m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, December 15, 2011

Temuduga di Istana Bandar

Pagi tadi aku dan mak aku pergi hantar Syahmie ke satu lagi temuduga untuk masuk sekolah tingkatan satu. Kali ni di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar (MITIB) di Banting. Oleh kerana aku tak berapa familiar dengan kawasan Banting, maka aku telah membuat research kat Google untuk cari lokasi dan laluan yang wajar diikuti. Nama sekolah Maahad ni tak pulak aku jumpa kat peta. Jadi aku target-kan satu kompleks bangunan yang rupa dia macam bangunan sekolah bila nengok pakai imej satelit.

Berpandukan pada Google map yang aku print, aku pun ikutlah lebuhraya Kesas. Dari Kesas terus aku lalu jalan kampung yang memang betul-betul kampung. Alamak! Apa punya jalan daaa yang Google ni bawak. Jalan sempit berlopak, beralun macam kuda dan bengkang-bengkok macam ular senduk kena palu dengan senduk kuah. Siap keluar masuk hutan. Lalu kebun kelapa sawit. Lalu paya dan belukar. Macam gitu punya halangan dan cabaran barulah jumpa jalan besar yang menghala ke destinasi. Kompleks bangunan yang aku nengok kat imej satelit tu rupanya bukan sekolah Maahad, tapi Sekolah Menengah Sains yang baru dibina dan sangat cantik. Sekolah Maahad ni pulak berskala sederhana. Namun demikian, sekolah ni punya akademik performance adalah yang terbaik di Hulu Langat.

Sebahagian bangunan sekolah MITIB.
Bangunan kelas dan asrama.
Sesampai di sana, Syahmie terus mendaftar. Nampak gayanya macam lebih ramai pelajar perempuan yang apply. Lelaki kurang sikit peratusnya. Lama jugak nak tunggu untuk mendaftar. Lepas mendaftar, barulah kami masuk dewan untuk dengar taklimat pasal sekolah dan pasal ujian dan temuduga ni.

Sabar beratur.
Beratur untuk mendaftar.
Pintu masuk utama.
Nama saya Muhammad Syahmie.
Mak aku loya dan pening pasal jalan raya terlalu teruk.
Mengikut pengacara majlis yang juga merupakan ustaz yang membuat penerangan, yang ditawarkan untuk temuduga ada kira-kira 150 orang. Tapi yang daftar pada pagi tadi cuma kira-kira 120 orang saja. Mungkin ada pelajar lain yang temuduganya clash dengan temuduga kat sekolah lain seperti MRSM. Nasib baik Syahmie punya temuduga MRSM dah lepas hari Selasa lalu. Dari 120 orang yang datang, yang akan diambil untuk belajar di situ cuma 60 orang aje. 30 lelaki dan 30 perempuan. Yuran kat sekolah ni sangat murah. Siap dapat elaun lagi sebanyak RM120.

Mendengar taklimat dengan penuh khusyuk.
Lepas dengar taklimat, aku teman Syahmie masuk asrama. Syahmie kena stay satu malam kat sini untuk aktiviti-aktiviti malam seperti qiamulail dan sebagainya. Besok sebelum solat Jumaat barulah selesai sessi interview. Selain ujian akademik, calon-calon jugak akan diuji tentang kemahiran hafazan Al-Quran, tajwid, personaliti dan sikap, serta konfiden yang ada pada diri. Kehidupan seharian dan semalaman juga akan dinilai. Memang dia nak pilih yang terbaik di antara yang terbaik.

Syahmie di asrama.
Lepas dah selesai hal Syahmie, kami pun beredar meninggalkan perkarangan sekolah. Sepupu aku yang aku jumpa kat situ ajak kami minum kat gerai. Lepas makan dan minum, barulah kami menghala ke Kuala Lumpur. Aku ditunjukkan arah yang lebih afdhal untuk balik rumah. Tak perlu lagi ikut jalan kampung yang penuh onak dan duri. (Kalau penuh duri-an tak apa jugak).

