m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 19, 2015

Anak saudara berkahwin di Serdang

3 Oktober 2015 - Hari ini sangat teruk jerebunya. Kusangka kabus, rupanya jerebu tebal. Kusangka mendung, rupanya jerebu di angkasa. Walaupun jerebu teruk, kami tetap ke Serdang untuk menghadiri undangan sepupu isteriku yang mengahwinkan anak lelakinya. Menggunakan perisian Waze, kami sampai ke destinasi tanpa banyak masalah.

Amier makan dengan sangat berselera.
Abang Khalid dan Kak Shida bersama pengantin.
Menjamu selera.
Melayan ayam goreng.
Kak Esah dan Intan.
Koas dan Amier.
Safarudin dan Abang Anjang.
Sabriena tembak ayam goreng.
Sepupu isteriku.
Anak-anak saudara.
Tetamu masih ramai. Suasana masih berkabus. Kami suruh anak-anak memakai topeng muka. Mulut dan hidung perlu ditutup agar serbuk asap tak masuk ke dalam paru-paru. Kami lekas-lekas masuk ke dalam dewan majlis. Dan terus mendapatkan makanan yang masih banyak lagi di atas meja hidang. Setelah makan, aku mula berlegar-legar di sekitar dewan dan mengambil gambar saudara-mara yang masih ada di situ. 

Koas minum air sedap.
Anak-anak saudara - Ani dan Mai.
Saudara-mara, adik-beradik.
Poster pengantin di meja hias.
Photo booth.
Koas mencari ketenangan di luar dewan majlis.
Menghirup udara berjerebu.
Berbual-bual dengan Kak Leha.
Amier buat lambang ketam.
Sempat jugak aku berbual-bual dengan saudara-mara yang ada sebelum memulakan langkah untuk beredar dari situ. Kat luar masih berjerebu. Kami terpaksa pakai topeng. Anak-anak pakai topeng doktor bedah. Dan aku pakai topeng Bandi Amuk. Wife aku pulak pakai purdah. Kepulan asap jerebu yang tebal gagal menusuk ke dalam paru-paru kami. Maka kami pun berasa sangatlah happy. Kami diberi sebiji cenderahati ketika kami baru nak melangkah keluar. Cenderahati kami bawa pulang sebagai kenangan.

Bersama ibu pengantin lelaki - Kak Azza.
Bersama Kak Esah, Intan dan Kak Nopie.
Backdrop ini telah dipilih oleh Amier sendiri.
Di luar dewan majlis. Masa untuk pulang.
Sabriena duduk di tangga.
Wife aku pakai purdah.
Sebelum kami berangkat pulang.
Banner perkahwinan.

Saturday, October 17, 2015

Lawatan kawan teater ayah

4 Oktober 2015 - Aku baru aje balik dari menghadiri satu majlis. Tetiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah kami. Keluar dari kereta adalah orang yang memang aku cukup kenal. Kawan teater ayahku, Wak Esbat dan Abang Mat Zain. Aku memimpin tangan Wak Esbat sementara Abang Mat Zain memarkir keretanya. Setelah tetamu kuajak masuk dan duduk di atas kerusi, aku lantas ke bilik mendapatkan ayahku yang sedang berbaring di atas katil. Kupimpin ayah untuk duduk di sebelah Wak Esbat di ruang tamu.

Selalunya aku akan terus pergi dan membiarkan ayahku bersembang-sembang dengan kawan-kawannya. Tetapi kali ini aku menyertai mereka bersama-sama berbual santai. Wak Esbat telah bergerak aktif di dalam teater bersama ayahku sejak tahun enam puluhan lagi. Abang Mat Zain pula telah turut sama terbang ke Indonesia bersama ayahku pada awal 70an dulu. Waktu tu usia Abang Mat Zain baru 15 tahun. Dan aku masih di sekolah rendah.

Mereka berbual-bual pasal zaman bergiat aktif dalam teater dulu, pasal era Kg Baru, pasal usia tua dan penyakit yang mendampingi, dan macam-macam lagi. Ayahku menyuruhku mengeluarkan album gambar lama - lawatan ke Indonesia bersama Teater Keliling. Lama jugak mereka bersembang, sehinggalah jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Wak Esbat ajak Abang Mat Zain balik. Kami bersalaman. Aku nampak betapa akrabnya mereka - orang-orang lama dalam teater.

Ayahku bersama Wak Esbat - The Java Connection.
Abang Mat Zain sedang asyik membelek album lama.
Bergambar tiga sekawan.
Abang Mat Zain, ayahku dan Wak Esbat.

