m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pasir putih. Show all posts
Showing posts with label pasir putih. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Penutup

Bahagian 9 (Akhir)

Perhimpunan keluarga berakhir dengan beberapa acara menarik pada malam hari. Antaranya ialah pertandingan bakat talent-time, dan satu lagi acara ialah pakaian beragam. Aku sekeluarga terpaksa pulang lebih awal. Jadi kami tak hadir pada acara penutup malam tu. Sekadar dengar-dengar cerita aje. Pertandingan bakat dimenangi oleh pakcik Karim yang menyanyikan lagu SM Salim dan diiringi oleh penari iringan yang terdiri dari mak Long, mak Uda dan mak Teh. 

Kemuncak acara yang mendapat perhatian umum serta media massa seluruh dunia ialah pertandingan pakaian beragam atau fesyen show. Semua makcik-makcik mengenakan pakaian yang pelik-pelik untuk dipersembahkan kepada juri anak-anak buah. Dan setiap kali keluar makcik-makcik berpakaian pelik, akan kedengaranlah suara Abby bersahut, "Mak siapalah ni..." dan diiringi dengan hilai tawa. Abby terlebih dulu telah memastikan mamanya tak mengambil bahagian dalam pertandingan yang boleh menghilangkan kemachoan anak-anak remaja. Tiba-tiba secara tak semena-mena, abah Abby pulak yang turun ke pentas peraga dengan gaya ala-ala komando Din Beramboi. Abby terkejut. Mana Abby nak sorok muka? Dan bersahut-sahutlah suara berkata-kata, "Abah siapalah ni..." dan berderailah hilai tawa dari segenap dewan.

"Abah siapalah ni..."
Setelah habis acara, upacara memberi hadiah pun berlangsung. Kepada semua yang terlibat, kami berterima kasih banyak-banyak. Semoga Allah saja yang membalas kebaikan anda. Dan turut memohon maaf atas perkara-perkara yang menyinggung perasaan anda semua. Semoga Allah menyatukan kita semua di Jannah!

Makan tengah hari sejenak.
Menikmati juadah sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Bersenam dan bersukaneka

Bahagian 8

Pagi-pagi lagi aku dah bersenam dengan pak Long, pak Uda dan Syahmie. Kami main sepak-sepak bola kat laman yang luas. Kejap aje berlari-lari anak, aku dah agak kepenatan. Lepas tu main badminton lagi. Sekadar nak mengeluarkan keringat jantan yang dah lama bermastautin dalam tubuh. Selepas sarapan, mak Nyah Ogie datang. Beliau memimpin kami untuk membuat senamrobik ala poco-poco. Yang kelakarnya, pak Long, pak Uda dan pak Andak yang tak pernah-pernah nak buat kerja-kerja macam ni pun join jugak. Akhirnya aku pun join dan diikuti oleh Kois. Rentak tarian kami ketika mencuba mengikut lagu memang sumbang habis. Hantam sajalah!

Memulakan langkah sumbang mengikut rentak lagu.
Yang tak pernah join pun join. Termasuklah aku sendiri.
Hafez menunjukkan skil menimbang bola tanpa menggunakan dacing.
Setelah bersenamrobik, ada pulak acara sukaneka keluarga. Kami dibahagi kepada dua kumpulan. Sama kuat, sama hebat. Antara acara yang dipertandingkan ialah membaling piramid gelas/tin hingga roboh. Nampak macam mudah, tapi betapa ramainya peserta yang gagal menepati sasaran ketika melemparkan selipar ke arah piramid tadi. Balingan yang aku buat sendiri pun tersasar. Ada pusingan yang kami menang, dan ada jugak pusingan yang kami kalah. Memang seimbang.

