m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label keramat. Show all posts
Showing posts with label keramat. Show all posts

Saturday, May 21, 2016

Uzir bergelar suami

10 April 2016 - Ya, cerita orang kahwin lagi. Kalau zaman dulu-dulu, orang kahwin ikut musim. Musim cuti sekolah tengah tahun. Musim cuti sekolah hujung tahun. Musim Raya Cina. Musim buah durian. Musim tengkujuh. Tapi sekarang ni orang kahwin dah tak pakai musim. Hari-hari orang kahwin. Asalkan berkehendak. Begitu jugaklah kisahnya dengan anak kepada sepupu aku ni, Kak Hashimah dan Abang Jamal. Anak mereka yang berkahwin bernama Uzir.

Amier menghabiskan segala makanan di pinggan dengan penuh selera sekali.
Setelah selesai makan.
Sabriena pun seronok dapat makan, walaupun makanannya bersepah di atas meja dan lantai.
Meluangkan waktu sebelum berangkat pulang.
Sabriena masih lagi makan.
Amier pekena cendol pulak.
Majlis dibuat di Dewan Keramat - tempat aku sering main tenis suatu ketika dahulu. Majlisnya sederhana saja. Masa kami sampai tu, dewan tak begitu sesak. Maka mudahlah kami nak mendapatkan tempat duduk ketika menjamu selera. Perut kami pun memang dah kami reserve-kan untuk diisikan dengan makanan kat majlis ini. Selain menu standard, ada jugaklah dessert seperti kuih muih dan cendol.

Pengantin - Uzir dan Suhada.
Mata bertentangan mata.
Ceria di hari bahagia.
Bertentangan mata sekali lagi. Ehem ehem...
Kami pulak yang bergambar dengan pengantin.
Kami tak duduk lama kat situ. Selepas makan, aku terus bergegas ke atas pentas untuk merakamkan lagu di piring hitam. Errrr..... maksud aku merakamkan gambar pengantin yang sedang duduk bersanding. Tapi aku kena queue pasal ramailah pulak para tetamu yang nak bergambar dengan pengantin. Siap kena ambil nombor giliran pulak. Setelah dekat tiga jam menunggu, akhirnya nombor aku dipanggil, "3088". Aku pun terus ke hadapan dan mengambil gambar pengantin. Juru foto profesional kemudiannya mengambil pulak gambar kami sekeluarga dengan pengantin. Sebelum beredar, aku ambil gambar Abang Jamal dan Kak Hashimah pulak. 

Tahniah kepada Uzir dan Suhada. Semoga kalian bahagia di dunia dan di akhirat dan hidup dengan penuh barokah.

Photo shoot corner.
Lawa jugak tempat ni dihias.
Sabriena dan Amier dah semakin bosan.
Bergambar dengan mak dan ayah pengantin pulak.
Bersama Abang Jamal dan Kak Hashimah.
Banner pengantin terpampang di luar dewan.
Bye-bye. Kami balik dulu!

Tuesday, February 9, 2016

Bertenis dengan kawan-kawan lama

9 Februari 2016 - Sejak aku join kelab Titiwangsa Tennis Community (TTC), aku memang dah tak main tenis dengan geng-geng lain. Dengan kengkawan tenis lama aku pun aku tak main, melainkan mereka jugak adalah sebahagian dari member kelab TTC. Tetapi pagi tadi aku berkesempatan bermain dengan dua orang kawan tenis lama aku - Hj Noris dan Zul Bargong.

Aku dan Noris semasa kat UTM - lebih 20 tahun lalu.
Aku dan Hj Noris pagi tadi di gelanggang tenis Keramat.
Asalnya Hj Noris tunjukkan gambar reket tenis barunya, jenama Dunlop. Lalu dalam mesejnya tertulis, mengajak aku main tenis masa cuti Raya Tahun Baru Cina. Aku kata masa cuti tu kami nak pergi bercuti di Bagan Lalang. Kalau boleh pun cuma hari Selasa pagilah. Noris setuju. Lalu aku pun pergilah membuat booking melalui seorang lagi teman tenis aku, Abang Hj Nordin. In fact, Abang Hj Nordin siap belanja aku sewa court tenis kat Keramat. Maknanya aku tak perlu membayarnya yuran sewa. Terima kasih Abang Hj Nordin. Selain Hj Noris, aku turut mengajak seorang lagi kawan lamaku, Zul Bargong. Dan Hj Noris kata dia akan mengajak seorang lagi kawannya. Cukuplah korum seramai 4 orang.

