m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label melawati. Show all posts
Showing posts with label melawati. Show all posts

Thursday, April 30, 2015

Ke Bangunan Jurukur Tanah untuk makan

15 Februari 2015 - Kami ke Bangunan Jurukur Tanah pada hari tu. Tapi bukan nak mengukur tanah lot. Bukan jugak nak tengok geran tanah. Tapi kami pergi ke majlis perkahwinan anak kawan ofis wife aku - Kak Miskiah. Inilah first time kami ke sini. Nama dewan tu ialah Dewan Intan LJT. Cantik jugak dewan tu setelah dihias. Dan agak luas jugak kawasan tempat duduk tetamu.

Amier ingin memulakan makan.
Selera tengah terbuka ni.
Sabriena sangat enjoy dengan makanan yang disajikan kepadanya.
Sedapnya Sabriena makan nasi.
Nyam nyam nyam. Dah nak habis sepinggan nasi.
Kami datang. Kami makan. Makanan yang disediakan pun enak. Dan ada dessert kuih-muih yang enak jugak. Tapi kami tak duduk lama kat situ. Lepas makan terus kami cari mak pengantin, bersalaman, ucapkan tahniah, bergambar, dan mintak diri untuk pulang. Terima kasih kepada Kak Miskiah kerana menjemput kami sekeluarga.

Masih menikmati makanan.
Luas jugak dewan ni.
Bersama ibu pengantin - Kak Miskiah.
Jom balik.



Tuesday, February 12, 2013

Meninjau rumah sewa

Kira-kira dua minggu lepas, aku, wife aku, mak aku, Amier dan anak buah kami, Koas telah ke rumah sewa milik mak aku kat Taman Melawati, Ulu Kelang. Penyewa sebelum ni dah keluar. Jadi banyaklah benda yang nak dikerjakan terhadap rumah kosong ni, sebelum disewakan kepada penyewa yang baru. Barang perabot masih banyak yang ditinggalkan penyewa lama. Paip dan perkakas elektrik banyak yang kena dibetulkan. Dinding nak kena cat bagi berseri sikit. Kunci dan mangga pun kena ganti, pasal ada yang dah rosak. Semak kat belakang rumah pun kena diterangkan, supaya tak ada binatang buas duduk menginap kat situ.

Amier bersama pokok dinosaur di belakang.
Buat masa ni, kami sekadar meninjau dulu untuk mengetahui apakah perkara-perkaranya yang perlu diganti atau dibaik pulih. Nanti Koas lah yang akan tolong uruskan selanjutnya. Kat sebelah belakang rumah, ada satu pokok pisang kipas dah menjulang naik tingginya sampai ke awan. Kami panggil itu pokok dinosaur. Pokok kari dia pun dan tinggi melangit jugak. Batang dia dah boleh dijadikan kayu balak gamaknya. Setelah kira-kira sejam lebih, kami pun baliklah. Dan Koas akan take over dari sini.

Sarang burung helang di atas pokok, di belakang rumah.
Inilah pokok kari raksasa yang bakal ditebang.