m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label fishing. Show all posts
Showing posts with label fishing. Show all posts

Thursday, August 12, 2021

Ringan-ringan di Kalumpang

4 June 2017 - Kita singgah kat Kalumpang sekejap, tempat birasku dan kakak iparku - Dato' Abang Hasni dan Datin Kak Ogie. Tak silap aku masa ni bulan puasa pada tahun 2017. Aku pun tak ingat kenapa kami ke sana pada hari tu. Tapi tak kisahlah. Anggapkanlah kami ni telah masuk ke dalam teleport machine dan accidentally kami ter-sampai ke Kalumpang Resort and Training Centre secara tak sengaja. Kami sampai sana kira-kira jam 9.00 pagi. Dah sampai sana kira layan ajelah. 

Aku terus menyiapkan dua batang joran teleskopik, meletak umpan pada mata kail dan terus melemparkan umpan ke dalam air sungai yang mengalir laju. Target aku sudah tentulah ikan tengas daun. Tetapi Sungai Inki ini juga turut didiami oleh ikan tilan, limbat, seluang, dan labi-labi. Malah kalau beruntung, boleh mendapat ikan kelah juga. Seingat aku, tidak seekor ikan pun yang berjaya kami naikkan pada hari itu. Yang menggetu memang ada, tapi malu-malu untuk terus ngap mencuri umpan.

Dua batang joran sedang menanti untuk memerangkap ikan-ikan di air.

Inilah joran teleskopik kegemaranku.

Joran yang pernah menaikkan ikan-ikan saiz monster seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus biru bersalut tepung.

Air di sini cukup deras. Tapi di spot ini aku pernah menaikkan ikan tilan dan ikan tengas daun.

Bergambar dengan background batu besar warna kuning.

Batu ni jadi kuning sebab kena cat kot?

Amier dan Sabriena.

Amier dan Sabriena memang suka kalau dapat terjun berendam dalam sungai.

Amier mungkin kesejukan sebab dia pakai jeket.

Sabriena tak bawak pakaian mandi. So, dia duduk kat darat ajelah kali ini.

Kat darat pun okay jugak.

Tak buat apa-apa aktiviti pada lawatan kali ini.

Duduk berehat-rehat sajalah.

Sambil mendengar bunyi air sungai mengalir.

Itu dah cukup membuat kami terhibur.

Duduk bersantai.

Selain famili kami, famili Kak Esah pun ada di sana juga. Syura and gang siap main flying fox lagi dan terus menjunam ke dalam sungai yang airnya mengalir deras. Beberapa kali kami tengok Syura menaiki flyng fox itu. Hati kena kental juga sebenarnya. Zuuurrr... dia meluncur, dan dush!!! Menjunam ke air!

Kami tidak terlalu lama di Kalumpang. Sekitar pukul 1.00 tengah hari (lebih kurang) kami terus memandu pulang menghala ke Kuala Lumpur. Serius aku tak ingat kenapa kami ke sana. Mesti ada sebabnya. Sayangnya Melayu mudah lupa. He he he... Kami sampai rumah kira-kira jam 2.15 petang dengan Encik Selamat.

Syura sedang bersedia untuk menaiki flying fox.

Pengembaraan bermula.

Pecutan 450 km/jam.

Dan semakin laju melepasi 600 km/jam.

Dan terus menjunam ke air. Blooosh!!!

Ini Angah Nabiha ke?

Amier merenung jauh ke jeram sungai.

Sabriena dah bersiap sedia untuk pulang.

Tapi nak bergaya dulu.

Jom kita balik KL.

Dan kami pun terus teleport sampai rumah.


Monday, August 9, 2021

Lexis Hibiscus ke-2: Pancingan ikan yang lumayan

Bahagian 2

6 Mei 2017 - Kami sampai di Lexis Hibiscus, Port Dickson pada sebelah petang. Aku memang dah tak sabar-sabar nak masuk ke bilik penginapan. Nak bersiap-siap dengan perkakas pancing. Nak bersantai di ruang kolam sebelah belakang.  Nak melabuhkan umpan ke dalam air. Kali ini aku telah lebih bersiap sedia berbanding dengan kali pertama dulu. Aku membawa bersamaku udang pasar saiz kecil dan kerang untuk dijadikan umpan. Jom kita tengok apa kesudahannya.

Empat batang joran disandarkan pada railing gelas.

Perkakas pancingku tersimpan dalam beg sekolah merah.

Ikan pertama pada petang itu - ikan kitang.

