m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label astheg. Show all posts
Showing posts with label astheg. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

ASTHEG: Kena bersilatlah pulak!

Bahagian 3 (Akhir)

Persembahan teater selanjutnya yang aku ceburi ketika bersama Astheg ialah suatu persembahan sempena Bengkel Senibina pada Februari 1992. Tajuk teater tu ialah "The Conference of the Birds" karya Attar. Cerita dia punyalah abstrak dan banyak falsafah yang tersirat. Satu habuk pun aku tak faham. Dialog aku sendiri yang cuma beberapa ayat aje tu pun aku tak faham. Sampaikan bila time show, aku lupa dialog dan main hantam ajelah labu! Masa ni kitorang kena jadi burung. Baju burung masing-masing buat sendiri. Aku pun kena buat baju sendiri jugak.

Depan (dari kiri): Nik Fazlin, Sufina, Afifah, Elyna, Hezlin, Azlina, Vivi, Kit. Belakang (dari kiri): Noris, Adi, Syed Nabil, Shadatul, Aslinda, Git, Azlan.
Tapi, dalam banyak-banyak teater yang aku berlakon, yang paling susah sekali bagi aku ialah teater bertajuk "The Keris". Kali ni aku diberi watak sebagai Hang Tuah, bukan Hang Dah Tua, ya... Jadi dialog aku banyak sikitlah dari biasa. Drama ni memang betul-betul punya serius. Raut muka tu kena selalu serius macam nak makan orang. Barulah dapat dia punya feel. Yang susahnya sebab aku kena bersilat dengan Hang Jebat yang dilakonkan olah Syed Nabil. Letih aku belajar silat dari kawan aku Yuzri. Aku jugak nengok aksi silat pensyarah kami Saifuddin dalam video untuk dapatkan gerak dia biar tak nampak terlalu sumbang. Maklumlah, aku memang tak ada asas silat langsung. Kalau gusti WWE tu adalah sikit-sikit. Dan yang lebih susah ialah kena bersilat sambil berpuisi dalam bahasa Inggeris. Pergh! Berpeluh-peluh ketika aku berlatih dan berlakon. Dan ada jugak masa aku bersilat dengan Nabil, siap salah rentak sampai nampak macam berlakon aje (walaupun kami memang betul-betul berlakon). Itulah penglibatan aku yang terakhir dalam teater bersama Astheg. Lepas tu aku lebih fokus untuk habiskan tesis aku sebelum aku graduate.

Teater "The Keris" ini dipersembahkan pada 21 & 22 September 1993. Eh! Hari jadi aku tu... Aku pun tak perasan. Feedback dari penonton, diorang kata lebih suka teater jenis muzikal. Lebih menghiburkan. Yang ni nampak berat sangat. Maklumlah, mentang-mentang badan aku memang berat. Any way, penglibatan aku dalam teater tak tamat di universiti aje. Nantikanlah kisah selanjutnya ketika aku dah lepas dari tembok menara gading...

Poster oleh Fawazart.
Depan (dari kiri): Syed Nabil, Hazmi, Yuzri, En Jak (pengarah). Belakang (dari kiri): Adi, Adrina, Anis, Noris, Ramzi.
Dari kiri: Adi, Noris, Syed Nabil dan Ramzi.
Depan (dari kiri): Anis, Adrina, Noris, Syed Nabil, Adi, Hazmi, Ramzi. Belakang: Zita, Paulina.

ASTHEG: Jadi extra dulu

Bahagian 2

Kali kedua aku beraksi untuk kelab Astheg ialah pada Oktober 1992. Teater kali ni bertajuk "The Metamorphosis". Aku masih pegang peranan yang sama iaitu sebagai pencuri. Tapi kali ni aku ada dialog sikit-sikit. Malah kena nyanyi pulak lagi, pasal teater kali ni ialah teater muzikal, macam yang sekarang dok kerap main kat Istana Budaya tu! Latihan kali ni lebih intensif dan payah. Semua orang kena nyanyi lagu masing-masing. Lagu yang aku nyanyi ni, aku yang karang sendiri. Melodinya aku ciplak dari lagu "Be Our Guest" (dari filem animasi Beauty & The Beast). Aku tunjuk lirik dan demo sekali kat tuan pengarah, Encik Jak. Dia bagi approval untuk nyanyi satu verse dari tiga verse yang aku kemukakan. Okaylah tu.

Poster persembahan - design oleh Fawazart.
Encik Jak kata nak mengarah teater muzikal lebih rumit pasal nak coordinate muzik dengan lakonan, malah dengan tarian jugak. Sorang kawan kami tu, Azlan, daripada tak boleh nyanyi langsung sampai boleh nyanyi dan hit perfect note. Macam tu  punya gigih kami berlatih. Bagi kami yang ambil bahagian, kepayahan nak berlatih inilah yang sebenarnya menyeronokkan. Dan feedback dari penonton jugak nampak gayanya lebih positif. Penonton lebih terhibur dengan persembahan  yang macam ni. Dan tabik kepada pengarah dan penulis skrip yang tersohor - Encik Jak.

Malam persembahan berlangsung di Galeri Fakulti Alam Bina pada 18 Oktober 1992. Macam biasa, harga tiket cuma RM2.00 aje. Aku punya part sebenarnya pendek aje. Kira-kira dalam 5 minit kot. Tapi masa aku tengah perform menyanyi tu, sambil diiringi dengan mainan piano oleh Mr Noris Helmi Dickson (gelaran yang kami berikan pada kawan kami yang sorang ni), penonton siap bertepuk gamat. Jadi aku kena kuatkan volume suara aku supaya boleh mengatasi hingar bunyi tepukan. Itu yang buat aku rasa mual dan nak muntah. Nasib baik cuma nyanyi satu verse. Kalau kena tiga verse, memang sah-sah aku muntah nasi kat atas lantai stage pada malam tu. Namun demikian, kami rasa sangat berbaloi kerana mendapat respond yang sangat positif dari penonton yang merupakan kawan-kawan sejurusan kami jugak.