Beratur untuk memulakan acara sukaneka.
Ini ahli group aku yang sangat hebat.
Mak Nyah Ogie memberikan arahan kepada para peserta.
Acara menjatuhkan piramid tin.
Yaya membuat balingan selipar.
Balingan Ika tepat. Dua kali balingannya tepat. Bukan Ika yang hebat, tapi selipar tu yang hebat. (Selipar aku tu... he he)
Akid marah pasal aku mengganggu konsentrasinya. Bila aku berlalu, Akid masih gagal membuat balingan yang tepat. He he he..
Acara berikutnya ialah menjunjung Maggi. Mula-mula kami ingat nak masak Maggi panas-panas, letak kat mangkuk dan bagi peserta junjung. Tapi takut kuah Maggi tu tumpah dan kena pulak kat muka peserta. Lalu kami tukar kepada Maggi mentah aje. Lebih mudah dan selamat. Persaingan yang ini group kami telah kalah pasal strategi kami salah.

Menjunjung Maggi. Menjunjung Maggi perasa kari lebih susah dari Maggi perasa ayam. Cuba teka kenapa?
Nicha diiringi Nana ke garisan penamat.
Amin secara selamba menjunjung Maggi.
Akid suka Maggi. Hari-hari Akid makan Maggi.
Sukaneka terakhir ialah musical chair. Dah lama giler aku tak main permainan ni. Last sekali aku main masa aku sekolah rendah agaknya. Tapi kali ini aku memberanikan diri untuk berentap merebut kerusi dengan anak-anak buah yang remaja dan bersemangat waja. Aku sebenarnya agak konfiden untuk sampai ke tahap final two. Tapi pada masa yang sama aku tak nak meragut keseronokan bermain permainan ini dari anak-anak kecil yang ceria. Jadi akupun kalahkan diri aku sendiri pada pusingan final four. Tapi geng remaja ni suka main tipu. Jalan kejap, brake. Jalan kejap, brake. Aku pun tak ingat siapa yang menang. Tapi itulah acara sukaneka terakhir pada pagi tu. Sangat menghibur dan memenatkan.

Bersiap sedia untuk acara finale-musical chair.
Aku sampai level top four. Kira hebatlah untuk orang tua macam aku!

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Kehidupan seorang nelayan

Bahagian 7

Sesampainya saja di Kampung Pasir Putih, pak Andak terus melabuhkan umpan ayamnya ke lubuk berjeram. Joran teleskopiknya yang sepanjang 15 kaki dihulur perlahan-lahan di kegelapan malam. Tak sampai beberapa minit, seekor tengas berbadan bulat terjerat dengan tipu daya pak Andak. Saiz tengas tu agak kasar juga. Goreng pun sedap. Betul! Aku pernah mengoreng dan menjamahnya dulu! Makan dengan nasi panas memang terangkat.

Pak Andak dan tengas pertamanya.
Tengas yang enak jika digoreng.
Pak Andak meneruskan aktiviti memancingnya bersendirian. Tak perlu lama menunggu, seekor keli batu pula terjerat. Ini membuatkan ahli keluarga yang lain teruja untuk mencuba nasib memancing di tengah malam. Tapi kebanyakannya pulang tangan kosong. Cuma pak Andak aje yang dapat hasil. Bak kata orang tua, tangan ada penghanyir.

Giliran keli batu menjadi mangsa pak Andak.
Esok paginya, pak Andak teruskan perjuangannya memburu sang tengas. Dan dia berjaya menaikkan beberapa ekor dengan saiz yang agak kasar. Selain tengas, seekor baung turut berjaya dibawa naik. Dan aku sempat merasa keenakan daging baung segar yang digoreng. Saiznya kecil, jadi kami kena berkongsi ramai-amai untuk menjamah baung tadi.

Tengas lagi. Yang ini untuk dibela.
Selain aktiviti memancing, pak Uda pulak lebih cenderung untuk menembak ikan menggunakan senapang M-16 nya. Nasib baik pak Uda terlupa bawak M-16, kalau tak mesti para tetamu dan orang ramai dah bertempiaran lari takut terkena peluru sesat yang berterbangan keluar dari muncung senapang. Senapang yang pak Uda ada hanyalah senapang ikan yang diperbuat dari kayu. Nampak macam simple, tapi senapang ini boleh menumbangkan jet MIG buatan Rusia dan jet Stealth buatan Amerika.