Ikan kitang suka berkumpul di tiang konkrit memakan teritip yang melekat.

Ikan kerong juga sudi menjamah umpan udang dan kerang.

Saiz boleh tahan.

Isteriku bersama ikan kerong.

Setelah berkemas di bilik penginapan, aku pun terus menyiapkan perkakas pancingku. Empat batang joran yang aku pasang. Umpan udang dan kerang aku sematkan pada mata kail bersaiz kecil. Aku memang men-target-kan ikan-ikan kecil. Umpan kulemparkan ke dalam air. Tak perlu menunggu lama, seekor ikan telah meragut umpan. Hujung joran bergetar dan sedikit melengkung. Aku capai joran yang melengkung tadi, dan mula menggulung tali menggunakan kekili. Di hujung tali terlihat seekor ikan kitang. Memang spesis ikan yang sering berlegar-legar di tiang-tiang konkrit yang dipenuhi dengan teritip. Umpan yang dilabuh terus-menerus digetu ikan. Dan selanjutnya aku berjaya menaikkan ikan kerong. Bukan main gembiranya aku. Tapi aku lebih gembira bila isteriku pula yang berjaya menaikkan seekor ikan kerapu. Wow! Aku pun tak pernah menaikkan kerapu. Ikan itu taklah sebegitu besar, tetapi cukup mengujakan kami. Dan ikan itu kalau digoreng pun sodap!!!

Wow! Ikan kerapu ini dinaikkan oleh isteriku.

Aku pun nak bergambar dengan ikan yang rare ini.

Seronok bukan kepalang kami.

Bukan senang nak dapat kerapu. Ambil gambar biar banyak sikit.

Ini ikan bayan yang bergigi tajam.

First time dapat ikan spesis macam ni.

Tak sabar aku nak goreng dan makan dia.

Umpan udang dan kerang yang aku gunakan nampaknya mendatangkan hasil seperti yang aku harapkan. Ikan-ikan lain yang berjaya kami naikkan termasuklah ikan gelama, ikan bayan dan ikan daun baru. Ketika berjaya menaikkan ikan bayan dan daun baru, aku berasa sangat seronok tak terhingga, kerana itulah kali pertama menaikkan ikan spesis sedemikian. Selain ikan, dua ekor ketam bunga turut berjaya dinaikkan. Dan saiznya juga boleh tahan. Ketika menaikkan ketam yang sepitnya tesangkut pada mata kail, Sabriena menjerit-jerit kerana ketam itu kelihatan seperti alien dengan sepitnya mendepa ke arah Sabriena. Kelakar menyakat anak-anak dengan ketam. Hehehe...

Ikan dan ketam yang dipancing disimpan dengan baik di dalam bekas berisi ais. Sampai di rumah, ikan-ikan itu disiang dan terus digoreng. Ikan baru sudah tentu sedap rasanya, walaupun cuma ikan kitang. Apatah lagi ikan kerapu. Dan ikan bayan juga bagiku sangat sedap. Isinya tebal. Puas hati aku dapat makan ikan yang dipancing sendiri. Dan ketam pula kami masak lemak kuning. Pergh! Manis rasanya!

Petang itu memang kami mendapat hasil yang lumayan. Pada sebelah pagi, operasi memancing diteruskan lagi. Tetapi hasilnya kali ini agak kurang. Kata orang sifat ikan ikut pasang surut dan suhu airnya. 

Hasil yang kami perolehi adalah seperti berikut:
1. Ikan kitang - 2 ekor
2. Ikan gelama - 3 ekor
3. Ikan daun baru - 2 ekor
4. Ikan kerong - 1 ekor
5. Ikan kerapu - 1 ekor
6. Ikan bayan - 1 ekor
7. Ketam bunga - 2 ekor

Bersambung...

Ikan daun baru saiz sederhana.

Tapi aku cukup heppi.

Ini ketam bunga.

Ketam ini cuba nak lawan aku guna sepitnya.

Tapi dia tak tau aku nak masukkan dalam periuk masak gulai nanti.

Sebahagian ikan yang diperolehi pada sebelah petang.

Ketam bunga yang makan umpan pada sebelah malam.

Sepuluh ekor ikan dan dua ekor ketam yang berjaya dinaikkan.


Tuesday, June 8, 2021

Durian Kalumpang: Mandi dan makan dalam terang

 Bahagian 4 (Akhir)

6 Julai 2019 - Malam dah memancing, siang pun dah memancing. Okay. Kita stop dulu cerita pasal memancing. Masa untuk bersarapan bersama keluarga, teman anak-anak mandi-manda di swimming pool, dan kemudian bersiap sedia untuk berkemas pulang.