Depan (dari kiri): Yus, Git, Vivi, Sha, Sufi, Kit, Sherol. Tengah (dari kiri): Mohar, Hezlin, Noris, Paulina, Aslinda, Yang, Hazmi, Adi, Azlan. Belakang (dari kiri): Nik, En Jak, Kushahrin.

Dilampirkan lirik lagu penuh yang aku tulis untuk persembahan ini:

Tajuk lagu: I'm The Best (saduran dari lagu Be Our Guest)

(Verse 1)
I'm the best
I'm the best
I'm the best of all the bests
Stealing things without them notice 
Coz I'm the best thief of the west


Cristian Dior le Paris
And Rolex from the Swiss
Also Gucci from the Rome
I pick them all and bring them home


One by one
Take your time
Don't get panic but do be kind
You just wait for the rightest time to come


And then you slip your hand
Take as much as you can
Just like the best
Not like the rest
I'm the best!

(Verse 2)
I'm the best
I'm the best
Yes indeed that I'm the best
Get away without them knowing
Disappear with their belongings

Diamond rings, shining pearls
Worn by ladies and pretty girls
Can't escape the fastest hands
And I who like to pretend

Step by step
Don't forget
All the tips that you have had
Please be patient so that you will not regret

And then you take the chance
And grab 'em in your hands
Just like the best
Not like the rest
I'm the best!

(Verse 3)
We're the best
We're the best
We're the best and full of zest
Slick and quick just like the lightning
Grab all things and make heads wheeling

Coloured pencils, drawing blocks
Or as cheap as smelly socks
We just take 'em and just keep 'em
And we'll bring 'em to pawn shop

Climbing up, climbing down
Seeking victims all around
We've succeeded and now we're the richest  pair in town

Don't dare to come too close
Or you will be unclothed
Coz we're the best
We're the best
We're the best!!!

Seft portrait aku sedang beraksi.

ASTHEG: Permulaan

Bahagian 1

ASTHEG? Apa benda tu? Pertanyaan itulah yang terpacul dari mulut orang-orang yang tak pernah mendengar satu istilah yang pelik tu. Meh aku kisahkan sikit. ASTHEG tu ialah singkatan kepada Architecture Society Theatre Group. Ia macam sebuah kelab untuk penggiat teaterlah. Bukan macam kelab malam atau kelab golf. Ahli-ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar jurusan Senibina kat UTM. Penasihatnya ialah pensyarah-pensyarahlah. Dia bukan ada kena daftar-mendaftar. Main masuk aje. Siapa berminat untuk buat performance, boleh join. Boleh keluar bila-bila masa pun. Aku pun sebenarnya tak faham sangat struktur kelab ni. Dia ada, tapi macam tak ada.

Aku pun tak tau sejak bila ia ditubuhkan. Bila aku masuk UTM aje dah ada benda tu. Itu pun aku cuma perasan kewujudannya kira-kira pada tahun 1990. Kalau tak silap masa tu aku nengok sekumpulan pelajar tengah buat rehearsal kat dewan kuliah. Aku nampak macam best aje. Memang aku minat jugak dengan aktiviti teater ni. Kan ayah aku pernah jadi jurulatih teater dulu. Buat masa tu aku cuma jadi penonton ajelah.

Poster teater.
Pada tahun 1992, aku ternampak sekumpulan pelajar junior sedang berlatih teater kat kawasan fakulti dengan diterajui oleh Encik Jak yang kami kenali sebagai "sifu" bagi hal-hal kesenian. Seronok betul aku nengok mereka berlatih. Aku dengan beberapa kawan lain seperti Noris dan Saadon turut menjadi penonton ketika sessi latihan diadakan. Secara tak semena-mena Encik Jak ajak kami join untuk pegang watak pencuri. Tak ada dialog bagi kami, sekadar jadi krew tukang susun set. Tapi dalam gaya pencuri. Kira kena berlakon jugaklah dalam gelap sebab kami susun set lepas lampu dipadamkan. Maka aku, Noris, Saadon dan Fauzi (junior kami) telah dipilih secara rasmi sebagai pelakon ASTHEG pada persembahan kali ni. Kami berempat digelar "thief of Baghdad". Aku pun tak tau kenapa.

Tajuk teater pertama kami tu ialah The Taming Of The Shrew, sebuah karya Shakespeare. Tapi dipersembahkan dalam bentuk moden. Best jugak buat benda-benda baru macam tu, walaupun cuma jadi extra aje. Persembahan sebenar diadakan di galeri Fakulti Alam Bina pada 12 Februari 1992. Tiket cuma RM2.00 sahaja. Murah tu! Dan telah sold out!!! (Sebab tiketnya memang dijual sikit, sebab tempatnya sempit dan kecil).

Cangkung (kiri ke kanan): Sherol, Zul, Kit, En Jak, Adi. Berdiri perempuan (kiri ke kanan): Nik, Zam Zarina, Sha. Berdiri lelaki (kiri ke kanan): Ijan, Fawaz, Zamwel, Hazmi, Syed Nabil, Azlan, Fauzi, Noris, Azmi, Saadon.