Paling tak seronoknya ketika persandingan Ardy & Zila pada Ahad lepas adalah pergaduhan yang berlaku di antara seorang perempuan dan kumpulan 6 jahanam yang diketuai oleh Jagindas. Awek perempuan ni tengah jalan sorang-sorang kat depan pengantin. Tiba-tiba dia didatangi oleh 6 orang mamat berpakaian seragam cuba nak usya dia. Mula-mula mungkin tegur-tegur je dulu. Lepas tu usik-usik. Lepas tu nak pegang-pegang pulak. Masa tu ada pulak sekumpulan atuk-atuk yang berhampiran siap bagi pesan katanya, "Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang".
Walaupun telah diberi nasihat sedemikian rupa (siap pakai muzik pulak tu), kumpulan 6 jahanam tetap berdegil dan terus mengusik awek tadi. Tapi si gadis tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu melayan jejaka-jejaka hingusan itu. Bila sapaan sang jejaka ditolak, apa lagi marahlah kumpulan jejaka ini. Lalu mereka bertindak ganas dan menyerang gadis yang berseorangan ini. Orang ramai yang menyaksikan adegan ini tak berbuat apa-apa. Masing-masing terpaku bagaikan telah dipukau oleh kumpulan 6 jahanam ini.
Seorang demi seorang menerpa ke arah gadis. Lalu si gadis membuka jurus silat cekak Hanafi dan mencekik jantan-jantan yang cuba menyerangnya itu. Satu-satu tumbang dan tak mampu bangun lagi. Jurus dan ilmu persilatan gadis itu sungguh hebat. Tunggang langgang jadinya dewan pengantin. namun demikian semua orang ramai merasa bersyukur kerana gadis itu telah selamat dari diratah rakus oleh penghianat-penghianat bangsa.
Baru nengok-nengok |
Dah nak mula pegang-pegang |
No comments:
Post a Comment