m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label maid. Show all posts
Showing posts with label maid. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Bila bibik pulang kampung menyambut lebaran

Dah dekat tiga tahun bibik kerja kat rumah aku. Dia kata nak sambung dua tiga tahun lagi. Tapi dia nak cuti dulu sebulan - nak puasa dua minggu dan nak raya dua minggu kat kampungnya di Indonesia. Kami setuju dengan permintaannya, pasal nak dapat pembantu rumah yang baru pun bukan main mahal lagi sekarang ni. Dahlah nak kena latih lagi, nak bagi serasi lagi. Semua tu memang makan masa dan sangat menyulitkan.

Isteriku dan Amier mengiringi bibik membuat check in.
Maka kira-kira dua mingu sebelum raya, kami hantarlah bibik ke LCCT untuk naik kapalterbang Air Asia. Kami bertolak dari rumah kira-kira jam tiga pagi. Maka lepas hantar bibik, kami pun bersahurlah di Marry Brown. Kami (aku, isteri dan Amier) pekena ayam goreng. Sorry-lah puan Brown, aku rasa kau punya ayam goreng kurang menyengatlah. Tapi apa boleh buat, sebab resipi dia franchise kan?

Bibik akan terus ke pesawat selepas melewati pintu ini.
Dan keesokan harinya, bermulalah kami hidup sehari-harian tanpa bibik. Semua kerja-kerja rumah kami kena gotong royong buat sendiri. Mencuci baju, pinggan mangkuk, mop lantai, memasak, dan babysit Sabriena. Oleh kerana Sabriena dah pandai berjalan, maka pengawasannya boleh dikatakan kena 24 jam. Takut dia buat benda-benda yang boleh membahayakan dirinya. Untuk membantu kami, kami telah mengupah anak saudara isteriku, Ika yang memang handal menangani budak-budak kecil untuk menjaga Sabriena secara full time. 

Buat kerja bibik - menjemur kain.
Walaupun Ika membantu, namun beban kerja masih terasa berat jugak. Setiap hari kena atur jadual secara rapi. Kebetuan pulak kerja kat ofis makin berlambak-lambak. Jadi kami balik rumah pun sangat lewat. Dah ballik kena buat kerja rumah pulak. Malah ada kalanya terpaksa bawak kerja pejabat kat rumah. Itu yang tak tahan tu. Namun hikmah besar dengan ketiadaan bibik ni ialah, kami dapat manage time dengan lebih baik. Kerja kat rumah pun dapat kami laksanakan dengan lebih sepakat. Cuma lebih penat dan kurang rehat aje. Tapi esok, insya-Allah bibik akan pulang. Dan kami memang sangat mengalu-alukan kedatangan bibik kali ini!

Giliran aku untuk masak - maggi aje...

Friday, April 19, 2013

"Mau bikin paspor, pak!"

Dah nak cukup tiga tahun maid aku kerja dengan kami. Mungkin dia pun dah serasi dengan keluarga kami. Dan dia pun ada kawan-kawan dari kejiranan. Suami, serta saudara-mara dia pun ada yang kerja kat Malaysia jugak. Jadi dia taklah kekok untuk meneruskan mencari rezeki kat negara ni. Dan kekadang, mak aku pun ada speaking Jawa jugak dengan maid yang datang dari Jawa Timur ni. Dan dia pun ada plan nak sambung kerja untuk beberapa tahun lagi. Tak taulah berapa lama lagi. Tapi kalau lama sikit pun tak apa, pasal nak cari maid baru jauh lebih mahal dan merumitkan.

Ini adalah bangunan kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak.
Tapi sebelum boleh renew permit untuk tahun keempat, kenalah renew pasport dia dulu yang dah nak mati tengah tahun ni. Mau tak mau, aku terpaksa jugak spend time untuk bawak dia ke Duta Indonesia kat Jalan Tun Razak bagi tujuan tersebut, walaupun aku ada dengar betapa lecehnya proses nak buat pasport baru.

