m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label yana. Show all posts
Showing posts with label yana. Show all posts

Tuesday, January 31, 2017

Happy birthday Yana 2016

4 Ogos 2016 - Hari ini hari jadi Yana, anak saudaraku. Dalam suasana yang sederhana, dalam kesibukan kerja, pulang lewat dari pejabat, sebiji kek kami beli dari Secret Recipe yang letaknya sangat hampir dengan pejabat isteriku. Tiada makanan istimewa. Sekadar sebiji kek. Kami berkumpul di pinggir katil ibuku. Kek dikeluarkan dari kotak. Api dinyalakan pada sumbu lilin. Dan beramai-ramai kami menyanyi:

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Yana,
Happy birthday to youuuuuuuu.....

Yana tiup lilin. Potong kek. Bergambar. Kami semua makan kek. Menghias wajah dengan senyuman manis. Begitulah sambutan birthday Yana. Yang ke-20 tahun.

Sempat jugak kami beli kek sebelum kedai tutup.
Bergambar di sudut katil ibuku.
Kami sajalah yang kebetulan ada pada malam itu.
Sabriena memang selalu teruja dengan sambutan birthday.
Tiup lilin dengan Sabriena.
Sabriena nak tumpang sekaki.
Yana potong kek.
Kek terbelah dua.
Masa untuk menghidang kek.
Bergambar dulu sebelum dipotong kecil-kecil.
Sabriena nak enter frame.
Kek sedang diagih-agihkan Yana.
Menikmati keenakan kek birthday Yana.

Friday, November 13, 2015

Happy belated birthday Yana

8 Ogos 2015 - Kira-kira sebulan sebelum ini, merupakan hari jadi Farid, kini hari jadi adiknya pulak, Yana. Tapi birthday Yana kami sambut terlewat sikit. Kira belated birthday-lah. Trend yang paling senang ialah dengan menempah ayam Nando's. Nanti orang Nando's tu buatlah delivery kat rumah. Semua ahli famili aku memang suka makan ayam Nando's. Selain mempunyai rasa yang enak, ianya jugak sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin C, B complex, K dan zat besi waja.

Kek birthday Yana berhias strawberi segar.
Makanan untuk malam ini.
Kek birthday setelah dipasangkan lilin.
Menyanyikan lagu Happy Birthday.
Selesai menyanyikan lagu Happy Birthday.
Kami beli sebiji kek kecil sebagai syarat keraian ini. Macam biasa, di ruang tamu kami menyanyi lagu Happy Birthday. Yana tiup lilin. Potong kek. Makan ayam Nando's. Makan kek dan bergambar beramai-ramai. Walaupun sangat ringkas, nampaknya semua orang happy aje. Amier dan Sabriena pun turut gembira meraikan hari jadi tertunda kakak sepupu mereka ini.

Yana dan kek birthday.
Api pada lilin ditiup. Fuh!
Tiup sampai api padam.
Yana memotong kek pulak.
Memotong kek kepada hirisan-hirisan halus.
Masih mengagih-agihkan kek.
Ibuku turut meraikan hari jadi cucunya.
Ibuku, isteriku dan Yana.
Setelah puas makan, majlis pun bersurailah. Dan barulah segala kerusi meja dikemas, khemah dibukak, belon diturunkan, sampah sarap dibuang, lantai dibersihkan. Doa kami untuk anak saudaraku ini semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat sebagai insan yang tinggi taqwanya kepada Allah.

Yana menyuapkan sepotong kek ke dalam mulut neneknya.
Ibuku memakan kek dengan gembiranya.
Amier gembira dapat makan ayam Nando's.
Kalau bagi satu ekor pun Amier bolah habiskan.
Ibuku makan jagung bakar Nando's.
Ayahku pun suka makan ayam Nando's jugak.

