupa insan yang tiada
Bersama kita di hari raya

Rap:
Kumohon sepuluh jariku ini
Kepada semua sahabat dan kaum famili
Di kalangan adik-beradik serta yang berbudi baik
Tak kira siapa pun, semuanya fantastik

Tiada yang tertinggal di hati yang tersayang
Atuk nenek ibu bapa kakak adik abang
Kubertanya pada tauke yang membakar lemang
Jawabnya ini semua cukup untuk semua orang

Dari hati luahkan gembira untuk semua
Dari sini berjuang untuk ahli keluarga
Dari nada yang dendam jadikan ia reda
Jangan sangka air tenang itu tiada buaya

Fakta atau auta ku peduli apa
Ku hanya mahu sebutkan ayat yang bermakna
Satu ucapan dilafazkan di hari raya
Minal aidin wal faizin untuk semua

Korus:
Tibanya syawal kita raikan
Selamat hari raya diucapkan
Hari indah bergaya menawan
Nikmati juadah yang disediakan

Sungguh meriah oh bahagia
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Tidak lupa insan yang tiada
Bersama kita di hari raya

Rap:
Walau kau jauh di mata tapi dekat di hati
Mengenangkan nostalgia dan juga memori
Betapa banyaknya saat manis ini
Buang keruh ambil jernih nanti bina lagi

Beratus pohon kutebang dan menahan
Beribu ampun kumohon pada Tuhan
Dengar saja orang tua juga teladan
Supaya hariku dan kau lebih berpanjangan

Serba indah, indah yang tak ternilai harga
Sambut tetamu di rumah dari hujung sana
Mengenang jasa yang telah bertarung nyawa
Demi kemakmuran dan kesejahteraan kita

Berserah pada Yang Esa tawakal dan usaha
Semoga lanjutkan umur dan ampunkan dosa
Di mana sahaja kita berada
Marilah sambut aidilfitri dengan gembira, oh.....

Korus:
Tibanya syawal kita raikan
Selamat hari raya diucapkan
Hari indah bergaya menawan
Nikmati juadah yang disediakan

Sungguh meriah oh bahagia
Kunjung-mengunjung jiran tetangga
Tidak lupa insan yang tiada
Bersama kita di hari raya
Bersama kita di hari raya



Sunday, December 30, 2018

Abang Rahim menerima menantu: Bila boneka berbicara


Bahagian 3

Setelah Meor dan Pok Me puas beraksi di depan pengantin, kini tiba giliran tuan rumah, Abang Rahim pulak untuk mara ke hadapan mengenengahkan dirinya. Untuk makluman semua, ruang dewan dipenuhi dengan alunan merdu muzik dari gesekan biola oleh Zalee dan persembahan kugiran teman-teman seperjuangan Abang Rahim. 

Ketika Abang Rahim mula-mula tampil ke hadapan sambil memegang mikrofon, aku ingatkan ada suatu ucapan yang hendak disampaikan oleh tuan rumah. Aku terus memberi perhatian. Mungkin kata-kata nasihat dari seorang ayah kepada anaknya. Tiba-tiba Abang Rahim mencapai sebuah beg kecil hitam. Dikeluarkan dari dalam beg sebuah boneka comel. Dan disarungkan ke lengannya. Lantas boneka itu mula berkata-kata dengan fasihnya.


Kugiran yang menghiburkan para tetamu pada sepanjang berlangsungnya majlis ini.
"Saya ingin menyanyikan sebuah lagu rock and roll", umum Abang Rahim.
Rupa-rupanya Abang Rahim hendak menghiburkan penonton-penonton cilik dengan persembahan boneka atau puppet. Memang kami mengenali Abang Rahim sebagai seorang pemain boneka yang hebat. Sejak dulu lagi. Dan kami juga pernah belajar membuat dan memainkan boneka ini dari Abang Rahim dalam satu bengkel boneka yang diadakan di Matic, lebih 20 tahaun dulu. Aku sendiri pernah bermain dengan boneka dan membuat pertunjukan bersama teman-teman teaterku. 

Abang Rahim memulakan bicaranya.
Abang Rahim berbual-bual dengan bonekanya yang bernama Aaaa.....Ah.
Abang Rahim menutup mulut Aaaa...Ah sebab dia terlalu banyak bercakap.
Abang Rahim bertanyakan sesuatu kepada Aaaa...Ah.
Aaaa...Ah menjawab dengan petahnya.
Aaaa...Ah pula yang nak menyanyi.
Jom menyanyi sama-sama.
"Ada soalan dari penonton untuk Aaaa...Ah?
Apabila Abang Rahim mula saja bermain dengan boneka, aku terus ambil kerusi dan duduk betul-betul di hadapan Abang Rahim. Sungguh asyik aku menonton persembahan yang sangat menarik ini. Aku paling suka melihat riak wajah Abang Rahim yang sentiasa tenang dan tersenyum ketika berbicara dengan bonekanya. Para tetamu mula berhimpun dan semakin merapat untuk menyaksikan persembahan boneka ini. Boneka ini bukan saja berbicara, tetapi juga turut menyanyi dengan iringan alunan muzik dari kugiran jemputan.