Sebelum ke pejabat kedutaan Indonesia, aku telah menyuruh maid aku menanya seorang temannya, yang majikannya ialah jugak jiran kami, akan kaedah yang mudah untuk membuat pasport baru. Sementara aku pulak sempat bertanya dengan salah sorang sepupu aku, Kak Hashimah, yang jugak pernah membuat pasport baru untuk orang gaji Indonesia-nya. Rata-rata menasihatkan supaya ambil borang biar awal sehari. Datang biar di awal pagi. (Kalau boleh sebelum subuh!) Prosesnya memang akan berjalan lama. Pergi pagi, petang baru boleh balik. Alamak! Punyalah lama aku kena berkampung kat kedutaan Indonesia. Nampak gayanya aku kenalah bawak khemah dan sleeping bag sekali.

Inilah kedai fotokopi yang mahal tu. Dia jugak jual insurans untuk maid.
Kami keluar rumah agak pagi jugaklah. Dua hari sebelum tu, aku ada ambil borang renewal, dan siap kena beli insuran pulak lagi untuk maid. Untuk dua tahun kena bayar RM90. Itu adalah prasyarat baru yang perlu dipatuhi. Gaji maid pulak kena tak kurang dari RM700 untuk kontrak sambungan yang baru ni. Aku ikut ajelah syarat-syarat tu.

Bila masuk ke dalam kawasan pagar kedutaan, mula-mula sekali kena beratur untuk ambil satu borang biru. Panjjaaaaaaaaaaannnggggg kena beratur. Setelah borang biru diambil dan diisi, kena pulak beratur panjjaaaaaaaaannngggg untuk ambil nombor giliran. Lepas ambil nombor giliran, kena lagi beratur panjjjaaaaaaaaaaaaannnnngggggg untuk ambil gambar pasport. Tapi yang ini aku tak payah beraturlah. Pasal bukan gambar aku yang kena ambil. Lepas tu aku menyedari ada dokumen yang aku tak sempat buat fotokopi. Antara dokkumen yang kena buat salinan ialah:

1)   Salinan kad pengenalan majikan (2 salinan)
2)   Salinan pasport maid, termasuk visa (2 salinan)
3)   Salinan resit insuran (2 salinan)
4)   Salinan buku bank maid (2 salinan). Yang ini aku tak ada. Aku tanya kat petugas kat situ, kalau tak ada, tak apa ke? Dia kata nanti kena bincang dengan pegawai kat dalam pejabat.

Oleh kerana ada dokumen yang tak sempat aku buat fotokopi, maka kenalah aku beratur kat satu barisan untuk buat fotokopi pulak. Dan macam tadi jugak, pannnnjjjjaaaaaaaaaannnnngggggg sungguh barisan tu. Dan lammmaaaaaaaaaaa sungguh untuk sampai ke giliran aku. Tetiba ada pulak tiga empat mala'un warga Indon yang memintas aku. Mereka siap berwajah selamba rock, sambil tersengih-sengih seperti tak ada apa-apa kesalahan yang mereka lakukan. Hangin jugak aku sekejap. Setelah beratur sekian lama (dekat seminggu lamanya), akhirnya keluarlah sorang pegawai dari bilik fotokopi. Dia kata buat barisan lurus dan jangan potong queue. Kemudian polis Indon yang ada kat situ pulak cakap, "Kalau berasa terlalu lama, fotokopi aja di luar". Di luar kena bayar. Kalau buat kat situ free aje. Tapi nak menanti terlalu lama lagi tension. Maka aku pun keluar dari barisan, dan pergi ke luar untuk buat fotokopi berbayar.

Kedai di luar memang tak payah beratur langsung. Jadi aku pun suruh orang kedai tu buat fotokopi dokumen yang terlibat. Lepas tu aku tanyakan harganya. Rupanya sekeping kertas fotokopi dia charge 50 sen! Wah! Sedap betul letak harga macam tu. Kalau sekeping dua, kira tak apalah jugak. Tapi kalau dah seratus keping, tak ke dah kena RM50? Kalau sejuta keping, sudah pasti kena bayar RM500,000!!! Aku pun bertanyalah kat budak mesin fotokopi tu, kenapa mahal sangat. Dan dia pun menjawab, "Oh! Mesin ini adalah mesin tercanggih di dunia yang menggabungkan teknologi dari Jepun, German dan Amerika. Dakwatnya saja diperbuat dari adunan platinium dan uranium. Dan kertasnya pulak daripada pokok-pokok kayu jati dan cengal. Bla bla bla..." Okaylah, okaylah, kataku!