Badan masing-masing dah semakin berkembang, selari dengan perjalanan usia.
Aku dah ada kat court sebelum jam 8 pagi lagi. Setelah buat stretching, aku pun berlatihlah buat service dan main dengan dinding. Mengandaikan teman Hj Noris yang seorang lagi tu mungkin tak datang, lalu aku pun ajaklah Abang Mohd Nor untuk join kami. Lagi pun rumah Abang Mohd Nor terletak tak jauh sangat dari court tenis. Setelah seketika menunggu, Zul Bargong sampai. Diikuti oleh Hj Noris, dan akhir sekali Abang Mohd Nor. Kami pun buat warmup dan sejurus selepas tu kami mulalah bermain. Mula-mula aku partner dengan Abang Mohd Nor. Kami menang 6-1. Lepas tu aku partner dengan Hj Noris pulak. Kami kalah 0-6. Dan dalam set yang terakhir, aku partner dengan Zul Bargong. Kami tewas jugak 4-6. 

Aku in action.
Hj Noris walaupun dah berkurun tak main tenis, aku nengok skilnya masih ada. Footwork Hj Noris jauh lebih baik dari aku yang main hampir setiap minggu. Follow through-nya jugak lebih meyakinkan dari aku. Aku sangat kagum. Begitu jugak dengan Zul. Last sekali aku main dengan Zul Bargong mungkin dekat 5 tahun lepas kot. Zul pun lepas dia pulang dari Mumbai, dah tak berapa main lagi. Tennis grip pun dan melekit dan reput. Beg pun dah berhabuk. Tapi pukulan Zul masih padu dan keras. Payah jugak nak return. Service Zul jugak agak bagus. Kedua-dua Hj Noris dan Zul memang masih berbisa, walaupun dah lama meninggalkan sukan tenis. Abang Mohd Nor, tak payah nak cakaplah. Segala tipu muslihat dalam kamus tenis, semua telah dikeluarkan oleh Abang Mohd Nor dalam game pagi tadi. Bola sideliner, baseliner, lob, backhand underspin, forehand underspin lalu ngam-ngam atas net, semua ada. Sesiapa saja yang partner dengan Abang Mohd Nor, pasti menang.

Yang paling best adalah, setelah tamat game, kami luangkan masa kira-kira setengah jam untuk berborak-borak pasal macam-macam hal, khususnya pasal tenis. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Hj Noris dan Zul Bargong kerana sudi bersama seperti masa dulu. Dan tengkiu jugak kepada Abang Mohd Nor kerana sudi mencukupkan korum. Alangkah best-nya kalau geng-geng tenis masa kami kat UTM dapat berkumpul dan bermain tenis bersama - Chot, Khalid, Azam, Saadon, Lan Tikus dll.

Dari kiri: Hj Noris, aku, Abang Mohd Nor dan Zul Bargong.

Sunday, May 3, 2015

Kenduri Encik Arif dan Puan Fidah

17 Januari 2015 - Kami dan sekumpulan kengkawan yang lain, telah dijemput hadir ke sebuah majlis kenduri oleh kawan sepejabat dengan wife aku, Puan Fidah dan suaminya Encik Arif. Kalau tak silap aku sempena nak pergi umrah kot. Dan mungkin ada beberapa sebab yang lain jugak. Jadi kami sekeluarga pun datanglah ke majlis itu dengan membawa perut yang kosong. Sabriena dan Syahmie tak ikut sama. Syahmie masih kat asrama. Tapi aku tak pulak ingat kenapa Sabriena tak bersama kami pada petang hari itu.