Kenduri di rumah Izhar dan pasca Syawal

15 Ogos 2015 - Bulan Syawal baru aje lepas. Baru sehari atau dua. Dan kini baru masuk awal bulan Zulkaedah. Tapi tempias Syawal masih ada lagi. Jadi masih boleh buat open house raya kalau nak. Pada tarikh ini, kami dapat jemputan dari sepupuku, Izhar untuk ke satu majlis makan-makan. Ia merupakan satu kombinasi open house raya campur doa selamat kerana puteri sulung, Qamarina akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Begitulah dengar-dengarnya. Aku sendiri tak terlintas nak tanya sendiri dengan Izhar untuk mengkonfirmkannya. Yang aku ingat, masa sampai kat rumah Izkar tu, kami terus aje ke meja makan dan memakan segala hidangan yang ada di atas meja.

Wanie sedang mencungkil gigi dengan lidi sate.
Sambil makan minum air.
Amier kurang ada mood untuk makan pada kali ini.
Pakcik Rizali nak menjamah sate pulak.
Sabriena makan nasi beriyani.
Sate daging seladang ini kelihatannya sangat sedap sekali.
Aku agak konfiden masih ingat lagi hala ke rumah Izhar. Sekali bila dah sampai ke Bukit Jelutong, aku terus konfius arah sebenarnya. Pusing melilau-lilau entah ke mana-mana entah. Rupa bentuk kawasan perumahan tu memang dah bertukar seratus peratus. Macam Transformers! Tapi akhirnya kami sampai jugak dengan selamat. Nasib baik hidung aku masih power untuk menghidu bau makanan yang dihidang. Walaupun kami sampai lewat, makanan masih banyak lagi. Aku makan laksa Johor dan sate, serta beberapa dessert yang lain. Saudara-mara yang lain masih ada lagi kat situ. Selepas makan-makan, dan berbual ringkas, kami memohon diri untuk pulang. Next time kalau kami ke rumah Izhar lagi, kami akan make sure bawak joran pancing dan umpan sekali untuk memancing ikan kat sungai depan rumah Izhar. Lepas tu kita masak barbeque.

Sepupuku, Wadi dengan puteranya.
Ina dan Suridah turut hadir.
Azfar, Naimah dan Wani.
Azfar dan Wani sedang menjaga baby mereka.
Inilah tuan rumah, sepupuku, Hj Izhar.

Friday, October 16, 2015

Aqiqah di Subang Jaya oleh Jas

26 September 2015 - Kami mendapat satu undangan untuk ke majlis aqiqah di Subang Jaya. Yang menjemputnya ialah kawan ofis wife aku. Jas nama panggilannya. Masa tu jerebu tengah teruk kat luar. Bacaan IPU hampir mencecah 2.6 billion. Maknanya dah sampai ke tahap kritikal dan super bahaya. Namun demikian, majlis yang telah dirancangkan terpaksa diteruskan juga. Dan tetamu jugak ramai yang datang meraikan kehadiran bayi baru dalam keluarga Jas.

Sedang menjamu selera dengan penuh kepuasan.
Wanie dan Syahmie baru saja selesai makan.
Sabriena dan Amier turut enjoy berada di situ.
Sabriena makan puding cocktail. Ini memang dessert favourite aku.
"Yeay! Saya dah kenyang. Dan saya sangat happy!"
Makanan yang disediakan agak pelbagai dan enak-enak belaka. Kami terus saja menerpa ke arah makanan yang telah terhidang. Dari main dish, sampailah ke dessert. Semua kami makan sampai puas. Setelah makan, kami jengah ke dalam rumah sekejap. Nak tengok pelamin baby. Dan nak tengok baby jugak yang sedang lena dengan aman. Kami ambil gambar baby. Kemudian isteriku meminta izin mendukung baby. Dan turut bergambar bersama Jas dan anaknya. Sesudah habis acara, kami terus pergi meninggalkan pekarangn rumah Jas. Waktu kami beredar, jerebu masih lagi tebal, dan bagaikan semakin menebal. Dengan pandangan tajam bak helang, kami terus meredah kabur jerebu dan bergerak menuju ke rumah.

Bergambar bersama Jas dan baby.
Jas masih dalam pantang.
"Inilah baby yang comel itu", kata isteriku.
Tiba-tiba baby terjaga.
Jas agak sibuk melayan tetamu pada siang hari itu.
Pelamin baby yang cantik berhias.
Baby sedang nyenyak tidur.
Isteriku nak bawa balik baby ni.