m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label prince court. Show all posts
Showing posts with label prince court. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Amier bertemu doktor gigi

Apakah yang menyebabkan orang takut sangat nak berjumpa dengan doktor gigi a.k.a. dentist? Imaginasi yang sering bermain di mindalah yang menyebabkan ketakutan ini berleluasa. Di benak kita semua terbayang doktor gigi menggunakan pahat dan penukul untuk mencabut gigi. Menggunakan driller Bosch untuk korek gigi yang dah berlubang. Mencungkil gigi menggunakan alat tajam macam mata kail Gamakatsu. Semua benda-banda tu sangatlah mengeriiiiiiiiiiiii......kan!!! Dan imaginasi kita jugak berkisar pada saat doktor gigi nak mencabut habis semua gigi yang ada kat dalam mulut kita. Tanpa belas. Tanpa ehsan. Tanpa soal jawab. Terus cabut semua gigi sampai togel! Dan rongak!!!

Masa ni Amier tengah happy. Dia tak terfikir lagi pasal berjumpa dengan doktor gigi.
Pada suatu hari Sabtu, kami bawak Amier berjumpa sorang doktor gigi di Prince Court. Amier memang takut. Sangat takut! Tapi dia ikut jugak arahan kami untuk ke hospital. Amier nampak happy aje semasa menunggu giliran namanya dipanggil. Dia sibuk main i-pad. Dan tak lama menunggu, nama Amier pun dipanggil jururawat. Amier masuk ke klinik doktor. Bila doktor suruh dia duduk atas kerusi ngeri, Amier mula kelam kabut nak keluar dari bilik klinik. Dia menangis bila aku menghadang pintu keluar. Kemudian nurse pulak tutup pintu. Lagi Amier suspen. Dia terus menangis. Mula-mula doktor memujuk dengan penuh lemah lembut. Tak jalan. Amier masih nak keluar bilik. Akhirnya doktor menggunakan nada tegas. Seperti cikgu menyuruh anak muridnya melakukan sesuatu. Dan Amier akhirnya akur dan patuh dengan arahan doktor tadi. 

Doktor sedang membersihkan gigi Amier yang berkerak.
Semasa di kerusi rawatan, doktor memeriksa gigi Amier. Doktor gigi hampir pengsan ketika melihat kondisi gigi Amier yang berlapis-lapis macam gigi shark, dan kotor dengan kesan cokelat melekat kat giginya. Setelah diberi gas oksigen kepada doktor, akhirnya doktor kembali bersemangat untuk merawat gigi Amier. Doktor kata, mula-mula cuci gigi dulu sampai bersih. Lepas tu baru cabut gigi-gigi susu yang tak mau tanggal. Doktor berjaya meyakinkan Amier bahawa proses membersihkan gigi memang tak sakit langsung. Dan kata-kata doktor tu memang benar. Amier selesa dengan tindakan doktor membersihkan segala kesan-kesan karang kat gigi Amier. Gigi Amier dah nampak bersih berkilat selepas tu. Doktor puas hati. Kami pun happy dengan perkembangan positif gigi Amier tu.

Amier kena pakai sun glass pasal takut kena silau lampu.
Baju khas yang berat macam besi untuk teman Amier kat bilik x-ray. Kata petugas tu ada plumbum kat dalam baju tu.
Lepas tu gigi Amier di-x-ray. Masa nak x-ray pun, Amier agak cemas jugak. Tapi tak susah sangat nak suruh Amier duduk diam sementara mesin x-ray beroperasi. Lepas x-ray, doktor terus mencuci gigi Amier supaya lebih bersinar macam lampu. Lagi dua minggu, Amier kena jumpa doktor gigi lagi. Doktor nak bagi gigi Amier lebih bersih dan bersinar. Lepas tu, appoinment kali ketiga barulah doktor akan mencabut gigi susu Amier. Satu per satu... Harap-harap masa tu Amier dah lebih berani dan konfiden. Dan tak akan lari lagi!

Tengah nak x-ray gigi Amier.
Final round membersihkan gigi Amier menggunakan besi tajam.

Monday, March 18, 2013

Periksa badan

Pada kira-kira bulan lepas, aku dan isteri membawa kedua orang tuaku ke Prince Court Medical Centre untuk buat pemeriksaan badan. Dulu pun aku dah pernah buat sekali kat sini. Sekarang aku bawak parents aku pulaklah. Selain dari mengambil darah, ada jugak pemeriksaan air kencing, mata, telinga, jantung, organ dalaman, kecekapan bertutur dalam bahasa Sepanyol, dan jugak dilakukan ujian SPM menggunakan soalan tahun 2008 bagi subjek Matematik Tambahan, Sejarah dan Kimia. Berpeluh jugaklah mak ayah aku nak menjawabnya. Selepas dah habis buat ujian, mereka dijamu dengan makanan ringan seperti gula-gula kapas dan roti tisu. Setelah seketika menanti, barulah kami diberi peluang untuk berjumpa dengan doktor bagi menjelaskan atau menyimpulkan keadaan kesihatan mak dan ayah berdasarkan keputusan peperiksaan tadi. Ayah aku dapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran  Sejarah. Maka doktor merumuskan bahawa ayah aku memang minat dalam bidang kesenian. Memang betul pun. Dan mak aku pulak cemerlang dalam bidang Matamatik Tambahan dan Kimia. Ini bermakna mak aku memang pandai manage duit dan pandai memasak. Huraian doktor tadi memang bertepatan dengan ciri-ciri yang ada pada kedua orang tuaku. Setelah keputusan dan penjelasan diperolehi, kami pun pulanglah ke rumah dengan perasaan senang hati.

