m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label raub. Show all posts
Showing posts with label raub. Show all posts

Tuesday, March 26, 2019

SEMESTA: Mesyuarat PIBG yang pertama dan terakhir

22 Mac 2019 - Hari ini kami ke Raub untuk menjemput Amier yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Murid-murid sekolah akan bercuti penggal selama seminggu. Maka kami nak bawak Amier balik ke rumah. Tapi pada sebelah pagi ada mesyuarat PIBG. Kami masuk ke dalam dewan untuk turut mendengar apa yang diperbincangkan. Dan untuk memilih calon-calon yang bakal memegang jawatan dalam persatuan PIBG sekolah.

Kami duduk di sebelah kiri dewan.
Berborak dengan teman parents.
YDP PIBG sedang berucap panjang.
Antara yang disentuh adalah isu air.
Naib YDP En Murshid. Aku mengenali beliau sebelum ini kerana anak-anak kami bersekolah di sekolah rendah yang sama. 
Kami dibekalkan dengan sarapan yang terdiri daripada bihun goreng dan air. Kami cari tempat duduk, dan berjaya menemukan tempat di sebelah kiri dewan. Waktu itu YDP PIBG, YM Dato' Tengku Rahman Tengku Perang sedang berucap. Agak panjang ucapannya, dan penuh pengisian. Diikuti oleh kata-kata aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran SEMESTA, En Mohd Basri. Pendek dan padat ucapannya. Tak lama selepas itu, AJK PIBG sesi 2018/2019 pun dibubarkanlah. YM Dato' Tengku Rahman menjadi pengerusi sementara. Dan pemilihan AJK baru pun berlangsunglah. Ibu bapa pelajar memilih calon pilihan mereka dengan penuh bersemangat. Kami tidak terkecuali.

Keputusan pemilihan adalah seperti beikut:

YDP PIBG - En Ahmad Murshid Ahmad
Naib YDP - En Razali
AJK - En Rosmin, En Asri Sudin, En Wan Adlin, ASP Juhari, Dr Sarifah, Pn Asnida

Kelihatan di meja hadapan Cikgu Ismail dan En Mohd Basri.
Sebahagain dari AJK PIBG sesi 2018/2019. 
AJK PIBG wanita sesi 2018/2019.
YDP PIBG meneruskan ucapan.
Kelihatan En Razi dan isterinya.
Suasana di dewan sidang.
Suasana agak tenang.
Mesyuarat Agung PIBG SEMESTA kali ke-34.
Ibu bapa berebut-rebut nak menjawab soalan matematik kerana nak kan hadiah lumayan yang ditawarkan.
Sebahagian ibu bapa ingin menjawab kuiz IQ.
"Siapa nak hadiah?" Ramai yang angkat tangan.
"Kami pun nak hadiah jugak!" teriak hadirin di dewan.
Mengumumkan barisan AJK PIBG yang baru.
Selepas mengundi, kami terus keluar dewan untuk ke pejabat. Sebenarnya hari itu merupakan hari terakhir Amier bersekolah di SEMESTA. Kami telah aturkan pertukaran sekolah Amier - dari Raub beralih ke Kajang. Jadi, segala urusan surat-menyurat perlu diselesaikan terlebih dulu. Setelah mendapatkan fail peribadi Amier dari Cikgu Shahidee, dan bersalaman dengan Cikgu Ismail yang telah banvak membantu kami sepanjang Amier bersekolah di SEMESTA, kami pun bergerak keluarlah dari pekarangan sekolah. Seorang pelajar senior tingkatan 4, Darwish kami tumpangkan ke stesen bas di tengah bandar. Selamat tinggal SEMESTA. Ada rezeki, kami jengah lagi bertanya khabar. Semoga SEMESTA terus maju jaya dan cemerlang hendaknya.

En Mohd Basri membuat pengumuman.
Barisan AJK PIBG yang baru, YDP En Murshid dan Naib YDP En Razali.
Turut kelihatan En Wan Adlin.
Dan Puan Asnida.
Bersedia menggalas tugas.
YDP baru membuat ucapan.