Aaaa...Ah kalau dah dapat mikrofon memang dah tak boleh henti bercakap.
Aaaa...Ah nak jual ubat pulak dah.


Abang Rahim kata ini majlis perkahwinan. Kena jaga tingkah laku.
Aaaa...Ah faham.
"Jom kita menyanyi bersama-sama.
Abang Rahim menyanyi, dan Aaaa...Ah menari.
Dah dekat lima puluh lagu Abang Rahim dan Aaaa...Ah menyanyi.
Para tetamu sangat terhibur dan mula merakam persembahan ini.
"Ada sesiapa dari kalangan penonton nak bertanya soalan lagi kepada Aaaa...Ah?"
"Tanya soalan yang senang-senang aje ya?"
Anak-anaklah yang paling terhibur menyaksikan keletah boneka yang dimainkan oleh Abang Rahim. Sudah tentu ini merupakan satu majlis perkahwinan yang sangat unik. Belum pernah aku lihat di mana-mana di negara ini ada orang buat persembahan boneka dalam majlis perkahwinan. Apa tah lagi oleh tuan rumah sendiri. Selitan humor dalam persembahan menjadikan ianya lebih menarik dan memaut hati penonton. Rindu kami untuk menonton Abang Rahim beraksi di atas pentas terubat juga akhirnya.

Bersambung...

Abang Rahim buat silap mata pasal mata pulak.
"Oh! Mataku bagai Kassim Selamat!"
"Siapa nak bersalaman dengan Aaaa...Ah?"
Anak-anak berebut-rebut nak bersalaman dengan Aaaa...Ah.
Tak kurang juga ada yang kelihatan takut untuk mendekati.


Sunday, July 8, 2018

Lagu Raya 2018: Coming Home

Setelah kita didendangkan dengan lagu raya rap ciptaan Amier, jom aku nak ajak semua mendengarkan lagu raya Inggeris ciptaan Wanie pulak. Wanie memang terkenal dengan lagu-lagu Inggerisnya yang telah menembusi carta Lagu Raya International 2017. Kini satu lagi lagu raya ciptaan komposer dan penulis lirik yang sama. Aku memberikan kebebasan untuk Wanie. Nak cipta lagu Melayu boleh, nak cipta lagu Inggeris pun boleh. Ikut cita rasa masing-masinglah. Lagu ni memakan masa agak lama untuk dirakamkan, walaupun melodi dan liriknya telah lama disiapkan oleh Wanie. Tapi tak kisahlah. Biar lambat asalkan siap.

Jom kita mendengar lagu raya Inggeris yang jarang-jarang kita dengar di Malaysia ni:




Lagu: Coming Home
Komposer: Wanie
Lirik: Wanie
Penyanyi: Syahmie
Video: Wanie

Coming home from work
Lying on my bed
Let out a sigh
Something's in my head

I closed my eyes and start to see
The memories
Of little old me

(Chorus)
The fresh air
The soft breeze
It brings back memories
The small house
Where I lived
Oh how I missed this
I can't wait to go back
The place I long to be
It's time to go
It's Eidulfitri

Driving down the streets
As far as I can go
Meeting my old friends
I ain't going slow

The place I long to be
Is what I call home
Friends and family
I'm coming home

(Chorus) 2 x

It's time to go
It's Eidulfitri



Sunday, June 24, 2018

Lagu Raya 2018: Raya Terindah

Raya tahun ni kami perdengarkan lagi lagu raya baru untuk pendengar-pendengar lagu raya yang budiman. Macam tahun lepas, aku mintak anak-anak aku yang dah cukup umur untuk mencipta melodi dan lirik lagu raya. Kali ni masa yang aku berikan lebih panjang dari dulu supaya penghasilan lagu raya lebih bermutu dan tidak tergesa-gesa. Tanpa membuang masa, Syahmie telah menghasilkan sebuah lagu baru. Siap dengan music arrangement nya yang tersendiri. 