Amier amibil air sirap bandung yang diimport khas dari Bandung, Indonesia.
Wanie dan Amier sedang syok makan char kuetiau yang power.
Memang sedap. Aku pun ada menjamahnya.
Amier sedang tunggu giliran untuk mendapatkan burger bakar yang berisi tebal.
Proses menyediakan burger.
Menikmati sotong kangkung dan kuih-muih tradisional.
Memotong kambing golek. Inilah kambing golek terhebat yang aku pernah makan kat dunia.
Masa kami sampai tu, segala urusan bacaan tahlil dan doa selamat telah pun selesai. Kami cuma datang untuk duduk makan aje. Cuma dalam hati, didoakan jugaklah keselamatan dan kesejahteraan untuk pasangan suami isteri ini serta keluarga mereka ketika di tanah suci Makkah. Aku terus menerpa ke arah kambing yang sedang bergolek-golek di atas tanah. Maksud aku yang sedang digolekkan di atas api. Specialty Encik Arif ni ialah menyediakan kambing golek Grade A+. Jadi sudah tentulah kambing golek yang dihidangkan kepada tetamu mempunyai rasa yang sangat luar biasa enaknya.

Wanie suka makan. Hari-hari Wanie makan. Lepas makan, Wanie buat 'good'.
Isteriku bersama kengkawan yang turut hadir.
Kengkawan isteriku.
Semua berkumpul di satu meja bulat untuk bersidang.
Amier dah kenyang.
Alamak! Nak terber,,,,,,,, pulak.
Oh! Sekadar buang anign aje rupanya. Ahhhh... leganya.
Amier suka oren.
Hari-hari Amier makan oren.
Lepas makan oren, saya buang angin lagi. Secara gentleman.
Kemudian makan oren lagi.
Tengoklah kulit muka saya yang awet muda. Makanlah oren banyak-banyak.
Setelah makan kambing, aku jalan-jalan di sekeliling laman rumah dan di bawah khemah yang telah dipasang untuk majlis ini. Punyalah banyak kepelbagaian makanan yang disajikan untuk para tetamu. Macam makan buffet kat hotel pulak rasanya. Dan makanannya enak-enak belaka. Aku makan burger bakar, cendol, char kuetiau, sotong kangkung, kuih-muih, minuman air sejuk dan panas. Memang thorbaeque! Aku cuma tak dapat nak merasa makan nasi beriyaninya aje, pasal dah terlalu kenyang makan benda-benda lain. Sementara wife aku berborak-borak dengan kengkawannya yang lain, aku anak beranak menghadap makanan ajelah. Makan dan makan lagi. Makan dan makan lagi.

Wife aku bersama kengkawannya.
Tetiba oren melekat di mulut Amier.
Yang menjadikan senyuman Amier lebih kelihatan ceria.
Chef-chef tersohor se-Malaya duduk berehat setelah penat menyediakan juadah enak kepada para tetamu.
Tuan rumah Encik Arif turut bergambar bersama chef-chef tersohor.
Menyediakan burger bakar gaya seorang profesional.
Setelah puas makan, barulah kami bergerak pulang. Tak habis kat situ aje. Kami siap dibekalkan dengan  cendol dan char kuetiau tapau lagi. Itulah untungnya datang time majlis dah nak habis. Segala hidangan yang tertinggal boleh kami habiskan terus, kalau hendak. He he he. Kalau hendaklah. Dan kalau tak malulah. Tapi kami dah cukup bersyukur dan berterima kasih kerana telah dijemput ke majlis ini. Mohon maaf kerana tak dapat sampai awal untuk sama-sama berdoa dengan ahli jemaah yang lain. Tetapi kepada Encik Arif dan Puan Fidah, semoga rezeki kalian lebih murah dan berkat, dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah hendaknya.

Dua bungkus cendol kacang siap.
Eh, cendol tadi kita letak kacang ke, atau letak sotong? Jadi cendol sotong pulak nanti.
Sotong kangkung yang jugak sangat sedap.
Tuan rumah, Puan Fidah menapaukan untuk kami char kutiau yang terhebat.