Pak Uda memburu jerung putih gergasi yang telah membaham berbelas-belas ekor anak kambing.
Pada mulanya pak Uda menyorok di balik pokok untuk menghendap ikan-ikan besar seperti killer whale dan ikan layaran. Peluru harpoon senapang ini boleh pergi sejauh beberapa kilometer sebelum terbenam ke perut mangsa. Setelah kami ingatkan kat pak Uda bahawa kat sini tak ada ikan-ikan seperti killer whale mahu pun ikan layaran, barulah pak Uda menukar strategi memburu ikan. Lubuk-lubuk di celah-celah batu diselami bagi mencari kelibat ikan yang berenang-renang. Tapi air terlalu  deras dan pandangan mata menjadi kabur dan tidak jelas. Lalu aktiviti menembak ikan ini terpaksalah dihentikan kerana ternyata tak bersesuaian untuk dipraktikkan di sini.

Pemburuan tanpa hasil. Agak mengecewakan.
Pak Andak turut menebar jala pada lubuk-lubuk ikan. Dengan dibantu oleh pak Uda, dapatlah hasil yang agak memberangsangkan. Cukuplah buat makan anak beranak untuk dijadikan lauk tengah hari. Aku turut merasa kagum dengan kegigihan nelayan alaf baru ini. Demi mencari rezeki yang halal, mereka menahan terik mentari dan dingin air untuk menyara keluarga. (Macam cerita Bersamamu lah pulak kan.)

Hasil dari menjala agak lumayan.
Membelek-belek hasil tangkapan.
Pemburu ikan gergasi.
Ketika bapak-bapak pergi memburu ikan, mak Tam tak ketinggalan, turut memburu haiwan-haiwan yang boleh dijadikan lauk makan tengah hari seperti udang galah, sotong, ketam, belut dan kuda laut. Mak Tam pulak lebih selesa menggunakan jaring hikmatnya. Sekali sauk, dua tiga ekor udang berjaya dinaikkan. Sauk lagi, naik lagi udang. Syahmie membantu mak Tam menyimpan udang-udang yang ditangkap di dalam botol. Tak semena-mena, ketika mak Tam membuat satu saukan mendalam di satu lubuk yang dikenali sebagai lubuk puaka, tercedoklah seekor katak puru sebesar penumbuk Mike Tyson. Bila terlihat kelibat katak puru itu, anak-anak yang mandi kolam lari bertempiaran. Amier naik ke darat dan langsung tak nak turun ke air lagi. Rupa katak itu agak misteri. Kami telah memanggil anak-anak dara seperti Ika, Yaya, Syura, dan Nicha untuk mencium katak itu. Manalah tau kot-kot dia boleh bertukar menjadi putera raja yang hensem lagi kaya. Rambut lebat paras bahu, dengan wajah yang macho dan badan berketul-ketul macam body builder. Semua anak-anak dara yang dipanggil tak nak cuba cium katak itu kerana geli geleman. Tapi kami ada juga mendapat permintaan dari Nana untuk mencuba cium katak tadi. Tapi kami tak benarkan pasal Nana masih bawah umur. Oleh kerana tiada sambutan, katak itu pun dilepaskanlah semula ke habitat asalnya. (Tapi aku rasa katak tadi kalau digoreng pun sodappp!!)

Mak Tam dengan katak purunya yang dipercayai jelmaan putera raja.