Perdengarkanlah lagunya:






RAYA TERINDAH

Komposer: Syahmie
Lirik: Syahmie
Penyanyi: Syahmie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Wanie

Bergema suara takbir
Sayu indah dan berseri
Tiba jua hari yang dinanti
Ayuh bersama kita syukuri

Yang jauh juga yang dekat
Pulang berhimpun bersama
Mengharapkan restu dan berkat
Ayah dan bonda yang tercinta

(Chorus)
Kakak abang keriangan
Berpakaian serba indah
Cantik segak dan menawan
Bagi menyambut hari raya

Aidilfitri
Hari penuh kebahagiaan

Aidilfitri
Kaya miskin meraikan

Salam dihulur meminta keampunan
Yang telah pergi doa disampaikan

Aidilfitri
Kuberdoa pada Tuhan

Aidilfitri
Jiwa suci kudambakan

Hari yang murni kita saling memaafi
Raya terindah kita kecapi

(Chorus)

Raya terindah kita kecapi


 
 

Monday, July 3, 2017

Lagu raya eksklusif keluarga 2017: Komposer-Wanie

Bahagian 3

Lagu terakhir yang dirakamkan adalah lagu Eidulfitri, lagu dan lirik ciptaan Wanie. Satu-satunya lagu raya bahasa Inggeris. Memang rare-lah kan? Mula-mula kau dengar lagu raw dari Wanie, susah jugak nak faham melodi dia. Bila dengar banyak-banyak kali barulah aku faham. Lalu aku bagi instruction kat Syahmie suruh pelbagaikan music arrangement dia  pasal melodi dia pada dasarnya agak sama dari mula sampai habis. Syahmie telah berjaya buat arrangement muzik dengan sangat baik. In fact aku rasa yang terbaik di antara ketiga-tiga lagu.

Gabungan abang dan adik.
Dengarkanlah lagu Raya bahasa Inggeris - Eidulfitri   (klik link ini):


Lagu: EIDULFITRI
Nyanyian: Syahmie
Ciptaan: Wanie
Lirik: Wanie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Wanie

The birds were chirping beautifully that morning
The skies were very bright and filled with joy
The time has come to finally celebrate
A special event filled with joy

It's time to say
Happy Eidul Fitri
It's time to say
Sorry for my mistakes
It's time to let
Happiness to be spread
Throughout the world (2x)

Eidul Fitri
Filled with joy
Eidul Fitri
Comes once a year
Eidul Fitri
Let's spread the word
Eidul Fitri(2x)

Everyone was looking so beautiful
All family members gathered around
Raise your hands and ask for forgiveness
There's happiness to be found

It's time to say
Happy Eidul Fitri
It's time to say
Sorry for my mistakes
It's time to let
Happiness to be spread
Throughout the world (2x)

Eidul Fitri
Filled with joy
Eidul Fitri
comes once a year
Eidul Fitri
Let's spread the word
Eidul Fitri(2x)

Lagu raya eksklusif keluarga 2017: Komposer-Adisarah

Bahagian 2

Setelah lagu Raya Kali Ini ciptaan Syahmie dirakamkan, menyusul pulaklah lagu raya ciptaan aku berjudul Cahaya Aidilfitri. Syahmie buat music arrangement pakai i-phone dia aje. Pakai application Garage Band katanya. Aku tak pandai pakai. Jadi aku suruh Syahmie buat muzik untuk aku. Aku cuma bagi instruction dan bagi chord aje. Yang lain aku serahkan kepada Syahmie untuk settle-kan. Dan hasilnya adalah seperti berikut.

Gandingan father and son.
Dengarkanlah lagu ciptaan aku ini,  Cahaya Aidilfitri  (klik link ini) :


Lagu: CAHAYA AIDILFITRI
Nyanyian: Syahmie
Ciptaan: Adisarah
Lirik: Adisarah
Susunan muzik: Syahmie
Video: Wanie 

Cukup sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga kita bersama
Bagai mereka yang tidak upaya
Hidup serba tiada

Agar diri lebih bertaqwa
Muhasabah pekerti dan jiwa
Semoga amalan semua diterima
Segala dosa-dosa diampuni-Nya

Chorus:
Kini telah menjelma cahaya aidilfitri
Seharusnya raga bersih suci diri
Penuh pengabdian kepada Ilahi
Dan bersyukur nikmat diberi

Ziarah-menziarahi saudara dan taulan
Dengan wajah ceria terukir senyuman
Sambil menikmati pelbagai hidangan
Tulus ikhlas bermaafan
Di hari raya...

Ulang chorus.



Sunday, July 2, 2017

Lagu raya eksklusif keluarga 2017: Komposer-Syahmie

Bahagian 1

27 Jun 2017 - Aku mencabar anak-anak aku untuk mencipta lagu dan senikata lagu raya. Dan aku sendiri akan mencipta satu lagu. Fresh dan original. Kalau bolehlah. Of course, kami ni tak biasa cipta lagu. Kalau ada persamaan dengan lagu yang dah ada kat pasaran, itu kami tak dapat nak sangkal. Tapi aku memberi sepenuh kredit kepada anak-anak aku, Syahmie, Wanie dan Amier kerana berjaya menyiapkan lagu dalam masa beberapa hari sahaja.

Syahmie tengah recording suara.

Perdengarkanlah lagu ini ciptaan Syahmie - Raya Kali Ini  (klik link ini) .




