m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label aqiqah. Show all posts
Showing posts with label aqiqah. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Kenduri Herwan di Tanjung Karang

30 Julai 2017 - Lebih empat tahun lalu, kami mendapat undangan untuk hadir ke satu kenduri di sekitar Tanjung Karang (kalau tak silap aku). Aku memang totally tak ingat kenduri apa. Mungkin aqiqah kot. Dan jemputan itu datang dari seorang rakan sekerja, sepejabat isteriku - Herwan namanya. Kalau tak silap aku juga, ini adalah kampung isteri Herwan. Memanglah agak jauh dari rumah kami. Tapi melawat kawasan kampung yang dipenuhi dengan sawah bendang memang suatu pengalaman  yang menyeronokkan. Jadi kami pun memenuhi jemputan itu dengan perasaan yang sangat teruja.

Isteriku bersama rakan sepejabatnya.

Sedang minum-minum setelah selesai makan tengah hari.

Wow! Garangnya muka Wanie... Hehehe...

Wanie pakai baju uniform. Maknanya lepas ni nak balik ke asrama.

Sabriena sedang makan kuih.

Herwan memastikan para tetamu mendapat layanan yang terbaik.

Rakan sepejabat.

Antara yang hadir pada majlis ini.

Amier nak makan kuih karipap.

Karipap sudah di tangan.

Dan Amier pun menggigitnya.

Ada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang telah dijemput oleh Herwan selain daripada kami. Apabila tiba di sana, kami terus saja dijemput untuk makan. Dan kami pun berbuat demikian tanpa menolak. Memang waktu itu kami tengah lapar sebab dah tengah hari. Aku menyegerakan makanku sebab nak  berlegar-legar sambil mengambil gambar di situ. 

Pemandangan sawah yang sedang menghijau pada ketika itu memang sangat cantik dan menarik. Tetapi aku lebih tertarik kepada tali air dan parit-parit kecil yang aku pasti dihuni oleh banyak ikan kampung seperti keli, haruan, sepat dan puyu. Nasib baiklah kami pergi kenduri. Kalau tak, sudah pasti aku akan bawa joranku yang paling panjang, dengan kekili yang berisi tali dengan ketahanan 100 paun serta mata kail sebesar sauh kapal Titanic. Manalah tahu aku berpeluang untuk memancing ikan haruan gadang sebesar paus biru bersalut tepung KFC?

Sesudah makan-makan dan bersembang, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan rumah mentua Herwan. Harapanku, satu hari nanti kami akan dapat datang lagi ke sana. Cuma kali ini untuk beriadah sambil memancing ikan-ikan parit. Terima kasih, Herwan!

Sabriena dah sudah makan. Sekarang masa untuk bersiar-siar.

Jom kita jalan-jalan.

Bersiar-siar di laman rumah.

Posing dulu.

Amier ternampak seekor ikan kerapu bara sebesar ikan lumba-lumba.

Aku pun jengah ke parit air ni juga, mencari ikan.

Air di parit ini mungkin paras betis sahaja.

Sabriena pegang sate buah. Macam terung pipit bentuknya.

Anak-anak turut berkumpul di tempat kami  berdiri.

Mengelilingi pokok kelapa sawit.

Sabriena nak ambil buah sawit ini untuk dibuat umpan memancing ikan kelah.

Amier melihat ada seekor burung di dalam sangkar.

Sedang mengkaji burung spesis apakah ini.

Rasanya macam burung merbuk.

Perut Amier dah semakin bulat sebab dah terlalu kenyang.

Pekarangan rumah yang kami kunjungi.


Friday, August 13, 2021

Kenduri aqiqah anak Azah

8 April 2017 - Time sekarang adalah masa terbaik untuk aku nak post kisah-kisah lama yang dah berkurun aku peram dalam external hard disk ku. Kah kah kah. Oleh kerana musim pandemik ni kami dah tak ke mana-mana sangat, dan majlis segala jenis semua orang dah tak berapa nak buat pasal risaukan wabak yang semakin menular, maka kisah-kisah lamalah yang wajar dipaparkan. Macam kat tv jugak. Kalau korang perasan, sekarang banyak cerita-cerita lama ditayangkan semula. Terutama drama-drama tempatan. Kan?

