m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label upsra. Show all posts
Showing posts with label upsra. Show all posts

Monday, December 24, 2018

Sekolah agama bagi hadiah 2018: Bergambar berkumpulan

Bahagian 4 (Akhir)

Segala urusan memberi dan menerima hadiah akhirnya telah berjaya diselesaikan. Majlis pun diisytiharkan ditutup dengan rasminya. Tetapi ibu bapa dan murid-murid yang hadir diminta tunggu sebentar kerana pihak sekolah ingin menjamu kesemua para tetamu dengan hidangan makanan tengah hari. Maka kami pun tunggulah dengan sabarnya. Semenetara itu, para pelajar dan ibu bapa mengambil peluang ini untuk bergambar bersama teman-teman, dan yang lebih penting bergambar bersama para guru. Pelajar tahun 6 lah yang paling teruja untuk bergambar, kerana selepas ini mereka semua akan meninggalkan sekolah kecil ini yang penuh dengan kenangan.

Kepada semua Ustaz dan Ustazah, diucapkan jutaan terima kasih kerana telah mengajar dan mendidik anak-anak kami dengan ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Segala kebaikan kalian hanya Allah saja dapat membalasnya. Hingga kita bertemu lagi pada tahun hadapan dengan membawa anak-anak kecil kami untuk berguru dengan kalian. Tahun depan Sabriena telah kami daftarkan ke sekolah yang sama. Lepas ni kita layan pulaklah kerenah Sabriena yang saya jangka lebih "fun" dan menyeronokkan.

Kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan darjah 6, semoga kalian terus maju di sekolah menengah bagi mencapai cita-cita masing-masing.

T A M A T

Ustazah Hasliza bersama Zharfan dan Adam.
Masih bersama Zharfan dan Adam.
Ismahani turut bergambar bersama Ustazah Hasliza.
Ismahani bersama ibunya.
Giliran Ameerah pula bergambar bersama Ustazah Hasliza.
Sabrina bersama Ustazah Hasliza.
Bergambar beramai-ramai - geng UPKK 8A.
Tak silap aku ada lagi pelajar UPKK 8A yang tak hadir.
Itu dia Adam dan Ameerah berbaju biru gelap seperti polis.
Ustazah Ainun dan Ustazah Hasliza dijemput untuk bergambar bersama anak-anak murid.
Semua kelihatan seronok.
Back-drop kat belakang pun telah dihias cantik.
Rugi kalau tak bergambar banyak-banyak.
Amier bersama Mama dan guru kelasnya.
Besar betul badan Amier.
Zharfan bersama guru dan ibunya.
Tahniah Zharfan.
Zharfan dan ibu.
Syazwan bersama Ustazah Hasliza.
Ibu kepada Syazwan turut hadir.
Free style dari murid-murid.
Semua pelajar Tahun 6 yang hadir pada hari itu.
Para ibu mengambil gambar anak-anak.
Anak-anak hebat ini berkumpul sebelum bersurai.
Para ibu turut teruja.
Say peace!!
"Keamanan untuk dunia!"
Jom kita bersurai. Oh sekejap! Jangan lupa bawak balik bekal makan tengah hari!


Sekolah agama bagi hadiah 2018: Ustaz dan Ustazah pun dapat hadiah

Bahagian 3

Semua pelajar yang mendapat 8A dalam peperiksaan UPKK telah pun diberi hadiah oleh Guru Besar Ustazah Ainun. Amier tidak terkecuali. Seterusnya acara memberi hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz keseluruhan dalam peperiksaan PSRA bagi tahun 2018. Cuma ada seorang pelajar saja yang berjaya mencapai tahap itu - Zharfan Bin Azahari, anak kawanku jugak. Tahniah kepada Zharfan dan kepada kedua ibu bapanya. Memang nyata sukar untuk mendapat Mumtaz dalam PSRA. Pelajar-pelajar lain yang tak mencapai Mumtaz janganlah berasa rendah diri dan kecewa. Peluang kecemerlangan masih terbentang luas di hadapan. Sekali lagi syabas kepada Zharfan.