Menunggu nombor dipanggil.
Setelah tu, kena pulak tunggu sampai nombor giliran dipanggil. Rupa-rupanya kaunter depan hanya dibuka pada kira-kira jam 9 pagi, walaupun orang yang datang menunggu cukup ramai memenuhi dewan. Siang berganti malam, malam berganti siang, akhirnya nombor kami dipanggil juga. Kat kaunter, aku serahkan borang yang telah lengkap diisi kepada pegawai bertugas. Kami diarahkan untuk ke kaunter 31 atau 32 bagi urusan yang selanjutnya.

Di ruang menunggu kaunter 31 dan 32, kami masih terpaksa menunggu. Dan penantiannya sangatlah laaaaaaaaammmmmaaaaaaaaa..... sangat! Jarak dari satu nombor ke nombor yang berikutnya mengambil masa lebih tiga hari tiga malam. Sedang aku asyik menunggu dengan penuh fokus, tetiba muncul sorang pegawai wanita yang bertubuh kecil, tetapi bersuara besar berteriak, "Semuanya perlu tungguuuuu!!!! Loket ditutup seketika. Kami mau makannnnnnn!!! Kami sangaaaaattt lapaaaaaarrrrrr...!!!" Nadanya sangat garang, sehinggakan ada orang yang menunggu jatuh pengsan kerana nada garangnya itu. (By the way, 'loket' tu bermaksud kaunter).

Kami terpaksa menanti sehingga jam 2 petang. Aku suruh maid aku makan dulu kan kantin. Sementara aku menanti kat ruang menunggu dengan penuh kesabaran. Pengalaman menanti umpan di makan ikan amat bermanfaat buatku pada masa-masa sebegini.

Bila kaunter dibuka kembali, kami tak perlu menunggu terlalu lama sebelum angka giliran kami dipanggil. Aku ingat dah boleh terus dapat pasport. Rupanya dia baru nak proses. Orang gajiku kena tanya beberapa soalan seperti alamat rumah, kampung halaman, hobi, cita-cita, pilihan raya nanti nak undi parti mana, suka makan apa, buat kerja apa, dan macam-macam lagi soalan yang bersangkutan dengan geografi negeri Selangor. Tapi soalan yang paling penting sekali ialah berapa gaji yang diperolehi. Maid aku kata RM700. Aku tak ada pilihan lain. Memang itulah gaji baru yang perlu diberi kepada maid aku, mengikut kontrak baru! Lepas tu kami diarah menunggu lagi.

Bila nak panggil nombor ni? Semua orang dah mengeluh panjang.
Kami menunggu lagi di suatu seksyen yang lain pulak. Penantian kali ni masih agak lama. Tapi taklah terlalu lama seperti yang sebelum-sebelum ini. Lalu nama maid aku pun dipanggil menggunakan mikrofon. Dan maid aku pun ke kaunter untuk mengambil pasport. Yes!!! Aku terus melonjak kegembiraan kerana akhirnya, proses membuat pasport baru telah selesai dengan jayanya. Oleh kerana terlalu gembira, maka aku telah belanja semua orang yang ada kat kedutaan Indonesia tu makan roti canai sekeping bersama teh tarik segelas. Makan, makan! Every thing is on me!!! Dan kami pun pulanglah ke rumah dengan perasaan sangat teruja. Next step - kena renew permit kat Putrajaya!

Yah! Nombornya sudah dekat. Tapi masih jauh. APA KHABAR SEMUA!!!

Wednesday, July 4, 2012

Orang gaji punya hal

Pagi tadi lepas jumpa klien kat PJ, aku lari kejap ke Pusat Bandar Damansara (PBD). Niat di hati nak ke FOMEMA - agent yang uruskan soal membuat check-up para pembantu rumah asing sebelum permit kerja dapat dilanjutkan. Masa aku sampai kat PBD aje, aku dah terasa lain macam. Kawasan yang selalunya sesak dengan segala macam manusia berurusan, telah menjadi agak lengang. Malah kat parking basement-nya jugak telah menjadi sangat lapang. Biasanya aku kena parking kat level paling bawah sekali, kat level 100! Level yang atas-atas tu semua biasanya dah di-reserve-kan untuk pegawai yang kerja kat kompleks bangunan kat situ. Para pelawat mesti parking kat underground sikit. Tapi tadi, aku sampai kat level 2 dah dapat parking. Malah banyak berlambak pulak parking yang kosong. Aku jadi syak wasangka, bercampur prasangka, mungkin jabatan Fomema ni pun dah pindah kot. Tapi hati aku kata, biarlah dia stay kat tempat yang sama.

