m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Kisah pendek Si Kechik

17 November 2014 - Kami dapat jemputan untuk menghadiri satu mesyuarat penduduk Kampung Baru di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang untuk membuat satu pembangunan yang melibatkan sebahagian tanah penduduk Kampung Baru. Tanah ayah aku nampak gayanya terlibat kali ni. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh individu berpengaruh di Kampung Baru - Dato' Seri Matshah Safuan. Tapi bukan pasal isi kandungan mesyuarat tu yang nak aku kisahkan. Kali ni aku nak kisahkan pasal satu makhluk kecil yang kami temui di Hotel Regency pada malam itu. Kami gelarkan ia si Kechik.

Si Kechik tengah bermain-main di rumah Kak Esah.
Sesampainya di parking lot tingkat 6, Hotel Regency kat kawasan Chow Kit tu, kami terdengar suara anak kucing mengiau lantang tak henti-henti. Tapi kami tak berapa endahkan bunyi itu sebab kami perlu bergegas masuk ke bilik mesyuarat yang bakal berlangsung tak berapa lama lagi. Mesyuarat tamat kira-kira jam 11 malam (kalau tak salah aku lah). Dan kami terus menghala ke tempat parkir untuk pulang. Suara anak kucing mengiau tadi masih kuat kedengaran. Kami cuba mencari punca suara ngiauan itu. Manalah tau, kot-kot ada anak kucing tersangkut kat tempat tinggi, atau terjatuh dalam lubang.

Badannya sangat kecil. Tapi aku rasa umurnya dah agak lanjut.
Cari punya cari, kami temui seekor anak kucing yang sangat kecil tanpa ibu berlegar-legar di planter box tepi parking. Kami belai ia untuk seketika. Kemudian kami berangkat pulang. Ketika kami baru nak melangkah pergi, anak kucing tadi beria-ia nak ikut kami. Kami cuba tinggalkan ia jauh-jauh, dan cepat-cepat nak masuk ke dalam kereta. Anak kucing itu masih lagi mengikut kami. Kami letak anak kucing tadi lebih jauh lagi. Kami masuk ke dalam kereta sepantas kilat. Start enjin. Tekan minyak dan pecut 150 km/jam. Anak kucing tadi masih mengekori kami. Kami dikejar dari simpang ke simpang. Dari selekoh ke selekoh. Dari highway ke highway. Bagai adegan kejar-mengejar dalam cerita Fast And Furious 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Akhirnya kami mengalah. Kami bawak ia pulang. Dan menamakan anak kucing tadi si Kechik kerana tubuhnya yang sangat-sangat kecil.

Si Kechik menumpang susu salah seekor ibu kucing kat rumah Kak Esah.
Sebenarnya si Kechik bukan saja lapar. Tetapi ia jugak inginkan teman. Tak kiralah temannya itu seekor kucing ataupun manusia. Badan si Kechik banyak kurap dan kutu. Kutu pada badan Kechik sangatlah besar. Sekor kutu tu saiz dia dekat nak sama dengan saiz badan Kechik. Kami hantar Kechik ke hotel haiwan. Pusat jaga  haiwan tu mandikan Kechik dengan syampu Head & Shoulder yang boleh hilangkan kelumumur, kurap dan kutu 99.99 %. Lepas mandi, bulu si Kechik jadi lembut dan wangi. Kira-kira keesokan harinya, aku perasan dah tak kedengaran suara si Kechik lagi. Rupa-rupanya si Kechik telah hilang dari rumah kami. Tak taulah apa yang terjadi pada si Kechik. Kami cuma mengharapkan yang terbaik buat si Kechik. Biarlah dia sihat dibela oleh orang-orang yang sayangkan haiwan kecil seperti si Kechik.


Friday, August 30, 2013

Kucing-kucingku yang telah pergi...

