m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label mco. Show all posts
Showing posts with label mco. Show all posts

Tuesday, August 4, 2020

Tenis lagi sewaktu PKPB

28 Jun 2020 - PKPB bermakna Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kami tiga beranak main tenis lagi di Kompleks Tenis Jalan Duta. Kali ni aku tak ajak kawan-kawan yang lain, sebab aku cuma dapat buat booking untuk satu jam saja. Masa inilah aku gunakan untuk train Amier main tenis. Aku ajar Amier pukul bola forehand. Nampak gayannya macam boleh follow. Makumlah, tak payah banyak bergerak dan berlari. Nanti kalau Amier dah serasi dengan teknik pukulan, barulah boleh train dia untuk ambil bola yang melantun top spin atau pukul bola yang berada agak jauh dari badan. Barulah mencabar. Itu belum ambil kira pukulan backhand lagi. Selepas sejam kami main, kami ada aktiviti lain pula. Cuba teka, kami nak ke mana selepas ini?

Dah habis game.

Aku lawan Syahmie. Seri 3-3. Tak sempat nak habiskan set.

Isy isy isy, masa bila pulak si Amier tu berkaki ayam?

Amier baru nak berjinak-jinak dengan sukan tenis.




Monday, August 3, 2020

Tenis setelah PKP

20 Jun 2020 - Untuk seketika waktu, aku dan keluarga memerapkan diri dalam rumah demi menjaga keselamatan keluarga dari ancaman virus corona dan wabak covid-19. Setelah keadaan agak terkawal, pihak kerajaan telah membenarkan aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan seperti jogging, bermain badminton dan tenis. Peluang ini aku ambil untuk kembali beriadah dan bersenam. Aku turun ke gelanggang tenis dengan beberapa orang teman di Kompleks Tenis Jalan Duta. Turut kuajak ialah anak-anakku Syahmie dan Amier. Kami main panas-panas badan saja. Ini bukan pertama kali kami main setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia. Ini kali kedua sebenarnya. Tapi SOP tetap kena jaga. Hand sanitiser sentiasa kami bawa bersama. Tengah main sukan tak boleh pakai pelitup muka, sebab perlu menghirup oksigen segar dengan lancar. Apa-apa pun kita perlu selalu berwaspada. Pertarungan dengan covid-19 masih belum selesai.

Masa ni dah selesai main. Hujan turun. Kena berhenti awal.

Rehat sekejap sebelum balik rumah.



Friday, July 31, 2020

Memancing di Tasik Pandan Perdana

13 Jun 2020 - Akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia, kerajaan Malaysia telah mengarahkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Masa tu aku dan teman-teman sepejabat bekerja dari rumah. Kami tak banyak keluar rumah. Duduk mengurungkan diri dalam pekarangan rumah saja. Waktu-waktu rehat atau cuti, aku banyak menonton video dalam You Tube. Antara channel favourite aku ialah channel main gitar finger style "Alip Ba Ta", channel tennis, channel ping-pong dan channel memancing. Aku biasa tengok channel Chai Fishing, Mubin Saat, Man Kumpau dan lain-lain lagi.

Oleh kerana dah terlalu selalu tengok video memancing, maka otak aku pun dah mula terfikir bilakah agaknya aku boleh turun ke kolam untuk memancing. Akhirnya peluang itu tiba, bila ada kelonggaran diberikan oleh kerajaan Malaysia. Tempat memancing yang free dan paling dekat dengan rumah aku ialah Tasik Pandan Perdana. Jadi aku pun membuat segala persiapan memancing dan mengajak anak-anak aku Syahmie dan Amier. Jom kita ke sana!

Pandangan Tasik Pandan Perdana.
Memasang joran bagi memancing ikan.
Amier sangat gembira berpeluang mengendalikan jorannya sendiri.
Tak sabar menanti ikan makan umpan.
Amier sangat teruja bila kuajak pergi memancing. Amier tak pernah handle batang joran sendiri. Kali ini aku bagi dia peluang berbuat demikian. Aku ajar dia cara pegang joran dengan betul dan cara nak membuat casting. Happy sungguh aku tengok Amier. Sekarang Amier cuma perlu menunggu dengan sabar sehingga ada ikan yang sudi menjamah umpan. Lama juga aku dan Amier menunggu. Namun habuannya masih tidak diperolehi. Sebaliknya Syahmie pula yang berjaya menaikkan ikan puyu, seekor demi seekor. Sejumlah tiga ekor kesemuanya. Saiz ikan puyu itu pun boleh tahan juga besarnya. Tak pernah aku mendapat ikan puyu sebesar itu. Pakai umpan cacing aje pun.

Ikan puyu bersaiz bagak berjaya dipancing Syahmie.
Warnanya kuning keemasan. Pakai umpan cacing.
Ikan kedua yang Syahmie dapat. Aku tumpang bergambar aje.
Ini pun ikan puyu juga. Pakai umpan cacing juga.
Ikan puyu ketiga berjaya dipancing Syahmie.
Ketiga-tiganya bersaiz gadang.
Sewaktu kami sedang memancing, datang seorang pemancing ikan tegar yang agak  biasa dengan tempat itu. Beliau yang berketurunan India menceritakan segala pengalaman beliau ketika memancing ikan di Tasik Pandan Perdana. Macam-macam ikan pernah diperolehinya. Patin, toman, leekoh, malah arowana juga pernah beliau perolehi. Aku pun pernah membaca blog pemancing-pemancing Tasik Pandan Perdana. Memang wujud ikan-ikan itu pada suatu ketika dulu. Kata pemancing itu lagi, beliau dulu pernah memancing ikan tanpa memperolehi apa-apa selama setahun. Ikan-ikan di tasik itu bersekolah katanya. Susah hendak diperdaya atau dijinakkan. Tapi lama-kelamaan, berkat kesabaran dan ketekunan mempelajari tabiat ikan-ikan di situ, akhirnya membuahkan hasil juga. Tapi pada hari kami memancing itu, beliau nampaknya "kumpau" lagi.

Setelah tiga ekor ikan puyu berjaya dinaikkan Syahmie, tiada lagi ikan lain yang berjaya kami pancing, walaupun kami bertukar lokasi. Kira-kira jam dua belas tengah hari, kami pun berkemas untuk pulang. Seekor ikan puyu kami hadiahkan buat kakak iparku, Kak Timah. Lagi dua ekor kami bela. Dah semakin sihat ikan yang dua ekor itu dalam akuarium di rumah. Ada masa, kami akan repeat lagi. Biarlah kali ini Amier pula yang merasa menaikkan ikan dari dasar Tasik Pandan Perdana.

Kami terus menanti kehadiran ikan dengan memasang lima batang joran.
Ada sedikit getuan. Tetapi tidak mengena.
Semakin lama menanti, semakin sepi dari usikan sang ikan.
Yang hadir hanyalah pepatung yang sedang asyik memakan mangsa.
Kelihatan ada juga pengunjung lain yang turut memancing.
Matahari sudah mulai memuncak.
Amier tukar lokasi.
Aku pun ikut Amier. Tapi masih hampa.
Inilah dua dari tiga ikan puyu yang berjaya kami pancing.
Seronok sangat bila melihat ikan-ikan ini berenang-renang dalam balang plastik.