Selasa semalam aku minta off dari ofis pasal nak hantar Syahmie pergi interview kat MRSM Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan. Beberapa hari sebelum pergi, aku ada tanya staf aku yang duduk kat Negeri Sembilan akan duduk letaknya pekan Gemencheh ni. Tapi tak sorang pun yang tau. Aku jadi resah. Kot-kot Gemencheh terletak di suatu sudut penjuru dunia yang jauh dari tamadun kemanusiaan. Mungkin di dalam belantara tebal yang dilingkungi kawanan gajah dan badak sumbu serta gorila. Hirau akan kemungkinan terlambat untuk sampai ke destinasi, kami telah bangun seawal jam 4 pagi. Masing-masing pekena telur ayam rebus 3/4 masak. Dan dengan semangat yang kental, kami menaiki Exora meredah gelita pagi.
Kalau ikut peta Google, masa yang diambil untuk sampai ke destinasi kira-kira 2 1/2 jam. Tapi oleh kerana takut tersesat, jadi aku bagi time lebih sikit. Pagi sangat dingin, lebih-lebih lagi dihembus angin aircond kereta. Lebuhraya sangat lapang. Dan jam enam lebih, kami sampai di Alor Gajah dan bersolat subuh di sebuah masjid berdekatan. Pak imam masjid tegur aku dan kami bersembang. Aku menyatakan harat kami untuk menghantar Syahmie ke MRSM. Semakin lama bersembang, semakin panjang pulak corat-coret pak imam tadi. Berkali-kali aku bagi salam selamat tinggal. Tapi dia masih jugak menyambung cerita. Kami cepat-cepat naik kereta meninggalkan perkarangan masjid. Dari jauh masih kedengaran sayup-sayup suara pak imam menyambung ceritanya mengenai hal sekolah.
|
Nun di belakang ada court tenis dua buah. |
|
Menunggu waktu mendaftar. |
|
Sedang membaca latar belakang MRSM Gemencheh. |
|
Cukup ramai yang datang interview. |
Kami sampai di MRSM Ulul Albab kira-kira sebelum jam 8 pagi. Terus parking kereta dan tunggu saat untuk mendaftar. Aku rasa kamilah keluarga pertama yang tiba di situ dengan penuh semangat. Sambil tunggu waktu, kami bersarapan dalam kereta, baca Yasin, baca buku dan termenung. Sempat aku nengok ada court tenis kat MRSM ni. Aku pesan kat Syahmie, "Nanti bolehlah main tenis kat sini." Syahmie sekadar mengangguk. Memang cantik tempat ini, dan terpinggir dari hiruk-pikuk kota. Sesuai untuk pelajar mendalami ilmu. Cuma yang aku perasan, kat sini banyaklah pulak lalat. Mungkin berdekatan dengan tempat ternak ayam kot. Dulu kat sekolah lama aku, MRSM Pengkalan Chepa pun rasanya banyak jugak lalat. Mungkin semua MRSM memang banyak lalat kot. Tak taulah.
|
Lalat memang banyak kat sini. Siapa nak tahi lalat kat muka, sering-seringlah datang ke sini. |
Selepas mendaftar jam 8.30 pagi, Syahmie pergi untuk ditemuduga dan untuk mengambil peperiksaan yang disediakan. Ini termasuklah menghafaz Quran beberapa ayat dalam masa kurang setengah jam, serta ujian Matematik, Sains dan Jawi. Sementara itu ibubapa diarah berkumpul di surau yang agak besar untuk dengar taklimat dari pengetua sekolah. MRSM ini macam MRSM lain jugak, cuma yang lebihnya dia ada kelas hafaz Al-Quran 30 juzuk serta ada subjek bahasa Arab. Jadualnya memang pack habis. Tapi aku memang berkenan dengan silibus ini. Seronok kalau anak-anak dapat jadi hafiz dan hafizah.
|
Pengetua memberi taklimat. |
|
Ibubapa mendengar taklimat dari pengetua sekolah. |
|
Inilah masjid tempat kami solat subuh. |
|
Masjid yang kecil dan tenteram. |
Sesudah ujian, temuduga dan taklimat, kami pun meninggalkan halaman MRSM Gemencheh kira-kira jam 12 lebih tengahari. Perut kami dah mula berkeroncong lagu Bengawan Solo. Mencari-cari jugak tempat makan ala-ala kampung. Akhirnya kami jumpa satu tempat makan tepi jalan yang dikunjungi ramai orang. Promosinya adalah masakan asam pedas Melaka. Kami order dua set asam pedas ikan pari. Dan tambahannya aku ambil ikan keli masak cili. Tak lama menunggu, makanan pun sampai. Kami makan dengn penuh selera, walaupun tahap kesedapannya sekadar biasa-basa sahaja. Sebiji setengah aku bedal telur masin pasal isteri dan anak aku tak makan telur masin sangat. Tak semena-mena aku ternampak nama Sharipah Atan tertera pada dinding freezer kat kedai makanan tu. Dalam hati aku terdetik, banyak betul kerabat Pak Atan ya...
