m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label prize. Show all posts
Showing posts with label prize. Show all posts

Friday, February 18, 2022

Malam Gala INAS Global: Kemenangan bersama

Bahagian 7

30 Disember 2021Bertan-tan hadiah telah disampaikan kepada pemenang pelbagai pertandingan dan kakitangan yang cemerlang. Juga penghargaan kepada para dealer yang telah berusaha keras untuk meningkatkan jualan bulanan. Namu masih banyak lagi hadiah yang belum diagihkan kepada hadirin dan hadirat. Masih ada berjuta-juta hadiah lagi dalam simpanan yang perlu dihabiskan. Masih banyak lagi nama yang perlu dipanggil. "Jom semua orang! Jom naik ke pentas ambil hadiah!!!"

Kakitangan cemerlang dalam Team INAS Global.

Para founder menghargai usaha anda.

Jasamu tetap dikenang.

Amier memenangi pertandingan "Best Dressed Male".

Tak sia-sia Amier meluangkan masa lebih lama untuk bersiap pada malam ini.

Isteriku pula memenangi pertandingan "Best Dressed Female".

Pinjam baju Kak Ogie.

Tak sia-sia Kak Timah dan Kak Ogie bertungkus-lumus menyiapkan adiknya untuk ke majlis ini.

Pertandingan Best Dressed Male dan Female dimenangi oleh ibu dan anak.

Dapat piala seorang satu.

Dan juga wang tunai.

Bergambar di hadapan backdrop sampai puas.

Pengumuman selanjutnaya ialah pemenang best dressed lelaki dan wanita. Puan Aziza pun membuat pengumuman. "Best dress male, jatuh kepada Anak Kak Sarah!!!" Amier yang mendengar namanya dipanggil terus bergegas meluru ke atas pentas dengan rasa konfiden dan bangga. Tak sia-sia Amier pakai macam Men In Black. Dapat jugalah Amier buah tangan untuk dibawa pulang. Senyum Amier lebar. Dari telinga sampai ke telinga. Puas terpancar pada wajah Amier. Dan seterusnya Puan Aziza ingin mengumumkan pemenang bagi pertandingan best dressed female pula. "Pemenangnya ialah Kak Sarah Atan!!!" Isteriku pula naik ke atas pentas. Menerima hadiah dari Puan Aziza. Mak dan anak menang hadiah best dressed. Mereka sambung bergambar di hadapan backdrop yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Cameraman pun rasa bangga jugak.

Kak Ogie dan Kak Timah jadi dayang-dayang sekejap.

Tarik cape biar nampak macam nak terbang.

Bergambar dengan seorang teman.

Peluang bersua muka.

Memang jarang dapat bersua.

Amier dan Mama bergambar dengan 4 founder.

Bukan mudah nak dapat jumpa empat founder sekali gus.

Kena ambil gambar banyak-banyak sikit.

Peluang pertemuan ini digunakan sebaik-baiknya oleh isteriku untuk bergambar kenangan bukan saja dengan para founder, juga dengan teman-teman dealer yang berada jauh di tempat-tempat lain, termasuk di Kelantan. Sesungguhnya majlis pada malam ini adalah untuk semua warga INAS Global yang bagai sebuah keluarga meraikannya. Ada rezeki kita berkumpul lagi pada tahun hadapan.

Bersambung...

Amier nak bergambar solo dengan piala yang dimenanginya.

Bergambar dengan seorang lagi teman.

Bergambar dengan teman dari Kelantan pula.

Bersama Tuan Iqkbal juga.

Amier pinjam piala Mama sekejap.


Tuesday, February 15, 2022

Malam Gala INAS Global: Penyampaian hadiah

Bahagian 6

30 Disember 2021 - Usai sudah acara pertandingan karaoke dan cabutan nombor bertuah. Kini acara yang dinanti-nantikan pula, acara pemberian hadiah kepada semua pemenang bagi segala pertandingan yang telah diadakan sepanjang perjalanan majlis Malam Gala INAS Global. Masing-masing berdebar-debar menantikan pengumuman nama-nama pemenang bagi acara pecah belon, acara teka berat sabun, acara karaoke, dan acara pakaian terbaik. Itu tak masuk lagi pengumuman dealer terhebat dalam keluarga INAS Global ini. Debaran dalam dada masing-masing semakin memuncak. Ada yang sampai terpaksa bawa tong gas oksigen untuk bernafas kerana tahap debaran yang sebegitu memang ada kalanya menyukarkan pernafasan.

Tuan Iqkbal menyampaikan hadiah buat pemenang tempat ketiga pertandingan pecah belon.

Tempat kedua pertandingan pecah belon dimenangi oleh adik ini.

Inilah juara pertandingan pecah belon.

Tuan Yadi menjadi peneka berat sabun yang paling tepat.