Melayan Sabriena makan.

Syahmie pula yang makan.

Masing-masing puas hati dapat makan.

Masa ni orang dah tak ramai sangat rasanya.

Sabriena menghirup kuah yang sedap.

Kami ke rumah boss isteri aku, Azah di sekitar Subang Jaya. Ada kenduri aqiqah untuk anak Azah yang baru dilahirkan. Kami datang satu famili, makan-makan, borak-borak, ambil gambar dan pulang. Kalau ada majlis aqiqah, sudah pastilah ada kambing. Dan kalau ada kambing, sudah pastilah ada aku. Okay lah sampai situ saja. Sehingga berjumpa lagi di majlis makan kambing yang lain.

Bergambar dengan kawan-kawan.

Isteriku bersama Siti Hajar, Azah dengan suami dan anak mereka.

Baby comel sedang sedap tidur.


Wednesday, April 1, 2020

Majlis aqiqah anak Asyraf

22 Jun 2019 - Ini satu lagi kisah silam yang baru aku nak ceritakan. Anak saudara kami - Ashraf dan Shirah membuat kenduri aqiqah untuk bayi mereka yang baru dilahirkan ketika itu. Kami pun pergilah ke rumah mereka di Semenyih (kalau tak silap aku). Kami datang agak awal jugak. Jadi pilihan juadah masih banyak lagi. Yang pertama kami serbu sudah tentulah kambing golek yang telah pun dipotong kecil untuk memudahkan para tetamu memakannya. Gabungan kambing golek dengan sos lada hitam serta meshed potato sudah pastilah merupakan satu kombinasi mantop yang menggugat kewibawaan seseorang individu itu. Dan itulah juadah yang perlu aku baham dulu. Rakus dan dengan penuh berselera.

Kak Esah, Amier dan Mukamil.

Melayan cucu saudara.

Intan menjamah kambing golek sambil bergolek-golek. Hehehe...

Amin dan Ika juga makan kambing golek. Sambil mengembek. Mmmbbeeekkk...

Isteriku masih melayan cucu saudara mewarna.

Sabriena macam dah bosan.

Asyraf mendukung baby.

Baby didukung oleh ayah.
Seperti yang aku katakan tadi, makanan agak banyak terhidang di atas meja yang diletakkan di bahagian porch rumah. Satu-satu juadah aku cuba tanpa rasa segan-silu. Sampai dah tak boleh nak sumbat apa-apa lagi ke dalam perutku kerana telah full tank. Inilah pertama kali kami bertandang ke rumah Asyraf dan Shira. Sebab tu aku memberanikan diri untuk memakan lauk-pauk yang terhidang. Lagi pun kami berada di sana agak lama jugak. Duduk lama-lama tak tau pulak nak buat apa. Yang aku tau cuma mengunyah ajelah. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada Asyraf dan Shirah dan seluruh keluarga mereka yang telah menjemput kami dan melayan kami dengan baik, dan tak kisah kalau aku makan banyak-banyak, kerana juadahnya semua sedap-sedap belaka. Kepada baby, Selamat Hari Aqiqah! Eh! Ada ke orang sambut Hari Aqiqah? Tak kisahlah. Apa-apa pun semoga Asyraf dan Shirah sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, berkat rezeki dan sihat sejahtera selalu. Ameen!

Bergambar beramai-ramai.

Bergambar dengan tuan rumah.

Masa ni yang datang kat rumah tu ialah keluarga kami dan keluarga Kak Esah.

Tiga generasi berbeza.

Isteriku bersama Asyraf dan baby.


Monday, January 7, 2019

Aqiqah baby Emin

1 Mei 2018 - Masa ni seluruh rakyat Malaysia sedang bercuti. Cuti Hari Buruh. Buruh kasar dan buruh halus, semuanya turut bercuti. Minyak Cap Buruh juga bercuti dari segi produksinya. Maka sepupuku Emin suami isteri, mengambil kesempatan hari cuti awam ini untuk mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul bayi mereka yang baru dilahirkan. Maksud aku bukan jambulnya aje yang dicukur, tetapi seluruh rambut pada kepalanya.

