Edisi kumpau ku berterusan lagi. Tapi apakah makna "kumpau" tu? Kumpau adalah istilah orang pancing yang maksudnya pulang mancing tangan kosong. Balik takda hasil. Ikan tak jamah umpan. Ya, memang itulah yang telah berlaku padaku pada hari Rabu lepas. Setelah kumpau di Bangi, di Gemencheh, dan di Bandar Tasik Puteri, aku kumpau lagi. Kali ni di tasik Pandan Perdana pulak.
Petang Rabu lepas aku ajak Amier untuk ikut aku pergi mancing kat tasik di Pandan Perdana. Cacing tanah telah aku beli seminggu lepas. Tapi tak berkesempatan untuk pergi mancing kat mana-mana. Jadi, pada hari Rabu tu lah aku mencuri peluang. Tak adalah pulak aku bersungguh-sungguh nak pergi mancing dengan target mendapatkan ikan bersaiz mega. Dulu aku pergi mancing kat situ aku dapat beberapa ekor ikan kerapu lombong bersaiz tiga jari. Aku ingatkan nak bagi Amier experience aktiviti memancing ni dengan aku. Jadi kalau dapat ikan kecil pun tak jadi hal lah. Dan aku jugak agak konfiden akan memperolehi beberapa ikan kerapu lombong seperti dulu.
|
Amier termenung menantikan ikan untuk menjamah umpan. |
|
Nak pancing ikan dapat joran lama yang tenggelam dalam tasik. |
|
"Ish ish ish... Manalah ikan ni pergi? Tengah tidur ke?" |
Kami pergi memancing dengan separuh bersemangat. Aku bawak keperluan memancing ku. Yang paling penting kena bawak ialah umpan cacing. Kat tasik ni aktiviti memancing masih dibenarkan. Jadi aku pun labuhkanlah umpan ke dasar tasik. Lama kami menanti. Tak ada walau sedikit getuan pun. Riak ikan bermain air pun tak kelihatan. Akhirnya kami pindah tempat. Tempat yang kami pindah tu nampak gayanya lebih berpotensi. Nampak banyak jugak riak ikan yang kasar. Tapi seekor pun tak ingin nak menyapa umpan cacingku.
|
Inilah sebahagian dari tasik di Pandan Perdana. |
|
Okay, Amier memang dah betul-betul bosan. |
Sejam lebih jugaklah kami memancing tanpa umpan yang kuhulur bersambut. Amier cepat boring. No action, no fun. Aku try beberapa teknik seperti pancing dasar dan jugak teknik baling tarik. Kesemua teknikku tak mendatangkan hasil. Yang memberikan respon cuma seekor katak besar warna kuning yang tiba-tiba terkejut kat gigi air dan melompat tinggi melarikan diri. Terkejut jugak aku melihat katak yang pelik yang sebesar anak badak air tu. Amier terlalu takut dengan katak tu dan terus lari jauh dari lokasi aku memancing. Terpaksa aku pujuk dia agar kembali duduk di sebelah aku. Akhirnya Amier akur.
|
Kami duduk rehat-rehat sementara menanti ikan makan cacing. |
|
Kat taman ni ada tempat permainan kanak-kanak. |
Jam 4.30 petang, kami terpaksa meninggalkan tasik untuk menjemput Wanie di sekolah agama kat Ampang Jaya. Amier agak kecewa pasal tak dapat hasil. Dan aku cuma kecewa kerana tak dapat tunjuk kat Amier ikan yang dipancing. Pemancing-pemancing lain yang berada jauh dari lokasi kami memancing masih meneruskan memburu ikan-ikan bagak. Tapi aku tak taulah sama ada mereka berhasil atau tidak. Tak apalah, lain kali mungkin kami akan lebih bernasib baik.
|
Amier cuba menghiburkan dirinya sendiri yang kebosanan. |
|
Memancing memang seronok, tapi kalau ikan makan umpanlah. |
|
Masih menanti habuan. |
|
Gaya seorang pemancing profesional. |
Cuba guna pelampung, dengan mata kail saiz kecik
ReplyDeleteTerima kasih, Tuan. Akan saya cuba teknik ini pada edisi akan datang.
DeleteTeruskan semangat
ReplyDeleteBeberapa bulan lalu kami memancing lagi di sini. Dapat puyu 3 ekor guna cacing. Kasar jugak. Terus bela sampai hari ni...
DeleteOuhh itu rupanya maksud kumpau hahaha. Terima kasih cik, teruskan berkarya
ReplyDeleteSama-sama. Teruskan membaca, Tuan...
DeleteBaru je Lepas kumpaw plus box alat pancing trtinggal skli ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteAduh! Belum sempat explore satu tasik. mungkin ikan suka berkumpul kat tempat2 tertentu. Semoga tuan mendapat ganti box alat pancing yg lebih baik selepas ini.
Delete