m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label frim. Show all posts
Showing posts with label frim. Show all posts

Monday, July 22, 2019

Berkahwin dalam hutan FRIM

29 Jun 2019 - Biasanya majlis orang bernikah dibuat di masjid, di surau atau di rumah. Sesekali ada juga yang mengendalikannya di dewan-dewan atau ruang-ruang yang eksklusif dan berhias cantik. Lepas tu, majlis resepsinya pula dibuat di dewan besar, atau di laman rumah yang lapang, supaya ramai tetamu yang boleh hadir meraikan pengantin. Tapi dalam kes kali ini, majlis resepsinya dibuat di dalam hutan. Bertemankan badak sumbu, gajah, harimau, siamang dan tenuk. Barulah unik! Hehehe... Sebenarnya majlis yang kami pergi ni bukannya duduk kat tengah-tengah hutan belantara yang tebal. Cuma di pinggir hutan aje. Dalam kawasan jajahan FRIM di Kepong. Dan sudah tentulah majlis dibuat di dalam dewan jugak. Tak kanlah nak makan atas tanah berlapik daun ketapang. Hahaha... Intro mestilah gempaq.

Sabriena makan dengan sangat berselera sekali.
Wanie pula makan dengan penuh konsentrasi.
Kak Uda juga sedang asyik menikmati juadah. Wafi tengah main hand phone gamaknya.
Minum air hilangkan dahaga dulu.
Dah minum barulah tengok nasi pulak.
Makan buah sebelum makan nasi.
Kami datang ke jemputan perkahwinan ini berenam. Aku, isteriku, Wanie, Amier, Sabriena, Kak Uda dan Wafi. Bila sampai aje, kami terus makan. Duduk betul-betul kat sebelah pintu masuk utama. Macam jaga. Siap pegang tombak lagi. Tapi selepas makan, kami tak terus balik. Pasal lepas tu menyusul pula saudara-mara yang lain. Jadi kami luangkan masa lebih lama dan bersembang-bual dengan mereka. Maklumlah, jarang-jarang jumpa. Eh! Lupa pulak nak bagi tau. Majlis ni merupakan majlis perkahwinan dua orang anak Abang Saudin dan Kak Fidah. Kira majlis meraikan dua orang cucu saudara Abang Zai. Abang Zai tu pulak ialah abang biras aku. Fuh! Mesti berbelit otak korang nak fahamkan susur-galur pertalian di antara kami dan pengantin kan? Diringkaskan cerita, orang jemput, kami hadir ajelah.


Kak Uda nak menyuapkan cucunya.
Okay. Semua orang dah habis makan.
Abang Karim siap bagi 10 bintang untuk masakan pada tengah hari itu.
"Orang pun tumbuk buah durian tu sampai terkupas kulit dia", cerita Kak Uda serius.
Kak Long menceritakan pengalamannya ketika di zaman Portugis dulu.
Cerita apakah yang menyebabkan kedua-duanya bagai terpaku?
Azi dan new born baby-nya.
Ardi dan Zila sedang makan nasi.
Begitu juga dengan Fatih dan Zarith.
Zarith makan yang paling bersemangat sekali.
Boleh tak kalau pakai kedua-dua belah tangan?
Masih mengunyah nasi.
Dan terus memuat naik makanan ke dalam perut,
Faridz pakai cermin mata hitam bukan untuk bergaya.
Tetapi sebab terkena jangkitan penyakit mata,
Ardi dan Zarith.
Masih ada sedikit makanan lagi di dalam pinggan Abang Zai.
Kejap lagi baru nak makan.

Lama jugak kami hang out kat situ. Nasib baiklah meja dan kerusi masih banyak. Jadi tak menjadi masalahlah kalau kami duduk melepak lama-lama. Kalau nak ikutkan hati, kami nak stay overnight sampai seminggu, Tapi akhirnya kami sekadar berada di dewan majlis tiga hari dua malam aje. Kalau tak kerana kami kena menghadiri majlis jemputan yang lain, pada petang tu, sudah pastilah kami akan membuat rumah setinggan kat dalam dewan tu untuk kami menetap beramai-ramai.

