m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label lizard. Show all posts
Showing posts with label lizard. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Telur reptilia purba

Sedang aku mengemas bahagian porch rumah sebab telah diserang anai-anai, aku ternampak dua bijik objek yang menyerupai telur ayam di dalam tool box milik ayahku. Rupanya macam telur ayam, tapi saiznya jauh lebih kecil. Lalu aku ambil dan meneliti dengan penuh konsentrasi yang sangat luar biasa tahap fokusnya. Setelah aku membuat kajian yang terperinci, dan berpandukan kepada pengalaman aku sebagai pengkaji haiwan purba dan archaeologist, aku sangat yakin itu adalah telur dinosaur yang terkecil di dunia. Macam mana ia boleh berada di situ, aku pun belum dapat pastikan lagi. Untuk memastikan aku tidak salah, aku telah memecahkan telur berkenaan, dan alangkah terkejutnya aku apabila yang keluar dari telur itu ialah seekor dwarf tyrannosaurus rex (t-rex). T-rex kecil itu sempat pergi ke arah ku dan menggigit jari manis ku sampai berdarah. Aduh! Jeritku yang bergema di seluruh ruang angkasa kawasan Ampang. Lalu aku cepat-cepat spray dengan ubat nyamuk. Dan terus K.O. t-rex tadi. Kalau masih hidup, tentu saja aku boleh hantarkan spesis haiwan purba itu ke muzium negara dan kalian semua sudah pasti dapat bersemuka dengan nya - eye to eye!

Inilah telur yang dipercayai milik dwarf t-rex.

Monday, August 22, 2011

Sesumpah yang pandai menyamar

Blog entry aku yang latest aku cerita pasal ulat rama-rama besar yang sedang syok port kat pokok terung aku. Semalam aku carilah ulat tu. Puas aku selak daun. Tak jugak jumpa. Mana dia pergi ya? Tak mungkin dia dah jadi rama-rama. Adakah dia telah dimakan merpati atau gagak yang kekadang berterbangan kat kawasan rumah aku? Ataukah dia telah dibaham tikus sebesar anak kucing remaja yang bersarang dalam tanah kat kawasan tu jugak?

Aku tak dapat jawapannya. Sehinggalah aku ternampak seekor cicak mengkarung ala-ala sesumpah duduk tercegat kat tepi pokok terung aku. Lalu aku membuat satu teori yang sangat bernas lagi mencabar tahap keegoan para saintis terhebat di dunia. Aku telah menjumpai sejenis sesumpah aka camelion yang sangat hebat membuat penyamaran. Dia bukan saja boleh menukar warna kulit mengikut sekitaran, tetapi juga boleh menukar bentuk tubuh dan sifat mengikut sekitarannya. Hari tu dia tukar bentuk jadi ulat. Hari ni dia tukar jadi cicak mengkarung pulak. Aku rasa teori aku ni memang sangat bernas dan tepat.

Siapa ada nombor telefon National Geographic? Aku nak call dia kejap lagi nih! Pakcik fofular! Pakcik fofular!!!

Mengkarung a.k.a. ulat a.k.a. camelion.

Wednesday, July 27, 2011

Bila cicak dah melekat

Setiap kali aku ke meja makan untuk menjamu selera, pasti ada mata-mata kecil melirik ke arahku dan ke arah makanan yang terhidang. Bila malam menjelang, atau bila suasana lengang dari kehadiran manusia, mereka ini mula mengintai peluang mendekati tudung saji dan mencari lubang untuk masuk dan menjamah apa saja yang terhidang. Barangkali mereka sudah biasa mendapatkan makanan cara ini, kerana dari susuk tubuhnya yang agak gempal dan gebu, sudah pasti usaha mendapatkan makanan selalunya berakhir dengan kejayaan. Lalat-lalat nakal juga memang selalu mengerumuni makanan dan ini juga menjadi tarikan.

Kami memang cukup geli dengan mereka. Merekalah sang cicak yang hidup berleluasa di rumah kami. Di lantai, siling, atas meja, celah almari, penuh dengan cicak. Terlalu banyak cicak di mana-mana. Selak cicak baru nampak jubin lantai. Banyak sungguh! Macam-macam cicak ada, termasuklah cicak gecko yang harganya puluhan ribu. Pakcik kayo! Pakcik kayo! Tapi bukan itu matlamat kami. Tanda hitam putih yang ditinggalkan sang cicak memang merimaskan. 

Kami fikir ikhtiar untuk membasmi cicak-cicak durjana ini. Kakakku lalu membeli pelekat cicak yang sangat hebat dari kedai berhampiran. Hari pertama kami hamparkan di atas meja makan telah membuahkan hasil yang lumayan. 5 hingga 7 ekor cicak telah terjerat. Besar-besar belaka. Bukan saja cicak yang kena perangkap, tetapi juga beberapa ekor biawak yang berlegar-legar di belakang rumah mengendeng ayam jiran turut terjerat sama. Malah seekor buaya tembaga sebesar kereta Kancil yang selalu mundar-mandir kat dalam longkang rumahku turut menjadi mangsa jerat ini. Sungguh hebat perangkap ini. Dengan hanya menggunakan gam super melekit buatan orang asli, telah berjaya memperdaya serangga dan seterusnya cicak. Ha ha ha... Kami ketawa kepuasan. Yahhhhhh!!! Mana lagi cicak, biar kami hapuskan mereka semua.

Dinasihatkan sesiapa yang penggeli jangan menonton aksi mengerikan cicak-cicak ini.