Aku perlihatkan wajah-wajah anak-anak Isabel, cucu-cucu Snowcat, anak-anak saudara Snowie. Nama-nama mereka pun aku tak tahu. Yang aku tahu cuma sekor aje. Isteri aku bagi nama sekor yang paling kembang bulunya - "Comel Tak Kak Ton". Panjang betul nama dia. Tapi aku panggil Kak Ton aje. Sekarang semua mereka dah pulang ke tanah. Mereka mati secara misteri. begini kronologinya:

Masa mereka baru dilahirkan, kami simpan mereka kat sangkar depan rumah. Tiap-tiap hari Isabel kena masuk kandang tu untuk menyusukan anak-anaknya. Bila agak-agak dah besar sikit, barulah kami letak kat kandang belakang. Masa tu dia dah pandai berak. Baunya semerbak harum. Jadi kami letak kat belakang supaya kat porch rumah tak bau busuk. Semakin besar, kami lepaskan kucing-kucing tu dari sangkar. Tapi kami masih biarkan mereka bermain-main kat belakang. Tapi mak mereka, Isabel pergi ajar anak-anak kucing tu hala tuju ke bahagian depan rumah. Kami tak boleh buat apa. Itu anak Isabel. Dialah yang paling berhak menentukan nasib dan masa depan anak-anaknya sendiri.

Si mata biru.
Aku tak tau nama dia siapa.
Baru bertatih.
Belum pandai main sepenuhnya.

Kami agak gusar, takut-takut anak-anak kucing tu digilis tayar kenderaan yang lalu lalang dengan laju bak F1. Tapi anak-anak kucing tu nampaknya macam telah diajar oleh Isabel untuk berhati-hati dengan objek bergerak yang dipanggil kereta, lori, motor, kereta kebal dan trailer. Maka kesemua mereka terselamat dari bahaya kenderaan. Namun mereka tetap mati juga. Satu persatu. 

Kami tak dapat pastikan dengan jelas punca sebenar kematian mereka. Walaupun bedah siasat telah dilakukan oleh Unit Forensik, namun jawapannya masih tak dapat kami perolehi. Lalu kami rumuskan bahawa mereka mati sebab keracunan makanan. Dulu, pakcik dan makcik mereka pun ada jugak yang mati secara misteri. Mereka akan terberak-berak, badan lemah dan akhirnya mati. Aku sempat terhidu bau mulut salah sekor kucing yang ada. Baunya busuk macam bangkai. Aku rasa ada sesuatu yang telah melumpuhkan sistem dalaman kucing-kucing tu. Dan kesemua kucing-kucing tu mati tanpa sempat mereka membesar menjadi dewasa. Di sini aku perlihatkan gambar-gambar mereka dengan telatah masing-masing.

Inilah Comel Tak Kak Ton.
Kucing-kucing dalam beg angkut.
Amier dengan Si Mata Biru.
Bermain dengan  Kak Ton.
Kucing-kucing ni belum betul-betul nakal lagi.
Ketakutan.
Amier seronok bermain dengan anak kucing.
Si hitam yang ketakutan,

Tuesday, April 9, 2013

Si pemburu jalanan

Snowie dan Isabel adalah dua ekor kucing adik beradik, satu mak dan satu bapak yang kami bela bersama kucing-kucing lain dari kerabat yang sama. Snowie - si jantan yang sangat manja. Tak suka merayau, suka duduk kat rumah, kalau makan nak dilayan, dan lain-lain perangai Snowie yang mengalahkan sifat-sifat kucing betina. Isabel pulak adalah seekor mak kucing beranak lima. Anak-anak Isabel masih dalam sekolah tadika lagi. Isabel lebih independent, walaupun tubuhnya lebih kecil dan tidak sesasa abangnya Snowie. Itu adalah tingkah Snowie dan Isabel di mata kami saban hari.

