m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label detergen. Show all posts
Showing posts with label detergen. Show all posts

Tuesday, April 7, 2020

Orang bersukan, kita menjual - Sabun Rose-Champaqa

7 Mac 2020 - Tadika yang diusahakan oleh kakak iparku, Kak Fatimah serta teman-temannya - Kidz Cabin, telah mengadakan hari sukan untuk pelajar-pelajarnya. Acara sukaneka itu telah dibuat di Dewan Serbaguna Ampang Jaya yang letaknya tak begitu jauh dari rumahku. Kami telah diberi peluang untuk membuka booth perniagaan pada hari tersebut. Kami jadi bersemangat untuk menjual produk yang memang selalu kami uar-uarkan di media sosial - sabun Rose-Champaqa keluaran Inas Global serta Susu Pisang Nilofa.

Sabriena dengan bunting Susu Pisang Nilofa.

Satu pouch cuma RM4.90 sahaja.

Sabriena dengan booth Sabun Rose-Champaqa pula.

Sabriena membantu aku pada hari tersebut.

Kali ni cuma aku dan Sabriena saja yang pergi ke dewan untuk berniaga. Isteriku duduk di rumah. Aku memasang booth pasang siap Sabun Rose-Champaqa dengan penuh kepayahan. Terkial-kial aku nak mendirikan booth itu. Akhirnya anak saudara kami, Atika datang membantu. Settle. Dan aku pun mulalah menyusun barang-barang jualan seperti sabun, fabric softener, air freshener, fabric spray dan floor cleaner di atas booth tadi. Okay! Semua siap tersusun rapi. Susu Pisang Nilofa aku letakkan di atas meja. Bunting kedua-dua produk itu aku pancangkan menghadap laluan orang ramai.

Kali ini aku tak berteriak "Mari mari mari! Produk hebat! Produk bagus! Mari beli!" Tidak seperti selalu. Aku cuma duduk diam. Mind my own business. Tapi seorang demi seorang pelanggan datang membeli produk, baik sabun, mahupun susu pisang. Boleh tahan juga jualan kali ini. Susu Pisang Nilofa laris terjual semuanya. Aku bawa pun tak banyak sebenarnya. Dan pembeli-pembeli sabun pula merupakan mereka yang kenal dan pernah menggunakannya sebelum ini. Aku berterima kasih kepada semua yang sudi membeli produk yang kami jual ini. Dan jutaan terima kasih kepada pihak Kidz Cabin, khususnya Kak Fatimah yang telah membuka jalan untuk kami berniaga di sini.

Anak-anak saudara kami - Atika dan Intan.

Mereka berniaga maruku, biskut, aiskerim Malaysia dan tudung.


Sunday, October 13, 2019

Sabun Rose Champaqa di Jumble Sale Ampang

6 Oktober 2019 - Ahad lepas kami berniaga. Jumble Sale terbesar di Ampang telah dianjurkan dan lokasinya ialah di indoor tennis court di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya. Nasib baik aku tak bawak reket tenis. Kalau tak, sudah pasti aku akan melibas di atas gelanggang ketika urusan jual beli sedang rancak berlangsung.

Sehari sebelum jualan, kami berjaga agak lewat dan terpaksa menahan mengantuk. Menyiapkan segala tagging, organise barang-barang jualan, dan menyediakan sample specimen untuk diagih-agihkan kepada orang ramai. Esoknya hari besar bagi kami yang kali pertama berjaja dalam skala yang agak besar, bertemu dengan potential customers dan buyers.

Iklan Jumble Sale Ampang.
Produk keluaran Inas Global Sdn Bhd yang kami jual.
Pas masuk kenderaan.
Ustazah Maryam bertemu dengan tiga orang anak muridnya - Wanie, Amier dan Sabriena.
Melihat produk yang kami jual.
Antara pengunjung terawal.
Kami tiba di tapak jualan tidaklah terlalu awal. Waktu kami tiba, dah ramai penjaja memenuhi ruang jualan. Dari makanan dan minuman, ke pakaian (baru dan terpakai), dan segala macam objek, asalkan ada yang nak membeli, sudah pasti ada yang nak menjual. Dan booth kami, menjual sabun serba guna - Inas Global Rose Champaqa, dan buku-buku bacaan kanak-kanak keluaran Kidz Cabin.

Apakah sebenarnya sabun Rose Champaqa keluaran Inas Global Sdn Bhd tu? Ia adalah sabun serba guna, multi-purpose, dalam bentuk serbuk, untuk mencuci segala macam kotoran yang melekat di atas apa juga permukaan, melainkan baldu, sutera, dan sesetengah jenis logam (yang digunakan untuk membuat dokoh). Kotoran degil pada pakaian - tiada masalah. Atau apa saja kesan comot, lunturan yang dah berzaman tak hilang-hilang, gunakan sabun ini insya Allah akan bersih seperti baru. Tetapi yang paling utama, sabun ini ada sijil halal dari Jakim. Produk Bumiputera Muslim. Selain sabun, Inas Global juga menghasilkan fabric softener, air freshener dan fabric spray. Kalau nak cuba, bolehlah contact kami.

Amier sedang menulis contact number kami.
Penuh fokus.
Wanie tengah lapar sangat.
Makan burger dengan penuh berselera.
Nyomp-nyomp-nyomp.

Anak-anak kami, Wanie, Amier dan Sabriena turut berjaja pada hari itu. Wanie jaga bahagian buku kanak-kanak, aku dan isteri jaga bahagain sabun, dan Sabriena tolong bunyikan loceng aiskerim untuk memanggil pengunjung berhenti singgah seketika bagi mendapatkan sample sabun, pamphlet, dan penerangan dari kami. Memang mencabar jugak menjaja macam ni. First time kami buat. Jualan tak lah begitu banyak pada hari berkenaan. Tetapi harapnya sabun kami ini berjaya dikenali ramai dan ada di antara orang ramai yang akan menjadi pelanggan tetap dan setia kami untuk jangka masa yang lama. Malam itu kami memang sangat letih. Pinggangku juga sakit-sakit kerana terlalu lama berdiri. Tapi ada kepuasan menimba pengalaman berjaja di lapangan sedemikian.

Sabriena si penjaga loceng.
Sabriena bersama teman satu sekolahnya dulu - Alif.
Sama-sama bersekolah tadika di Kidz Cabin.
Seorang lagi teman sekolah tadika - Zakry.
Zakry juga sangat rapat dengan Sabriena dulu. Sekarang malu-malu.