|
Eh eh. Macam pernah kulihat nama ini. Tapi di mana ya? |
|
Menjamu selera - pari masak asam pedas. |
|
Syahmie juga teruja dapat makan masakan orang Melaka. |
|
Bergambar selepas makan. |
|
Ramai yang mengunjungi kedai makan ini. |
|
Kenyang perut senang hati. |
Sesudah makan, kami bertolak pulang. Singgah sebentar di gerai tepi jalan untuk membeli belacan. Kat Melaka memang famous dengan belacannya. Yang lagi busuk lagi power. Aku cari belacan yang paling busuk di dunia dan telah menjumpainya di warung yang kami singgah. Sekali cium dah nak pitam aku dibuatnya. Ya! Belacan itulah yang harus kubeli! Kalau buat umpan mancing pun pasti ikan-iakan di air akan merangkak-rangkak ke darat untuk mendapatkan secebis dedak umpan berperisa belacan. Kami juga membeli satu bekas wajik sirat. Sekali kami test makan, aduhai!!! Sedapnya bukan kepalang. Hampir-hampir aku menitiskan air mata kejantananku kerana tak tertampung rasa terharu bila memakan wajik sirat yang sangat sedap itu.
|
Syahmie dengan belacan yang terbusuk dan tersedap di dunia. |
|
Siapa nak beli belacan, datanglah ke sini. |
Sebelum sampai di tol Alor Gajah, kami singgah pulak kat satu gerai yang menjual buah binjai. Buah yang susah nak jumpa kat Kuala Lumpur. Sekilo dia jual RM10. Aku ambil empat biji yang berskala sekilo lebih. Buah binjai ni kalau dicampur dengan sambal belacan yang terbusuk di dunia, kalau makan dengan nasi lauk lemak cili api, pasti seseorang itu akan membara dan terus taksub dengan juadah itu. Keenakannya tak payahlah nak diceritakan di sini, kerana ruang menulis seakan-akan terlalu kecil untuk menghuraikan secara terperinci kesedapan rasa yang mengulit segenap permukaan lidah. Tengok tu, aku baru cakap sikit air liur korang dah sebaldi melimpah. Tutup mulut tu! Malaslah aku nak sambung cerita. Okay. Dipendekkan cerita, kami pun baliklah dengan selamat. Namun mataku adakalanya menjadi kuyu apabila terkena terik pancaran matahari. Terpaksa ku tahan dan kubeliakkan mataku kerana aku sedang memandu. Sampai di rumah kira-kira jam 3 petang.
|
Banyaknya buah binjai. |
|
Harumannya menusuk kalbu. |
1. Semoga Syahmie dapat belajar budaya Hafazan tu.. amin!
ReplyDelete2. Wajik Sirat? Perghh.. mesti best gila tuu..
3. Syaripah Atan memang sedara Pak Atan.. hihi ..
saudara, sy pun nak kena hantar anak interview kat mrsm gemenceh n9 pada 11/12/2012 nanti. so far dok tanya org n9 pun depa tak tau tempat tu kat mana. tgk jugak google maps ni tapi tak berapa konfiden. boleh ka tuan bagi guide sikit from Shah Alam ke MRSM tu nak exit mana? ada signboard tak? senang ke tak? perlu ka saya bermalam kat sana?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tahniah kerana anak awak dapat 5A dlm UPSR. Kami dulu bertolak sebelum subuh. Sampai sana kira2 jam 8 pg. Ada dua jalan: 1.Ikut highway LEKAS (tapi saya tak berapa pandai), 2.Ikut highway PLUS. Pergi ke selatan. Exit kat Alor Gajah (menghala ke A-Famosa). Bila dah jumpa AFamosa, jalan terus aje. Jangan belok2, sampailah jumpa simpang 3. Belok kiri. Jalan terus aje. Jangan belok2, sampai jumpa simpang 3 lagi. Belok kanan. Jalan terus aje. Jangan belok2. Awak akan jumpa pekan Gemencheh. Terus lagi. nanti akan ada signboard MRSM (tapi kecil aje signboard dia). Dari pekan Gemencheh lebih kurang 5 km ke MRSM. MRSM terletak sebelah kiri. Selamat mencuba. Semoga berjaya mendapatkan tempat belajar di sana. Kalau tinggalkan emel, boleh jugak saya bagi Google mapnya.
ReplyDeleteAssalamualaikum wth Puan,
ReplyDeleteThank you for sharing :)
Sama-sama-sama... Tapi saya tuan, bukan puan. He he he...
Deleteha.ha.. harap maaf. Saya assume blogger yg tudung pink tu..
Deleteassalaamu'alaikum tuan adi,
ReplyDeletedpt kiranya tuan beri pencerahan berikut;
1. calon yg dpt panggilan temuduga memang akan dapat jaminan tempat @ tidak?