Tuesday, January 15, 2019

Apa khabar teman di Raub?

11 September 2018 - Ini ada satu lagi cerita lama. Masa ni Amier belum bersekolah kat SEMESTA lagi. Sabriena belum masuk darjah satu lagi. Malah Syahmie pun masih belum berangkat ke Mesir lagi. Tapi masa tu kawan rapat wife aku, Ienah telah ditimpa kemalangan yang menyebabkan beliau terpaksa banyak berehat dan kurang bergerak. Sebagai kawan rapat, isteriku berhasrat untuk menziarahi beliau yang tinggal di Raub. Sebab Ienah dan suami (Mohamad) memang selalu jugak berkunjung ke rumah kami ketika sihat. Ini adalah lawatan balas dari kami pulaklah.

Isteriku sedang check out kat kaunter.
Duduk berehat di lobi yang lengang sebelum berangkat pulang.
Memang cuma ada kami aje kat sini pada masa ni.
Full house. Seluruh anggota famili ada di sini.
Kami berada di rumah Ienah sehingga tiba waktu isyak. Jadi kami putuskan untuk duduk lepak kat Raub satu malam dan akan bertolak ke Kuala Lumpur pada esok paginya, ketika kami lebih segar. Kami cari hotel di pekan Raub. Lalu terjumpalah satu hotel yang diberi nama Hotel Raub. Kalau tengokkan dari segi design dia, luaran dan dalaman, aku rasa usia hotel ni dah agak lama. Dan kalau ikut tulisan yang tertera di papan tanda, katanya Hotel Raub ni telah wujud sejak tahun 1968 lagi. Lama betul tu! Tak taulah aku kesahihannya. Dari luar hotel ni nampak agak buruk pasal di luarnya menjadi tempat beristirahat burung-burung merpati. Faham-faham ajelah, di mana ada kawanan merpati, di situlah ada najis burung dalam kuantiti yang banyak. Tapi bila kami masuk ke dalam, suasananya agak berbeza. Walau pun design interior-nya agak lama, tapi masih terjaga rapi dan agak bersih. Kami berpuas hati duduk bermalam di sini. Harganya pun boleh tahan jugaklah. Tak silap aku sekitar RM140 kot semalam.

Amier membandingkan kalkulator miliknya dengan kalkulator yang dipamerkan di ruang lobi hotel.
Lama versus baru.
Sabriena bergambar dengan kuda.
Hidungnya dikembangkan macam hidung kuda. Hahaha... kelakarlah Sabriena ni!
Bangun dari tidur keesokan paginya, kami berasa cergas. Sempat bergambar seketika di lobi hotel dan di luar hotel. Kami pulang ke Kuala Lumpur tidak tergesa-gesa. Perjalanan sangat tenang dan alhamdulillah, selamat. And we all live happily ever after. The end.

Bergambar di luar hotel.
Nampak macam buruk aje kan?
Tapi dalamnya boleh tahan.


Monday, January 14, 2019

Melawat Amier di SEMESTA: Ikan patin tempoyak steam

12 Januari 2019 - Tak sampai seminggu kami menghantar Amier ke SEMESTA, kami dah datang lagi ke Raub untuk melawat Amier. Sehari sebelum ni, Amier ada telefon. Nada suaranya macam happy aje. Dan Amier juga ada memesan agar kami datang ke sekolahnya pada hujung minggu. Aku hantar whatsapp kepada Pengetua. Pengetua kata kalau nak datang, kena datang selepas jam 12.00 tengah hari. Paginya pelajar tingkatan 1 ada program orientasi. Jadi kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Raub selepas solat zuhur. Sebenarnya kira-kira jam 3.15 petang.

