m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 11, 2011

Batu 18 Hulu Langat: Menduga kehebatan penghuni kolam

Percutian di Hulu Langat bersama rakan-rakan sekolah isteriku pada 9-10 Mac lalu, sangat mengujakan aku dan isteriku. Sampai-sampai aje di destinasi, kami terus mencapai joran dan umpan dan menghala ke kolam pancing ikan yang terletak bersebelahan dengan rumah penginapan. Semuanya ini milik persendirian. Semoga semakin murah rezki tuan rumah yang murah hati ini.

Sejak dari Ampang aku memang dah merancang perkakas dan umpan yang hendak dibawa. Sebenarnya aku bawak 6 batang joran. Yang kami gunakan cuma 3. Satu untuk aku, satu untuk isteriku, dan satu untuk Syahmie. Kebiasaannya kalau aku pergi memancing ke kolam ikan air tawar, aku memang akan menyediakan perkara-perkara berikut sebagai umpan: 1. roti gardenia 2. cacing tanah 3. cengkerik 4. dedak pelbagai adunan. Selera ikan kolam memang kekadang susah nak diduga. Adakala nak umpan wangi. Adakala yang lain nak umpan busuk. Kejap nak cacing, kejap nak cengkerik, kejap nak pizza, & kejap nak KFC. Memang tak menentu. Jadi semua jenis umpan yang boleh dibayangkan mengikut kreativiti sendiri perlu disediakan.

Ikan pertama menarik joran berumpan dedak adalah seekor jelawat. Joranku sampai termasuk ke dalam kolam. Mujur aku cepat dan sempat mencapai joran yang telahpun basah. Ikan tu taklah sebesar mana, cuma kederatnya yang agak luar biasa. Ikan-ikan yang selanjutnya ligat memakan umpan cacing. Rohu, baung, patin dan lampam jawa. Ketika aku memperolehi seekor lampam jawa, sempat jugak aku ngomong jowo dengan ikan tersebut. Kataku, "Kabare?" Jawab ikan itu, "Waras, tapi kalau dah kena goreng nanti, dah tak waras dah..."

Ikan ini menarik joran aku sampai masuk ke dalam kolam. Mujur sempat diselamatkan.


Double hook-ups biasa terjadi di sini.

Ikan lampam jawa ini pandai cakap Jawa.




Ketika hari semakin petang, joran teleskopik isteriku dirembat kuat oleh seekor pacu berskala lebih 2 kilogram. Pacu yang sepertimana semua tahu, mempunyai gigi kacip yang sangat tajam. Agak bertuah jugak isteriku kerana setelah bertarung agak lama, perambut 8 paun masih tak putus dan mata kail udang saiz 11 juga tak patah. Ikan pacu tu berjaya didaratkan menggunakan jaring. Ikan pacu kat sini memang ganas-ganas. Beberapa kali kami terlepas sentapan pacu kerana putus tali perambut, mata kail terkangkang atau patah. Aku sendiri dua kali berputih mata bila terlepas sentapan pacu yang ganas. Kami berhenti memancing ketika hampir maghrib. Dalam hatiku masih menyimpan dendam pada pacu-pacu yang berjaya meloloskan diri dari kailku. Esok aku akan mengatur strategi yang lebih mantap untuk menewaskan mereka.

Ikan pacu pertama isteriku berskala kira-kira 2 kilogram.

Shida turut gembira meraikan ikan yang bakal dijadikan lauk.

4 comments:

  1. salam, boleh tau lokasi kolam nie kat mana ? Dah cuba cari tapi x jumpa....hope abg leh SMS saya lokasi kolam nie 014-336 0154

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolam ni ialah kolam private. Dimiliki oleh seorang Datuk yang juga merupakan saudara kepada kawan kami. Kawan kami tulah yang ajak kami memancing kat situ. Kalau cari memang tak jumpa, pasal ini untuk kegunaan keluarga Datuk tu aje. Kami bernasib baik pasal diberi kebenaran pancing kat situ.

      Delete
  2. Waa.. seronok nyer boleh ada kolam sendiri.. boleh mancing beraantai bersama keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh! Memang terbaik. Tapi peluang macam ni tak selalu dapat, melainkan kolam tu kita punya sendiri.

      Delete