Istana Bandar - istana yang lama dan kini diserahkan kepada Arkib Negara.
Sedang makan dan minum.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah kat gerai tepi jalan untuk beli keladi. Mak aku nak masak kuih talam keladi. Sekilo RM5 harganya. Lepas tu kami nampak pulak sejenis nanas yang sangat runcing macam buluh runcing. Kami tanya dia, itu nanas apa. Penjual tu kata itu nanas "yengki", ditanam kat belakang rumah aje. Aku rasa nanas tu berasal dari New York, Amerika dan nama asalnya ialah nanas "Yankee". Penjual tu kata rasanya sangat sedap, manis, banyak jus dan hebat. Yalah tu! Nanti balik aku nak try, baru tau betul tidak cakap penjual tu. Mengikut jalan highway, lebih selesa dan cepat sampai rumah. Lepas zuhur, aku pergi ke ofis pulak. Memang letih betul...

Membeli nanas 'yengki'.

12 comments:

  1. Salam ukhwah saudara,
    TAHNIAH atas kejayaan anak menjadi generasi ulul albab, Semoga dipermudahkan urusannya, amin. Maaf tumpang tanya. Selain MITIB & MRSM ada lagi tak sekolah lain yg sdr apply untuk anak? Sy dgr kalau anak dah dpt offer sekolah asrama penuh, secara automatic MRSM tolak- betul ke?

    pohon share experience, sy keliru. Jazakallahu khayran kathira

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, Shila Razlan. Saya tak pasti pulak pasal soalan tu. Anak saya dapat tempat kat MITIB dulu. Tapi sebelum kami daftar dia masuk, kami dapat pulak surat masuk MRSM Ulul Albab. Jadi, kami tolak tawaran MITIB. Pasal penolakan automatik tu memang saya tak pasti. Tapi dalam kes kami, kami memang masih belum mendaftar lagi dengan MITIB. Sekadar dapat offer tempat aje.
    Harap maklumat yang tak seberapa ini dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas penjelasan. Anak saya sudah menghadiri temuduga MRSM Ulul Albab dan esok pula akan ke MITIB. Terima kasih berkongsi pengalaman di blog ini, sangat bermanfaat buat kami Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Sama2 kita berdoa utk kecemerlangan anak2 kita.

      Delete
  4. Alhamdulillah, anak berjaya masuk sekolah agama yang bagus, saya pun berminat nak hantar anak ke skolah agama tahfiz. Boleh saya tahu bagaimana dengan syarat2 kemasukan? terbuka untuk sesiapa sahaja ker? ni sekolah under JAIS kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan Zanariah, Sebenarnya saya ingat2 lupa, pasal dah agak lama. Kalau tak silap saya, dia tak mensyaratkan utk dapat 5A dlm UPSR. Tapi kalau dapat 8A dalam UPKK dan Mumtaz dlm UPSRA, kira satu bonuslah. Apa2 pun, pihak sekolah akan buat temuduga dulu. Dia akan tengok kelancaran membaca Al-Quran dan kebolehan menghafaz ayat-ayat pendek. Selebihnya boleh diasah di sekolah. Sekolah ni memang under JAIS rasanya.

      Delete
    2. Waalaikumusalam, terima kasih atas pencerahan. Saya dengar persaingan ke MITIb ni begitu sengit.. susah nak dapat..Anak saya tahun ni Tahun 5, samada nk amik upkk @ tidak..bagaimana pulak dengan MRSM Ulul Albab.. ni under K'jaan pusat kan? srasa nyer srai x boleh mohon. tq

      Delete
  5. Replies
    1. Assalamualaikum Muhamad Akhyar,

      Saya dah tak ingatlah. Tapi kalau tak silap akan dibagi secara bulanan.

      Delete
  6. Assalamualaikum..
    Kelayakan 5A upsr,mumtaz psra(bukan upsra..)yg dinilai sijil psra bkn upkk sbb under jais,keutamaan dr sijil negeri.borg akn diedarkn di sra,srai,kafa di negeri sgor shj masa murid thn 6 utk yg berkelayakan shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana pencerahan. Semoga ini membantu ibu bapa yg masih kurang jelas tentang kelayakan utk masuk belajar di sini.

      Delete
    2. Sama2,utk maklumat lanjut boleh tnya SAN di selangor ya...tahniah kpd yg berjaya dlm temuduga di MITS/MITIB..Mudah2an diterangkan hati anak2 menghafal dan memelihara alquran.

      Delete