Dari kolam ikan, aku terus ke sebelah swimming pool untuk sarapan. Ahli keluarga yang lain dah selesai makan pagi pun. Cuma aku aje yang baru terhegeh-hegeh nak cari pinggan dan makanan. Lepas memancing barulah perut berasa lapar. Pagi itu kami makan nasi goreng spesel. Banyak jugak aku makan.

Masing-masing baru selesai sarapan.

Brgitu juga dengan Abang Wahab dan Kak Sapiah.

Perut dah kenyang.

Amier makan nasi goreng berulamkan petai kertas.

Sodapp betuuulll!!!

Azirah dan Umminya.

Ardy meihat anak-anak bermain air.

Anak-anak kecil terus salin baju mandi dan terus terjun ke dalam swimming pool yang airnya sangat sejuk dan dingin. Seronok betul mereka bermain dan berenang di dalam air. Kami juga seronok melihat anak-anak seronok bermain air. Splash splish splush! Antara ramai-ramai yang berenang di situ, aku tengok Zarith lah yang paling daring dan berani. Terjun dalam air sangat konfiden. Tak takut air langsung!

Anak-anak  bermandi-manda di kolam renang.

Kolam renang ini adalah tarikan terbaru di sini.

Terjunan papan anjal.

Zarith paling berani sekali.

Tak cukup dengan sarapan nasi goreng dan berenang di kolam renang, kami dijamu pula dengan durian Kalumpang yang sangat hebat. Inilah acara kemuncak dalam sesi percutian pada kali ini. Tak taulah berapa biji durian yang dipersembahkan kepada kami. Satu-satu buah durian dikopek kulitnya. Ada isi putih. Ada isi kuning. Ada isi oren. Tak kisalah warna apa sekali pun, semuanya enak-enak belaka, dan cukup power. Kami pun melayan tekak kami berterusan sehingga habis semua durian kami kerjakan. Ada beberapa biji durian yang kami bawa balik untuk dibagi kepada Ibu di rumah merasanya.

Durian sudah mari!!!

Hafez sedang memilih baka durian yang paling power di Kalumpang.

Masa untuk menikmati keenakan buah durian.

Isteriku memegang durian yang paling terbaik di Kalumpang.

Inilah durian-durian terpilih - terbaik di antara yang terbaik.

Sabriena seronok dapat makan durian yang enak.

Nyomp nyomp nyomp.

Sama-sama makan durian sambil menikmati pemandangan yang indah.

"Jom kita bedal semua durian kat atas meja ni".

Abang Wahab masih tekun makan durian.

Memilih durian dengan isi yang paling tebal dan lemak.

Anak-beranak penggemar durian.

Akhirnya tengah hari pun menjelang. Waktu tu kami semua dah siap berkemas untuk pulang. Kami dijemput untuk makan tengah hari dulu sebelum pulang. Jadi kami pun makanlah juadah masakan melayu kampung yang sangat enak. Lauknya ialah ikan-ikan yang kami pancing malam semalam. Ikan-ikan itu semua digoreng garing, cukup asam garam dan kunyitnya. Memang sangat sedap. Tak terasa hanyir langsung. Ikan segar yang digoreng memang laris pada tengah hari itu. Enak bukan kepalang!

Selesai makan, kami minta diri untuk pulang. Bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga. Kami juga secara khusus mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Hasni dan Kak Ogie kerana telah melayan kami dengan baik, dan menghidangkan kami dengan makanan dan buah-buahan segar dari pohonnya. Insya Allah kalau tiada aral, kami akan berkunjung lagi ke sini. Tunggulah sehingga tamat musim PKP dan sehingga kita berjaya memerangi dan menangani pandemik covid-19 ini.

T A M A T

Masa untuk makan tengah hari.

Lauk ikan segar yang digoreng memang power.

Adik-beradik makan apa tu?

Berselera sungguh Zarith makan.

Makan ayam ke tu?

Kak Enon dan anak-anak makan tengah hari di satu sudut ruang.

Makan sambil menikmati bunyi air.

Pucuk ubi rebus pembuka selera.

Masakan ala kampung pedalaman.

Kenikmatan makan tengah hari yang tidak terungkap.

Kak Ogie, Ienah, Kak Uda, Abang Hasni dan Abang Zahid makan bersama semeja.

Saksikanlah betapa menyelerakan sekali ikan goreng ini. 

Gulai ikan yang tak kurang hebat dan enak.