m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, December 20, 2015

Ziarah pusara di bulan Ramadan 2015

14 Julai 2015 - Dah lebih sebulan aku tak menulis. Apa maknanya tu? Maknanya aku sibuk sangatlah. Tak habis-habis dengan kerja ofis yang bertimbun-timbun. Membukit-bukit. Mengunung-gunung. Tak syoknya bila balik ke rumah masih perlu berfikir pasal kerja. Tapi lebih tak seronok bila kat ofis menyedari bersepah kerja yang masih tak tersiapkan. Klien pulak bising-bising pasal kita tak deliver sebagaimana yang diarahkan.

Sekarang dah agak lega sikit, aku nak mulakan balik menulislah. Apa kata aku mulakan berkisah pasal sesuatu yang boleh menginsafkan - ziarah kubur.

Pusara Allahyarhamah nendaku.
Pusara Allahyarham datukku.
Bulan Ramadhan yang lepas, aku menziarahi kubur keluarga yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Sewaktu ayahku masih sihat, aku dan ayahku memang selalu ke sini pada bulan Ramadhan. Kini ayahku dah tak begitu berdaya untuk banyak bergerak. Tapi tetap jugak ayahku mengingatkan aku untuk meneruskan tradisi menziarahi pusara ini. Bagi aku, ini bukan tradisi ikutan membuta tuli. Tetapi ini adalah suatu amalan agar si penziarah lebih mengingati kematian. Dan ini memang sangat-sangat dituntut agama.

Pusara Allahyarhamah makcikku.
Kawasan pusara Allahyarham abangku. Tetapi pusaranya gagal aku temui.
Aku bersendirian menziarahi kubur datukku, nenekku, makcik ku (kakak kepada ayahku), dan abangku. Aku ziarah dari satu kubur ke kubur yang lain. Mula-mula ziarah kubur nenekku. Diikuti kubur datukku. Dan kubur makcikku. Kemudian aku terus menghala ke kawasan kubur abangku. Aku jumpa pokok besar yang menjadi landmark untuk aku mengenali lokasi kubur abangku yang sangat kecil dan simple. Tapi aku tak pulak nampak kelibat kubur abangku. Memang sangat menghairankan. Dan lebih menghairankan lagi, kubur-bubur saudara-mara yang ada berdekatan juga tidak aku jumpai. Aku check sekali lagi kot-kot aku tersalah lokasi. Tak jumpa pulak lokasi yang lebih tepat. Akhirnya aku surrender. Aku beredar dengan pertanyaan-pertanyaan yang tak terjawab di dalam fikiranku.

Kawasan Tanah Perkuburan Islam Ampang, berhampiran Taman Bukit Teratai.
Merpati-merpati kelihatan bertenggek di atas pusara si fulan ini.
Dari Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, aku terus memandu bersendirian ke Tanah Perkuburan Islam Ampang, berhampiran dengan Taman Bukit Teratai. Kali ini aku menziarahi pusara Allahyarhamah kakakku. Kawasan ini agak lengang. Namun ada jugak beberapa pengunjung yang turut berziarah. Setelah membacakan tahlil ringkas dan berdoa, aku meninggalkan tempat itu sambil di fikiranku diingat-ingatkan akan tarikh mati kita semua telah ditetapkan. Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Maka sentiasalah bersedia dengan bekalan untuk di bawa bertemu Yang Esa.

Pusara Allahyarhamah kekandaku.
Satu lagi sudut pusara Allahyarhamah kekandaku.
Bunga rampai ditabur di atas pusara.
Kerja penggalian kubur dijalankan.
Kawasan perkuburan dari suatu sudut yang lain.

Friday, November 13, 2015

Happy belated birthday Yana

8 Ogos 2015 - Kira-kira sebulan sebelum ini, merupakan hari jadi Farid, kini hari jadi adiknya pulak, Yana. Tapi birthday Yana kami sambut terlewat sikit. Kira belated birthday-lah. Trend yang paling senang ialah dengan menempah ayam Nando's. Nanti orang Nando's tu buatlah delivery kat rumah. Semua ahli famili aku memang suka makan ayam Nando's. Selain mempunyai rasa yang enak, ianya jugak sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin C, B complex, K dan zat besi waja.

Kek birthday Yana berhias strawberi segar.
Makanan untuk malam ini.
Kek birthday setelah dipasangkan lilin.
Menyanyikan lagu Happy Birthday.
Selesai menyanyikan lagu Happy Birthday.
Kami beli sebiji kek kecil sebagai syarat keraian ini. Macam biasa, di ruang tamu kami menyanyi lagu Happy Birthday. Yana tiup lilin. Potong kek. Makan ayam Nando's. Makan kek dan bergambar beramai-ramai. Walaupun sangat ringkas, nampaknya semua orang happy aje. Amier dan Sabriena pun turut gembira meraikan hari jadi tertunda kakak sepupu mereka ini.