2. mohon sharekan map mrsm gemencheh sbb google tak dpt locatekan :)
Waalaikumussalam Mekyam,
Delete1. Calon yg dipanggil utk temuduga tak gerenti dapat masuk MRSM Gemencheh. Bergantung kpd keputusan temuduga. Temuduga ada 3 peringkat. a) Ujian Sains & Matematik dsb. b) Temuduga oleh pegawai bagi menilai personaliti c) Hafazan ayat Al-Quran. Ini SANGAT PENTING. Calon akan diberi satu muka surat yg mengandungi 8 baris ayat Al-Quran. Perlu menghafaz kesemuanya dalam masa 25 minit. Sekurang2nya dapat hafaz 6 baris. Kalau kurang dari itu, permohonan tidak akan dipertimbangkan. (Ini kata2 dari pengetua MRSM Gemancheh).
2. Laluan ke MRSM Gemencheh ada banyak. Tapi laluan favourite saya adalah seperti berikut:
-Ikut Highway Utara-Selatan. EXIT di Alor Gajah/Simpang Ampat
-Lepas Tol belok ke KIRI
-Traffic light pertama di Cross Junction, belok KIRI menghala ke A'Famosa
-Jalan Terus sampai jumpa T-Junction (14km). Belok KIRI menghala ke GEMAS
-Jalan terus sampai jumpa T-Junction lagi (5km). Belok KANAN menghala ke GEMAS
-Jalan Terus. Akan jumpa pekan GEMENCHEH (13.5km)
-Jalan Terus. MRSM berada 11 km di hadapan. Terletak di sebelah KIRI jalan.
Semoga berjumpa destinasi. Terima kasih.
salam saudara adakah soalan interview didalm bahasa inggeris ?
ReplyDeleteWassalam maizatul Hani,
DeleteInterview dlm bahasa Melayu. Tapi ada juga tukang interview yg akan tanya dalam bahasa Inggeris. Dlm erti kata lain - Dwi Bahasa lah.
Keluarga saya ada menyediakan rumah persinggahan, Homestay Hamzah, kira-kira 5 minit dari MRSM, Gemencheh. Maklumat lanjut boleh hubungi 06-4628055 atau 0173500056. tksih
ReplyDeleteAssalam nk tya, mcm saya saya x apply mrsm gemenceh tp dpt i. View Kt situ.. Kalau ada rezeki penempatan mmg cnfirm kat situ jgk ke tmpat yg kita pilih kuala kubu. T. Ksh
ReplyDeleteWassalam Puan. Apply MRSM Ulul Albab kena mohon secara online. Nanti akan dipanggil interview pd 15-18 Dec 2018. Pelajar perlu hafaz satu muka ayat Al Quran (atau hadith bg peajar perempuan yg uzur). Keputusan kelayakan akan diketahui pada 21 Dec 2018. Setahu saya kalau telah ditawarkan satu2 MRSM, dah tak boleh mohon tukar. Tapi puan boleh check dgn MARA utk kepastian. Tk
DeleteAssalamualaikum..nk tanya mcm mana pulang ke kg dan balik semula ke mrsm..ada pengangkutan disediakan tak utk ke tampin
ReplyDeleteWassalam.
DeleteSepanjang anak saya belajar di MRSM Gemencheh, seingat saya sekolah tak pernah menyediakan bas untuk pulang ke kampung. Anak saya pulang ke rumah kami di Ampang dengan dua cara:
1. Kami datang menjemput dengan menaiki kereta persendirian (terutama bila cuti panjang dan peru membawa pulang banyak barang), atau
2. Anak saya pulang dengan menaiki kenderaan awam seperti bas dan lrt (Ini dilakukan setelah anak saya dalam tingkatan 2 bersama rakan-rakan).
Harap ini dapat memberikan sedikit gambaran buat tuan/puan.
Bas express akan lalu Di depan Bas stop MRSM bila mereka pulang ke MRSM.
ReplyDeleteMaksudnya kalau ada pelajar yg nak turun di bas stop MRSM, bas express akan berhenti disitu ke Tuan Adi?
DeleteYa. Bas boleh berhenti di situ. Tapi kena bagi tau drebar lah.
DeleteAssalamualaikum.. Nk tanye utk sbpi dan mrsm mn pilihan ibu bapa
ReplyDeleteWassalam. Susah jugak nak jawab soalan tu. Secara umum bagi saya dari segi infra-struktur, MRSM labih baik sikit dari SBP. Tapi ada juga SBP yang berfpofil tinggi lebih diidamkan oleh ibu bapa. Dari segi silibus dan kaedah pembelajaran, masing-masing hebat dengan cara masing-masing. (Saya tau jawapan saya ini cliche dan tak berapa membantu. Hehehe...)
DeleteAssalamualaikum,terima kasih byk2 Tuan atas segala info yg diberikan.in sha Allah kami akan kesana januari 2022 nti.semoga dipermudahkan segala urusan Tuan
ReplyDelete