m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label hilton. Show all posts
Showing posts with label hilton. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Bersantai di Hilton Sentral: Berenang-renang macam ikan

Bagi Amier, apalah erti bercuti jika tiada acara berenang-renang. Tak kiralah berenang kat mana sekali pun. Paling afdhal di swimming pool. Kalau tak pun boleh aje kat pantai, kat lopak, dalam bath tub, atau dalam baldi. Janji boleh berenang-renang. Maka bila kami sampai aje Hotel Hilton KL Sentral ni, Amier terus ajak kami ke swimming pool pasal dia nak berenang. Jadi kami semua ke swimming pool setelah solat asar.

Wanie menunjukkan cara-cara nak mengapungkan diri tanpa penggunaan pelampung.
Perenang muslimah.
Mencuba terapung setelah ditunjuk ajar oleh Wanie.
Yana terjaga, sementara isteriku tertidur di dalam air.
Memang Amier sangat teruja dapat mandi kat swimming pool yang luas dan kebiruan warnanya. Dia akan berendam lama-lama. Keluar kolam, masuk kolam. Berlari-lari tepi kolam. Itulah akviti yang sering dibuatnya bila berada di kawasan swimming pool. Yang tukang jaga Amier selalunya isteri aku. Aku jarang pulak pergi berendam dalam air. Selalunya aku duduk kat darat aje. Maklumlah, takut mabuk air. He he he...

Amier kepenatan setelah membuat 50 lap di kolam renang.
Eh! Mana Wanie? Rupanya Wanie sedang bersembunyi di balik air.
Amier akan meneruskan lagi 100 lap selepas rehat nanti.
Sementara yang lain berendam dalam air, aku dan Syahmie duduk kat tepi kolam sambil main i-pad dan jaga barang-barang. Dulu Syahmie suka jugak turun ke dalam kolam untuk berenang. Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Syahmie lebih selesa membiarkan badannya terus kering, tidak dibasahi air swimming pool. Pada hal Syahmie memang pandai berenang. Kami pulang ke bilik bila waktu maghrib hampir tiba.

Sedang mengendalikan business import export international melalui internet conference.
Tiba-tiba badan Yana terbakar. Lalu pihak bomba dipanggil untuk memadamkan kebakaran pada tubuh Yana.
Wanie dan Yana berehat setelah selesai berenang.
Tiga beranak in the house. Oops! Maksud aku in the water!
Dah sudah mandi. Kejap lagi nak naik atas ke bilik hotel.
Wanie dan background hotel.
Dekat dengan sebuah restoran tepi swimming pool.
Laluan ke sebuah restoran tepi swimming pool.
Di lobi aras swimming pool. Susunan floor tile yang menarik.
Esok paginya kami tak plan nak ke swimming pool lagi. Tapi Amier mendesak untuk menemaninya pergi berenang. Jadi aku dan isteriku terpaksa akur dengan kehendaknya. After all, ini kan masa kami bercuti anak-beranak. Biarlah dia enjoy sikit ketika sedang bercuti. Tahun depan dah kena kerja keras pasal dah mula masuk darjah satu di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Amier berenang lagi pada keesokan harinya.
Kolam renang untuk kanak-kanak. Cuma dua kaki aje dalamnya.
Amier sedang imagine dirinya menjadi seekor walrus.
Baring sekejap dalam air.
Amier suka berendam.
Hari-hari Amier berendam.
Amier dah berendam. Mari kita main!!!
Satu lagi posing ala-ala singa laut.
Lambaian dari kolam.
Aksi dolphin pulak.
Amier sangat gembira bila kami turutkan kemahuannya. Masa kami ajak dia pulang, Amier macam tak berapa setuju pasal dia belum puas berenang. Pada hal dia dah berendam dalam air kira-kira sejam. Cukup lama tu sebenarnya. Memang kami kena segera beredar pasal kena check-out dari hotel pada tengah hari. Akhirnya Amier patuhi juga perintah kami. Lepas naik ke bilik, kami terus berkemas-kemas dan bersiap untuk pulang ke rumah. Anak-anak nampaknya macam puas walaupun keletihan. Bukan saja anak-anak, aku pun rasa penat semacam, walaupun kami cuma bercuti di KL aje. Percutian kali ni agak berbeza dari selalu kerana aku tak berkesempatan langsung nak pergi memancing kat mana-mana. Ingatkan nak pergi memancing kat swimming pool aje. Tapi kat swimming pool diorang tak ternak ikan pulak. Cuma ada orang aje! Tak apalah. Next holiday mungkin aku boleh pergi pancing ikan kot. Tengoklah nanti...