Yana dan kek birthday.
Api pada lilin ditiup. Fuh!
Tiup sampai api padam.
Yana memotong kek pulak.
Memotong kek kepada hirisan-hirisan halus.
Masih mengagih-agihkan kek.
Ibuku turut meraikan hari jadi cucunya.
Ibuku, isteriku dan Yana.
Setelah puas makan, majlis pun bersurailah. Dan barulah segala kerusi meja dikemas, khemah dibukak, belon diturunkan, sampah sarap dibuang, lantai dibersihkan. Doa kami untuk anak saudaraku ini semoga sentiasa dalam limpah rahmat Allah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat sebagai insan yang tinggi taqwanya kepada Allah.

Yana menyuapkan sepotong kek ke dalam mulut neneknya.
Ibuku memakan kek dengan gembiranya.
Amier gembira dapat makan ayam Nando's.
Kalau bagi satu ekor pun Amier bolah habiskan.
Ibuku makan jagung bakar Nando's.
Ayahku pun suka makan ayam Nando's jugak.

Monday, November 9, 2015

Birthday Farid dan nasi Arab

7 Jun 2015 - Pergh! Macam dah berkurun lamanya aku tak menulis blog. Memang dah sangat lama pun. Al-maklumlah, sibuk sangat dengan benda-benda yang memeningkan kepala - benda kerja ofis! Kita biarkan dulu soal yang memeningkan kepala tu dulu. Sekarang aku nak kisahkan sikit pasal sambutan hari jadi anak saudaraku, Farid.

Nasi mandy Arab dipadankan dengan Greece salad memang sangat hebat!
Wanie mainkan lagu Happy Birthday pakai keyboard. Amier pulak mainkan lagu Negaraku.
Kek aiskerim Baskin Robbins yang sedap.
Kalau tak silap aku, memang Farid ada menyatakan hasratnya untuk makan nasi Arab. Maka pada majlis hari lahirnya yang serba ringkas itu, aku pergilah membeli nasi Arab dari kedai restoran Arab Wadi Hadramawt di Jalan Ampang. Ibuku yang belanja makan pada malam tu. Aku sekadar jadi tukang beli aje.

Kami sampai rumah kira-kira waktu maghrib. Sebelum tu kami singgah di kedai Baskin Robbins Ampang Point untuk membeli kek aiskerim yang memang sangat sedap rasanya. Harganya pun boleh tahan jugak. Tapi pasal sedap punya pasal, kami beli jugak supaya semua orang happy dapat makan kek aiskerim yang enak.

Amier terus menghiburkan kami dengan lagu-lagu dari himpunan Anugerah Juara Lagu tahun-tahun lepas.
Farid memperagakan giginya yang sangat putih bak Qu Putih.
Farid meniup habuk yang melekat pada lilin.
Family photo sebelum makan-makan.
Potong kek beramai-ramai.
Potong kek sebelum diagih-agihkan.
Ibuku tak sabar nak menikmati nasi mandy Arab.
Farid sedang memikirkan cara yang terbaik untuk memotong kek ini.
Proses memotong kek diteruskan lagi.
Birthday kali ni agak special sikit. Bukan sebab ada ramai tetamu, kerana tetamu memang tak ramai. Sekadar kami ahli keluarga sahaja. Yang speselnya ialah sebab Wanie siap bawak keyboard ke ruang tamu dan memainkan lagu Happy Birthday untuk nyanyian beramai-ramai. Dah jadi macam buskers-lah pulak. Lepas nyanyi, potong kek, makan-makan sampai kenyang. Semua orang enjoy makan nasi Arab kambing dan ayam. Itulah sahaja karangan saya pada kali ini. Saya mengucapkan terima kasih.

Ber-selfie seketika.
Sabriena nak makan the cookie man.
Farid sedang mengambil secebis hiasan pada kek.
Dan merasanya. Mmmmm... sedap jugak!
Operasi makan nasi pun bermulalah.
Puas hati ibuku dapat makan nasi mandy Arab.
Semua orang makan nasi mandy Arab dengan sangat berselera sekalli.
Syahmie makan nasi di samping keyboard.
Adikku jugak ada kat sana pada malam itu.
Makan-makan di ruang tamu.
Ayahku jugak enjoy makan nasi mandy Arab ini.
Syahmie tambah nasi lagi.