Nampak kulit Amier macam dah gelap sikit.
Tiga beradik bergabung.
Mama pun bergabung sama.
Dan finally Papa pulak bergabung dan ber-wefie.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub mengambil masa lebih sedikit dari sejam setengah. Jalan agak lapang. Kalau sesak, boleh jadi sampai dua jam. Kami tiba di SEMESTA pada kira-kira jam 5.00 petang. Kami mendaftar di pondok pengawal. Dan memesan agar memanggil Amier. Kami diarahkan tunggu di kantin sekolah. Agak lama juga kami di kantin sebelum Amier muncul mendapatkan kami. Rupanya Amier sedang solat asar ketika pengumuman memanggil namanya dibuat. Sabriena yang melihat kelibat abangnya terus tersengih-sengih dan ketawa keseronokan. Aku juga berasa lapang melihat Amier yang masih mengekalkan bentuk badannya yang bulat. Setelah bersalaman dan berpelukan, Amier terus duduk di kerusi kantin.

Wanie dan Amier.
Sempat jugak Wanie menyakat Amier dalam pertemuan singkat ini.
Amier dan Sabriena.
Kami hulurkan kepada Amier sebekas laksa sarawak. Amier makan dengan penuh berselera. Mama dan Sabriena tumpang makan sama sebab tengah hari tadi tak sempat menjamah apa-apa. Selepas makan laksa, aku beli aiskerim potong dari kantin. Kami makan aiskerim beramai-ramai. Boleh tahan jugak rasa aiskerim potong tu. Lembut, lemak, terasa kenakannya sampai ke hujung perut. 

Di kantin aku tak banyak bersembang dengan Amier. Dapat melihat wajahnya yang tembam tu pun dah menyeronokkan aku. Apa lagi bila berpelukan dan mencium pipinya yang berlesung pipit. Begitulah yang kulakukan setiap pagi kalau menghantar Amier ke sekolah kebangsaan. Selain laksa sarawak, Amier turut kami bekalkan dengan selembar sejadah putih dan beberapa helai baju t-shirt berkolar milikku yang dah agak sempit untuk kupakai. Lebih padan untuk Amier rasanya. Kira-kira jam 6.00 petang, kami perlu beredar sebab Amier pun perlu berkumpul dengan teman-teman tingkatan 1 yang lain. Okay. Bye-bye Amier. Jumaat depan kami datang lagi untuk bawak Amier pulang bercuti pulak.

Sabriena peluk abangnya.
Teman bergurau dan teman bergaduhnya.
Kami berhubungan dengan teman kami di Raub - Ienah dan Mohamad. Ienah ajak kami bertemu dan minum-minum atau makan-makan kat kedai. Setelah solat asar di pekan, Mohamad dan Ienah terus membawa kami ke sebuah restoran yang agak besar - Azmi Steam Tempoyak. Dari nama restoran ini saja dah boleh tau, specialty-nya ialah masakan ikan steam tempoyak. Jadi itulah yang kami pesan untuk makan berlima orang. Sabriena seorang aje yang pesan chicken chop. Yang lain makan ikan patin steam tempoyak dan beberapa lauk-pauk yang lain juga. Berselera sungguh kami makan. Masakannya memang sedap. Aku makan punyalah banyak sampai rasa macam nak muntah. Makan petang tu Mohamad dan Ienah yang belanja. Terima kasihlah kepada teman kami berdua tu. Semoga rezeki kalian lebih murah dan berkat. Dan diberikan keafiatan sentiasa. Hidup dalam rahmat dan redha Allah selalu. Kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur setelah solat maghrib di masjid berhampiran. 

Kedai makan Azmi Steam Tempoyak.
Luarnya lapang. Senang nak parkir kereta.
Dalamnya jugak sangat lapang. Ada kawasan aircond jugak.
Kolam ikan patin dan tilapia. Main sauk aje kalau nak masak dan makan.
Ikan-ikan ni semua tak hanyir. Malah sangat sedap.
Dipersembahkan - masakan malam.
Inilah lauk idaman kalbu - patin steam tempoyak.
Teman kami - Ienah dan Mohamad.
Semua orang makan berselera.
Makan sampai buncit.