m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label summon. Show all posts
Showing posts with label summon. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Saman dah langsai

Seperti yang aku jangka, tempoh diskaun bayaran saman akan dilanjutkan. Aku mengambil kesempatan ini untuk pergi ke balai polis trafik Ampang dan menjelaskan 2 saman laju sebelum 10 Mac 2011. Aku ingatkan boleh settle dalam masa 10 minit. Tapi rupanya masih terlalu ramai orang yang tak sempat bayar saman sebelumnya. Aku pun beratur check saman, beratur ambil nombor dan tunggu nombor giliran dipanggil. Punyalah lama tunggu sampai lebih 2 jam lamanya. Yang aku heran, tang nak bayar tu kenapalah lama sangat. Masa giliran aku bayar, aku boleh settle-kan dalam tempoh tak sampai seminit. Kenapa orang lain punya lama? Memang aku tak puas hati pasal setengah hari aku duduk tercongok kat balai tak buat apa-apa yang berfaedah.

Nasib baiklah jugak ada kedai mancing berdekatan. Dapatlah jugak aku nengok-nengok barang-barang pancing terkini yang dijual. Tapi satu habuk aku tak beli pasal tak ada keperluan buat masa ni. Lepas bayar saman bernilai RM300.00 barulah aku rasa lega. Lepas ni jangan lagi carik aku. Kalau tak aku sure akan saman malu kat pihak polis pulak.

Monday, February 28, 2011

Saman oh saman

Heboh satu dunia orang bercakap pasal bayar saman trafik. Aku pulak masih duduk di bawah tempurung, tak tau kisah yang tarikh 28 Februari tu merupakan tarikh terakhir bayaran boleh dibuat dengan mendapat diskaun hingga 50%. Pada Sabtu lepas wife aku ingatkan aku pasal benda ni. Aku tanya macamana nak check? Lalu diberi tahu caranya dan aku pun check-lah pakai sms. Alangkah terkejut bercampur gembiranya aku kerana mendapati aku ada 2 saman yang perlu dijelaskan.


Lalu pada Isnin tadi aku pun meluangkan sedikit masa untuk menyemak saman dan membuat bayaran di Balai Polis Trafik Ampang. Sesampai di lokasi aku nengok sangat ramai orang beratur. Ada orang muda lelaki dan perempuan, ada orang tua, ada orang tempatan, ada orang international, malah orang utan pun ada jugak yang beratur nak bayar saman. 

Aku nampak ada dua barisan. Lalu aku tanya seorang pemuda, "Line kiri untuk apa? Line kanan untuk apa pulak?" Kata pemuda itu, "Kanan untuk check. Kiri untuk bayar". Lalu aku pun ke barisan kanan. Dan aku pun berjalanlah menuju ke hujung barisan untuk beratur membuat semakan. Tapi setelah berjalan 3 hari 3 malam tanpa bekalan air dan makanan, aku masih tak jumpa-jumpa jugak penghujung barisan itu kerana terlalu panjangnya barisan yang telah terbentuk. Lalu seorang pakcik lebai menasihati aku, "Kalau kamu jalan kaki, seminggu pun belum tentu kamu boleh sampai. Elok kamu naik kapalterbang Air Asia je. Sekarang ni pun tengah ada offer RM10.00 satu trip ke hujung barisan." Aku setuju dan berterima kasih kepada pak lebai tadi. Lalu aku dengan sepantas kilat membuat online booking dan terus ke Subang menaiki Air Asia. Oleh kerana tiada airport di kawasan Ampang, maka kapalterbang itu terpaksa mendarat di Subang jugak setelah berpusing-pusing di angkasa beberapa pusingan. Dari Subang aku menaiki Airport Limo dengan bayaran RM50.00 untuk ke hujung barisan di Balai Polis Ampang. Akhirnya tiba! Oh, betapa leganya aku.


Setelah beratur berjam-jam lamanya, tibalah giliran aku menyemak saman. Dan aku dapati rupanya ada 3 saman yang belum dijelaskan. 2 saman kereta Wira, dan 1 saman kereta Nissan Sentra lamaku yang dah pun dijual. Saman Sentra bertarikh 1999 sebanyak RM30.00 sahaja. Oleh kerana terlalu penat dan banyak lagi urusan lain yang nak aku bereskan, maka aku tak sempat membayar saman-saman tersebut. Lain kali jelah, bisik hatiku. Masalahnya diskaun tu masih ada lagikah? Harap-harapnya pihak polis akan berlembut dan menambah diskaun kepada 70% pulak. Amin.