Tetapi, kedua-dua kucing ini mempunyai suatu karaktor yang berbeza apabila malam, atau dinihari menjelang. Sesekali kami dapati ada bangkai cicak, tikus atau burung yang bergelimpangan di porch depan rumah. Pada awalnya kami tidak pasti angkara siapa, sehinggalah beberapa kali kami ternampak kedua-dua adik-beradik ini meratah rakus bangkai-bangkai haiwan yang telah terbujur itu. Ohhhhh..... rupa-rupanya, mereka berdua ini adalah pemburu jalanan yang sangat handal. Kami tidak pasti bagaimana mereka memburu - sama ada bersendirian atau berdua. Tapi yang pasti, mereka ada kaedah tersendiri bagi menjerat mangsa-mangsa yang malang.

Seekor merpati tumbang dikerjakan Snowie dan Isabel.
Komponen tubuh tikus yang tidak dimakan: 1.kaki hadapan 2.muncung bermisai 3.kaki belakang 4.ekor.
Habis rabak tubuh dan bulu merpati ini.
Isabel sangat beselera meratah daging merpati hingga ke tulang.
Pernah sekali, kami terlihat kelibat seekor anjing rottweiler yang telah tergolek dog di depan pintu rumah kami. Dan ada beberapa kali pulak, kira-kira enam ekor lembu tak berkandang telah terbujur mati di porch rumah kami angkara kucing-kucing pemburu jalanan ini. Tapi yang paling mengejutkan kami ialah, pada suatu hari kami telah membawa kedua-dua Snowie dan Isabel ke Zoo Negara untuk melihat haiwan-haiwan di sana. Tiba-tiba, ketika di kandang gajah, Snowie dan Isabel telah menyerang gajah itu dengan penuh kesungguhan, seperti dalam cerita KL Gangster. Lemah longlai gajah jantan yang perkasa itu. Nasib baiklah badan gajah tu tersangat berat, kalau tidak, sudah pasti Snowie dan Isabel akan mengheret tubuh gajah tadi hingga ke depan rumah. Wahai penjenayah, berhati-hatilah dengan dua ekor kucing ini. Mereka lebih ganas dari pitbull, lebih pantas dari cheetah, lebih licik dari serigala, dan lebih perkasa dari seladang. Penjaga rumah yang setia dan berani. Waspadalah!!!

Isabel masih meratah merpati.
Snowie sedang menikmati daging burung. Tak taulah kami itu burung apa. Mungkin jugak burung ostrich kot.
Sekor lagi burung menjadi mangsa. Perutnya sudah terbarai.
Tikus ini mati terkejut kerana terlalu takut dengan Snowie dan Isabel.

Thursday, March 14, 2013

Isabel dah beranak

Akhirnya Isabel pun beranak. Anak yang dilahirkan ada lima ekor semuanya. Masa baru lahir, anak-anak Isabel nampak macam colour hitam semuanya. Bila dah besar sikit barulah nampak corak badan mereka dengan lebih jelas. Nama anak-anak Isabel adalah seperti berikut: Upin, Apin, Gopal, Ying dan Yaya. Tapi sampai sekarang aku masih tak tau pemilik nama-nama anak kucing tu secara khusus. Isabel tak macam kakaknya Brownie. Dia sangat tekun dan pandai menjaga anak secara bertanggungjawab. Sedangkan Brownie, kami terpaksa kurung dia dengan anak-anak supaya dia tak lari dari menunaikan tanggungjawabnya menjaga anak-anak. Anak-anak Isabel kami simpan dalam kandang besar. Kalau nak menyusu, Isabel akan mengiau mintak masuk kandang. Kalau dah menyusu, Isabel akan mengiau lagi nak mintak keluar kandang pulak. Kami ada jugak ajar Isabel suruh sebut "masuk" dan "keluar". Tapi lidah Isabel nampaknya sangat payah nak menyebut perkataan-perkataan yang kami ajarkan kepadanya. Nanti kalau anak-anak Isabel dah semakin remaja, kami akan pindahkan pulak mereka ke sangkar belakang rumah, sampailah mereka cukup besar untuk dibebaskan. Aku rasa kat belakang rumah aku nanti akan jadi zoo kucing gamaknya. Asalkan kucing-kucing kami ni semua tak menyusahkan jiran-jiran, sudahlah.