Kepada kedua pasang pengantin, kami mengucapkan tahniah. Selamat pengantin baru. Kepada ayah dan ibu pengantin, kami mengucapkan selamat menerima menantu. Semoga segalanya berjalan baik. Penuh barokah dan rahmah dari Allah. Dan terima kasih kerana telah menjemput kami untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis ini. Tahniah sekali lagi!

Siapakah gerangannya yang menyorok di balik tangan sendiri?
Bergaya dengan cermin mata merah.
Dah sudah makan, hati pun senang.
Ika dan Adam.
Thaqif rnasih memikirkan masalah dunia pada hari ini.
Dan sesekali bersedih mengenangkan nasib rakyat Palestin di bumi sendiri.
Shahira sedang beratur untuk mengambil makanan.
Kak Long baru nak mula makan.
Selera terganggu dengan apa yang sedang berlaku di depan mata.
Adik-beradik pengantin.
Ayah pengantin.
Berpakaian segak menyambut semua tetamu yang hadir.
Ayah dan ibu pengantin.
Sebahagian daripada keluarga pengantin.
Tiba-tiba terjumpa teman main tenis - Abang Ibrahim.


Monday, January 14, 2019

Main tenis dalam hutan FRIM!

13 Januari 2019 - Semalam aku main tenis lagi. Cuma kali ni aku tukar angin sikit main tenis dalam hutan. Ya! Dalam hutan! Maksud aku dalam kawasan FRIM di Kepong. Aku tak dapat join teman-teman tenis TTC yang bermain pada hari Sabtu pasal ketika itu aku dan famili pergi melawat Amier di Raub. Jadi aku pun mesej-mesej-lah kengkawan, tanyakan siapa yang ada main tenis. Aku dapat kepastian bahawa Abang Brahem yang bekerja dengan FRIM akan turun ke gelanggang tenis di FRIM. Jadi akupun mohon untuk join dia pada pagi itu.

Aku sampai awal. Gelanggang masih kosong.
Permukaan gelanggang agak usang, tapi masih mampu memantulkan bola dengan baik.
Kami mengharapkan ada empat atau lima orang yang datang bermain. Tapi ada beberapa orang yang terpaksa kensel di saat-saat akhir. Jadi yang tinggal cuma aku dan Abang Brahem aje. Tak kisahlah. Yang penting dapat panaskan badan dan berlatih stroking. 

Bermain di gelanggang FRIM ni lain sikit rasanya. Al maklumlah, main dalam hutan. Suasana sejuk dingin dan nyaman. Banyak pokok mengeluarkan oksigen. Pernafasan lebih lancar dan teratur. Masa aku baru sampai sekitar jam 8.30 pagi, aku agak terkejut melihat begitu ramai pelawat yang datang untuk beriadah. Paling ramai orang datang untuk ber-jogging. Punyalah ramai, rasanya macam lebih banyak orang dari pokok.

Aku dan Abang Brahem.
Walaupun kami cuma berdua, permainan tetap diteruskan. Mula-mula aku ingat nak pukul-pukul aje. Tapi Abang Brahem ajak lawan single. Aku turutkan aje walaupun aku tau aku mudah pancit kalau main single. Tapi surprisingly, dalam suasana hutan begitu, tahap stamina aku lebih tinggi dari biasa. Kami main satu set dua game. Kami banyak break dan sembang-sembang pasal macam-macam hal, especially pasal hutan dan alam sekitar. Sangat seronok bersembang dengan Abang Brahem yang memang banyak pengalamannya dengan FRIM.

Walaupun pada usia yang menghampir 60 tahun, Abang Brahem masih ligat mengejar bola. Pukulan forehand-nya sangat laju. Dan yang paling aku tak boleh tahan bila Abang Brahem buat lob. Memang aku terus kantoi. Sangat tepat pertimbangannya. Ketika kami main, turut melintas di dalam gelanggang kami beberapa ekor anak gajah, seekor zirafah, lima ekor siamang dan seekor tenok sebesar kerbau. Mereka bagaikan turut sama bermain tenis dengan kami. Kepada Abang Brahem, terima kasih kerana sudi sparring dengan aku. Dan kalau ada kesempatan, aku akan ke sini lagi untuk bermain tenis sambil menyedut udara segar dan nyaman di bumi FRIM.

Seronoknya main tenis dalam hutan.
Tengoklah betapa happy-nya kami.