Dah mandi. Jom balik bilik hotel.
Amier macam tak puas mandi aje...
Nak mandi air terjun pulak? Jom!
Laluan short cut melalui gua ini sangat mengerikan. Ada ribuan kelawar gergasi berterbangan. Serrrammmnya!!!
Air terjun dari gua.
Amier nak mandi kat air terjun dalam gua.
Dekat air terjun ni tak ada ikan kelah ke? Nak jugak aku try mancing.
Amier masih di dalam gua lagi.
Two thumbs up, kata Amier.
Okay. Dah keluar gua. Jom ke bilik hotel.

Bersantai di Hilton Sentral: Makan di Penyet Express

Masa kami bermalam di Hotel Hilton KL Sentral, kami makan malam kat luar hotel. Tapi kami tak perlu jalan jauh pasal tempat makan ada kat KL Sentral. Nak fast food macam MCDonald's ada. Nak slow food macam Siput Babi Restaurant atau Restoran Kura-kura pun ada. Pilih ajelah yang mana suka. Sekarang kedai makan kat KL Sentral dah semakin banyak. Dan banyak jugak pilihannya. Kami meronda seketika kat level concourse dan terjumpalah beberapa restoran. Dalam banyak-banyak restoran tu, tekak aku telah memilih sebuah kedai yang menjual masakan Indon, ayam penyet. Dan nama kedai tu ialah Penyet Express.

Kedai Penyet Express kat KL Sentral.
Aku rasa Penyet Express mendapat nama dari kaedah dia menyediakan masakan ayam penyet tu. Mula-mula, sekumpulan ayam dari pelbagai saiz dan bentuk diletakkan di atas jalan raya highway. Kemudian dipanggil beberapa buah bas ekspres utara-selatan yang padat dengan penumpang untuk meredah segala ayam itik yang duduk kat tengah-tengah lebuhraya tu. Bila dah penyet kena langgar, terus dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak. Macam tulah sejarah nama kedai ni tercipta.

Wanie dan Yana tak sabar-sabar nak makan.
Amier order udang penyet.
Macam-macam makanan yang kami order. Ada yang order ayam penyet. Ada yang order udang penyet. Ada yang order kerbau penyet dan badak penyet. Sementara aku dan Syahmie pulak order lembu penyet. Tak lama menunggu, akhirnya sampailah makanan yang kami pesan. Wah! Memang ekspres betul servis dia. Dan kami pun mulalah makan dengan perasaan yang berdebar-debar. Bila aku memasukkan saja makanan ke dalam mulut, aku merasa sesuatu. Rasanya tidaklah tidak enak. Tapi tidaklah sesedap masakan di sesetengah restoran yang pernah aku makan sebelum ni. Yang paling sedap mengikut tekak aku ialah di Wong Solo lah. Walau pun tak sepenuhnya mengikut cita rasa tekakku, tapi aku makan habis jugak. Sayang nak bazirkan makanan dalam pinggan.

Makan dengan penuh selera.
Ini adalah lembu penyet yang aku order. Lembu tu dah tak rupa lembu lagi sebab dah kena penyet.
Syahmie jugak order lembu penyet.
Peminat pink. Tudung pink, air minum pink. Tapi kenapa jam warna hijau???
Pedas - pekena sambal ayam penyet.
Ber-jersey Werder Bremen - Liga German.
Di balik back-drop yang menarik.
Singgah kat ladang ternakan kejap.
Amier dengan Milo dinosour!
Lepas makan dan membuat bayaran, kami terus ke 7-Eleven untuk membeli beberapa jenis makanan sampingan buat bekal menjamah-jamah ketika di bilik nanti. Dan especially kami beli air kotak jugak untuk minum-minum tatkala kehausan. Lepas tu barulah kami terus pulang ke bilik dan sambung nengok tv dan main i-pad dan main-main dengan Sabriena.

Bersambung...

Di luar kedai Penyet Express.
Lembaga yang ditemui Amier.
Sabriena di jendela reban.
Wanie dan Yana.
Meninjau di celah lubang.
Ada apa di balik tingkap?
Makan dan beres.
Yana dalam perjalanan pulang ke hotel.