Berpuas hati dengan tekaan tadi.

Aku pula menerima hadiah bagi pertandingan karaoke tempat ketiga.

Bergambar lama sedikit dengan Tuan Iqkbal.

Isteriku pula menerima hadiah tempat kedua bagi pertandingan karaoke.

Kemenangan yang tidak dijangka oleh isteriku.

Orang bagi hadiah kita terima ajelah dengan penuh kesyukuran.

Bermula dengan hadiah untuk kanak-kanak dulu - acara pecah belon. Para pemenang diumumkan dan dihadiahi dengan sekotak belon warna-warni untuk ditiup pada masa lapang. Hadiah utama sudah pastilah sebuah hot air balloon bersaiz mega. Diikuti pula dengan hadiah kepada peserta yang dapat meneka berat sabun dengan tepat. Dan pemenangnya ialah Tuan Yadi yang telah berjaya meneka berat sabun dengan ketepatan yang sangat tinggi iaitu 538.8344792 gram. Pengalaman Tuan Yadi sepanjang menjadi dealer memang tak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Pengumuman selanjutnya ialah bagi pertandingan karaoke. "Tempat ketiga, jatuh kepada Encik Adi!!!" Aku terdengar namaku dipanggil. Tanpa membuang masa, aku yang kebetulan berada berhampiran dengan pentas telah bergegas naik ke atas. Sambil melambai-lambai kepada para peminat di luar sana yang setia memberi sokongan kepadaku. Tuan Iqkbal mewakili pihak founder telah menyampaikan hadiah kepadaku. Aku terus merampas mikrofon dari pengacara dan lantas memberikan sedikit ucapan buat peminat-peminat semua: 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong dan peminat saya. Terima kasih juga buat keluarga saya, buat manager saya, pihak syarikat rakaman, pihak media cetak dan media elektronik, para netizen, dan semua makhluk di dunia dan di planet-planet lain juga. Tanpa anda, siapalah saya". Begitulah kira-kira lebih kurang ucapanku yang sangat menyentuh kalbu sehingga ada sebahagain penonton yang mengalirkan air mata kerana kesyahduan dan terasa dihargai.

"Tempat kedua, jatuh kepada Puan Sarah Atan!" Nama isteriku pula yang dipanggil. Isteriku juga bagai tak percaya performance-nya sebentar tadi telah menarik perhatian juri yang telah memberi markah yang tinggi kepadanya. "Dan juara pertandingan karaoke jatuh kepada duet Tuan Jumaidi dan Abam Rocker!!!" Bagai sudah diduga oleh kebanyakan di antara kami berdasarkan kepada persembahan yang hebat yang telah dipertontonkan kepada khalayak sebentar tadi. Tahniah buat semua pemenang. Malam ini memang milik anda!

Juara karaoke adalah duet Tuan Jumaidi dan Abam Rocker.

Kemenangan yang telah dijangka oleh semua.

Tahniah buat pemenang.

Ada rezeki bertanding lagi pada tahun hadapan.

Setelah pemenang pertandingan karaoke diumumkan, kini tiba pulalah masa untuk menghargai para dealer yang telah berusaha keras dalam perniagaan produk INAS Global. Para dealer dipanggil seorang demi seorang dan sedikit sumbangan tanda penghargaan diberikan. Dan para dealer juga pada kali ini berkesempatan bergambar dengan keempat-empat founder yang hadir pada malam ini - Tuan Iqkbal, Puan Nency, Puan Aziza dan Puan Sue.

Selain itu, kakitangan dalam syarikat INAS Global serta dari team produksi / pembuatan sabun juga dihargai dengan pemberian token buat kakitangan yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas.

Bersambung...

Para dealer pula mendapat pemberian penghargaan dari founder.

Seorang demi seorang nama dealer dipanggil.

Berpeluang bergambar dengan founder.

Terima kasih daun keladi.

Ada rezeki boleh bagi lagi.

Giliran Tuan Yadi untuk menerima pemberian.

Tuan Haizul bersama founder.

Kakitangan INAS Global paling cemerlang.

Lagi dealer diberi hadiah.

Tuan Yadi naik ke atas pentas sekali lagi.

Isteriku mewakili perniagaan Adisarah Solution.

Gembira dapat bergambar dengan kesemua founder.

Alang-alang bergambar, biar banyak kali.

Masih dengan penghargaan buat dealer.

Tahniah, tahniah, tahniah!

Ini pula kakitangan bahagian produksi yang paling cemerlang.

Tahniah buat Abam Rocker.

Tuan Jumaidi juga telah dianugerahi hadiah kakitangan cemerlang,

Tahniah buat Tuan Jumaidi.

Menjadi pemangkin untuk meningkatkan lagi prestasi.

Malam ini tidur lena.