Zharfan dipanggil untuk mengambil hadiah PSRA Mumtaz.
Satu-satunya pelajar yang berjaya mencapai tahap ini.
Tahniah buat Zharfan.
Setelah kesemua pelajar yang cemerlang mendapat habuan masing-masing, maka para ustaz dan ustazah pun pastinya tertanya-tanya, "Tak adakah apa-apa hadiah untuk kami?" Jawapannya, sudah tentulah ada! Maka Guru Besar Ustazah Ainun pun mulalah mengeluarkan segala macam hadiah dan cenderahati hebat untuk diberikan kepada para pendidik pula. Tanda penghargaan yang sangat tinggi dari pihak sekolah kerana telah mendidik anak bangsa dengan penuh kegigihan. Okay! Siapa nak hadiah sila beratur!

Bersambung...

Pendidik yang pertama mendapat cenderahati adalah Ustaz Zakaria.
Diikuti oleh Ustaz Ismail.
Hadiah penghargaan - Ustaz Aimran.
Hadiah penghargaan - Ustazah Siti Meryam.
Hadiah penghargaan - Ustazah Suhaila.
Hadiah penghargaan - Ustazah Asna.
Hadiah penghargaan - Ustazah Hasliza.
Hadiah penghargaan - Ustazah Khadijah.
Hadiah penghargaan - Ustazah Khalilah.
Hadiah penghargaan - Ustaz Luqman.
Hadiah penghargaan - Ustazah Ainun.
Anak-anak menanti di luar sehingga upacara tamat.
Amier bersama temannya Syazwan. Paling besar bertemu yang paling kecil.

Friday, December 21, 2018

Sekolah agama bagi hadiah 2018: Amier pun dapat hadiah

Bahagian 2

Anak-anak seronok mendapat hadiah lumayan dari pihak sekolah di atas kecemerlangan mereka dalam pelajaran. Namun hadiah bukan saja diberi kepada mereka yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Mereka yang berdisiplin tinggi dan tekun hadir ke sekolah turut menerima habuan yang tak kurang hebatnya. Amier pernah dulu sekali mendapat hadiah kerana jarang tuang kelas. Tahun ini Amier dah tak dapat lagi. Mungkin ada hari-harinya yang dia terpaksa tidak hadir ke kelas. Sebelum tu, Guru Besar Ustazah Ainun telah memberi cenderahati kepada Tuan Haji Norizan kerana sudi menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada para pelajar.

Ustazah Ainun memberikan cenderahati kepada Tuan Haji Norizan.
Antara ustaz-ustaz yang senior - Ustaz  Ismail dan Ustaz Zakaria.
Ustazah Khadijah dan Ustazah Ainun bersiap sedia untuk memberikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang kehadiran.
Nama pelajar akan dipanggil sebentar lagi.
Pelajar cemerlang kehadiran yang pertama.
Pelajar cemerlang kehadiran yang kedua.
Pelajar cemerlang kehadiran yang ketiga.
Kehadiran cemerlang - Afif.
Lagi pelajar cemerlang kehadiran.
Satu kelas ada satu pelajar yang dapat hadiah kategori ini.
Ustazah pesan - hadiah nanti kongsi dengan adik-beradik.
Seronok dapat hadiah. Tahun depan tak nak miss class lagi.
"Ini semua saya yang punya!"
Tak cukup tangan menerima hadiah.
Terharu mendapat hadiah.
Riang tak terkata.
Kehadiran cemerlang - Qabil.
Hadiah "Cemerlang Dalam Kedatangan" telah disampaikan sendiri oleh Ustazah Ainun kepada murid-murid, dan Ustazah Khadijah yang menjadi pengiringnya. Sejuruh selesai penganugerahan ini, kini tibalah pulak acara penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang teah berjaya memperolehi 8A dalam peperiksaan UPKK pada tahun 2017, ketika mereka berada dalam darjah 5. Tak silap aku ada 10 orang peajar kesemuanya. Dan Amier adalah salah seorang dari mereka. Tahniah semua!

Turut diberi penghargaan kepada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas.

Bersambung...

Zharfan yang pertama mendapat hadiah UPKK 8A.
Senyum sampai ke telinga.
UPKK 8A - Adam.
UPKK 8A - Amier.
Syukur. Dapat juga sebingkisan hadiah dari Ustazah Ainun.
UPKK 8A - Shazwan.
UPKK 8A - Ismahani.
UPKK 8A - Ameerah.
UPKK 8A - Amirah.
UPKK 8A - Sabrina.
UPKK 8A - Syafiqah.
UPKK 8A - Syasya.
Ketua Pengawas - Adam.
Penolong Ketua Pengawas - Ameerah.