Friday, January 9, 2015

Happy Birthday Yana di UIA

4 Ogos 2014 - Hari ni birthday anak saudara kami, Yana. Kami ingat nak buat surprise party untuk dia yang kini belajar di UIA Gombak. Maka pada siang harinya, kami belilah kek hari jadi, beli nasi ayam penyet dari Wong Solo. Dan ada beli egg tart jugak. Semua ni akan dibawak ke tempat belajar Yana selepas solat maghrib nanti.

Yana dan Farid sedang mesej kat kengkawan mereka agar datang meramaikan majlis sambutan hari jadi ini.
Amier sedang khusyuk melayan ayam penyet goreng.
Sabriena dipangku Yana.
Tetiba Sabriena ternampak kek hari jadi yang cantik dan sedap. Sabriena bergegas untuk memakannya.
Inilah kek hari jadi Yana.
Yana dan kek hari jadinya.
Niat hati memanglah nak bagi surprise. Tapi abang Yana, Farid dah bagi tahu awal-awal kat Yana yang kami nak buat surprise celebration. Dah tak jadi surprise-lah akhirnya. Tapi tak kisahlah. Kami semua berkumpul di kafeteria ramai-ramai. Cari satu meja yang lapang dan bentangkan juadah atas meja. Lalu kami nyanyi lagu birthday sikit. Siap pakai mikrofon lagi, dan PA system yang paling kuat di UIA. Bila dah nyanyi kuat-kuat macam tu, sudah tentulah ramai students lain terdengar lantas berkumpul untuk sama-sama meraikan hari jadi Yana ini. Semua pelajar dan warden dari semua blok kat UIA datang berkumpul untuk memberi penghormatan serta nak merasa kek dan nasi ayam penyek yang kami bawak. Kalau tak silap aku ada tak kurang lima ribu orang semuanya. Memandangkan bekalan kami sangat terhad untuk beberapa orang makan aje, maka kami terpaksalah membuat announcement kepada umum:

"Maaf tuan puan sekelian. Ini bukanlah sambutan hari jadi sebenarnya. Ia adalah hanya sebuah gimmick bagi mencuba keberkesanan system PA yang baru dibeli dan dipakai oleh pihak universiti".

Mendengarkan pengumuman itu, barulah semua orang beredar meninggalkan kami di kafeteria. Bolehlah kami potong kek dan makan nasi ayam penyet dengan aman.

Kejap lagi Yana akan potong kek hari jadi ini.
Yana tengah tunggu pengadil meniup wisel.
Kek hari jadi nak selfie kejap.
Yana dah cukup bersedia untuk memotong kek hari jadi untuknya.
Sabriena tepuk tangan sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.
Adik beradik - Yana dan Farid.
Ber-selfie dengan kamera Farid.
Semua yang hadir pada malam itu.
Sambutan hari jadi di kantin UIA.
Giliran aku pulak masuk frame.
Kami makan sampai licin. Sampai kenyang. Sampai dah tak boleh nak makan lagi. Balance kek tu kami bagi kat Yana untuk dia berkongsi dengan kengkawannya. Selepas bergambar dan bersalaman, barulah kami pulang. Yana pun nampak happy dengan sambutan hari jadinya yang simple dan ringkas itu. Happy birthday Yana!

Sabriena pun nak potong kek jugak.
Sabriena dah tak sabar nak makan kek.
Wife aku bertepuk tangan kegembiraan pasal Yana telah berjaya juga akhirnya untuk memotong kek ini dengan penuh kepayahan kerana pisau potong kek tumpul.
Sabriena nak potong kek lagi sekali.
Yana kata biar dia aje yang potongkan kek tu.
Sekejap lagi kek ini akan dimakan.
Yana tengah memikirkan cara bagaimana kek ini hendak dibahagi-bahagikan kepada ribuan mangsa banjir di pantai timur.
Akhirnya Yana fikir tak payah bagilah. Dia nak makan sendiri kesemua kek itu.
Orang lain di sekeliling berasa kecewa kerana Yana nak makan kek tu sorang-sorang aje.