Lagu: RAYA KALI INI
Nyanyian: Syahmie
Ciptaan: Syahmie
Lirik: Syahmie
Susunan muzik: Syahmie
Video: Wanie

Raya kali ini, Sebuah memori
Manis kurasai, Pahit kutangisi

Raya kali ini, Nikmat pemberian
Yang Maha Memberi, Pada setiap insan

Chorus:
Oh sungguh bermakna
Raya kali ini
Keluarga tetangga
Saling memaafi

Indah tak terperi
Raya kali ini
Terus bersemadi
Dalam sanubari

Raya kali ini, Kusemaikan cinta
Merawat segala, Luka yang membarah

Raya kali ini, Mengajarku erti
Cereka cinta sebenar, Kucari sekian lama

Chorus.


Friday, May 12, 2017

Kelab Khatib Koyan: Pertemuan di Warung MaqBull Cafe

Bahagian 1

Mohon para pembaca melafazkan surah Al Fatihah dan dihadiahkan kepada Allahyarham Pak Rauf, ayahanda kepada Bung Rosli yang telah pulang ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Bersama para syuhada dan mukhlisin. Sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Al Fatihah.

* * * * * * * * * * * * * * *

23 Mei 2016 - Secara tiba-tiba kengkawan seperjuangan dalam teater telah berpakat-pakat untuk bertemu dan berkumpul di Semenyih, di warung milik sifu kami Bung Rosli. Nama warung tersebut adalah MaqBull Cafe yang pada ketika itu baru dibuka tak sampai pun sebulan. Aku, ditemani isteri meredah malam, dan tiba di lokasi pada kira-kira jam 10 malam. Kawan-kawan dari grup Khatib Koyan Club ada yang telah sampai dan sedang menjamu selera. Antara yang hadir pada malam itu termasuklah Saidi, Mahathir, Abang Rahim, Baby dan Meor.

Mahathir, Abang Rahim dan Saidi.
Mahathir sedang membuat urutan telapak tangan.
Antara yang hadir pada malam itu.
Meor dan puterinya, serta Baby Zairaini.
Meor menceritakan pengalamannya ketika berlakon drama bersiri 'Jiwa' yang pernah disiarkan di TV3.
Baby bersama isteriku.
Abang Rahim pulak bercerita pasal pengalamannya menggesek biola di Uzbekistan, Alaska dan Zimbabwe.
Saidi turut bercerita pengalamannya membawa penumpang dengan teksinya hingga ke Jepun dan Mongolia.
Meor bercerita tentang shooting terbarunya di kepulauan Antartika yang sangat mencabar.
MaqBull Cafe milik Bung.
Pandangan ruang dalaman Warung MaqBull Cafe.
Sebahagian pengunjung yang datang untuk menjamu selera.
Malah terdapat pilihan bagi sesiapa yang ingin menjamu selera di wakaf-wakaf.
Gelas spesel dari MaqBull Cafe.
Kami tak menunggu lama. Setelah bertegur sapa dan bersalam-salaman, kami terus aje buat pesanan makanan. Aku order mi hailam lada hitam power. Menu ini dimasak sendiri oleh tauke kedai - Chef Bung Rosli. Sangat enak rasanya. Bagi penggemar lada hitam, memang inilah habuan yang perlu didapatkan. Warung MaqBull Cafe ni letaknya kat tepi jalan. Sangat strategik untuk menarik pengunjung lapar yang lalu-lalang. Tempatnya pun luas dan cantik. Ada gerai-gerai kecil yang menjual menu-menu lain seperti sate dan macam-macam lagi. Malah western food pun ada dijual di sini jugak. Memang banyak pilihannya.

Sebahagian dari kami yang hadir pada malam itu.
Abang Rahim sedang menikmati mi hailam black pepper yang kaw!
Menyedut mi masuk ke dalam tekak.
Meor juga ingin menikmati kelazatan mi hailam masakan Bung.
Setelah selesai memasak, barulah Bung Rosli ke hadapan bertemu kami semua. Lama sungguh aku tak bertemu dengan Bung. Ada lebih sepuluh tahun. Aku cuma berjumpa dalam FB aje. Bung masih cenggitu jugak sifatnya. Tapi dah tak berkarya sangat. Kini lebih menumpukan kepada bisnes kedai makan serta jus kesihatan yang diformulasinya sendiri dari bahan-bahan asli dan tempatan. Malah kami yang hadir pada malam tu turut dihidangkan dengan jus-jus tersebut bagi menambahkan power dan kecergasan badan. Dan kami terus bersembang di sepanjang pertemuan itu.

Besambung...

Mahathir dan Saidi bersama Bung.
Inilah mi hailam black pepper yang menjadi kegilaan remaja masa kini.
Saidi nak menjamah lamb chop.
Otai teater dan otai muzik.