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Menyanyi dari malam sampai pagi

Bahagian 6

Selain aktiviti main badminton, satu lagi acara yang menjadi kegilaan ramai adalah acara menyumbangkan lagu yang sepatutnya sedap. Acara ini kira agak panas jugak. Ramai yang beratur nak ambil tiket giliran untuk memilih lagu dan menyanyi. Inilah acara karaoke. Aku memang tak ketinggalan. Dalam pada tekak tengah sakit dan suara antara nak keluar dengan tak keluar, ada hati jugak aku nak menyanyi beberapa buah lagu hits yang terhebat di pasaran. Kita yang menyanyi memang seronok. Tapi yang mendengar, tak taulah. Kalau sakit perit telinga, aku mohon maaflah. Lepas ni pergi jumpa doktor ENT buat pemeriksaan. He he he...

Amier lebih tertarik dengan apa yang tertera pada skrin komputer.
Hafez sedang memilih lagu. Diperhatikan oleh isteriku.
Pakcik Karim minatnya pada lagu-lagu Melayu lama.
DJ pada malam tu ialah Hafez. Tak siapa pun lantik dia jadi DJ, tapi dengan adanya Hafez sebagai DJ nampaknya lebih happening lagi acara pada malam itu. Next time kalau ada program yang macam ni, engko pergilah lantik diri sendiri jadi DJ. Kami semua akan bagi sokongan seratus peratus. Sampai dekat jam dua belas malam jugaklah kami berumah kat dewan tu, menyanyi atau mendengar orang menyanyi. Lepas tu aku anak-beranak pun pergilah ke bilik untuk berehat dan tidur kerana terlalu letih, especially anak-anak aku yang kebosanan pasal mereka tak minat menyanyi.

Lagi ramai peminat karaoke.
Kira-kira jam 2.30 pagi, sewaktu aku masih terjaga, aku masih dapat mendengar sayup-sayup suara orang menyanyi-nyanyi di kejauhan. Wow! Pukul berapa diorang nak tidur ni? Aku terlalu mengantuk. Alunan suara yang pelbagai tu langsung tak mengganggu fokus ku untuk melelapkan mata. Dan dalam masa beberapa minit saja aku telah dibuai mimpi. Zzzzzzzzzzzzzz...

Pak Andak jarang menyanyi. Tapi bila diberi kesempatan, pak Andak tak akan lepaskan.

Tuesday, January 10, 2012

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Mencari jaguh badminton

Bahagian 5

Selepas makan malam, berdoa dan menyambut hari jadi, ada di antara kami bermain badminton di gelanggang yang terletak betul-betul di sebelah dewan utama. Aku tak ketinggalan. Oleh kerana sudah agak lama group kami tak berentap main badminton kat court, jadi bila nampak aje court yang terbentang luas, kami pun macam seakan-akan jakun dan berebut-rebut nak main badminton. Sayangnya aku dan pak Long Zai tak bawak reket. Jadi kami semua pakat-pakat pinjam reket pak Uda. Pak Uda siap beli shuttlecock baru sebelum ke sini.

Ika dan Amin, dua beradik berganding menentang musuh tradisi.
Kami dah biasa main indoor dengan lampu yang sangat terang, jadi bila main outdoor dengan lampu yang malap, rentak permainan kami jadi agak huru hara. Lampu court tu terlalu malap sampaikan partner kat sebelah pun kita tak boleh nampak. (Okay lah. Aku mengaku, saja nak jadikan alasan kenapa aku kalah bertubi-tubi pada malam tu). Aku main double partner dengan pak Nyah Hasni, aku kalah. Pukul memanjang tak kena. Adakah mataku semakin rabun? Atau adakah kerana tiupan angin yang menerbangkan bulu tangkis ke arah yang tak dijangka? Pokok pangkalnya aku memang kalah.