Isabel melayan anak-anaknya.
Isabel - ibu kucing yang bertanggungjawab.

Tuesday, January 22, 2013

Kisah arnab rocker

Ini kisah seekor arnab. Ia bukan arnab biasa. Tapi arnab ini telah dibesarkan dalam suasana rock & roll. Ini menyebabkan arnab ini turut terpengaruh dengan budaya rock seperti rambut (bulu) panjang. Sesekali kalau korang pergi melawat arnab ni, korang akan terdengar arnab ni berkata, "Ye yeaaaaaagghhhh!!!" Ini bermakna darah daging arnab ini memang berjiwa rock kental. Kalau korang nak nengok spesis arnab rocker ni, bertandanglah ke rumah makcik saudaraku di Kampung Kenanga, Rawang. Dia memang sedang menanti kedatangn anda semua. Rock babey!!!

Arnab rocker yang tak banyak cakap.
Setiap hari dia kena dengar lagu-lagu hard rock.

Sunday, August 19, 2012

Carrie masih kena kurung lagi... kesian

Dalam blog aku yang lepas, aku ada cerita perihal kucing kami bernama Carrie yang cedera di kaki dan dinasihatkan doktor untuk dikurung, supaya kaki dia tak kena kuman dari tanah atau pasir berak kucing. Setelah hampir seminggu, aku bawak balik Carrie jumpa doktor. Kira macam follow up treatment dengan doktorlah. Aku pergi berdua aje dengan Amier.

Amier sedang bawak Carrie untuk jumpa doktor di klinik.
Aku ingatkan kalau pergi hari weekday kurang orang. Sekali nengok, punyalah ramai manusia dan binatang beratur nak dapatkan rawatan doktor. Yang paling banyak mestilah kucing. Tapi masa kami sampai tu ada sekor anjing sedang dirawat pasal kena buwasir kot, dan ada dua lagi anjing sedang tunggu giliran. Selebihnya kucing. Tapi ada jugaklah beberapa haiwan ekzotik turut beratur seperti gajah, sesumpah, ular anaconda, kura-kura Galapagos dan badak sumbu Sumatera. Jenuh aku nak menunggu giliran kami tiba.

Amier kebosanan menanti giliran.
Bau klinik tu bukan main busuk pulak hari tu. Udara sekitar sangatlah tak menyegarkan. Aku kat situ lama-lama macam nak kena resdung rasanya. Perit hidung aku! Terpaksalah aku pinjam tong gas oksigen kat Hospital Ampang Puteri yang terletak tak jauh dari situ bagi membantu pernafasan aku yang terganggu dek kebusukan klinik tersebut.

Tak boleh letak haiwan peliharaan di atas kaunter, termasuklah labah-labah, kumbang, atau semut sekali pun.
Tunggu punya tunggu akhirnya tibalah giliran Carrie untuk diperiksa doktor. Doktor nengok-nengok kaki Carrie. Dia cuci dengan ubat pencuci luka. Doktor kata sel kulit baru dah terbentuk, tapi lukanya masih belum sepenuhnya tertutup. Doktor kata Carrie masih perlu dikurung. Alamak! Apa nak buat, terpaksalah kami kurung Carrie lagi sampai dia betul-betul sembuh.

Pada 1 Syawal tahun ni, hari raya Aidilfitri, kami bebaskan jugak Carrie. Aku nengok dia macam dah sembuh aje. Carrie dah boleh berlari tanpa terhincut-hincut. Aku periksa lukanya pun dan kering. Okay! Sekarang Carrie dah bebas balik. Bukan main happy betul aku nengok raut muka si Carrie tu. Tapi main jangan kat tengah jalan ya.

Carrie pun bosan jugak tunggu giliran.