Pintu masuk Fomema "lama".
Dan aku pun naiklah lif buruk untuk sampai ke Ground Level. Lif tu punya goncang lain macam sikit. Sampai aku naik mabuk laut dan macam loya dan nak muntah. Aku pergi mencari jabatan yang berkenaan kat tempat lama. Yes! Papan tanda kat luar bangunan masih tertera nama jabatan tu. Aku lega. Maknanya Fomema masih belum pindahlah. Jadi aku pun buat bank deraf RM190 kat bank berdekatan, dan kemudian terus menghala ke tingkat 3, di mana jabatan Fomema berada. Bila sampai kat tingkat 3, ada seorang jaga berbangsa overseas (mungkin Nepal kot) bagi tau kat aku yang Fomema dah pindah. Dia siap bagi peta sekali kat aku. Oh! Alangkah hancur luluh kecewa, merana, hibanya hati aku apabila mendapat tau akan kejadian ini yang telah berlaku kira-kira tiga bulan yang lalu. Aku pun terus turun balik ke bawah, dan nampak satu banner besar memaklumkan tentang perpindahan Fomema ke lokasi yang baru. Macam mana aku boleh tak perasan ada banner ni tadi?

Banner besar memaklumkan perpindahan jabatan Fomema.
Sangat lengang parking kat basement.
Aku pun terus ke lokasi Fomema yang baru di Solaris Dutamas, sekitar Jalan Duta. Berpusing-pusing jugaklah aku nak cari lokasi ni, pasal tak berapa familiar dengan kawasan ni. Tapi masa cari parking tu macam senanglah pulak. Bersepah parking kat sebelah bangunan. Wah, senangnya nak parking kereta. Tak ada ambil tiket pulak tu. Free kot? Aku pun parking dan keluar dari kereta dengan senang hatinya. Tiba-tiba datang pulak satu tukang jaga parking pakai baju oren (penyokong Holland kot) mendekati aku. "Inche, ini valet parking. Musti bayar RM15 satu kali masuk kalu." Terkejut aku. "Parking tempat lain tak ada?" tanya aku, mengharapkan ada lokasi lain yang parking-nya lebih murah. "Semua valet parking," sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Inche berapa lama mau parking? Kalu sikijap, boleh bayar RM10, tada tiket. Nanti suda turun bole bayar". "Okay-lah," balasku setuju dengan cadangannya. Dan aku pun lalu berurusan kat kaunter Fomema kat tingkat 3 di bangunan itu.

Kompleks Solaris Dutamas yang baru dibina.
Berurusan dengan Fomema rupanya lama jugak. Ingatkan kejap macam sekelip mata aje. Aku siap terjumpa seorang kenalan, suami kepada boss wife aku, dan rupanya, dia pun mengalami situasi yang hampir sama dengan aku. Mula-mula pergi ke PBD, lepas tu baru datang ke sini. Dia parking punyalah jauh untuk mengelakkan parking yang mahal ini. Setelah agak lama menunggu, selesailah urusan aku kat situ. Bersalaman dengan kenalan tadi dan terus meninggalkan Fomema. Kat tempat parking, aku bayarlah RM10 kepada penjaga parking tadi, yang tak berapa nak pandai cakap bahasa Melayu, tapi pandai pulak dia nak pau orang RM10. Memandu nak keluar dari kawasan kompleks Solaris Dutamas tu aje pun agak mengelirukan. Bertawaf jugaklah aku untuk seketika sebelum sampai ke laluan keluarnya. Tapi aku syukur, satu hal dah selesai. Lepas ni nak mintak tolong kakak aku bawak orang gaji aku buat check-up kat doktor berdekatan.

Cari parking memang mudah, tapi kena charge tiket valet.