Menanti giliran untuk ditewaskan oleh pak Nyah.
Kemudian kami buat perlawanan single pulak. Pak Nyah Hasni menentang sesiapa saja yang nak mencabarnya. Sorang demi sorang tumbang dan tumpas. Termasuklah aku! Yang turut tewas ialah Hidayat, Akid, Amin, Kois dan beberapa yang lain. Dan kebanyakan kami tewas bawah sepuluh mata! Sungguh mengaibkan Geng Court Ampang Jaya! Tapi itulah hakikat yang kami kena telan. Kami memang tak hebat langsung main single. Servis pak Nyah Hasni banyak yang kami tak dapat pulangkan. Pak Nyah Hasni menang tanpa perlu banyak bergerak. Memang hebat.

Syed Salleh-umpire jemputan yang didatangkan khas dari Arab Saudi.
Esok paginya barulah pandangan lebih cerah. Tapi tiada perlawanan badminton diadakan. Sekadar main pukul-pukul tangkis untuk bersenam aje. Aku stroke dengan Syahmie untuk seketika. Kalau main time pagi ni, mungkinkah peluang aku untuk memberi tentangan hebat lebih cerah? Tak taulah. Perlu ditunggu dan dilihat.

Pak Uda stroke dengan pakcik Karim.
Pak Nyah Hasni yang tak dapat ditewaskan oleh mana-mana pencabar.

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Selamat hari jadi untuk semua

Bahagian 4

Selepas membaca doa selamat, majlis sambutan hari jadi bagi calon-calon yang menyambut hari jadi mereka pada bulan November dan Disember diraikan. Salah sorang tu termasuklah isteri aku sendiri. Satu kek besar, sebesar hamparan meja disajikan. Lagu Allah Selamatkan Kamu dinyanyikan beramai-ramai dengan penuh semangat Waja, dan semangat Exora jugak. Kek yang berhias cantik dipotong bergilir-gilir oleh orang-orang yang diraikan. Kemudian diagih-agihkan kepada masyarakat umum untuk menikmati kek hari jadi hebat ini.

Kek hari jadi yang cantik.
Semua yang menyambut hari lahirnya pada bulan November dan Disember.
Akid memotong kek menggunakan pisau Rambo.
Kamiliya memotong kek dengan pisau daging.
Ika memotong kek dengan pisau sayur.
Giliran isteriku memotong kek.

Turut diraikan ialah ayahanda Atan dan bonda Rahmah. Aku berkesempatan menikmati kek istimewa ini yang menjadi rebutan remaja masa kini. Bunga hiasan yang berwarna merah tu tak taulah aku siapa yang dapat makan. Mesti rasanya bak mawar strawberi yang tak dapat diungkap oleh kata-kata atau tulisan. Untuk semua yang terlibat, diucapkan selamat hari lahir. Semoga selalu dalam rahmat dan redha Allah hendaknya.

Ayahanda dan bonda bergabung memotong kek bersama-sama.
Menikmati kesedapan kek hari jadi.

Bercuti di Kampung Pasir Putih: Berdoa agar semua berjalan lancar

Bahagian 3

Majlis malam itu di Kampung Pasir Putih dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Atuk Atan. Bersyukur dengan keafiatan bonda Rahmah @ Atuk Pon. Dan semoga seluruh majlis diberkati dan dirahmati Allah. Semoga seluruh keluarga dilingkungi rasa kasih sayang dan harmoni. Doa untuk segala-gala yang baik di dunia dan akhirat agar mengiringi kami seluruhnya. Doa Atuk Atan kali ini tak terlalu panjang. Kebanyakan kami telah kenyang setelah makan malam. Jadi doa kami lebih khusyuk. Semoga Allah redha dengan apa yang kami lakukan dan semoga kami dapat menjadi hambanya yang lebih taqwa. Amin. ("Ya! Pak Usu panggil Amin?" "Ish, engko ni! Orang tengah doa laaa... Bukan panggil engko. Pergi sana sambung doa.")

Penuh khusyuk.
Kedua tangan ditadah memohon redha dan magfirah Allah.
Amin sedang mengaminkan doa.
Nana dan Suraya.
Hadirin dan hadirat yang datang.