Saturday, August 11, 2012

Carrie jumpa doktor

Dua hari lepas, pada waktu malam Carrie balik ke rumah dengan jalannya terhencut-hencut. Kami periksa kakinya. Cedera dan luka! Aku fikir, mungkin Carrie dilanggar kereta, sepertimana beberapa kucingku yang lain. Aku amat-amati luka kat kakinya. Macam patah pun ada jugak. Aku plan nak bawak dia jumpa doktor haiwan esok harinya. Soal kaki patah tu aku rasa boleh sembuh dengan cepat. Cuma aku risau jangkitan kuman pada tempat lukanya tu. Doktor mungkin akan bagi dia makan antibiotik untuk membunuh kuman.

Carrie dalam beg kucing sedang bersedia untuk berjumpa dengan doktor.
Carrie agak resah dan berdebar menanti giliran.
Esok siangnya, aku siap beli beg / bekas untuk bawak kucing dari kedai haiwan berdekatan. Bila dah beli beg kucing tu, si Carrie pulak yang tak ada. Dia tak balik rumah siang hari tu. Risau jugak aku dibuatnya. Dia merajuk dan bawak diri ke? Tapi mujur pada hari berikutnya dia pulang jugak ke rumah pada waktu pagi. Aku cepat-cepat kurung dia dalam sangkar, tak bagi dia keluar. Siang sikit nanti aku nak bawak Carrie berjumpa doktor.

Kira-kira jam 11.30 pagi, aku, isteri dan Amier terus ke Klinik Haiwan Hayward yang terletak bertentang jalan dengan Ampang Point. Kucing aku dulu pun aku bawak jumpa doktor kat klinik ni jugak. Bila masuk dalam klinik tu aku nengok ada beberapa ekor kucing dan seekor anjing yang dah nazak sedang beratur nak jumpa doktor. Tak lama kemudian, datang lagi seekor anjing comel dari jenis "pug". Dan tak lama lepas tu datang pulak satu lagi anjing besar entah dari jenis apa entah yang agak menggerunkan kami tiga beranak. Nasib baik anjing tu dah terlalu tua. Jalan pun terhoyong hayang. Jadi dia taklah ganas seperti nampak ganas pada raut wajahnya.

Klinik Haiwan Hayward. Tempat ni sangat tak nyaman. Susah nak nafas pasal banyak hama kot.
Akhirnya tibalah giliran Carrie pulak untuk dirawat oleh doktor. Kami pun bawak Carrie masuk ke dalam bilik perundingan. Sementara menunggu doktor datang, sempat jugak aku bertanya kepada pembantu doktor tu, sama ada doktor ni turut merawat haiwan-haiwan yang selain dari anjing dan kucing. Kata pembantu tu, dulu dia rawat, tapi sekarang dia dah tak rawat lagi. Kata pembantu tu lagi, dulu dia pernah merawat beberapa jenis binatang berikut: tampal gigi geraham buaya yang berlubang, bagi ubat kurus kepada badak air yang overweight, membuat pembedahan memanjangkan belalai gajah, dan tak ketinggalan menukar jantina seekor gorilla Afrika jantan yang ala-ala sotong gitu, auwww...

Mententeramkan Carrie yang kegelisahan.
Bilalah giliran Carrie ni? Anjing besar tu dah ada kat sebelah sudut situ!
Doktor pun melihat kaki Carrie. Katanya luka dia agak dalam dan besar. Nasihat doktor kepada kami, Carrie kena diberi makan pil antibiotik dua kali sehari. Dia kena dibela di dalam bilik untuk menghindar lalat dari hinggap pada luka tersebut. Perlu sediakan kertas atau tisu untuk dia buang air. Tak boleh pakai pasir kucing. Lalu kami ikutilah nasihat doktor. Carrie sekarang duduk dalam sangkar kat dalam rumah. Riuh hingar satu rumah pasal Carrie memang sungguh-sungguh nak keluar bebas. Yuran jumpa doktor serta ubat-ubatan, kami bayar RM56. Semoga Carrie cepat sembuh dan boleh hidup bebas macam adik-beradiknya yang lain.

Inilah anjing jenis "pug".