Ayahanda Emin sedang mendukung baby.
Antara jemaah yang hadir. Dari madrasah tahfiz barangkali.
Ustaz yang memimpin majlis.
Syahmie dan Amier-Botak-Hair.
Amier duduk di tempat baby.
Keluarga kami telah dimaklumkan mengenai majlis ini. Dan telah dijemput untuk hadir meraikan. Maka kami pun datanglah anak-beranak ke Assam Jawa, Kuala Selangor, ke rumah makcik kami ini. Kami tiba agak lewat. Majlis telah pun bermula. Aku, Syahmie, Farid dan Amier terus duduk di ruang tamu bersama jemaah kaum lelaki yang lain. Bertahlil, berselawat, dan meraikan bayi yang didukung oleh ayahnya, Emin. Setelah seketika di situ, acara berendoi pun selesailah. Dan kami semua dijemput turun ke bawah, ke laman rumah, bawah khemah, untuk menjamu selera. Ketika baru sampai tadi, aku ternampak kambing golek. Ya! Kambing golek!! Itulah yang aku, dan seluruh warga kampung Assam Jawa idam-idamkan. Sepantas kilat aku melompat dari atas rumah, terjun ke bawah, dan mencari kelibat kambing golek, berpandukan kepada baunya yang semerbak mengharum.

Brader Ohsem sedang menggolek kambing di atas bara.
Kedengaran kambing ini masih mengembek lagi. Mmmbbbeeeekkk...
Brader berbaju batik nak tambah kambing golek kat pinggan.
Masih menanti dengan sabar.
Ini baru secebis daging kambing golek yang sedang dipanaskan di atas kuali leper. 
Rupa dan baunya sangatlah menyelerakan.
Penantian yang belum lagi berakhir.
Para pelajar madrasah tahfiz turut beratur untuk mendapatkan daging kambing golek tersohor.
Syahmie turut beratur sama.
Sesampainya di bawah, barisan telah pun panjang. Aku ukur dengan pita ukur, barisan tetamu yang beratur untuk mendapatkan secebis daging kambing golek ialah sepanjang 9.38 kilometer. Aku mengeluh panjang. "Adduuuuuuuuuhhhhhhhh......" kataku dalam hati. Apa nak buat. Aku terpaksa beratur jugak, demi kambing golek pojaan hatikuuu... Setelah beratur selama kira-kira empat hari tiga malam, akhirnya tibalah giliranku untuk mendapatkan kambing golek itu. Nasib baiklah kambing tu besar. Walau pun cuma seekor, tetapi besarnya macam seekor dinosaur jenis "apatosaurus" remaja. Maka kambing golek yang telah dipotong dadu kuletakkan ke dalam pingganku. Aku berasa sangat lega. Sangat lega dan bersyukur. Paling puas ketika daging kambing golek itu kugigit perlahan-lahan dengan gigi rongakku sehingga ia hancur sebelum kutelan perlahan-lahan.

Syahmie dan Farid menanti dengan sabar.
Sepupuku Anis duduk dengan tetamu.
Hari ni Anis tak menyanyi pasal set karaoke tak disediakan.
Sabriena bersama Mamanya.
Farid dan neneknya.
Amier sedang menikmati dengan mendalam keenakan daging kambing golek.
Syahmie sedang menjamu selera.
Ibuku baru selesai makan.
Sabriena main I-phone.
Dia pun dan selesai makan jugak.
Setelah makan dan bersembang dengan kaum keluarga dan sanak-saudara yang ada di sana, kami pun memohon diri untuk pulang membawa perut yang kenyang. Tahniah kepada Emin sekeluarga, menerima ahli keluarga baru yang sangat comel dan cantik. Semoga membesar menjadi insan yang solehah dan berbakti kepada agama, bangsa dan kedua orang tuanya. Semoga kalian hidup penuh dengan keberkatan dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah hendaknya.

Keluarga sepupuku - Jip bersama isteri dan mamanya.
Sepupuku ini sentiasa happy.
Ibu, isteri serta makcikku.
Sebelum kami beredar pulang.