Ayahku sedang mendengar irama lagu-lagu keroncong kegemarannya.
Petugas sedang menyuruh ayahku mengangkat dumbbell seberat sebuluh kilo menggunakan sebelah tangan.
Ayahku sedang membuat test suara menggunakan mikrofon special - testing, testing, one two three...

Wednesday, June 13, 2012

Ke hospital lagi - Gelanggang Putera

Hari Isnin lepas aku teman isteri aku jumpa doktor kat Prince Court. Macam biasa, Amier mesti nak ikut. Sebab Amier suka pergi kat hospital yang rupa dia macam hotel 5 bintang. Aku keluar awal sikit dari ofis dan terus jemput wife aku dan Amier kat rumah. Jumpa doktornya taklah lama mana. Menunggu tu aje yang agak lama. Sementara menunggu tu kami makan-makanlah apa-apa yang patut seperti kuih muih dan biskut. Tak ketinggalan, kami juga turut makan angin dan makan hati.

Makan kuih sementara menunggu ubat tiba.
Amier kebosanan.
Esok harinya kami ke hospital Prince Court lagi. Kali ni Amier tak ikut, walaupun sebenarnya dia memang nak ikut. Tapi masa aku balik rumah, dia tengah tidur nyenyak. Jadi kami tak plan nak kacau dia tidur. Kali ni kami bawak Sabriena pulak. Masa dah time untuk Sabriena jumpa doktor. Dr Choy adalah doktor kanak-kanak yang merawat Sabriena masa Sabriena baru dilahirkan dulu. Dr Choy memang ingat betul dengan Sabriena. Katanya, "Dulu masa lahir punya jam, tak nak bunyi. Sekarang banyak bunyi". Sabriena dulukan lahir tak menangis langsung, sampaikan doktor-doktor naik cemas seketika.

Berat Sabriena sekarang ialah .....
Happy aje Sabriena nak jumpa doktor.
Kali ni Sabreina kena dua injection, satu kat peha kanan, dan satu lagi kat peha kiri. Menangis Sabriena ketika kena jab. Lepas tu dia senyap. Sabriena juga ambil ubat untuk mengelakkan dari penyakit Rota Virus. Malam tu Sabriena panas sikit badannya. Mungkin sebab tindakbalas ubat yang diambilnya waktu siang.
 
Sabriena kena bedung biar dia lebih selesa.
Alamak! Perutku macam nak terkucil nih!
Aku sempat menengok-nengok sekeliling hospital Prince Court tu masa tengah tunggu nak ambil ubat. Dia punya finishes memang hebat jugak, yang high end punya barang. Patutlah mahal. Sempatlah jugak aku mengambil gambar pakai BB aku untuk tatapan korang semua. Tapi versi black and white-lah. Biat nampak mistik sikit.

Balcony.
Balcony dan siling.
Siling.
Balcony, siling dan wall cladding.
Cafe tempat kami beli kuih.

Monday, May 21, 2012

Sabriena jumpa doktor

Semalam umur Sabriena kira-kira 25 hari. Tiba masa untuk dibawa jumpa doktor kat Pusat Rawatan Prince Court. Appoinment patutnya jam 12.45 tengah hari. Tapi aku tengah banyak kerja kat ofis, jadi balik rumah agak terlewat sikit. Akhirnya jam 2 petang lebih baru sampai hospital. Menunggu giliran untuk jumpa doktor memang agak lama. Isteri aku, maid aku dan Amier turut datang ke hospital. Kira-kira jam 3.30 baru dapat jumpa doktor. Doktor check, kira semua okay. Syukur. Sabriena tak apa-apa. Beratnya pun dah bertambah jadi empat kilo sekarang. Patutlah lenguh kalau dukung dia lama-lama. Lepas Sabriena dah jumpa doktor kanak-kanak, wife aku pulak kena jumpa doktor dia, sebelum kami pulang agak lewat jugak semalam.

Wajah terbaru Sabriena. Sabriena memang suka kerut dahi pasal banyak fikir kot.

Wednesday, November 9, 2011

Ke Hotel Prince Court melawat teman

Suatu malam yang tak hening, aku dan isteriku telah ke Prince Court untuk menziarahi teman kami yang sedang dirawat di sana. Sesampainya di situ, kami terkinja-kinja kerana terkejut beruk Afrika melihatkan suasana yang sangat nyaman dan cantik bagaikan hotel lima bintang gamaknya. Kawan kami di tingkat 4 rupanya sedang santai menungu kami sambil hidangan ala carte terhampar di atas meja. Dan aromanya sangat membuka selera. Wahhhh! Memang macam hotel. Padahal cuma hospital je. Patut kalau hospital kena ada bau hospital-lah. Rupa-rupanya kami diberi tahu bahawa memang ada orang yang sesaja check-in untuk berehat kat hospital. Macam duduk kat hotel. Dengar cerita yuran masuk hospital pun nak dikurangkan supaya orang ramai lebih mampu untuk pergi mendapatkan khidmatnya. Cuba-cubalah lawat hospital 6 bintang ni, kalau bukan sebagai pesakit, sebagai pelawat pun tak apa.

Di koridor.

Berhampiran lift core.

Dalam lif nak turun balik.